~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Saturday, March 21, 2009

Onde2@Buah Melaka!~

2 hari lepas, mama try buat onde2 plak utk minum petang.. tp gula melaka takde, so mama masakla gula merah dgn air skit.. wah, menjadila jugak, lembut & sedap!! Sekali hadap je, abis!! hehe.. So pada siapa2 yg nak try buat, silala ye copy resepi bawah ni..


Buah Melaka
Source: http://as-hajar.fotopages.com/?page=10

Tepung Pulut(mama buat 1 cawan je)
+ Sedikit Tepung Gandum (2 sudu besar)
+ Air Suam Secukupnya
+ Pewarna (mama letak warna hijau)
= Doh
Gula melaka - dipotong2 halus (masak 5 sudu besar gula merah + 1/2 cawan air)
Kelapa parut + Sedikit garam

1. Uli tepung pulut & tepung gandum dgn air suam sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yg lembut sehingga tak melekat ditangan, pastu campur skit pewarna hijau..
2. Ambil sedikit doh, letakkan sedikit potongan gula melaka ditengah2nya, dan bulatkan doh. Buat sehingga habis doh tersebut.
3. Didihkan air, masukkan doh...apabila doh timbul, biarkan seketika, angkat.
4. Salutkan doh dgn kelapa parut.

No comments: