~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 18, 2009

Makan malam yg simple!~

Ahad baru ni, kitaorg ada beli instant yorkshire pudding kat Tesco, so malamnya mama masakla dlm oven.. nak makan dgn yorkshire pudding ni, kena ada sosnya, mama pun buatla Seafood Blackpaper sos, ni main buat je.. resepi nya sama cam masak blackpaper chicken cuma tukar ayam kepada crabstick & squid, pastu tambahla mixed vege skit, jadila seafood blackpaper source hehe.. best mkn panas2!! Sekejap je licin..


Pastu, Isnin plak mama try buat popia goreng, selalunya kitaorg beli yg frozen, tinggal goreng je.. tp rasa nak buat plak.. tak tengok resepi pun.. intinya mama goreng sardin & tuna dlm tin, pastu letak crabstik & mixed vege.. kulit popia kat sini byk gak jual, so senangkan.. masuk inti dalam kulit popia pastu goreng.. dah siap.. dapatla dalam 10 batang.. mama tak buat pun sosnya, mkn dgn cili sos je, hehe..

6 comments:

DYLA said...

sedapnya nabilah. tp aku mkn tu je mmg tak cukup! tak kenyang. hehe

Unknown said...

nabilah, nextime bley pulak buat murtabak segera guna kulit popia. boleh simpan beku, ada tamu boleh hidang. express!

tulip said...

mesti sedap ni.. cuba buat popia sayur pulak.

unique1012 said...

Dyla,
kalau yg Yorkshire pudding tu memang tak cukupla sbb sikit je, kenala tambahan buahan2 ke & etc, barula perut tak berbunyi masa tido, hehehe.. tp kalau popia tu kenyang betul sampai tak larat nak abiskan, sbb aku buat besar2, huhuhu..

Normi,
itula, cadangan yg bagus.. insyaAllah kalau ada kerajinan aku buatla nanti.. tp takut tak sempat tamu dtg, dah kena ngap dulu, hehehe..

Zeaty,
boleh boleh boleh (gaya ipin), hehe.. cuma aku ni bukan penggemar sayur semata, sbb tu aku campur daging gak, :)

isya said...

fuhhh! terliur la.. nak sikit.hehe

unique1012 said...

isya,
hehe.. nak ke? meh dtg sini ;)