~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Wednesday, February 18, 2009

Resepi: Makaroni bakar!~

Atas permintaan Kak Gee, saya sertakan resepi makaroni bakar yg saya buat baru2 ini.. Lepas ni blehla buat ye kak gee.. Resepi ni saya ada ubah2 skit :)


Makaroni Sos Bolognese

Bahan2:
3/4 paket makaroni- 400gm
Sos Daging (resepi dibawah)
Sos Putih (resepi dibawah)
60 gm mozarella/cheddar cheese - boleh tambah kalau suka; gantikan 1-2 kpg slice cheese

Bahan2 Sos Daging
2 s/b marjerin/minyak
2 biji Bawang Putih, cincang halus
1 biji Bawang Bombay, cincang halus-guna bawang besar biasa
500 gm Daging cincang
250 gm Tomato, kupas, parut (saya guna sos bolognese instant 500gm)
1 tin cendawan butang (saya tambah)
1 cawan mixed vegetable (saya tambah)
½ s/k Garam,
½ s/b Gula pasir

Cara Masak Sos Daging
1. Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata hingga daging berubah warna & masak.
2. Tambahkan tomato parut (tomato blend) dan sos tomato dan air or (just sos bolognese instant). Bubuh garam dan gula pasir. Masak hingga mendidih & sos agak kering.

Bahan2 Sos Putih
50 gm marjerin -3 sb
50 gm Tepung gandum - 3 sb
400 cc Susu Cair Evaporated } guna fresh milk
100 cc Air }
125 gm Keju Cheddar parut - guna 4 slice cheese
1 blok kiub pati ayam
¼ s/k serbuk lada putih

Cara Masak Sos Putih
1. Panaskan marjerin, masukkan pes tepong gandum & kacau rata. Tuang susu cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Tambahkan keju parut, kiub pati ayam, serbok lada putih.
2. Masak hingga mendidih dan mengental.

Cara
1.Rebus makaroni dgn sedikit garam.bila empuk sejatkan.
2. Sediakan sos daging dan sos putih
3.Panaskan oven...suhu oven 180°C
4.Sediakan loyang atau caserole, isikan makaroni diikuti dgn sos daging dan sos putih.
5.Akhir sekali taburkan cheese. bakar selama 20 min atau hingga sedikit kuning..

8 comments:

tulip said...

sedapnya.. nanti aku nak buat la..

unique1012 said...

zeaty,
memang sedap.. buat jgn tak buat tau.. ;)

DYLA said...

nabilah, thanx. sbb dah lama nak carik resepi ni..

unique1012 said...

Dyla, ok.. pasni cuba eh :)

tunfrida said...

i heart makaroni bakar. ala lasagne gituu...

Nabilah, my version of Makaroni Bakar is usually leftovers from Makaroni Goreng.

just make the white sauce (mornay sauce) and then buat the way like you did.

side with salads -usually aku buat tomato & timun jepun potong kiub, perah dengan asam limau nipis, perasakan dengan garam, gaul sebati dengan herba basil.

walllaaa...!

gee ryder said...

mmg mengancam ah resipi ni..mmg terliur abis!
mesti cuba ni...
anyway thanx ye nabilah..

unique1012 said...

normi,
a'ah sos daging & sos putih tu memang sama je cam nak buat lasagne.. oo ok gak kan kalau makan dgn salad.. aku tambah mixed vege siap2 dalam sos daging tu, so healthyla skit, hehe.. memang best kan!

kak gee,
no problem.. u r welcome.. baru baca ni dah terliur, hehe.. buat tau!! :)

tunfrida said...

ya ya...memmang best! yg lelain silalah cuba.