~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 3, 2009

Jom try buat S&B Cheese Tart!~

Jumaat baru ni, mama try buat Strawberry & Blueberry Cheese Tart.. kali ni mama buat dalam muffin tray, dapatla 12 biji, 6 strawberry & 6 blueberry.. penat gak menguli dohnya, alhamdulillah, menjadi & best!! tak sempat tunggu sejuk, dah kena ngap, hehehe..


Babah & Ibrahim pun suka!! resepi dah lama amik kat net, sampaikan tak ingat mama amik kat mana.. so ada ke yg nak try?? blehla copy paste resepi kat bawah ni ye..

STRAWBERRY CHEESE TART

Bahan Pastri
125 gm butter
60 gm gula icing
1/2 biji putih telur
1 biji telur merah
220 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila

Semua bahan di atas diadun hingga menjadi doh. Bentukkan doh dlm acuan, cucuk2 dengan garpu dan bakar selama 8-10 minit atau separuh masak pada suhu 175'C.

Bahan cheese tart
250 grm cheese (mama guna soft cheese)
1 cawan gula ising
sebji telur
1/2 cawan whipping cream (mama guna yogurt)
1 sudu teh esen vanila
strawberry paste (mama guna jem strawberry & blueberry)

pukul cheese + telur larut.
masukkan esen vanila + gula + whipping cream
- pukul hingga sebati gunakan whisker.


Masukkan adunan ini ke dalam tart yang separuh masak tadi
sapukan paste stawberry dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175'C. Sejukkan sebelum dialihkan dari acuan.

10 comments:

DYLA said...

rajin tul nabilah mencuba pelbagai resepi... bali msia sure terer dah ni

unique1012 said...

Dyla,
kadang2 je terlebih rajin & rasa nak mkn, elokla cepat2 bertindak, hehehe..

A.H.A.D said...

kak g mmg suka cheese tart ni, nak oder ble? hehe

unique1012 said...

kak gee,
bleh2.. tp nanti takut sampai kat malaysia, dah basi, hehehe.. takper kak, laboheme pun ada jual kan ;)

~finee~ said...

rajinnyerrrrrrrrr wah sedaplaaa

unique1012 said...

mamaadam,
tip top :) blehla try, sure adam suka nanti, hehe..

hernie said...

pos gi melaka 3 kotak!!!

unique1012 said...

Hernie,
3 kotak tuuu.. kotak kecik ke besar?? rasanya tak sempat sampai kat malaysia, posmen royal mail tu dah ngap dulu, hehe..

mama idzareef said...

hai..salam kenal..admire btul ibrahim nie..hensem..

i follow u ok..

unique1012 said...

salam kenal kembali mama idzareef, tq auntie, nanti kita singgah blog u plak ok..