~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Sunday, March 8, 2009

Lasagne for 2nd time!~

Semalam dah tngahr baru start masak lasagne.. terasa nak makan & bahan pun memang ada.. maka mama pun buatla.. masak sos daging, sos putih & rebus lasagne sheet pastu bakar.. kali ni mama nak share resepi.. yg sos daging & sos putih tu, caranya sama cam mama buat sos makaroni bakar hari tuh.. takper mama letak lagi sekali cara2 keseluruhan, hehe.. bagi sesiapa yg teringin nak buat tu, blehla try ye!


Lasagna
Sumber asal: http://mamawandiha.fotopages.com/

Bahan2
1 bungkus (225 gm) Kulit Lasagna kering
1 s/b marjerin
½ s/k garam
Air secukupnya , untuk merebus
125 gm mozarella cheese ~ guna yg dah siap parut

Bahan2 Sos Daging
2 s/b marjerin/minyak
2 biji Bawang Putih, cincang halus
1 biji Bawang Bombay, cincang halus-guna bawang besar biasa
500 gm Daging cincang
250 gm Tomato, kupas, parut (saya guna sos bolognese instant 500gm)
1 tin cendawan butang (saya tambah)
1 cawan mixed vegetable (saya tambah)
½ s/k Garam,
½ s/b Gula pasir

Cara Masak Sos Daging
1. Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata hingga daging berubah warna & masak.
2. Tambahkan tomato parut (tomato blend) dan sos tomato dan air or (just sos bolognese instant). Bubuh garam dan gula pasir. Masak hingga mendidih & sos agak kering.

Bahan2 Sos Putih
50 gm marjerin -3 sb
50 gm Tepung gandum - 3 sb
400 cc Susu Cair Evaporated } guna fresh milk
100 cc Air }
125 gm Keju Cheddar parut - guna 4 slice cheese
1 blok kiub pati ayam
¼ s/k serbuk lada putih

Cara Masak Sos Putih
1. Panaskan marjerin, masukkan pes tepong gandum & kacau rata. Tuang susu cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Tambahkan keju parut, kiub pati ayam, serbok lada putih.
2. Masak hingga mendidih dan mengental.

Penyediaan Terakhir
1. Sapu loyang atau caserole empat segi dengan marjerin di sekeliling, susun kulit lasagna pada dasar loyang.
2. Ratakan ½ bahagian sos daging diatasnya dan ½ bahagian sos putih. Ratakan perlahan. Susun kembali kulit lasagna diatasnya.
3. Ulangi proses sama spt tadi diakhiri dengan susunan lasagna di atas sekali menutup sos putih.
4. Taburkan cheese parut atasnya.
5. Bakar dengan suhu oven 180°C (atas bwh) hingga kuning kecoklatan (± 40 minit). (suhu bergantung oven masing2)
6. Angkat. Sajikan panas.kalau nak senang potong lasagna biarkan sejuk sedikit.
*susunan;kulit lasagna-sos daging-sos putih-kulit lasagna-sos daging-sos putih-kulit lasagna-sos putih-tabur cheese.

3 comments:

gee ryder said...

wallaweyy...lasagna la pulak...
meleleh dh air liur ni

tulip said...

sedap... sedap...
nih kalau pakai microwave boleh ke? nanti aku nak try la..

unique1012 said...

kak gee,
iskk.. cepat2 lap air liur tu! hehe.. ala kak gee pun bleh buat, tak pun gi secret resepi, order! hehe..

Zeaty,
memang sedap!! kalau microwave tu dgn oven skali blehla kot.. takper ko try dulu, pastu bagi tau eh.. ;)