~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 29, 2009

Pasembor utk berbuka!~

Sekejap je dah masuk 8 hari umat Islam berpuasa.. alhamdulillah, masih diberi kekuatan menempuh dugaan ramadhan di perantauan ni.. cuaca pula makin lama makin sejuk sbb dah nak masuk Autumn bulan 9 ni.. hujan je tetiap hari.. insyaAllah kami boleh!! hehe..

Semalam ptg mama try masak pasembor or rojak utk makan berbuka, tak susah pun kalau nak ye tak?? hehe.. guna bahan2 yg ada je kt dapur tu.. memula rebus kentang sampai empuk, selalunya org guna keledek, tp mama ikut resepi ye :) pastu goreng kacang tanpa minyak & blend.. sedia utk masak kuah kacang.. kalau ikut resepi takde masuk cili, tp mama masuk skit serbuk cili dalm 2 sudu, pedas skit baru best!!


Utk bahan jemput2, bancuh tepung + dgn bawang & daun bawang, goreng mcm nak buat jemput2.. pastu rebus kentang & telur sbg bahan sampingan & potong timun skali.. dah siap!!

Kalau nak resepi yg complete bleh amik kat bawah ni ye utk sesiapa yg suka makan pasembor or rojak, pasni dah tak payah beli, buat sendiri lg best!! hehe..

Pasembor

http://sudipkayu.blogspot.com/2008/01/pasembor.html

Bahan Jejemput:

1/2 kilo tepung gandum
Segenggam Taugeh
2 ulas bawang besar
5 btg daun bawang
1 sudu kecil garam

Cara2:

Potong baji bwg besar dan daun bawang. Masukkan dlm tepung. Campakkan (brutalll...) segenggam taugeh. Letak garam. Bancuh sehingga menjadi adunan seperti cekodok. Sediakan minyak untuk menggoreng.Ambil tepung sejemput2 dan goreng mcm biasa ok....

Bahan Kuah Kacang

1 cawan kacang tanah
3 biji kentang saiz sederhana
3 ulas bwg merah
2 sudu gula merah
1 sudu gula pasir (kalo x cukup manis)
2 keping Asam keping

Cara2:

Rebus kentang. Tos dan lecek. Goreng kacang tanah tanpa minyak. Apabila masak, buang kulit (x buang pun xperrr...) dan blend. Kalo rajin dan ada masa....ambik lesung...tumbuk yer...! lagi sedap method susah ni sbnrnya!!

ok, pastu blend bawang merah tadi. Panaskan minyak dan tumis bwg. Masukkan kacang tanah, gaul2 kemudian buh air.Anggaran dlm 5 gelas air.Masukkan asam keping juga. Kemudian masukkan kentang lecek tadi and reneh sehingga kuah nampak pekat. Masukkan gula merah dan garam.Kalo x cukup manis, buhla gula pasir sikit. Masak sampai kuah pekat...ok

Bahan2 Accessories utk hidangan:*di potong

Salad
Timun
Cili Hijau
Sosej goreng
Telur Rebus

3 comments:

tulip said...

best nih. dah macam2 ko cuba. aku baru beli oven last week. pas ni nak try wat kek or makanan bakar2. hehe...

watie wyyn said...

yelah..kat sini pun ujan..sejuk jek..perut pun cpt jek lapar..ahahaha!

mcm senang jek nak buat ni!tp ntah biler la nak wat..ahahahah

unique1012 said...

zeaty,
a'ah, benda baru lebih berselera nak makan, hehe..
wah bagusla dah beli oven blehla buat biskut raya skali :D

mummYaeesh,
hehe.. bab tu tak lehla kita nak tolong, ;P

memang senang je kalau rajin, hehe.. bila agaknya tu?? :))