~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Thursday, May 27, 2010

Ibrahim & Ipod touch!~

Wah wah kemain lagi ibrahim ni.. baru 3 thn dah pandai!! tengok chuggington dgn ipod touch! sabar jela! hehehe.. sebenarnya ipod touch ni paktehnya yg beli & hantar ke sini!! so kami rasmi dulu sebelum hantar ke Malaysia, hehhee..


Senang gakla guna, sambung je ke internet guna wireless!! pastu bolehla start tengok movie ke, nak cari music ke, mcm2 ada.. nak transfer ke atau dari laptop pun mudah je, pakai cable yg tersedia & guna itune software.. zaman dah canggih ni mmg semua mudah kan!! so waktu ni, ipod ni dah selamat sampai kat pakteh!! thanks pakteh bagi ibrahim pinjam!! hehehe..

Sunday, May 23, 2010

Ibrahim's first pet!~

13/5/2010 - Khamis minggu lepas, babah ajak gi town, memula ingat nak try gi Ning Restaurant, kira masakan Malaysiala, tp bila sampai depan kedai, mcm tutup je, heheee.. last2 jalan2 je kt Swan street tu, nampak kedai pet.. apalagi, masukla kami..

Ada mcm2 binatang kat kedai ni, tp yang paling ibrahim excited mestilah fish! hehehe.. mulut riuh je, sambil cakap "look! its fish!" sambil tuding jari kt aquarium yang byk2 tu.. hehe.. so kami survey2 tengok harga tank & gold fish sambil2 tanya pada pekerja kedai tu peralatan yg perlu..

akhirnya babah decide nak belikan ibrahim gold fish!! senang jaga, tak payah nak ada bubble2 segala.. suka betul ibrahim!!... tp sbb tank tu tak berapa besar, pekerja tu hanya rekomen seekor je.. errmm so kami beli seekor je gold fish kt kedai tu & makanannya sekali, flakes..


Lepas tu, babah singgah tapau kebab kt kedai paki & balik rumah.. sampai rumah.. masukkan ikan tu dalam tank.. alahai kesian je sbb seekor je, takde kawan.. last2 kami masukkan "monty & max", 2 tractor Ibrahim dalam tu, hehehe.. at least bolehla ikan tu main2 kt situ, hehehe..


Esoknya, kami survey kt net kedai pet yg ada dekat2 rumah ni kalau ada.. mmg ada kt Cheetham hill road.. so lepas solat Jumaat babah ajak gi kedai pet lagi, hehhee.. nasib baik ada.. beli lagi 2 ekor gold fish kt situ.. wah suka betul ibrahim, makin banyak fish dia, hehehe.. so 3 dah gold fish skrg ni, 2 ekor warna stripe oren & putih & seekor warna gold..

ibrahim suka tolong babah bersihkan tank ni, selamba je dia alihkan ikan tu dgn tangan masa nak transfer ikan tu, ehehe.. pastu rajin nak bagi ikan makan.. okla dah boleh diharap anak mama & babah ni :)

Thursday, May 20, 2010

Jalan2 ke town lagi!~

Dah lama gak ni, 1/5/2010 yang lalu.. lepas lunch hari Sabtu tu, babah ajak keluar gi town.. naik tram lagi! hehe.. wah! dah sedap naik train la katakan.. mama & ibrahim ikut je :)


sampai town, kami stop kt market street & terus ke Arndale.. jalan2 dalam tu & keluar kt the wheel of manchester.. duduk menghadap the triangle ada tv besar.. time tu busy nak pilihanraya UK, so siarannya pun berkisar dgn kempen2 yg dijalankan kt UK ni la.. orang pun ramai juga!! cuaca pun agak panas! mmg best berjemur, hehehe..


Dah puas duduk tengok gelagat manusia.. kami pun beransurla balik naik bas.. sbb bus stop pun tak jauh dari situ.. kira okla.. sesekali berjalan time weekend! :)

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru!~

Selamat hari guru kepada semua pendidik2(lecturer, ustaz & ustazah, cikgu), sama ada kawan2 yg bergelar guru, lecturer2, cikgu2, ustaz2 & ustazah2 yang pernah mengajar mama dahulu, terima kasih yg tak terhingga, termasukla juga babah sebagai lecturer.. semoga mendapat keberkatan hendaknya diatas ilmu yang telah diberi.. tahun ni pun mama dah bergelar guru sejak mengajar di Sekolah Komuniti Melayu Manchester di sini, hehe.. jgn tak percaya, barula mama tau mcm mana perasaan & tanggungjawab sbg seorg guru tu :)

So semalam, pihak sekolah ada buat majlis sempena hari guru.. majlis bermula jam 11 pagi, dihadiri juga oleh ibu bapa.. Cikgu Haslin sebagai pengacara majlis.. dimulai dgn ucapan guru besar, Tuan Haji Farid & disusuli persembahan pelajar.. tahap 3 & 4 ada 2 persembahan, bersajak & berlakon serta menyanyi didalam bahasa melayu..




manakala tahap 1 pula menyanyi nasyid Raihan Cahaya Selawat.. cikgu2 lain termasukla mama, kena arrange pelajar2 yg nak bersedia utk buat persembahan, tau jela.. diorg ni tak reti nak duk diam, heehehehe.. setelah itu acara penyampaian hadiah pula utk guru2 & bergambar beramai2 antara pelajar & guru..


Majlis diakhiri dgn makan2 di kantin Abraham Moss.. setiap pelajar, guru & ajk pentadbiran sekolah dijamu nasi tomato, air bandung cincau serta kuih muih & kek yang disumbang oleh ibu bapa.. alhamdulillah memang meriah!!..




dpt gakla mama hadiah, hadiah dari pihak sekolah, hadiah tukar2 sesama guru & juga hadiah dari murid (Marini & Muaz).. wah penat jugala mama semalam, hehhe.. terima kasih kepada semua pihak yang meraikan hari guru!! :)

Thursday, May 13, 2010

Check up update part 7!~

4/5/2010 (Selasa) yang lepas - ada appointment lagi di North Manchester General Hospital (NMGH).. kali ni 2 appointment tu! pagi kena jumpa pakar darah Dr Greenfield di area Outpatient A & petang pula ultra sound scan di Antenatal Clinic..

Pagi kul 9 lebih dah bertolak dari rumah sbb appointment kul 10.05pagi.. sampai2 je babah drop mama, mama pun terus register kt kaunter, tp sebab mama lupa nak bagi duit parking kt babah, mama keluar balik, mencari babah kt luar.. alhamdulillah nampak babah & ibrahim so mama bagi duit & amik ibrahim masuk dalam balik tunggu nama dipanggil..


Bila nama dipanggil terus ikut staff hospital masuk dalam dgn babah & ibrahim.. kena ambil darah lagi sebelum menunggu jumpa doktor.. lama jugala dalam 1jam 1/2 baru dapat jumpa, ramai orang!! sementara tunggu, ibrahim busy main brochure yang ada kt situ.. sbb takde budak2 langsung, so ibrahim main sorang2 je, hehehe..

Alhamdulillah, darah makin ok, dan doktor check badan mama juga, takut ada bengkak dimana2, tp alhamdulillah takde!! :) so insyaAllah jumpa lagi nanti bulan Jun utk check seterusnya.. habis jumpa dalam kul 12.00, kami balik rumah lunch..


Petang - lepas solat Zohor, keluar lagi ke NMGH, tempat hari tu Antenatal Clinic utk 2nd scan.. appointment kul 1.50ptg, sampai2 je babah drop mama & Ibrahim.. babah tak dapat nak teman sbb ada appointment dgn Supervisor.. so mama tengok baby dgn Ibrahim je.. alhamdulillah tak ramai orang & ibrahim pun behave je, seperti biasa suka sgt tengok brochure, hehee..


Sebelum kena panggil mama minum 2 gelas air supaya tak jadi cam aritu, tak nampak.. dalam 10 minit lepas tu kena panggil dgn scan officer.. alhamdulillah, masa scan, officer tu terangkan balik tentang keadaan baby, tangan, kaki, kepala, tulang belakang, dapatla mama & ibrahim tengok baby tu.. mulut ibrahim riuh!! asik cakap its a baby!! hehehe..

tp lepas tu officer dah tak tunjuk, sibuk check perut mama, dalam 10 minit, settle, memula mama tanya juga, apa jantina baby, tp officer tu senyap je.. bila dah abis scan, mama tanya lagi.. last2 dia cakap juga.. its baby girl! wah terperanjat mama bila dia bagi tau, hehehe.. tp dia tak tunjuk bukti pun.. dia cakap masa dah settle, tak taula betul ke tak.. takperla, tunggula sampai bersalin nanti baru tau.. insyaAllah semoga dipermudahkan!! :)

lepas ni dah takde scan, tp kalau boleh mama nak scan lagi sekali..maybe kena tanya midwife.. sbb at least babah bleh tengok pula.. dalam kul 2.10 dah settle.. mama inform babah, tp sebab babah lambat lagi, so mama minta tolong jiran kami, kak siti ambil.. alhamdulillah kak siti ditemani kak julia & anaknya dtg ambil mama & ibrahim kt NMGH, thanks bebanyak ye!!

Monday, May 10, 2010

Ikan Bakar & Air Asam!~

Baru2 ni mama masak ikan bakar, kt sini susah juga nak makan ikan.. balik2 ayam & daging, kekadang tu muak juga kan.. alhamdulillah, waktu gi tesco, sajala jenguk2 bahagian seafood, selalu mama beli crab stick je kt bahagian tu..

tapi kali ni ternampak plak ikan yg berekor2 macam siakap ke kan.. sbb mcm salmon mmg banyak tp tak minat sgt + agak mahalla juga, so sajala kitaorg beli, ikan ni namanya Rainbow Trout, adik beradik salmon gak tp seekor2.. beli 2 ekor, harga dalam 2 pound lebih.. dah siap siang, senang! cuma berlendir je, hehe..


So apa lagi, mama pun tryla masak ikan bakar, cari resepi kt net yg bakar dalam oven, bakar dalam 1jam, suhu 160'c camtu, wah mmg berselera kami makan.. Bila dah makan ikan bakar, mesti nak ada pencecahnya kan..so mama buatla air asam seperti dalam resepi kat bawah ni, fuh!! bertambahla enaknya, hehehe.. so kalau ada yg teringin nak masak ikan bakar bolehla amik resepi kat bawah ni ye, mmg tak rugi cubala!! :)

Resepi : IKAN BAKAR
Bahan2:
1 ekor ikan bersaiz besar, dilumur sedikit garam dan asam jawa
Bawang Besar, dimayang
Bawang Merah, dimayang
Bawang Putih, diketuk
Halia, diketuk
Serai, diketuk
Lengkuas, dimayang
Cili kering, direndam dan dikisar dgn sedikit air
Santan
Air Asam Jawa
Garam & Gula Merah secukup rasa

Cara2:
1. Tumis semua bawang, halia, serai dan lengkuas.
2. Bila hampir layu, masukkan cili kisar. Kacau seketika, masukkan air asam jawa. Masak sehingga likat dan maik minyak.
3. Perasakan dengan garam dan gula merah.
4. Masukkan sedikit santan dan masak sehingga santan meresap dan hilang warna putihnya. (*mama guna fresh milk je)
5. Lapikkan dulang pembakar dengan aluminium foil atau daun pisang.
6. Lumurkan sambal ke atas ikan dan bakar dalam oven sehingga masak. Sesekali lumurkan lagi sambal.

And not complete, without this....Air Asam Jawa.
Air Asam Jawa
* Ramas segumpal asam jawa dengan air masak. Buangkan biji2 dan kulit asam dan ambil airnya shj.. Mayangkan bawang besar, buah tomato dan hiriskan halus cilipadi. Masukkan semua dlm air asam dan campurkan sedikit gula. Siap...

Source: http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1182272

Wednesday, May 5, 2010

Ibrahim enjoy riding a train!~

Sejak dah setahun lebih duduk kt sini, barula kami merasa naik train.. lebih kurang sama mcm LRT tp kt sini namanya Metrolink, itu kalau dalam bandar dan sekitar Manchester.. jadinya, babah bawala kami naik train last 2 week - 25/4/2010 (Ahad)..


Bermula dengan Woodland Road station, tak jauh dari rumah.. nak ke station ni kenala menapak dalam 5 minit dari rumah.. lepas tu kenala beli ticket, satu arah ke Piccidally Station Gbp 2 seorang.. Ibrahim free sbb masih under 5 yrs..


Suka betul Ibrahim dapat naik train.. dia kata Henry sbb colour hijau! hehehe.. waktu ni plak tgh hujan gerimis.. tp kami teruskan juga.. sampai di Piccidally, jalan2 sekitar station tu.. then naik train semula ke Market Street, 80p pula seorang & terus ke Arndale.. jalan2 lagi, hehehe..


Puas dah jenjalan, kami pun balik.. tp bukan naik train, naik busla plak dari Arndale ke Cheetham Hill.. yang ni pun Gbp 2 juga seorg dewasa.. okla yang penting Ibrahim enjoy!! :)

Saturday, May 1, 2010

Jalan2 ke Uni of Manchester!~

22/04/2010 - Khamis, Babah ada meeting dgn supervisor & PGR Director.. so babah ajak mama & Ibrahim pergi uni sekali.. dah lama gakla tak gi sini.. dalam kul 2.00pm camtu kami sampai uni.. so sambil tunggu babah abis meeting, mama pun melepak dengan Ibrahim kt Blackwell university book shop.. besar gakla kedai buku ni.. ada 3 tingkat.. so puasla mama belek2 buku, hehehe.. Ibrahim pun apa kurangnya, busy belek2 buku & menyusun buku, hehee...

dalam 1 jam lepas tu, mama dah boring, heehe, so mama ajak ibrahim tunggu babah kt "Precinct Centre", mmg banyak tempat duduk kt situ.. suka betul ibrahim duk kejar burung.. penat kejar burung, main kutip daun2 kering plak, tolong buang dalam tong sampah, hehe.. amboi rajin betul anak mama ni.. abis kotor tangan dia!! iskk..


tak lama tu, babah pun settle.. lepas tu kitaorg pun terus turun ke Oxford Road.. babah ajak gi makan kt Pizza Co.. okla tempatnya tak besar sgt, tapi bersih & ada tv lagi.. makanan pun ok.. kitaorg makan pizza, 2 ketul ayam, chips & rubicon manggo.. berselera jugala kami makan, hehehe..


cuaca yang pada mulanya cerah, disusuli dgn gerimis masa kami nak balik.. sempat lg kami singgah ke Manchester Aquatics centre, saja tengok2.. dah on the way ke car park, teringin plak nak tengok apa kt dalam tu, tp sempat sampai kat depan counter je then keluar balik, hehehe.. terus ke car park & balik rumah...