Sampai lebih kurang 10.20a.m.. register terus masuk ruang menunggu.. Tunggu tak lama, dalam 20 minit.. pastu Ibrahim dah kena panggil.. kali ni kena inject Pneumococcal ~"This vaccine, also called Prevnar, protects against pneumococcal (pronounced new-m'COCKL) infections, which mostly strike children under age 5 and can lead to some of the worst childhood diseases. Kids under 2 years old are most at risk."Source:www.babycenter.com
Kali ni kena inject kat lengan plak, barula mama faham nurse tu terangkan, kalau 18 months n below, diorang inject kat peha, more than 18 months dah start kat lengan, mcm kita kena inject bcg tuh.. Alhamdulillah, Ibrahim nangis sekejap je, maybe sbb jarumnya pendek.. Pastu nurse tu suruh rehat jap 10 minit kat luar sblm balik..
Ibrahim pic selepas kena injection, itula ruang menunggu yg disediakan di sini, selain tu ada tempat duduk yg tengah mama duduk ni, muatla 4 orang..Kitaorg pun balikla lepas 10 minit, alhamdulillah kat luar tak hujan, tp dah dekat sampai rumah hujan mula nak turun balik! Cepat2 mama tolak Ibrahim supaya sampai rumah cepat! Sampai2 je biasala Ibrahim tengok tvla dia.. Pastu nak dijadikan cerita Ibrahim sibuk nak amik barang atas meja tepi sofa dalam bilik tv ni, dia pun berdirila atas sofa, pastu tetiba je terjatuh meniarap, mama ingat takde apala.. rupa2nya bila Ibrahim bangun, banyak betul darah kat kening dia!
Mama pun panic, memula amik wipe byk2 pastu tekap kening Ibrahim.. Tak mau berhenti gak darah! pastu mama teringat kitaorg ada bawa kain kasa & plaster waktu fly arituh, mama pun pegila amik kat atas.. Ibrahim dah menangis kuat2 tak berhenti, sakitla tuh, pastu asik nak lap muka je, sbb byk darah keluar! Sabar jela anakku ini.. Mama pun lekap kain kasa dgn plaster kat kening Ibrahim, luka tak dalam cuma agak lebar dalam 1cm.. Alhamdulillah darah dah tak keluar banyak tp still ada skit2.. Mama pun sms babah kat uni, nak bawa gi klinik ke? babah call suruh gi klinik.. So siap2 nak bawa Ibrahim gi klinik balik.. alhamdulillah kat luar dah tak hujan.. On the way to klinik, Ibrahim dah terlelap, mana taknya mama bagi paracetemol lepas balik inject tadi sbb takut Ibrahim demam..
Masih tido ketika sampai di Klinik sambil menunggu uncle Fadil, kesian diaSampai2 klinik, mama gi terus kat receptionist cakap yg Ibrahim punya kening berdarah! tp dia boleh cakap klinik dah tutup, suruh pergi hospital.. sabar jela.. nak menangis je rasa.. mana taknya, dok fikir camna nak gi hospital ni.. pastu mama call babah, cakap klinik dah tutup, then babah try minta tolong hos kami yg ke-2, bro Fadil.. alhamdulillah bro fadil tak busy, so bleh hantar Ibrahim gi Booth Children Hospital.. sblm bro Fadil sampai, receptionist tu tengok gak luka Ibrahim, dia kata tak teruk, pastu minta mama try tanya Pharmacist kat building sebelah.. Bila mama tanya Pharmacist plak, diorang suh bawa Ibrahim pergi hospital gak.. ermm so mama pun masuk balik Primary Care Center, tunggu bro Fadil datang..
Dalam kul 1.15pm, bro Fadil sampai.. Ibrahim still tdo lg.. tp bila mama angkat nak masuk kereta dah terjaga.. so pergila kitaorg ke Booth Children Hospital untuk dapatkan rawatan kecemasan.. sampai2 je mama terus register Ibrahim, walaupun tak bawa card NHS, alhamdulillah dia still bleh traced nama Ibrahim.. pastu masuk ke ruang menunggu, dalam 5 minit masuk jumpa nurse, timbang berat, pastu nurse tukar plaster kat kening Ibrahim dgn kain kasa & plaster yg lebih besar & tanya apa yg berlaku, mama pun terangkanla.. Selain Ibrahim, ramai gak budak2 lain yg datang untuk rawatan..
Ibrahim yg still active nak main kat hospital ni walaupun tengah sakit2..Pastu tunggu doktor plak.. lama gakla dalam 1 jam.. nasib baik ada ruang tempat bermain untuk kanak2.. Ibrahim seronok betul dapat main! Sakit2 pun masih active.. Sampaikan, doktor panggil masuk pun tak nak, mama tarik je dukung dia masuk dalam.. nasib baik dalam bilik doktor ada mainan lagi.. Main lagi.. Pastu doktor just tanya mama berkenaan incident tersebut.. Doctor check mata Ibrahim & minta kitaorg duduk kejap.. Then tunggu lagi utk diglu oleh attendant hospital.. Menangis Ibrahim masa tgh diglu, pedih agaknya.. Attendant hospital tu nasihat supaya tak kena air selama 5 hari kat tempat luka tu.. Pastu settle, kitaorg pun bertolak balik..
Nampak tak kat kening kiri Ibrahim tu bertanda 1 cm? Itula tempat luka yg telah digluPenat sungguh mama hari ni, mana taknya ulang alik gi klinik, pastu gi hospital plak, alhamdulillah semuanya ok.. terima kasih bebanyak pada bro Fadil sbb tolong bawa Ibrahim pergi hospital.. Harap semua dapat doakan Ibrahim cepat sembuh ye, insyaAllah..
5 comments:
aduhhh ibrahim! aku pun nak kena ada first aid kit di rumah. MHI ni gitu gak sekarang, lasak. beza sebulan je rupanya MHI & ibrahim.
memang budak² umo ni tgh menakal.. zulfan kat umah pun cmatu, terantuk dah jadi perkara biasa, sampaikan dia sendiri dah kebal...
tips: kita tak boleh panik,kalo kita panik, tu yg buat anak lagi kuat menangis..
normi,
itula, memang lasak skrg ni, tak terlarang2.. nasib baik bawa sbbnya kan ke arituh dah pernah jadi camni, tp kat kaki, skrg ni kening plak..
oo kiranya samala baya ye MHI & Ibrahim..
afkar'z,
Ibrahim pun selalu gak terantuk tapi tak pernah sampai berdarah, itula memula tu panic gak, tp kuatkan juga hati ni..
salam kenal, saya nabilah, leh tau ke nama awak? leh saya add kat blog saya ni..
MHI selalu terjatuh. risau juga dibuatnya...
sekarang ni pulak, ada kepandaian baru...rolling atas sofa (menurun maknya masa kekecik dulu la ni...) haha. risau betul takut tergeliat urat tengkuk ke hapa...
normi,
Ibrahim pun suka guling kat atas tilam, tp style dia rebahkan badan ke belakang.. memang takut kalau tengok, susah nak dikata.. hehe tak taula ikut saper..
Post a Comment