~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 13, 2009

Mee Jawa Jom!~

Lama juga tak cakap pasal makanan kt blog ni.. Waktu nenek & atuk kt sini, sempat gakla mama buat mee jawa.. saja nak try.. alhamdulillah, menjadila juga walaupun telah diubahsuai sbb nenek tak makan daging, so mama tukar dgn ayam untuk ramuan kuahnya.. Mee nya mama guna spaghetti je, pastu makan dgn crabstick & telur yg direbus.. So inila hasilnya!! makan panas2, memang sedap!!


So kat sini, mama letak resepi skali, sesiapa yg nak try blehla amik ye!

Resepi: MEE JAWA
Source: Internet

Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300 gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:
1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ]
3 batang serai ] mesin halus
Sedikit halia ]
sedikit lengkuas ]
100 gm udang kering ]
2 s/b cili kisar
3 s/b serbuk kari daging
air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Caranya:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.

4 comments:

Mas said...

yummi2, posla kt mesia,hehe

isya said...

eeeee...sedapnyeeeee..

Unknown said...

Nabilah, ada idea untuk kita-kita kat fatabelloiam

tolong bagi idea, boleh?
untuk orang berani sahaja

unique1012 said...

Mas,
hehe.. mee jawa kt malaysia lg best!! :)

isya,
hhehe.. sesekali mkn memangla sedap!

frida,
ermm.. insyaAllah, nanti kita tengok dulu ye :)