~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 28, 2008

Hand, Feet & Mouth Deseases



Sabtu, 19 July08, mama perasan kaki Ibrahim ada bintik2 merah, ingatkan kena gigit nyamuk, so tak bawa gi klinik pun, letakla ubat kena serangga tuh cam biasa.. Tapi Isnin pagi 21 July08, macam makin teruk je nampak macam melecur, so bawakla Ibrahim ke Az-Zahra Bangi untuk check Doc, tak sangka yg Ibrahim kena deseases ni, Doc refer pakar & Ibrahim kena masuk hospital.

Berehatla Ibrahim 2 hari 1 malam di Az-Zahrah Bangi & 3 hari di rumah, belum boleh hantar ke nursery.. Nak kata teruk tu takla, tapi bahaya sekiranya berjangkit dikalangan kanak2..Kat Hospital, Ibrahim susah betul nak tengok dia duk dlm bilik, asik nak kuar je, sampai doktor cakap Ibrahim ni bukan pesakit tapi pelawat :) sabar jela.. memang tak mcm sakit pun sebab active kemain! Alhamdulillah selera makan Ibrahim masih ok walaupun menghidap penyakit ni, sbb doktor kata kalau tak nak makan boleh dehydrated & kena masuk air.. Kalau masuk air, lgla susah!

Second day, Ibrahim dah boleh balik, Pegawai kesihatan melawat Ibrahim di hospital & datang ke rumah untuk check kaw rumah, sembur lysol di longkang & toilet.. Alhamdulillah, takde masalah..

Dapat telefon malam tu dari Nursery, kena tutup 10 hari, ni gara2 Ibrahim yg kena masuk hospital & terdapat lg kanak2 yg terkena jangkitan berada di nursery semasa diorang check nursery tu. Sepatutnya nursery tutup 10 hari, tp 5 hari shj & dibenarkan buka kembali minggu ni sbb kesian dgn parent yg anaknya belum kena jangkitan.. Tapi masih dibawah pengawasan pegawai kesihatan..

Ibrahim pun dah boleh pegi nursery, sebab hanya tinggal parut hitam je kat kaki.. kesian anak mama ye.. Nasib baik nursery dah buka, kalau tak, tak taula nak hantar kemana.. Seminggu dah duk dgn mama dia, susah betul nak tinggalkan dia kat nursery, apalagi meraungla dia tak nak dengan orang yg jaga tuh.. Tp nak buat camna, mama kena keje!

3 comments:

DYLA said...

krisaunya la kan kalau anak terkena penyakit ni.....

nabila anta ibrahim kat nursery mana....? di bangi yer?

email kat sni dalila_ir@yahoo.com

coz nanti kami akan duk sana coz dpt keje di ukm.

areyou said...

sian ibrahim... takper ye kejap je lagi mama keje.. pastuh boleh jaga ibrahim tetiap ari nanti... :) nabilah... lama tak jmpkan?

unique1012 said...

dyla,
itula susahla kalau duk nursery, kena pantau betul2, ok nanti kita email awak ye..

kak ayu,
ye dah lama tak makan dgn kak ayu.. akak busy ek?