~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Thursday, January 28, 2010

Yong Tau Foo!~

Dah lama gak buat Yong Tau Foo ni untuk dinner, ramuan pun tak banyak hanya ada crabstick, mussels & sayur baby spinash je.. tapi tetap membangkit selera, hehehe.. masak banyak jugala, hehhe.. bahan2 lauk hanya celur sebentar dalam air mendidih..


yang bestnya mestila kuahnya, walaupun ada tukar skit2 dari resepi asal.. tp hasilnya tetap ok :) kira kenala dengan selera kami kt sini.. sekejap je licin!!
so sesiapa yang nak resepi blehla amik kt bawah ni ye..

Kuah Yong Tau Foo
http://www.myresipi.com/top/detail/632


Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10 tangkai cili kering
gula melaka atau kurozato
bijan goreng
gula(kalau kurang manis)
1 s.k garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
sedikit ajinomoto

Cara-cara
1.Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
2.setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
3.panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
4.setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5.masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
6.masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

Sunday, January 24, 2010

Ibrahim ke sekolah?!~

16/1/2010 - seperti biasa apabila musim persekolahan, maka SKMM pun dibuka juga pada setiap Sabtu.. bila ada aktiviti sekolah, maka adalah aktiviti berjual beli di kantin sekolah Abraham Moss High School ni..

so dikesempatan ni, kami pun joinla sekali, hehe.. Ibrahim suka kalau pergi sini, puas dia tawaf tempat tu, hehehe.. so ni la rupanya dalam Abraham Moss High School ke arah dining hall nya..


sessi kantin & persekolahan bermula pada 10.00pagi hingga 1.00ptg.. alhamdulillah, dapatla masyarakat Malaysia disini berkumpul sambil makan2 pada hari tersebut..

Wednesday, January 20, 2010

Ibrahim naik bas!~

Cerita ni dah lama gakla, hehe.. 16 December lalu, sebenarnya Babah hantar kereta ke servis center nak buat MOT, kira macam Puspakom inspection la.. kt sini kena buat every year.. setiap kereta tak sama masa MOTnya.. so babah bawa kereta comel kami utk dicheck & tukar apa2 yg patut ikut specification yg sepatutnya.. & at the end dpt MOT certificate..

Kebetulan takde cash in hand, so babah ajakla mama & Ibrahim pergi Manchester Fort nak keluar duit.. nasib baik sekarang ni Ibrahim dah tak nak duk dalam stroller, so senangla skit.. memula ingat nak jalan kaki je, tp sbb hujan & kebetulan bas pun sampai, so apalagi kami pun naikla bas..


Nak kata jauh, hanya 2 stop je dah sampai, hehehe.. charge bas walaupun dekat 2.40 gbp so mama & babah je yg kena bayar, Ibrahim free sbb under age.. sampai2 je kat Manchester Fort, babah pergi ATM machine, mama & Ibrahim tunggu kt Halford.. memula masuk dalam jalan2 dalam tu pastu, tunggu kt luar plak.. Ibrahim busy main kt besi2 tempat parking basikal ni, hehehe.. nasib baik hujan dah berhenti..

Tak lama tu babah datang, kami melintas jalan plak pergi opposite site, ada kedai baru buka 'B&M Bargains' kira macam superstore gakla, sebelum pernah pergi kedai ni kt Harpurhey, tp sbb baru buka kt sini, tu yg semangat nak pergi ni, hehehe.. bila dah pergi, mana boleh balik dgn tangan kosong kan, mesti ada gak yg nak dibeli..

Lepas tu kami pun balik, naik bas semula ke rumah.. Then babah keluar balik pergi ambil kereta kami..

Friday, January 15, 2010

Sate jom!~

Dah lama rasanya tak update pasal food kan.. so kali ni nak update skitla.. kan hari tu jiran kami ada bagi sate on 1st day new year kan.. esoknya mama plak rasa nak buat sendiri sate, hheheee..


kebetulan kali ni dalam almari ada kuah kacang Brahims & nasi impit nona yg comel2 tu..diimport khas dari Malaysia.. Mama pun apa lagi bersemangatla skit nak buat sate, hehehe.. perap semalaman dada ayam yg telah dipotong kecil2 dengan rempah2 ikut resepi kat bawah ni.. pastu keesokannya mama bakar je dalam oven 180'c selama lebih kurang 45 minit hingga 1 jam, tak yah nak mengipas2, tak kuasa den, hehehe..

Kuah Kacang plak, masak sebentar atas dapur sampai agak2 mendidih kejap je.. nasi impit mcm biasala rebusla kan sampai masak.. pastu potong timun ikut suka dan hidangkanla semuanya bila dah masak..

kalau kt Malaysia, nak makan sate, selalu gi je beli, senang kan.. kat sini kenala buat sendiri.. nak tunggu balik Malaysia tak taula bila, hehhe..

so sesiapa yg teringin nak buat sate sendiri.. blehla copy resepi kt bawah ni :)

Resepi Sate
Source : http://www.myresipi.com/top/detail/1040

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
400gm daging ayam tanpa tulang-dipotong kecil2
1/2 sudu teh garam
40gm gula
lidi sate (direndam dgn air)
3 sudu besar minyak
Bahan dikisar:-
@4 ulas bawang merah
@2 cm kunyit hidup
@2 biji buah keras
@1 cm lengkuas
@1/2 sudu besar ketumbar-disangrai
@1/2 sudu teh jintan manis-disangrai
@1/2 sudu teh jintan putih-disangrai
@2 sudu besar air asam jawa sederhana pekat
@4 sudu besar santan (jun guna susu cair sbb santan x d, hehe)
@1 batang serai
* 1 btg serai dititik-buat merenjis sate
Cara-cara
1.Perap ayam dengan bahan kisar, garam dan gula selama 3 jam. (mama perap semalaman).
2.Cucuk ayam pada lidi sate. (tak cucuk pun)
3.lebihan bahan perap tadi dicampur dgn 3 sudu minyak tadi dan renjis gunakan serai yg ditik semasa membakar sate.
4.bakar hingga masak dan hidangkan dgn nasi himpit dan kuah kacang. (mama bakar dalam oven 180'c selama 45min-1jam)

Resepi: Kuah Kacang
Source: http://www.myresipi.com/top/detail/5464

Bahan-bahan ( untuk seberapa banyak satay yg ada )
300 g kacang tanah - sangar dan kisar kasar
100 g gula pasir
150 g gula merah
40 g asam jawa
1 sk garam dan 1 sk kunyit serbuk
2 biji buah keras*
1 sb ketumbar biji - sangar*
1 sk jintan kasar - sangar *
1 sk jintan halus - sangar *
2 hiris lengkuas *
2 hiris halia muda *
20 tangkai cili kering *
7 ulas bawang merah *
5 ulas bawang putih *
7 batang serai - hiris *
20 g udang kering *
1 cawan minyak masak
Cara-cara
1.Satukan gula merah dan asam jawa,diramas dgn secukup air utk mendapatkan 500 g air asam, bancuh kacang tanah kisar dan gaul rata.
2.Kisar halus bahan2 bertanda *
3.Panaskan minyak di dlm periuk dan tumis bahan kisar hingga garing dan masukkan gula,garamdankunyit serbuk dan kacau rata.
4.Masukkan bancuhan air asam dan kacang tadi ke dlm bahan yg ditumis. Masak atas api perlahan hingga keluar minyaknya.

Thursday, January 7, 2010

Snow in new year!~

Baru2 ni, hari Selasa (5/1/2010) & Rabu (6/1/2010) snow turun lagi, kali ni yang paling tebal pernah turun sejak kami di sini.. sampaikan ada kawan kt sini yang dah duduk 7 tahun kat sini pun kata, snow ni la yg paling tebal pernah turun kt Manchester ni.. sekolah & university pun terpaksa tutup, public transport pun stranded..

nak keluar pun, kereta telah ditimbun oleh salji yang tebal!! so duduk jela kt rumah.. babah je yg keluar sbb nak bersihkan kereta & hidupkan enjin.. ibrahim pun apalagi, ikut jugala.. suka sangat main salji! hehehe.. bila tengok dari dalam rumah, memang putih bersih je semua jalan! tapi sejuknya sangatla tak tahan! mama tak keluar pun, tengok dari dlm je.. selsema pun baru je baik..


sampai tenggelam kaki ibrahim.. nak jalan pun susah.. ibrahim siap bergambar lagi dgn jiran pakistan depan rumah kami, hehhe.. diorg pun keluar jugak main snow.. babah siap bawa pembaris lagi, nak ukur berapa tebal snow tu, hehehe.. lebih kurang 15cm, sama panjang dgn pembaris pendek tu! pastu babah dudukkan ibrahim atas kereta, sukala dia dpt duduk atas snow tu..


tapi lepas tu setiap kali masuk lepas main snow mesti nangis kesejukan, minta hot water nak celup tangan dia biar panas, ehehe.. pastu kena tukar seluar & stokin sbb dah basah! siannya anak mama.. suka sgt main snow, nak buat camna! :)

Friday, January 1, 2010

Happy New Year 2010!~

Hari ni dah masuk tahun baru, kami takde plan apa2 pun.. ingatkan nak beli barang, tp memandangkan hari cuti, takut kedai tutup.. memang pelik kan.. bila cuti yg besar2, kt sini semua kedai tutup.. tak macam kt Malaysia, hari cutila lg meriah nak bershopping! :)

Tahun ni dah masuk tahun ke-2 kami di sini.. Semoga babah dpt teruskn perjuangan utk mencapai matlamat yg diinginkan.. mama dan ibrahim sentiasa memberi sokongan padu..

Ibrahim pun tahun ni, insyaAllah dah boleh nak masuk school bulan 9 nanti.. kami ingat nak register waktu ibrahim dah masuk 3 tahun Mac ni.. semoga semuanya berjalan lancar!! :)

sekejap je masa berlalu kan.. umur pun makin meningkat, semoga dikurniakan kesihatan yg baik utk kita semua termasuk keluarga & sahabat handai.. winter kali ni memang mencabar skit bagi mama, dah 2 minggu masih selsema dan batuk, tapi beransur pulih, insyaAllah.. semoga mama cepat sembuh! doakanla ye :)

Semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya! Alhamdulillah, rezeki tahun baru, sate dari jiran kami, kak Siti..


terima kasih byk2 kak Siti, sedap!!! :)