~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 30, 2009

Jom buat Tart Kastard!~

Khamis lepas, mama buat Tart Kastard.. sebenarnya nak menghabiskan fresh milk yg masih berbaki dalam peti sejuk tu, sayang plak expired walaupun fresh milk kat sini murah je, hehe..


Dapatla 6 ketul tart yg agak besar, sampaikan babah cakap, nak abiskan pun tak larat hehe.. mama hias dgn nenas dlm tin, tu yg rasa masam2 manis.. rasanya memang sedap!! :) makan satu je dah kenyang.. seperti biasa mama skrg suka tengok myresepi.com, so amik resepi kat situla.. ada sesiapa ke nak try?? so mama pastela resepi kat sini ye..

Tart Kastad
Source: liana_pg@myresipi.com

Bahan-bahan ( satu acuan besar(saya guna acuan pai) )

PASTRI RAPUH::
2-3 sdb susu segar
250gm tepung gandum
1 sdb gula castor
1 biji telo
125gm mentega sejuk(potong kecil2)
sedikit garam

KASTAD FILLING::
500ml susu segar
2 biji telor
50gm tepung kastad
100gm gula castor
1/2 sdt esen vanilla
kismis hitam(optional) - mama letak nenas dlm tin

Cara-cara Pastry

satukan tepung n garam...(ayak)
gaul mentega bersama adunan tepung hingga sebati...
masukkan telor,gula,dan susu...adun hingga adunan lembut...
rehatkan adunan selama 30 min..then terapkan mengikut acuan yg dikehendaki...
bakar separuh masak..ketepikan dahulu... (mama bakar 160'c selama 10 -15 minit)

CARA MEMBUAT KASTAD FILLING::

Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga sebati...
masak di atas api yg perlahan hingga agak pekat...
kemudian tuang kedlm pastri tadi...dan taburkan dgn kismis hitam ...
bakar sekali lagi pada suhu 160 'c hingga masak.... (dlm 20-25 minit)

2 comments:

~finee~ said...

wah ni blh try ni, macam tak susah nak buat

unique1012 said...

mamaadam,
bolehla kalau nak try, nak kata susah tu takla sangat, tp agak remeh bab menguli tu, hehe..