Semalam bro Khan, merangkap juruteknik tuan rumah kami.. pembaiki serba boleh datang ke rumah kami utk menukar boiler heater yg lama kepada yg baru.. sepatutnya start kul 1.00pm tapi bro Khan sampai lebih kurang 3.00pm.. banyak gak barang2 utilities yg dibawa.. pastu tengok2, check2, dalam 1/2 jam lepas tu, bro Khan kata nak keluar, tak tau gi mana.. rupanya gi makan, balik semula dalam kul 4.00pm & bawa brg2 baru, maybe ada yg tak cukup kot.. and then berjaya membuka boiler yg lama.. Yeyyy!
Beginilah tempat boiler yg telah dibuka.. Agak2 ke mana perginya boiler yg telah dibuka?? Dah dihumban ke belakang rumah bersama barang2 lain yg rosak, hehe..
Lepas tu, dalam kul 4.45pm, keluar balik.. tak taula buat apa plak.. kul 5.30pm tak datang lagi, last2 dekat kul 6.00pm baru datang balik.. punyala kitaorg ni risau bila la nak siap kalau camni?? So agak2 dalam pukul baper siap pasang boiler baru?? Mama pun tak tau, sbbnya kul 7.00pm mama dah bawa Ibrahim naik atas sbb tak tahan asik nak mengacau je Ibrahim ni.. haha.. Ibrahim memang suka tunjuk skills..
Siap dah tdokan Ibrahim, mama terjaga balik kul 12.30pm, tengok babah masih berjaga buat kerja babah, mama tanya dah siap pasang ke? babah cakap belum, sambung balik esok tengahari, maknanya, rumah ni takde heaterla malam ni.. ishh, sabar jela.. terpaksala mama masak air sbb nak air panas.. nak tdo plak, nasib baik ada duvet, takdela sejuk sangat time tdo..
Pagi ni, kena masak air lagi, byk kali gakla, bila turun bawah tengok memang boiler dah pasang.. Cantik lagi! Alhamdulillah..
Tapi tak siap pasang abis.. paip penyambung ke boiler tak pasang lagi.. sbb tu takde air panas.. Sabarjela kan..
Tak taula arinih start bila.. kita tengok jelakan.. alhamdulillah ada heater electric, bolehla pasang nak mengurangkan kesejukan dalam bilik tv ni.. kalau tak, mahu beku dibuatnya, Ibrahim pun tengah lena skrg ni..
Ni la gambar Ibrahim semalam waktu bangun dari tdo.. Baru senang uncle tu nak buat keje time Ibrahim lena, kalau tak lagi la lambat siap, hehe.. tak taula sbb apa Ibrahim nangis, nak susu ke?? Jom mama buat susu kegemaran Ibrahim..
Dah dapat susu, senang hati! Babah plak tgh busy baca buku.. Sepatutnya harinih babah ada discussion kat uni, tp sbb ada problem ni babah settlekan part babah je kat umah dan antar pada group mate, so tak yahla dtg discussion lagi.. alhamdulillah.. Doakan kami supaya semuanya settle hari nih ye..
Sunday, October 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment