kebetulan kali ni dalam almari ada kuah kacang Brahims & nasi impit nona yg comel2 tu..diimport khas dari Malaysia.. Mama pun apa lagi bersemangatla skit nak buat sate, hehehe.. perap semalaman dada ayam yg telah dipotong kecil2 dengan rempah2 ikut resepi kat bawah ni.. pastu keesokannya mama bakar je dalam oven 180'c selama lebih kurang 45 minit hingga 1 jam, tak yah nak mengipas2, tak kuasa den, hehehe..
Kuah Kacang plak, masak sebentar atas dapur sampai agak2 mendidih kejap je.. nasi impit mcm biasala rebusla kan sampai masak.. pastu potong timun ikut suka dan hidangkanla semuanya bila dah masak..
kalau kt Malaysia, nak makan sate, selalu gi je beli, senang kan.. kat sini kenala buat sendiri.. nak tunggu balik Malaysia tak taula bila, hehhe..
so sesiapa yg teringin nak buat sate sendiri.. blehla copy resepi kt bawah ni :)
Resepi Sate
Source : http://www.myresipi.com/top/detail/1040
Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
400gm daging ayam tanpa tulang-dipotong kecil2
1/2 sudu teh garam
40gm gula
lidi sate (direndam dgn air)
3 sudu besar minyak
Bahan dikisar:-
@4 ulas bawang merah
@2 cm kunyit hidup
@2 biji buah keras
@1 cm lengkuas
@1/2 sudu besar ketumbar-disangrai
@1/2 sudu teh jintan manis-disangrai
@1/2 sudu teh jintan putih-disangrai
@2 sudu besar air asam jawa sederhana pekat
@4 sudu besar santan (jun guna susu cair sbb santan x d, hehe)
@1 batang serai
* 1 btg serai dititik-buat merenjis sate
Cara-cara
1.Perap ayam dengan bahan kisar, garam dan gula selama 3 jam. (mama perap semalaman).
2.Cucuk ayam pada lidi sate. (tak cucuk pun)
3.lebihan bahan perap tadi dicampur dgn 3 sudu minyak tadi dan renjis gunakan serai yg ditik semasa membakar sate.
4.bakar hingga masak dan hidangkan dgn nasi himpit dan kuah kacang. (mama bakar dalam oven 180'c selama 45min-1jam)
Resepi: Kuah Kacang
Source: http://www.myresipi.com/top/detail/5464
Bahan-bahan ( untuk seberapa banyak satay yg ada )
300 g kacang tanah - sangar dan kisar kasar
100 g gula pasir
150 g gula merah
40 g asam jawa
1 sk garam dan 1 sk kunyit serbuk
2 biji buah keras*
1 sb ketumbar biji - sangar*
1 sk jintan kasar - sangar *
1 sk jintan halus - sangar *
2 hiris lengkuas *
2 hiris halia muda *
20 tangkai cili kering *
7 ulas bawang merah *
5 ulas bawang putih *
7 batang serai - hiris *
20 g udang kering *
1 cawan minyak masak
Cara-cara
1.Satukan gula merah dan asam jawa,diramas dgn secukup air utk mendapatkan 500 g air asam, bancuh kacang tanah kisar dan gaul rata.
2.Kisar halus bahan2 bertanda *
3.Panaskan minyak di dlm periuk dan tumis bahan kisar hingga garing dan masukkan gula,garamdankunyit serbuk dan kacau rata.
4.Masukkan bancuhan air asam dan kacang tadi ke dlm bahan yg ditumis. Masak atas api perlahan hingga keluar minyaknya.
5 comments:
wa. rajinnya. bleh buat berniaga balik malaysia nanti.
mak aih!! kretip nye!! tapi tetap nampak sedap walaupon x yah kipas2..
ida_F,
uiks, taklehla nak lawan org yg jual kt Malaysia nun, hehehe.. makan sendiri2 pun kira dah ok :)
NaFiRaa,
hehe.. takde kretip manapun, tak larat nak duk dgn asap, hehehe..
alhamdulillah, rasa tetap mengancam walaupun hanya bakar dlm oven..
betul la.. kalau kat malaysia nak makan tggl beli je. tapi kene try jugak ni wat sendiri.
zeaty,
try jgn tak try ye! yg penting cukup semua bahan kan, hehehe.. pastu jgn lupa tayang kt blog ;)
Post a Comment