~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 4, 2009

Cream puff again!~

2 hari lepas, tetiba je rasa rajin nak buat cream puff.. maka project bermula pukul 7mlm.. memang remehla, haha.. nak makan punya pasal, buatla jugak.. ibrahim waktu ni tgh tdo.. sbb tula mamanya rajin skit.. tp tengah2 masak tu, dia bangunla plak.. hehe apalagi, jadi teman setiala ketika mama masak..


bukan apa, nak test nozzle baru babah belikan sbb tu tetiba rajin.. tp sbb baru nak try so puff mama jadi comel2 gitu, hehe.. maka dptla 2 bekas plastic ware cream puff, bagus jugakkan, senang nak makan.. babah & ibrahim pun suka.. sbb creamnya tak manis sangat.. best sbg desert lepas makan!! Kali ni nak tepek resepi, so pada sesiapa yang nak buat, silakan!!

Cream Puff Jagung
oleh: zaliana@myresipi.com
Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )

125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur

Bahan-bahan untuk inti jagung
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan tepung kastad
5 sudu besar gula

Cara-cara

Cara-cara untuk puff

Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.
Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk. Sejukkan
Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.
Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,
panaskan oven 25 minit sebelum bakar.
suhu 180'c lebih kurang 30 minit
Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung

Cara-cara untuk inti

Kacau tepung kastad dan air.
Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.
Kacau hingga naik wap
Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.
Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff

10 comments:

Wan Ammar Muqri/Wan Nawal Maisara said...

nabilah, peberet k.tini nih cream puff tp xpenah usaha belajar nak buat.. takde nozel tuh la..tg wish birthday..

Khas Lysha said...

bestnyer ada resepi cream puff ni.. boleh la try..
salam kenal.. dah add ur link ;)

Anonymous said...

lama tak mengomen kat sini...
rupanya aku terlepas pandang blog ni sejak aku pindah ke blog baru...

Sori!!

unique1012 said...

Kak Tini,
tula.. dulu masa kat ofis, selalu order every jumaat ada org ofis buat.. skrg ni nak mkn kenala buat sendiri, hehe..

Khas Lysha,
salam kenal gak, ok try ye nanti bg tau hasilnya, hehe..

Afkar'z,
hehe, dont worry, i still tengok blog u ;)

tulip said...

macam2 dah ko try buat. bila la aku nak mencuba pulak nih...

unique1012 said...

zeaty,
jomla try gak.. pastu jgn lupa bagi tau kat blog tau!!

A.H.A.D said...

rasa nk pgi je umah nabilah ni sbb nk merasa suma kueh yg nabilah wat tu...aduh brtmbah tmbam la ibrahim kalo gini...babah nye pun bedozen² la tembam jugak hehe

unique1012 said...

kak gee,
hahaha.. jomla dtg sini, nanti saya masak ;) bleh jln2 skali kat sini..

a'ah makin tembam diorg ni, alhmdulillh, sihat walafiat..

~finee~ said...

wah sedapnye cream puff ni slalunya suka makan tapi tak tau buat, ni kena try ni

unique1012 said...

mamaadam,
memang sedap! try jgn tak try ye ;)