~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Thursday, January 28, 2010

Yong Tau Foo!~

Dah lama gak buat Yong Tau Foo ni untuk dinner, ramuan pun tak banyak hanya ada crabstick, mussels & sayur baby spinash je.. tapi tetap membangkit selera, hehehe.. masak banyak jugala, hehhe.. bahan2 lauk hanya celur sebentar dalam air mendidih..


yang bestnya mestila kuahnya, walaupun ada tukar skit2 dari resepi asal.. tp hasilnya tetap ok :) kira kenala dengan selera kami kt sini.. sekejap je licin!!
so sesiapa yang nak resepi blehla amik kt bawah ni ye..

Kuah Yong Tau Foo
http://www.myresipi.com/top/detail/632


Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10 tangkai cili kering
gula melaka atau kurozato
bijan goreng
gula(kalau kurang manis)
1 s.k garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
sedikit ajinomoto

Cara-cara
1.Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
2.setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
3.panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
4.setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5.masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
6.masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

4 comments:

ninie's corner said...

rajin betol nabila masak2.....
ttu best......

unique1012 said...

kak ninie,
takdela rajin sangat kak, tetiba je rasa nak makan, so terpaksala buat :)
nak beli takde org jual, hehhe..

FauziIbrahim said...

wohoooo sedap ni ooooo yg penting kuah atau sos nye

unique1012 said...

Fauzilbrahim,
ye betul tu, yg penting kuahnya yg sedap!!