~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Monday, August 31, 2009

Selamat Hari Merdeka ke 52!~

Alhamdulillah, bersyukur menjadi rakyat Malaysia!! Semoga sentiasa aman damai hingga ke akhir hayat, insyaAllah..

Saturday, August 29, 2009

Pasembor utk berbuka!~

Sekejap je dah masuk 8 hari umat Islam berpuasa.. alhamdulillah, masih diberi kekuatan menempuh dugaan ramadhan di perantauan ni.. cuaca pula makin lama makin sejuk sbb dah nak masuk Autumn bulan 9 ni.. hujan je tetiap hari.. insyaAllah kami boleh!! hehe..

Semalam ptg mama try masak pasembor or rojak utk makan berbuka, tak susah pun kalau nak ye tak?? hehe.. guna bahan2 yg ada je kt dapur tu.. memula rebus kentang sampai empuk, selalunya org guna keledek, tp mama ikut resepi ye :) pastu goreng kacang tanpa minyak & blend.. sedia utk masak kuah kacang.. kalau ikut resepi takde masuk cili, tp mama masuk skit serbuk cili dalm 2 sudu, pedas skit baru best!!


Utk bahan jemput2, bancuh tepung + dgn bawang & daun bawang, goreng mcm nak buat jemput2.. pastu rebus kentang & telur sbg bahan sampingan & potong timun skali.. dah siap!!

Kalau nak resepi yg complete bleh amik kat bawah ni ye utk sesiapa yg suka makan pasembor or rojak, pasni dah tak payah beli, buat sendiri lg best!! hehe..

Pasembor

http://sudipkayu.blogspot.com/2008/01/pasembor.html

Bahan Jejemput:

1/2 kilo tepung gandum
Segenggam Taugeh
2 ulas bawang besar
5 btg daun bawang
1 sudu kecil garam

Cara2:

Potong baji bwg besar dan daun bawang. Masukkan dlm tepung. Campakkan (brutalll...) segenggam taugeh. Letak garam. Bancuh sehingga menjadi adunan seperti cekodok. Sediakan minyak untuk menggoreng.Ambil tepung sejemput2 dan goreng mcm biasa ok....

Bahan Kuah Kacang

1 cawan kacang tanah
3 biji kentang saiz sederhana
3 ulas bwg merah
2 sudu gula merah
1 sudu gula pasir (kalo x cukup manis)
2 keping Asam keping

Cara2:

Rebus kentang. Tos dan lecek. Goreng kacang tanah tanpa minyak. Apabila masak, buang kulit (x buang pun xperrr...) dan blend. Kalo rajin dan ada masa....ambik lesung...tumbuk yer...! lagi sedap method susah ni sbnrnya!!

ok, pastu blend bawang merah tadi. Panaskan minyak dan tumis bwg. Masukkan kacang tanah, gaul2 kemudian buh air.Anggaran dlm 5 gelas air.Masukkan asam keping juga. Kemudian masukkan kentang lecek tadi and reneh sehingga kuah nampak pekat. Masukkan gula merah dan garam.Kalo x cukup manis, buhla gula pasir sikit. Masak sampai kuah pekat...ok

Bahan2 Accessories utk hidangan:*di potong

Salad
Timun
Cili Hijau
Sosej goreng
Telur Rebus

Monday, August 24, 2009

I like Thomas very much!!~

Sekarang ni Ibrahim suka sgt dgn Thomas Engine! So bila kitaorg keluar je gi Tesco ke, gi Kedai buku ke, gi mana2la yg boleh.. bila nampak je Thomas Engine mulala nak suruh beli, sabar jelakan.. Amboi2 anak mama ni dah pandai bershopping skrg ni, hehe..


Rasa2nya dah cukup byk dah toys yg ada kat rumah ni berkaitan dgn Thomas Engine & toy trains yg lain, haa tengokla collection Thomas Engine yg Ibrahim dah ada ni.. mmg complete dari baju, kasut, toy, books, alas makan pun ada, hehe.. semua ni kira yg terbaru..

Jgn terkejut sekarang ni Ibrahim dah pandai selak catalog Argos, cari Thomas Engine toy pastu tunjuk kt mama, hehe.. apakah maksudnya?? nak suruh belila tu ;)))

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak!~

Alhamdulillah, ramadhan datang lg :) Tahun ni masuk kali ke-2 kami berpuasa di sini.. cuma tahun lepas hanya sempat 5 hari sahaja berpuasa di Malaysia, selebihnya di sini..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dikesempatan ini kami ber3, nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua family & sahabat handai yg berada di Malaysia atau dimana juga berada.. Semoga ramadhan kali ni lebih memberi rahmat, kekuatan & keberkatan kpd kita utk beribadat dibulan yg mulia ini serta untuk kita mengumpul sebyk2nya pahala, insyaAllah..

Disini insyaAllah akan start berpuasa pada esok hari, 22hb Ogos 2009, sama seperti Malaysia.. berpuasa tahun ni agak lebih mencabar memandangkan pada musim summer, semoga kami tabah menghadapinya!! Aminn..

Tuesday, August 18, 2009

Bihun Laksa Perantau!~

Sesekali bosan makan nasi, so mama masak bihun laksa.. buat pertengahan bulan 7 lepas, baru sempat nak post..saja nak try, alhamdulillah, tak mengecewakan!! mama guna ikan makerral dlm tin, celur bihun dan mkn dgn telur rebus, memang best!!


Kalau ikut resepi kat bawah ni, masak dgn microwave, tp mama masak mcm biasa atas dapur.. Sesiapa nak resepi blehla amik kat bawah ni ye.. mmg tak susah kalau bahan semua ada :))


Laksa Asam Perantau

oleh: sitiazma@myresepi.com
Bahan-bahan ( 4-5 orang )

Bahan untuk kuah
1. Tuna (dlm minyak atau air garam) - 2 tin
2. Bawang besar - 2 biji
3. Cili kering - segenggam (ikut suka kepedasan)
4. Asam keping atau air asam jawa

Bahan penting
Laksa kering
Bahan untuk hiasan
1. Daun Salad - dihiris halus
2. Timun - dihiris halus
3. Nenas - (dlm tin)
4. Cili merah atau cili padi dihiris halus - ikut kesukaan
Cara-cara

Rebus laksa hingga masak.

Kalau guna microwave - dlm 20-30 min. Tapi bergantung, sila rasa laksa tersebut masak dengan betul.

Utk kuah.
Blend semua bahan utk kuah dan masukkan dalam periuk atau bekas yang sesuai utk microwave.
Tambah air ikut kepekatan bahan anda.
Tambah gula dan garam secukupnya. Masak lah seperti biasa, dengan microwave dlm 20-30 min.
Bolehlah dimakan. Senang kan. Sebijik rasa sama dengan laksa asam kat pasar malam.
**bagi yang ada bahan -bolehlah tambah daun kesum atau bunga kantan dlm kuah, dan hiasan tambahan : daun mint, limau kasturi, pes udang dan lain-lain. Bagi yang takde, rasa laksa simple menggunakan tuna dan masak dlm microwave ni masih sedap.

Saturday, August 15, 2009

Jalan2 ke Muzium & City!~

22nd July lepas, mama & Ibrahim ikut babah gi uni ada hal skit tp kena tunggu plak sampai lepas lunch, ada 3 jam masa untuk menunggu.. so kitaorg pun pergila Manchester Muzium under Uni of Manchester yg terletak di Oxford Road.. masuk free je, besar jugakla, 5 tingkat semuanya..


Masuk2 je terus kitaorg gi tkt 2, ada pelbagai haiwan reptilia spt ular, katak & mcm2 lg kt tingkat ni termasukla juga kumpulan burung & rama2 yg diawet.. suka betul Ibrahim dpt tengok pelbagai haiwan.. Lepas tu kitaorg jalan2 lg dlm muzium tu sampaila ke ground floor, ada kedai juga dlm tu.. Babah belikan Ibrahim soft toy Sabertooth Tiger.. Suka betul Ibrahim!

Lepas tu, kitaorg gi singgah makan kt Abdul, mmg selalunya mkn kat sini kalau gi uni, food dia pun ok.. then lepas mkn, kitaorg teruskan berjalan di sepanjang Oxford road ke arah Utara.. on the way tu, nampakla BBC station tv kt Manchester ni, Palace Hotel yg cantik then akhirnya sampaila kami di St Peter's Square.. jauh gak tempat ni, dudukla kejap rehat kt situ..


Di St Peter's Square ni ada Metrolink Tram Station yg terletak dihadapan Manchester Central Library.. menghubungkan Piccadily Garden & G-Mex Metrolink Station.. dptla kami tengok train lalu.. ingatkan kami nak gi ke Town Hall tp dah tak larat.. last2 kitaorg patah balik ke arah uni of Manchester.. lepas settle hal babah, kitaorg pun balik..

Thursday, August 13, 2009

Mee Jawa Jom!~

Lama juga tak cakap pasal makanan kt blog ni.. Waktu nenek & atuk kt sini, sempat gakla mama buat mee jawa.. saja nak try.. alhamdulillah, menjadila juga walaupun telah diubahsuai sbb nenek tak makan daging, so mama tukar dgn ayam untuk ramuan kuahnya.. Mee nya mama guna spaghetti je, pastu makan dgn crabstick & telur yg direbus.. So inila hasilnya!! makan panas2, memang sedap!!


So kat sini, mama letak resepi skali, sesiapa yg nak try blehla amik ye!

Resepi: MEE JAWA
Source: Internet

Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300 gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:
1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ]
3 batang serai ] mesin halus
Sedikit halia ]
sedikit lengkuas ]
100 gm udang kering ]
2 s/b cili kisar
3 s/b serbuk kari daging
air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Caranya:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.

Tuesday, August 11, 2009

Ibrahim's New Leap Frog Junior Tag!~

Semalam pagi kitaorg keluar gi Toy's R Us, mmg ada hajat, babah nak belikan Ibrahim new learning toy.. "Leap Frog Junior Tag".. tp takde plak, last2 kitaorg beli di Argos Extra, nasib baik selang beberapa kedai je, hehe.. tak dptla nak guna coupun discount Toy's R Us..


Memang very interesting learning toy untuk anak2 yg berumur 2 hingga 4 tahun.. diberi sekali dgn sebuah buku percuma, kami pilih "If I were" & kami beli satu buku tambahan utk Ibrahim belajar ABC, "ABC Animal Ochestra".. very interactive dgn pelbagai bunyian disamping Ibrahim dpt kenal haiwan juga dlm buku tu.. Selain tu Ibu bapa boleh tengok perkembangan anak2 melalui account yg kita register di Internet.. sgt puas hati..

Alhamdulillah, Ibrahim punyala suka!! mana taknya waktu on & off, akan ada greeting utk Ibrahim mcm "Hi there Ibrahim" waktu on dan "Good Bye Ibrahim" masa off.. walaupun Ibrahim dah agak kenal beberapa huruf alphabet, so blaja dgn toy ni lagi bertambah seronok!! khusyuk betul dia blaja!! hehe..

Monday, August 10, 2009

Nenek & Atuk dah balik!~

Sebenarnya nenek & atuk dah lama balik, tp entry ni mama lambat update sbb byk sangat!! hehe.. Mereka balik 9/7/09, 2 minggu je kt sini.. Sehari sebelum nenek & atuk balik kitaorg bawa diorang gi Asda Hulme, beli barang dapur & barang2 yg nenek & atuk nak beli utk bawa balik Malaysia..


Rasa sedih plak, tak puas rasanya Ibrahim jumpa nenek & atuk.. waktu di Manchester Airport Ibrahim, nangis lagi sbb nak ikut nenek & atuk masuk kt balai berlepas, sabar jela kan.. berhari2 gakla tanya mana nenek? mana atuk?? hehe.. biasanya pagi2 ada.. lepas dah bagi tau Ibrahim yg nenek & atuk dah balik Malaysia barula dia faham.. bila tanya balik mana nenek?? dia plak yg jawab balik Mesia, hehe..

Okla itu jela kisahnya aktiviti nenek & atuk disini.. Alhamdulillah, nenek & atuk selamat sampai di Malaysia 10/7/09, 2.30ptg waktu Malaysia..

Friday, August 7, 2009

Jom ke Liverpool!~

Hari Selasa 7/7/09, pagi2 lagi kami dah sarapan & bertolak keluar ke Liverpool.. perjalanan lebih kurang 1 jam dari Manchester.. Liverpool mmg bandar yg cantik!! sampai2 je kami parking di Qpark terletak di Liverpool One Shopping Centre.. turun bawah ke tkt 1 ternampak Liverpool F.C superstore, masukla kitaorg, beli sourvenir skit.. ingatkan nak buatkan jersy utk Ibrahim, tp sbb org yg print tu ckp takde huruf I, tak jadila!! sabarjelakan, mcm manala takde huruf I, amatla pelik!!


Lepas tu kitaorg keluar jalan2 lg kt bhgn bawah plak, singgah toilet kejap, toiletnya yg canggih kena masuk duit 20p kt tempat masuk mcm nak masuk LRT tu, hehe.. pastu, kitaorg duk rehat jap bersarapan sandwich yg dibeli babah dikedai berhampiran..


Then kitaorg berjalan lg ke arah Albert Dock, takla jauh pun, dalam 5 minit gakla.. on the way tu nampakla ada bot kuning tu tengah jln masuk dari jln raya pastu terus masuk air, wah rasa pelik! hehe.. dlm tu byk budak2 maybe rombongan kot..


pastu kitaorg jln lg ingat nak naik bustour sightseeing pusing satu liverpool.. alhamdulillah, hari tu cuaca tak panas, kira bestla kalau duk bhgn atas.. tak ramai pun yg naik.. conquer lg kitaorg, hehe..


Ibrahim plak, mula2 agak takut juga sbb bergerak2 kan, pastu ok & seronok!! nasib baik ibrahim duduk je diam2, hehe.. bus tu pusing 1 town of liverfool, dptla kami tengok bangunan2 yg unik kt Liverpool ni, nak namakan satu2 punyala byk, diantaranya Royal Liver Building, Liverpool Museum, Uni of Liverpool, Liverpool Town Hall, Liverpool Radio City Tower, Liverpool Cathedral, China Town & mcm2 lagila.. Tour guide yg bercakap dlm bus tu pun kami tak pay attention sgt, mana taknya busy amik gambar, hehe..


Ibrahim siap makan biskut lg waktu tengah tour tu, hehe.. tak dpt nak pergi semua tempat dpt tengok dari atas bus je pun jadila kan.. kalau tak, mau satu hari pun tak cukup!! hehe..


Dah abis satu pusingan, kitaorg pun turun.. jln2 dalam Albert Dock plak.. masuk souvenir shop, dpt belikan Ibrahim fishing game yg kecik pastu adala beberapa souvenir lain utk kenangan..


lepas tu kami mencari tempat makan.. dlm restaurant tu, Ibrahim pun dah start main mainan yg dibeli, punyala suka, tp tak lama, lepas tu Ibrahim mengamuk!! letih sgtla agaknya, ditambah lg dgn tak tdonya, menangis2, siap muntah2 lg, agaknya mabuk kot naik bus tu.. last2 babah bawa Ibrahim pusing2 kt luar restaurant tu sementara kitaorg abis makan, pastu kitaorg pun berjln balik ke parking & pulang ke Manchester.. on the way balik ibrahim selamat sudah tdo! memang penatla tu..

Petang tu, jiran lama masa di TPG dtg rumah, Cik Munirah baru sampai dari Malaysia ke Conventry nak tengok convo anaknya Imran yg baru abis bachelor degree, dtg melawat kami di Manchester.. lama betul tak jumpa akhirnya jumpa kt sini, punyala jauh kan, tp mama terlupa nak amik gambar! sabarjela, asik borak je, tak teringat plak, hehe..

Wednesday, August 5, 2009

Jalan2 ke MBS & Ikea!~

Hari Isnin 6/7/09, paginya.. mama & Ibrahim ikut babah pergi Manchester Business School.. hantar first year review report, nenek & atuk tak nak ikut.. so kitaorg jela yg pergi.. masa ni mmg tak ramai orang pun, semua org dah start bercuti Summer..


Masa amik gambar ni mama & Ibrahim je sbb babah pergi hantar report kt office, so Ibrahim jadi model mama sekejap, hehe.. Lalu depan Precinct Library, pastu pergi Percinct Shopping Centre, ada Barnardo's Store, jual pakaian & buku, Blackwell book store, Cafe, Netwest Bank, kedai buah & makanan & etc.. Kitaorg singgah makan & bungkus kt Abdul, pakistan restaurant di Oxford Road, pastu balik rumah..

Petangnya, kitaorg ber5 pergi ke Enterprise Car Rental, sewa kereta.. pastu terus balik rumah sekejap ganti kereta & solat Asar skali.. Lepas tu kitaorg ke Ikea Ashton-U-Lyne.. first time kami bawa nenek & atuk kesini, alhamdulillah sampai juga dgn bantuan GPS Navigation..


Memang besar Ikea ni & waktu ni tengah sales!! sampai2 je kami isi perut dulu kt cafenya, hehe.. lepas tu barula pusing2 Ikea tu.. dptla beli carpet rugs utk bilik tv & beberapa perkakas rumah yg lain.. lepas tu kitaorg pun balik!! Esoknya kemana pula?? tunggu ye.. luar skit dari Manchester :)

Sunday, August 2, 2009

Jalan2 Carboot & Manchester City Centre!~

Ahad paginya plak, dalam 7.30 kami ber4 dah keluar, cadangnya mama nak bawa nenek & atuk gi carboot sales, mula2 kitaorg pergi ke Bowlee, tp rupa2nya takde org jual hari tuh, hehe.. so kitaorg pun terus ke Salford Carboot yg terletak di kawasan Salford Shopping Centre.. alhamdulillah, kt sini mmg sentiasa ada everyweek..


Dapatla kitaorg shopping skit pakaian, toy Ibrahim & perkakas rumah.. mmg murah!! puas atila kan..


Petangnya, kitaorg pergi jln2 ke city, parking di Arndale, jln2 dlm tu & keluar ke Manchester Wheel, tp tak naik pun, ramai betul org weekend2 ni di city!!


Pastu kitaorg ke Piccadilly garden, ramai betul org melepak!! lagi2 di kawasan air pancut, siap ada yg mandi-manda lagi, hehe.. Ibrahim pun nak mandi bila tengok org main air, sabar jela, hehe.. pastu kitaorg mkn kt Rice restaurant, depan Piccadilly garden tu, lepas makan kitaorg pun balik.. hari Ahad mmg semua tutup cepat kt sini walaupun baru kul 5.00ptg.. itula aktiviti weekend nenek & atuk masa diorg kt sini.. ada lagi tau, harap semua bleh tunggu ye..