~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Monday, March 23, 2009

It's time to play!~

Sabtu baru ni, pepagi lagi kami dah bersiap, tak sarapan pun sbbnya kitaorg nak pegi bersarapan di Abraham Moss School.. Sebenarnya memang setiap sabtu di sinila Malaysian Community berkumpul bersarapan pagi disamping menghantar anak mereka utk menghadiri kelas bahasa Melayu di Sekolah Malaysia disini.. So this week first time mama & ibrahim dtg sini.. Babah dah pernah pergi sebelum ni, hehe..

Macam2 makanan yg dijual, nasi lemak, laksam, nasi hujan panas, nasi kerabu, kuew teow sup, mee rebus, roti canai, nasi minyak gulai kambing, popia goreng, karipap & bermcm2 lagi kuih muih.. punyala banyak sampai confius nak makan apa, hehe.. last2 kitaog makan laksam, nasi lemak & roti canai.. pastu beli karipap & mee rebus bungkus..


Lepas tu, babah bawa kitaorg pergi Heaton Park.. adalah dlm 15-20 minit perjalanan.. Kitaorg pergi playground yg kat Heaton Park tu, saja bawa Ibrahim.. ramai juga org yg bawa anak mereka disini.. Suka betul Ibrahim!! Memula Ibrahim main gelongsor.. lepas dah puas, kitaorg pusing lagi keliling playground tu.. siap ada gelongsor yg besar lagi, punyala tinggi, hanya budak2 yg berumur 7-14 thn je yg dibenarkan naik, tp kitaorg tengok siap bapak budak pun ada yg naik, hehe..


Tp yg ok nya, base dia agak lembut, so kalau budak2 jatuh pun tak sakit, tp minta dijauhkanla kan.. lepas tu nampak ada buaian kt bahagian hujung tu.. tryla dudukkan ibrahim atas buai.. mula2 ibrahim tak leh lagi imbang badan dia atas tu, babah pegang dia sambil buai perlahan2.. bila dah lama2 ibrahim dah boleh imbang sendiri, bolehla babah lepas sekejap, tp takleh lelama, takut dia terjatuh plak, hehe.. Aik, mama pun nak join jugak ke? yelakan last pergi playground dah berzaman dulu2, hehe..

dah puas main, kitaorg pun balik umah.. sampai umah bedal mee rebus & karipap, hehe.. bayangkan ibrahim bleh mkn karipap tu sengsorang je, dasyat tak?? hehe..

6 comments:

sWeEtdARLinG said...

wahhh terlepas rindu kalo dapat makan makanan malaysia kaan.... tak sangka ada makanan meriah kat situ....

unique1012 said...

sweetdarling,
itula, disamping kena buat sendiri, tak payah nak risau2 sbb ada gak yg jual, hehe.. org2 Malaysia kat sini, ramai yg terer2 memasak!! hehe..

fuadnis said...

nabilah,
nis tgk hubby n anak nabilah dah makin chubbyla..ni mesti gara2 makan banyak..nabilah kan suke masak je..he..he..

unique1012 said...

anis,
memang kuat makan semuanya, hehe.. itu pasalla makin chubby.. ;)

bAiTi said...

Tak pernah lagi jejak Sekolah Malaysia. Maybe, one day kut. Ramai tak selalunya weekend kat situ? Nak try pegila, hehehe..

Bila mau jumpa..?? :P

unique1012 said...

Baiti,
Kita pun baru je pergi, memang ramai!! nanti pergila ye, blehla jumpa, insyaAllah ;)..