~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 30, 2008

Sepetang di Hospital Az-Zahrah, Bangi


Semalam ptg, dapat balik awal skit sbb nak bawa Ibrahim pegi Hospital untuk follow up appoinment dengan Doktor Nik Rose untuk check balik Ibrahim tentang HF&M deseases ni. Alhamdulillah doktor cakap dah baik dah ni.. cuma ada lagi parut tak hilang lagi kat kaki, dalam mulut pun dah totally clear, syukur pada Allah, moga2 Ibrahim akan terus sihat. Sbb doktor cakap penyakit ni boleh berulang buat kali kedua, tp so far tak ramai yg kena balik, takut gak kalau Ibrahim kena balik deseases ni, tp minta2 takla kan.. Kena doa bebanyak! Tengokla gelagat Ibrahim di hospital, memang tak boleh nak dok diam, apatah lagi banyak mainan..

Monday, July 28, 2008

Hand, Feet & Mouth Deseases



Sabtu, 19 July08, mama perasan kaki Ibrahim ada bintik2 merah, ingatkan kena gigit nyamuk, so tak bawa gi klinik pun, letakla ubat kena serangga tuh cam biasa.. Tapi Isnin pagi 21 July08, macam makin teruk je nampak macam melecur, so bawakla Ibrahim ke Az-Zahra Bangi untuk check Doc, tak sangka yg Ibrahim kena deseases ni, Doc refer pakar & Ibrahim kena masuk hospital.

Berehatla Ibrahim 2 hari 1 malam di Az-Zahrah Bangi & 3 hari di rumah, belum boleh hantar ke nursery.. Nak kata teruk tu takla, tapi bahaya sekiranya berjangkit dikalangan kanak2..Kat Hospital, Ibrahim susah betul nak tengok dia duk dlm bilik, asik nak kuar je, sampai doktor cakap Ibrahim ni bukan pesakit tapi pelawat :) sabar jela.. memang tak mcm sakit pun sebab active kemain! Alhamdulillah selera makan Ibrahim masih ok walaupun menghidap penyakit ni, sbb doktor kata kalau tak nak makan boleh dehydrated & kena masuk air.. Kalau masuk air, lgla susah!

Second day, Ibrahim dah boleh balik, Pegawai kesihatan melawat Ibrahim di hospital & datang ke rumah untuk check kaw rumah, sembur lysol di longkang & toilet.. Alhamdulillah, takde masalah..

Dapat telefon malam tu dari Nursery, kena tutup 10 hari, ni gara2 Ibrahim yg kena masuk hospital & terdapat lg kanak2 yg terkena jangkitan berada di nursery semasa diorang check nursery tu. Sepatutnya nursery tutup 10 hari, tp 5 hari shj & dibenarkan buka kembali minggu ni sbb kesian dgn parent yg anaknya belum kena jangkitan.. Tapi masih dibawah pengawasan pegawai kesihatan..

Ibrahim pun dah boleh pegi nursery, sebab hanya tinggal parut hitam je kat kaki.. kesian anak mama ye.. Nasib baik nursery dah buka, kalau tak, tak taula nak hantar kemana.. Seminggu dah duk dgn mama dia, susah betul nak tinggalkan dia kat nursery, apalagi meraungla dia tak nak dengan orang yg jaga tuh.. Tp nak buat camna, mama kena keje!

Monday, July 14, 2008

Activity Hujung Minggu...



Sabtu: Pergi tengok baby Noyo & E'in kat Hospital Serdang.. Gembira betul Ibrahim jumpa baby! Semoga baby Umar cepat sembuh ye, insyaAllah..




Ahad: Pergi Setapak rumah Kawan Wan Ibrahim, anak dia kahwin..

Tuesday, July 1, 2008

Antara Kereta Sport Dengan Sebuah Al-Quran

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya
mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas,
si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya
begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya

Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah
beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu

Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya... yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..

sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di
muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak... ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya... sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...

si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah
yg dimilikinya 10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang
berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang
sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh...

Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang
dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguam
ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan
perwarisan harta Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar
bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg
menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..
bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya...

Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada disitu...
bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...
perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran
itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu
dari Al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang Al-quran itu...sebuah
sampul surat ternyata diselotepkan disitu Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya... Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....

air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan
mula bertandang Namun semuanya sudah terlambat... Sekadar renungan
bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati................

"Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu ia boleh dirasai dalam hati..."

Source: Email from Friend