~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 27, 2009

Pandai bergaya!~

Tengokla gelagat Ibrahim bergaya dgn scarfnya.. babah sengaja ikat kat leher Ibrahim.. suka plak dia! tp memula je ok, pastu dia dah mula rimas & nak buka ikatan scarf tu tp tak tau camna, hehe..


Tp bila dah dibukakan, dia nak pakai balik plak, sampaila ke tdo pun masih pakai lagi, hehe... last2 mama yg bukak masa ibrahim dah tdo, takut tercekik plak kan.. sbb ibrahim ni lasak, tdo berpusing 360 darjah, hehe..

Thursday, February 26, 2009

Jom minum petang!~

Semalam ptg mama try lg new resepi, kali ni mama buat manggo lemon muffin.. mama masukkan jus manggo rubicon & perahan buah lemon.. kebetulan lebihan filling yogurt tart masih ada dalam peti ais, mama campur je skali, hehe.. senang cerita..


Then untuk hiasan, mama letak almond nuts yg telah dihiris & raisin, nuts & choc chip.. tak lama pun buat dia, buat adunan dalam 1/2 jam pastu bakar 15 minit.. dah siap!! dapat 12 biji kesemuanya.. kebetulan babah takde sbb ada discussion kat uni.. so mama & ibrahim makan dulu waktu masih panas!! memang yummieeeee..

Wednesday, February 25, 2009

Mandi time!~

Ibrahim ni kalau mandi, memang susah skit.. Tp mama memang mandikan dia, tak sama masa, selalunya bila dia buang air besar.. tp kalau dah malam, takla.. almaklumla sejuk kat sini, menggigil2 la dia bila kena air walaupun suam kan.. tp bila dah start mandi mulala suka main air, hehe.. pandai plak dia amik gayung tadah air pastu masukkan dalam baldi..


kira ni nak biar dia lekala skit sambil mama mandikan dia.. takpun kekadang siap bawak lego lagi sambil mandi.. alhamdulillah, Ibrahim ni suka gosok gigi walaupun kekadang tu kena paksa, hehhe.. yelakan dah makan macam2 makanan manis, kang tak gosok rosak plak.. kt sini dahla gi dentist tak cover, huhuhu..

Ibrahim main dgn minyak baby & dragon menemaninya, hehehe
tp skrg ni winter dah nak abis, so cuaca pun dah kurang sejuk, adala dalam lebih kurang 7 darjah celcius.. tp still kena berlapis2 gakla baju Ibrahim pakai, ehehe.. Bila dah abis mandi, time nila ikut mood dia, kekadang tu susah sgt nak pakaikan baju.. suka sangat berlenging.. Kena bg dia something supaya dia leka pastu blehla pakaikan pampers, baju & etc..


kekadang tu senang sgt plak pakai baju, takyah nak berkejar, hehe.. macam2 la Ibrahim ni.. Kan comel bila dah pakai baju.. ada macam budak tadika tak?? hehe..

Monday, February 23, 2009

Let's try more recipes!~

Semalam mama try buat new resepi lagi, wah! memang bersemangat & rajinla plak.. adala sebabnya.. Kan hari jumaat tu beli barang, adala beli plain yogurt.. pastu Sabtu baru ni sajala tengok2 yogurt tu balik, rupa2nya expired date dia 'use by 22nd Feb09', maksudnya semalamla.. Sabar jela kan, lain kali memang kena check betul2 dulu sblm beli..

Malam Sabtu tu berputarla dalam kepala ni nak buat apa ya dgn yogurt tu, hehe.. So semalam 2 resepi terus try, haha.. nak abiskan yogurt punya pasal.. Yela kan, sayangla kalau buang.. Then Mama try buat Yogurt Tart & Simple Cheese Cake .. Dua2 resepi ni mama tengok kat Myresepi.com..


Alhamdulillah, kedua2nya menjadi.. Yogurt tart tu semalam malam lagi dah tinggal separuh.. dapat dalam 14 biji... 12 kecil, 2 besar.. Rupanya tak cantik sbb kulitnya susah betul nak dibentuk, hehe.. Tp rasanya memang best, crunchy & lembut!! Babah & Ibrahim pun suka!! Tak sempat nak tunggu sejuk, dah kena pow! hehe


Yang cheese cakenya, memang senang betul nak buat!! main blend je semua bahan pastu bakar.. tp mama pandai2 plak tambah basenya dgn biskut coklat digestive & lapis dgn strawberry jem kat atas basenya.. lepas bakar & sejuk, mama simpan dulu semalaman dalam fridge sebelum makan.. tadi malam potongla.. alamak, basenya tak kukuh sgt, berderai gakla skit, hehe.. tp cake nya memang amat sedap!! Lemak, masam & manis, semua cukupla.. rasa puas ati, tp still byk yg perlu diimprove, hehe.. Babah & Ibrahim amatla sukanya pd cake ini!!

Alhamdulillah, rasa lebih bersemangat nak mencuba lagi resepi!! insyaAllah, kalau diberi kekuatan..

Sunday, February 22, 2009

Jom try buat kuih!~

Semalam petang mama try masak kuih Serimuka.. Memang dah lama nak try buat tp sbb beras pulut takde, so tunggula dulu sampai jumpa.. daun pandan ada babah beli dah lamala gak kat Chinese groceries kat town.. Jumaat baru ni, cam biasa kitaorg pergi keluar beli barang, carila skali beras pulut kat Manchester Super Store.. Nasib baik ada :) Alhamdulillah..


Resepi plak mama tengok kat fotopages mamaera.. Alhamdulillah menjadi & sedap!! Mama sungguh happy.. Babah & Ibrahim pun suka, tp yg paling suka mamala!! dah lama tak makan kuih ni.. Ni la first time mama try masak pulut, hehe.. byk keje gakla..

kul 3ptg mama basuh beras pulut & rendam dalam 1 jam, sepatutnya 2 jam tp tak sabar sangat, hehe.. pastu nak kena kukus dgn santan cair, kena betul2 masak.. pastu kena bancuh lapisan atasnya plak.. kukus semula bhgn bawah & atas.. dari ptg start sampaila ke malam, heehee.. Bila dah masak, kena tunggu sejuk dulu baru potong.. okla, adunan dapat 2 bekas plastik ware tuh..

Pasni masak apa plak?? Tunggguuu.. memang ada!!

Friday, February 20, 2009

Ibrahim's new friend!~

Baru2 ni kitaorg ada gi Manchester Fort.. Masukla Argos jap, belek2 buku catalog tu, mama ingat nak beli baking tools skit.. then babah pun cari2 toy utk Ibrahim.. jumpala 1 toy ni, bleh tahan menarik.. Babah pun nak beli..

"Talking Bolt".. Bolt ni Disney movie character.. Boleh keluarkan voice bila kita picit kat hujung jari kaki kiri dia, hehe.. Memula Ibrahim punya la takut bila kita bunyikan dia, hehe.. lelama dia plak yg suh tekan nak dengar, hehe.. Suka betul dia dgn kawan baru dia ni!! Bertambah lg kawan Ibrahim kan!

Jom kita tengok aksi Ibrahim main dgn Bolt..

Wednesday, February 18, 2009

Resepi: Makaroni bakar!~

Atas permintaan Kak Gee, saya sertakan resepi makaroni bakar yg saya buat baru2 ini.. Lepas ni blehla buat ye kak gee.. Resepi ni saya ada ubah2 skit :)


Makaroni Sos Bolognese

Bahan2:
3/4 paket makaroni- 400gm
Sos Daging (resepi dibawah)
Sos Putih (resepi dibawah)
60 gm mozarella/cheddar cheese - boleh tambah kalau suka; gantikan 1-2 kpg slice cheese

Bahan2 Sos Daging
2 s/b marjerin/minyak
2 biji Bawang Putih, cincang halus
1 biji Bawang Bombay, cincang halus-guna bawang besar biasa
500 gm Daging cincang
250 gm Tomato, kupas, parut (saya guna sos bolognese instant 500gm)
1 tin cendawan butang (saya tambah)
1 cawan mixed vegetable (saya tambah)
½ s/k Garam,
½ s/b Gula pasir

Cara Masak Sos Daging
1. Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata hingga daging berubah warna & masak.
2. Tambahkan tomato parut (tomato blend) dan sos tomato dan air or (just sos bolognese instant). Bubuh garam dan gula pasir. Masak hingga mendidih & sos agak kering.

Bahan2 Sos Putih
50 gm marjerin -3 sb
50 gm Tepung gandum - 3 sb
400 cc Susu Cair Evaporated } guna fresh milk
100 cc Air }
125 gm Keju Cheddar parut - guna 4 slice cheese
1 blok kiub pati ayam
¼ s/k serbuk lada putih

Cara Masak Sos Putih
1. Panaskan marjerin, masukkan pes tepong gandum & kacau rata. Tuang susu cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Tambahkan keju parut, kiub pati ayam, serbok lada putih.
2. Masak hingga mendidih dan mengental.

Cara
1.Rebus makaroni dgn sedikit garam.bila empuk sejatkan.
2. Sediakan sos daging dan sos putih
3.Panaskan oven...suhu oven 180°C
4.Sediakan loyang atau caserole, isikan makaroni diikuti dgn sos daging dan sos putih.
5.Akhir sekali taburkan cheese. bakar selama 20 min atau hingga sedikit kuning..

Awards from mama3hz!~





Baru2 ni mama ada dapat award from mama3hz or Kak Intan.. Thanks kak ye ;) Mama nak share awards ni dgn Kak Gee, Zeaty, Kak lin, Kak Ayu & Mas Alina..

Monday, February 16, 2009

Weekend activity: Makan2 dirumah

Semalam malam, kitaorg adala buat makan2 skit kat umah, tak jemput ramai pun, hanya 1 family je.. Bro Fadil, Kak Lin & anak diorang Irfan.. saja2 nak menjamu diorang yg dah lama tak jumpa, hehe..

Mama pun tak masak banyak, lauk 2 jenis, ayam masak lemak cili api & sayur campur.. Pastu buat Macaroni bakar, kira menu bestla tu, hehe.. Babah & Ibrahim memang suka kalau masak ada cheese ni.. Pastu mama try buat agar2 cocktail.. Nampak memang menjadi, tp bila nak potong, terlembikla plak, so dah tak cantik rupanya, tp rasa memang sedap!! Then hari nih, mama masak balik tambah agar2 biar keras skit barula ok kan..


Nasib baikla diorang datang malam, sempatla nak masak semua tu.. Pastu Kak Lin bawa desert lagi, kuih onde2 or buah melaka & ice cream buah2an, wah bertambah2 lagi makanan, memang best!! Thanksla Kak Lin buat susah2 je..

Ibrahim suka betul dapat main dgn Irfan, yelakan selalu asik dgn mama je.. kali ni barula best ada kawan.. sampaikan nak ikut balik, hehe.. bila tanya nak ikut tak, jawabnya memang nakla, tapi mata dia still tengok babah & mama diala sama ada nak ikut gak ke tak, hehe.. Thanks bro Fadil & Kak Lin sbb sudi dtg umah kitaorg ye..

*Bila dah berborak, lupala plak nak take pict diorang..

Saturday, February 14, 2009

Menjawab tag Kak Ayu: Tag5

Mari kita mulakan...


1. Copy badge "2008 cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkn di blog anda
Thanks Kak Ayu

2. Link / n citer kan kembali siapa yang memberi award ini kpd anda.
Yg beri award nih ialah Kak Ayu, senior MMU & ex-colleague masa kat TM dulu2.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta /hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di tag)

i. Fakta - Saya adalah isteri kepada Izzuddin & ibu kepada Ibrahim :)
ii. Fakta - Saya adalah satu2nya anak kepada Shafaai & Zuraidah.
iii. Hobi - Suka menonton korean drama online..
iv. Hobi - Suka memasak & tgh menambah skills memasak :)
v. Fakta - Sekarang ni tngah ikut hubby sambung PhD kat Manchester
vi. Fakta - Saya seorang yg peramah, yeke?? hehe..
vii. Fakta - Saya skrg adalah surirumah sepenuh masa ;)
viii. Hobi - Suka window shopping kat shopping complex..
viiii. Hobi - bermain dgn Ibrahim
x. Hobi - surf internet.

4)pilih 5 penerima award seterusnya n nyatakan di blog anda.

i. Puan Normi
ii. Puan Anis
iii. Puan Zeaty
iv. Mas Alina
v. Mama3Hz

5)jgn lupe melawat blog kawan anda yg telah di tag n menyatakan dia telah telah di tag.
InsyaAllah.. in progress.. :)

Friday, February 13, 2009

Babah blanja makan best2!~

Semalam petang, babah blanja mama makan sempena birthday mama ni la.. mama ok je, kitaorg order delivery from kedai Pakistan kat sini.. banyak gakla menu yg babah order..


Ada Penne Seafood, Hawaiian pizza, ayam goreng & strawberry cheese cake.. semuanya sedap2 belaka.. kitaorg makan berdua je.. Ibrahim mana?? dia baru je tdo!! tak sampai hati plak nak kejutkan.. sian Ibrahim tak dapat nak rasa.. takper next time kita leh order lg ok.. nak tunggu mama buat tak taula bila, hehe..

Hari ni plak, kitaorg keluar beli barang lepas babah balik solat jumaat.. beli barang dapur kat Manchester Superstore.. pastu babah beli briyani ayam, ayam goreng & pizza lagi, hehe.. mewah betul makanan ye.. alhamdulillah.. yang ni Ibrahim dapatla merasa sbb balik2 je kitaorg pun makan..

Jom try buat Cookies!~

2 hari lepas, memang tak plan pun.. dah kul 9 mlm, baru mama rasa nak buat choc chip cookies.. so korek2 resepi dalam almari, memang byk resepi dah tulis.. jumpala resepi choc chip cookies.. okla bleh try buat.. resepi ni memang dah lama copy from internet, tak ingat dah amik dari website mana..

Ibrahim waktu ni tengah tdo kat bilik tv.. mama pun mulala menguli tepung.. banyak gak adunan.. choc chipnya pun tak banyak mana, so bila choc chip dah abis, mama tambah conflakes plak, kira dapatla 2 jenis cookies.. Tengah busy menguli Ibrahim bangun, nasib baik tak buat kerenah..

1)Choc chip cookies first bakar, 2)Choc chip cookies yg kecil2, 3)Conflakes Cookies, 4)Dapat satu bekas besar tula
Memula bakar, adunan letak banyak, jadi besar plak cookiesnya, 2nd time bakar & seterusnya, mama dah bleh agak adunannya supaya cookies jadi kecil molek je.. Alhamdulillah cookies menjadi, rangup & memang sedap!! Babah cakap mcm ala2 famous amos gitu.. yelatu.. dapat banyak gakla.. muatla satu bekas besar.. bolehla Ibrahim & kitaorg makan puas2..


Tengokla Ibrahim ni, yg tak sabar nak makan cookies, hehe memalam buta still berjaga lagi.. mana taknya baru bangun kan, lambatla dia tdo balik..

Thursday, February 12, 2009

Today is My Birthday!~

Alhamdulillah, hari ni genapla umurku bertambah lagi setahun menjadi?? hehe.. Dah 28 tahun aku hidup di dunia ni.. Terima kasih Allah kerana aku masih bernyawa & dapat hidup dgn baik di bumi Allah ini.. Terlampau banyak nikmat yang aku dah kecapi, syukur ya Allah.. semoga aku & keluargaku akan sentiasa dibawah rahmatNya yg maha esa dunia & akhirat..

So agak2 apa kitaorg buat arinih?? hari ni hubby ada kelas, so memang takdela kuar kemana2 agaknya, hehe.. tapi Selasa lepas kitaorg dah kuar gi Manchester Fort.. babah kata kira sempena hari jadi mama la ni.. hadiah dr babah kan mama dah dpt arituh..


tp still babah belikan mama headset baru kat Maplin Electronics utk mama skype dgn atuk & nenek.. sbbnya headset lama dah rosak.. masuk ni dah 3 kali tukar, sabar jela.. kali ni besar punya, haha.. Thanks babah!! Babah plak dpt perfume baru, Issey Miyaki Intense Special Edition, bau dia harum gakla.. babah memang suka kumpul perfume, hehe..

Terima kasih gak pada atuk, nenek, family & kawan2 yg wish me!! Mama dapat Birthday gift from Wan Penang, thanksss Wan!!!

Wednesday, February 11, 2009

Alhamdulillah, Semoga Nenek cepat sembuh ye!~

Semalam tengahari, nenek telah menjalani operation membuang batu dalam hempedu selama 5 jam di HBTAR Klang.. punyala lama kan.. pukul 5 ptg baru selesai.. alhamdulillah, atuk bagi tau malam tadi dah mula sedar tp masih baring lagi.. pagi ni baru bleh bergerak & berjalan perlahan2..

Rasa sedih & sayula juga sbb tak dapat nak jaga nenek, hanya limpahan doa & harapan sahajala yg dapat kami berikan dari kejauhan ini.. pada ahli keluarga & sanak saudara terima kasih sbb sudi melawat nenek kat hospital.. Semoga nenek cepat sembuh ye.. Atuk jaga nenek baik2 ok :)

Jom kita rasa!~

Sabtu lepas babah tunjuk skill memasak.. Tetiba je masuk ke dapur waktu mama dah nak start.. ramuan semua dah ready, tinggal masak je.. Nasi Goreng Hailam Cheese, bunyi je dah best kan?!! Mama plak goreng fish cod ala2 fish n chip punya resepi, tp takdela chip nye.. maka jadilah Nasi Goreng Hailam Cheese & Fish without chip, hehe..


Memang terangkat!! lagi2 makan waktu panas2!! Rasa lemak2 manis gitu..Ibrahim pun suka, biasala kan.. Ibrahim semua suka, takde yg tak suka kalau bab2 makan ni..

Tuesday, February 10, 2009

Lego time!~

Sekarang ni Ibrahim suka sangat main lego.. pandai dah dia susun lego2 tu jadi bertingkat2, leka betul dia bila dah main.. Tak kira kat mana pun.. Semua tempat pun jadi.. Sampaikan kekadang tdo pun dgn lego gak, sabar jela..

Lego tu tak beli pun, keluarga bro Mokhriz yg bagi waktu kitaorg mula2 sampai dulu, punyala banyak siap bagi dgn bakul skali.. Dulu2 Ibrahim memang sepah2kan je, skrg ni baru pandai susun..


Waktu ni, kat dapur.. mama tengah masak, dia pun busy la mengangkut semua lego2 yg dia nak main, siap suh dudukkan dia atas kabinet dapur lagi.. Ada one part of lego memang dah jadi cam kereta, pastu lekala dia susun lego atas kereta tu jadi lebih tinggi & besar.. Pastu jalan2kan siap bunyi "tuttt tuutt" lagi cam keretapi tu, hehe.. Pandai anak mama main ye!

Sunday, February 8, 2009

Jom main games!~

Baru2 ni babah ada beli Game Boy Advanced kat Ebay UK, saat2 tengah stress & boring blehla main ye tak?? hehe.. sebenarnya beli utk Ibrahim, tp sbb Ibrahim lum pandai main lagi.. babah & mama la try dulu..


Banyak gakla games yg babah dapat beli, semuanya kena bid.. tunggu last2 minit, mana2 yg agak2 best tu blehla bid cepat2, kalau tak kang terlepas.. memang sgt murah berbanding beli yg baru.. ada mario, pacman, tarzan, harry potter, lumba kereta, bugs bunny, nemo, jacky chan & etc..

Ibrahim pun nak join jugak, suka betul dia tengok mama & babah main, tunggula besar skit ye, hehe..

Friday, February 6, 2009

Menu best semalam!~

Semalam pagi mama buat nasi lemak, guna santan peket & taruk sehelai daun pandan.. wah bau dia memang harum!! kebetulan ayam masak merah masih ada lagi, memang sedap betul makan nasi lemak dgn ayam masak merah dgn sayur campur, hehe..


Lepas mama masak nasi lemak, mama try buat lasagne plak.. teringin plak nak makan lasagne sejak program Helwa arituh.. Babah pun suruh gak mama buat, dia kata favourite food dia ni..

Kali ni belek2 fotopages mamasya plak, nak tengok resepi lasagne.. byk keje gakla, nak sediakan sos daging & sos putih, pastu nak kena rebus lasagne sheet plak.. akhirnya siap gak dalam masa 2 jam 1/2..

Babah balik2 je dari kelas, makan nasi lemak.. pastu makan lasagne plak, hehe.. memang kenyang kitaorg anak beranak!! Ibrahim pun suka sangat!! Alhamdulillah, menjadi pun.. Buat banyakla gak satu mangkuk besar tu.. sekejap je dah tinggal skit.. Pagi ni kita makan lagi, puas betul!

Thursday, February 5, 2009

Jalan2 ke Manchester Fort

Selasa lepas babah ada discussion kat uni ptg, so pepagi lg dah kuar rumah sbb nak baca dulu sblm discuss, mama cam biasa duk umahla dgn Ibrahim.. tp dalam kul 2 lebih babah balik,rupa2nya discussion cancel..

Then babah ajak gi Manchester Fort.. mama pun apalagi siapkan makanan & bersiap.. kitorg makan & solat asar dulu sebelum pergi.. cuaca pun cerah, salji pun dah cair.. Dah lama gak tak gi MF, 2 minggu gakla..


Ibrahim pun excited!! suka betul bila kita pakaikan dia jacket & glove, dia dah tau nak keluar!! hehe.. Sampai2 je terus masuk Comet, memang favourite.. window shopping je, pastu kuar balik..

Masuk Asda plak.. terus naik ke atas, adala benda yg dicari, hehe.. mangkuk utk masak dalam oven, sudip kayu & periuk besar, pastu babah beli sweater.. Ibrahim sudah lelap masa kat Asda, senang betul dia tdo.. lepas bayar kitaorg pun balik..

Menjawab Tag Kak Gee: Fridge

Baru2 ni dapat tag dari Kak gee, tag tentang fridge..

Instruction adalah spt berikut:

1.Amek gambo peti ais
2.Explain segala benda yang melekat kat situ
3.Brand apa
4.Tag orang lain plak…


Fridge ni adalah milik tuan rumah sewa ni, jenama Siemen, boleh tahan besarla gak.. macam2 la makanan leh letak, hehe.. Siap ada price tag lg melekat kat luar fridge ni, mesti second hand punya ni..

Tak byk pun benda yg melekat kat luar fridge ni, hanya Manchester United magnet je yg ada, almaklumla baru 5 bulan kat ini & tak berjalan kemana sgt, hehe.. Rasanya tak nak tag sesiapa pun, hehe..

So harap kak gee berpuas hati ye walaupun tak byk info :)

Wednesday, February 4, 2009

Parcel datang lagi!~

2 hari berturut2 parcel tiba dari Malaysia.. 1st parcel from Pakteh, my BIL yg duk ngan Wan kat Penang, khas utk Ibrahim.. VCD Mengenal kalimah Arab & Little Muslim Favourite Songs, macam2 lagu ada! semuanya best2.. Ibrahim punyala suka bila mama dengarkan vcd lagu tuh, tergoyang2 la dia..



2nd parcel lak from Wan Penang gak, dalam dia semuanya rempah2 masakan dari pelbagai brand, macam2 ada.. masak asam, masak lemak cili api, masak merah, masak kicap, kuah satay, kuah spageti, sambal tumis, rendang ayam, nasi tomato, serunding daging & etc.. memang bestla semuanya!!


Selain tu, ada gak Ibrahim punya 2 buku kecil, mengenal haiwan.. belt utk babah & ubat mama.. Ibrahim punyala suka, dapat2 je terus main.. mama ajar dia sebut nama haiwan yg ada dalam buku tu.. dia pun ikutla skit2, hehe.. Terima kasih bebanyak Pakteh & Wan Penang..

Monday, February 2, 2009

Jom main snow!~

Dari semalam petang lagi snow dah turun, bleh tahan lebatla gak! Pastu mama tengok sampai malam tadi pun masih turun lagi.. memula mama just amik gambar dari dalam umah je, sbb malam kan, malas nak kuar..

Pagi ni, bila bangun, mama pun intaila keluar tingkap, snow masih turun lagi! dasyat tu.. so babah ajak kuar depan umah.. pakaikan Ibrahim snow cap & glove.. mama pun siap2 apa yg patut.. keluarla kitaorg.. waktu ni memang takde org kat luar, yelakan semua orang ada yg gi sekolah & gi kerja..


Babah & mama pun excited juga! mana taknya kali ni snow memang agak tebal skit dari dulu, dalam 2 inci gakla, sampai tenggelamla kasut kitaorg, hehe..


Best betul!! Tp Ibrahim lagi excited! hehe.. selamba je jalan tengah2 jalan.. aritu tak nak bergerak pun, hehe.. suka betul dia! ke hulu ke hilir tak tau sejuk pun! padahal, punyala sejuk, sampaikan tak nak masuk umah, hehe..


Alhamdulillah, kali ni merasa gakla mama pegang snow, amik kat atas kereta merah tu, hehe.. sejuk betul! babah plak dapat buatkan Ibrahim snowman kecik, hehe.. dah puas bergambar, kitaorg pun masuk.. tak taula bila snow ni nak stop, sbb masih turun lagi sampai ke petang!

Sunday, February 1, 2009

Keluar lagi kita!~

Semalam, as usual time for kitaorg keluar beli brg.. selalunya Jumaat kan, tp sbb babah ada kelas, so semalam baru boleh keluar.. alhamdulillah cuaca pun agak cerah, tak macam arinih, turun lg hujan salji petang tadi.. sangatla sejuk!!


Ibrahim pun excited!! suka betul dapat keluar, lagi2 kalau berjalan, hehe.. tp sekejap je babah bawa dia jalan2 kat luar rumah area sini, pastu kena duk dalam stroller, hehe.. pastu kitaorg pun menuju ke Manchester Super Store(MSS).. belila cam biasa.. ada gak jumpa Malaysian tgh beli belah kat situ..


Dah abis membeli, babah ingat nak kuar duit, so kitaorg pun melintasla jalan menuju ke HSBC, ramai betul org nak kuar duit, so sementara tunggu babah amik duit, mama pun amik gambar kat depan HSBC tu.. Lepas tu lalu depan park, tp tak sempat nak berposing lama2 sbb dah kena melintas, excited betul Ibrahim dpt tengok burung banyak!!


Pastu singgah jap Punjab Tandoori Restaurant, babah beli briyani & pizza then kitaorg singgah plak kedai utilities, beli bakul tempat kain baju kotor, yg ada skrg ni abis dah patah separuh dikerjakan Ibrahim, hehehe.. yg ni lg besar, siap ada penutup lg tuh! Ibrahim tengok terus nak! ermm, bgla penutupnya.. tengokla tuh, asik tul dpt penutup bakul! hehe