~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Monday, November 22, 2010

Marhaban Aishah & Hadi!~

13/11/2010 yang lepas, Alhamdulillah, Helwa Manchester menganjurkan majlis marhaban Aishah & juga baby Hadi, berlangsung dari 2pm hingga 5pm..


Majlis diadakan di rumah Doktor Aini yang juga ibu kepada baby Hadi yang berada di Crumpsall.. Baby2 & ibu masing2.. baby Hadi tua sebulan je dari Aishah :)


Banglong Ibrahim & Aishah :), Aishah dalam Moses basket milik Helwa :)


Para hadirin yang hadir.. termasuk juga staff doktor Aini, orang2 putih semuanya :)


Majlis bermula dengan video & tazkirah : permulaan yang baik (perkembangan bayi dari alam rahim hingga keluar menurut perspektif Islam) & disusuli dgn selawat atas nabi..


Sambil berselawat, sambil bertahnik (memberi tamar & air zam zam kepada baby) & diakhiri dgn bacaan doa selamat, serta penyampaian cenderahati.. Sempat juga bergambar dgn AJK Helwa 2010/2011, gambar ke-4 dibawah :)


Selepas itu acara makan2.. ada nasi ayam panggang madu, kek coklat, tiramisu, puding buah, kuih muih & mcm2 lagi!! meriah!! :)


Sempatla kami bergambar sekeluarga.. alhamdulillah :) Terima kasih kepada Helwa Manchester & juga Doktor Aini diatas majlis yang diadakan!!

Saturday, November 20, 2010

Jalan2 lagi!~

3/11/2010 - kami ke Sainsbury's Heaton Park.. sebelum tu, pam tayar & cuci kereta dulu! hehe..


Dah lamanyala tak basuh kereta!! hehe.. Excited jugala Ibrahim.. Aishah, mcm biasa, relex jela :)

Dalam Sainsbury tak ambil gambar pun, tp yang bestnya tengah sales 20% off bahagian clothing.. dptla rembat skit baju Aishah :) Ibrahim plak dpt buku Thomas & Timmy Time, pun tengah offer..

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha!~

Selamat hari raya aidiladha utk semua umat Islam yang menyambutnya!! UK beraya hari ni.. Malaysia beraya esok kan!! semoga kita sama2 menghayati betapa besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim & anaknya Nabi Ismail dalam mematuhi perintah Allah.. Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan juga diberkati oleh Allah..


Pagi ni, mama ada appointment kat hospital, so beraya di hospital ler nampaknya.. appointment habis tengahari.. nak kata ramai, boleh tahanla.. terpaksala menunggu nak jumpa doktor.. alhamdulillah blood count stable & hari ni dapat discharged dari Dr Hemotologist tu.. so mama dah tak perlu makan ubat tambah darah lagi lepas ni, alhamdulillah, syukur!!!

Friday, November 12, 2010

Aishah @ 2 months!~

2 hari lepas, 10/11/2010 genap usia Aishah 2 bulan.. dan pada 9/11/2010, mama bawa Aishah pergi first immunisation utk 8 weeks.. 2 cucuk terus.. 1 kt peha kanan & 1 lagi kt peha kiri.. sian anak mama.. tp alhamdulillah, nangis sekejap je masa masuk jarum, pastu relex je & zzZZzz, hehehe..


tp nampakla Aishah letih satu hari tu, tambahan pula kami bagi ubat demam sbb nurse cakap kemungkinan demam.. tp alhamdulillah Aishah tak demam..

Balik tu sempat lagi kami menyinggah Tesco, babah jaga Aishah & Ibrahim dlm kereta sementara mama bershopping.. habis mama shopping, babah plak masuk shopping! hehe.. ikut turnla plak..

Aishah sekarang dah pandai senyum2 & bersuara sesekali, mcm nak ajak borak je hehe.. rambut pun dah byk gak tumbuh cuma tak panjang lagi.. masih suka tido!! susu pun dah berubah ke nombor 2 utk hungrier baby, kuat minum betul!! Suka betul kalau keluar jalan2.. alhamdulillah semoga anak mama akan terus sihat & ceria selalu!! insyaAllah..

Tuesday, November 9, 2010

Jom jalan2!~

Jom gi Asda Manchester Fort!! hehe.. mana lagi nak pergi.. tempat ni je yg paling dekat ngan rumah.. dah lama gak ni 28/10/2010 aritu.. pergi Asda mencari baby carrier.. alhamdulillah dptla apa yg dihajati..



Then, 30/10/2010, kami pergi Arndale plak.. yg ni pun mmg tempat favourite bila ke bandar sbb senang nak parking.. pergi sini tak sah kalau tak singgah foodcourt.. Ibrahim yg beria nak makan ice cream.. tapi takdela plak.. takperla, makan je apa yg ada ye..



Pastu balik singgah plak Toy'sRus.. tempat ni pun favourite gak.. Ibrahim suka betul bila dtg sini.. tak lain tak bukan membelek Thomas n Friends trains toys!! peminat setiala katakan, hehehe..


Tp kali ni, suka plak dia naik kereta ni haa.. pusing2 kt dalam tu, sampai tak nak balik!! isk isk.. last2 nak juga balik.. tp nak naik Thomas dulu! hehehe..


Aishah mcm biasa, tido!! hehe.. dia jaga bila lapar je.. sejuk2 ni mmg best tido!! hehe..