~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Monday, May 10, 2010

Ikan Bakar & Air Asam!~

Baru2 ni mama masak ikan bakar, kt sini susah juga nak makan ikan.. balik2 ayam & daging, kekadang tu muak juga kan.. alhamdulillah, waktu gi tesco, sajala jenguk2 bahagian seafood, selalu mama beli crab stick je kt bahagian tu..

tapi kali ni ternampak plak ikan yg berekor2 macam siakap ke kan.. sbb mcm salmon mmg banyak tp tak minat sgt + agak mahalla juga, so sajala kitaorg beli, ikan ni namanya Rainbow Trout, adik beradik salmon gak tp seekor2.. beli 2 ekor, harga dalam 2 pound lebih.. dah siap siang, senang! cuma berlendir je, hehe..


So apa lagi, mama pun tryla masak ikan bakar, cari resepi kt net yg bakar dalam oven, bakar dalam 1jam, suhu 160'c camtu, wah mmg berselera kami makan.. Bila dah makan ikan bakar, mesti nak ada pencecahnya kan..so mama buatla air asam seperti dalam resepi kat bawah ni, fuh!! bertambahla enaknya, hehehe.. so kalau ada yg teringin nak masak ikan bakar bolehla amik resepi kat bawah ni ye, mmg tak rugi cubala!! :)

Resepi : IKAN BAKAR
Bahan2:
1 ekor ikan bersaiz besar, dilumur sedikit garam dan asam jawa
Bawang Besar, dimayang
Bawang Merah, dimayang
Bawang Putih, diketuk
Halia, diketuk
Serai, diketuk
Lengkuas, dimayang
Cili kering, direndam dan dikisar dgn sedikit air
Santan
Air Asam Jawa
Garam & Gula Merah secukup rasa

Cara2:
1. Tumis semua bawang, halia, serai dan lengkuas.
2. Bila hampir layu, masukkan cili kisar. Kacau seketika, masukkan air asam jawa. Masak sehingga likat dan maik minyak.
3. Perasakan dengan garam dan gula merah.
4. Masukkan sedikit santan dan masak sehingga santan meresap dan hilang warna putihnya. (*mama guna fresh milk je)
5. Lapikkan dulang pembakar dengan aluminium foil atau daun pisang.
6. Lumurkan sambal ke atas ikan dan bakar dalam oven sehingga masak. Sesekali lumurkan lagi sambal.

And not complete, without this....Air Asam Jawa.
Air Asam Jawa
* Ramas segumpal asam jawa dengan air masak. Buangkan biji2 dan kulit asam dan ambil airnya shj.. Mayangkan bawang besar, buah tomato dan hiriskan halus cilipadi. Masukkan semua dlm air asam dan campurkan sedikit gula. Siap...

Source: http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1182272

6 comments:

Mya Sakura said...

kak nabilah, maybe u can try portugese style jugak..

just same recipe tu..akak plus vege. mcm carrot ke, cauliflower , brocolli..nice tau

and..just giving idea..try tomyam steam..hehe

unique1012 said...

Mya Sakura,
oo yeke, ok will try insyaAllah :)

tomyam steam?? errmm.. menarik bunyinya! :) nak kena google gak ni..

Ija said...

teringat masa k ija mengandung dulu, tiap2 hari makan ikan bakar portugese! :)

bile due?

unique1012 said...

kak ija,
amboi!! hari2 makan ikan bakar!! hehee.. best sungguh :)

insyaAllah sep ni, doakan ye kak! :)

gee ryder said...

oh bolela cedok resipi air asam tu..kak gee smpai sudah xreti nk buat air asam tu..selalu duk pikir sndiri jer camne la keda buat hehe

unique1012 said...

kak gee,
itula, sy pun sblm ni tak tau camna nak buat air asam, heehehehe..