~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 18, 2009

Bihun Laksa Perantau!~

Sesekali bosan makan nasi, so mama masak bihun laksa.. buat pertengahan bulan 7 lepas, baru sempat nak post..saja nak try, alhamdulillah, tak mengecewakan!! mama guna ikan makerral dlm tin, celur bihun dan mkn dgn telur rebus, memang best!!


Kalau ikut resepi kat bawah ni, masak dgn microwave, tp mama masak mcm biasa atas dapur.. Sesiapa nak resepi blehla amik kat bawah ni ye.. mmg tak susah kalau bahan semua ada :))


Laksa Asam Perantau

oleh: sitiazma@myresepi.com
Bahan-bahan ( 4-5 orang )

Bahan untuk kuah
1. Tuna (dlm minyak atau air garam) - 2 tin
2. Bawang besar - 2 biji
3. Cili kering - segenggam (ikut suka kepedasan)
4. Asam keping atau air asam jawa

Bahan penting
Laksa kering
Bahan untuk hiasan
1. Daun Salad - dihiris halus
2. Timun - dihiris halus
3. Nenas - (dlm tin)
4. Cili merah atau cili padi dihiris halus - ikut kesukaan
Cara-cara

Rebus laksa hingga masak.

Kalau guna microwave - dlm 20-30 min. Tapi bergantung, sila rasa laksa tersebut masak dengan betul.

Utk kuah.
Blend semua bahan utk kuah dan masukkan dalam periuk atau bekas yang sesuai utk microwave.
Tambah air ikut kepekatan bahan anda.
Tambah gula dan garam secukupnya. Masak lah seperti biasa, dengan microwave dlm 20-30 min.
Bolehlah dimakan. Senang kan. Sebijik rasa sama dengan laksa asam kat pasar malam.
**bagi yang ada bahan -bolehlah tambah daun kesum atau bunga kantan dlm kuah, dan hiasan tambahan : daun mint, limau kasturi, pes udang dan lain-lain. Bagi yang takde, rasa laksa simple menggunakan tuna dan masak dlm microwave ni masih sedap.

5 comments:

watie wyyn said...

hamboi mentang2 dok kat perantauan terus masak laksa perantau ek..hiks! nampak mcm maggi lak..ahaks

psst, lama da tak singgah sini..ct sihat??ibrahim??

DYLA said...

sedapnya bihun buat laksa...

rajin la nabilah masak!

~finee~ said...

wah haruslah memasak kan coz kalau tekak kita ni susah nak telan makanan luar.. emm raya balik tak?

oja said...

nampak cm yummy jerrr...pe persiapan pose nanti?
raya di perantauan ek? jgn lupa dgr lagu dendang perantau ek :)

unique1012 said...

mummyaeesh,
sebenarnya nak cari resepi senang, jumpa yg ni, rembat jela, hehe..

maggi 2 minit je dah masak, yg ni tak ooo, hehe..

alhamdulillah, semuannya sihat2 je kt sini :))

Dyla,
tak rajin mana pun dyla, kkdg boring gak makan nasi, hehe..

mamaadam,
hehe.. mmg kena masak, jimat byk!! raya ni mcm tak balik jela :(

kak oja,
setakat ni takde persiapan apa sgt pun, cuma kena kuat semangat skitla sbb puasa lama giler, dekat 17 jam gakla, semoga Allah bagi kekuatan insyaAllah..

hehe.. alahai sure sedih kalau dengar lagu tu, ahaks..