~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 6, 2008

5th Day Raya

Last Saturday, 4th Oct08, hari ni pagi2 lagi babah dah suh mama siap.. kemana kita nak pergi ni?? :) Pergi beli barang kat kedai Pakistan.. mcm2 nak beli sbb arituh kedai banyak tutup, so beli skit je.. bertolakla kami pukul 9.00a.m ke Manchester Super Store.. sejuk betul pagi ni.. sebelum ni kitaorg dah belikan baju hujan utk stroller Ibrahim, sbb takut hujan mcm hari tuh.. so insyaAllah Ibrahim dah tak kena hujan lepas ni..


Sampai kat Manchester Super Store, mama pun pilih sayur, buah, amik fresh milk, ikan & seafood(frozen), roti & mcm2 lg.. Terjumpa hos kami yg first dulu, bro Mokhriz nak beli ayam, ajak kami ke rumah sewa baru beliau di Crumpsall, dah 3 minggu pindah.. Thanks for undangan, memang byk undangan open house hari raya.. minta maafla bebanyak bukan tak mau pergi, nak menapak tu yg berat skit.. hehe.. lagipun tak familiar lg area sini.. jgnla marah ye kengkawan.. insyaAllah ada kesempatan berjumpa gak nanti..

Pastu dah abis membeli, balikla kami ke rumah.. Sampai rumah, babah cakap nak pergi Argos kat Manchester Fort plak.. nak beli apa? so masuk rumah dulu.. makan roti + coklat jem, tukar dypers Ibrahim, siapkan susu Ibrahim.. kemas barang2 yg dah dibeli, keluar balik kul 10.45a.m ke Manchester Fort..

Sampai Manchester Fort, pergi Comet (barang2 electric & electronic) tujuannya nak tengok barang yg kitaorg nak beli.. nak belek2 dulu sbb kat Argos tak leh belek2 dulu, kena terus beli.. So jumpala barang yg diidamkan.. fikir2 okla bolehla nak beli benda ni, compare harga, memang Argos lagi murah.. so kuar balik

On the way to Argus, terjumpa 3 Malaysian.. bro Zamri & wife Kak Hana dgn kawan diorang, bro Jefry, kak Hana & bro Jefri, Master degree student from Salford Uni.. diorang ni keje kat Bank Negara.. borak2.. dekat depan tempat kitaorg borak tu, ada charity sales, macam2 barang2 ada, iron, toaster, bola boling + pin dia skali, mainan, dresses & mcm2 lagi.. sempat tengok je, tak membeli pun, Ibrahim busy betul nak pegang bola boling.. puasla mama bawa Ibrahim pusing2 kat tempat tu, tak nak diam gak.. agaknya kesian tengok Ibrahim yg bising, one of the sales person tu bagi ibrahim belon, yeyyyy! bestla Ibrahim, terus diam.. thanks ya!


Agak2 apa benda yg kitaorg beli tuh.. Portable electric heater.. nak letak kat bilik tv.. sbb skrg ni heater boiler kat rumah kitaorg ni still problem, tak boleh nak set heat paling kuat, setakat medium je, so kesejukanla kitaorg 3 beranak bila time hujan.. minggu ni baru tuan rumah nak fix..


so kira heater ni blehla nak panaskan skit bilik ni sbb most of the time we all duk kat bilik tv ni.. pilih yg reasonable & kira murah gakla.. Then beli indoor airer (penyidai baju dalam rumah) sbb yg sedia ada kat umah ni tenant lama punya, balik dari M'sia nanti diorang nak amik balik, so kena beli sblm diorang balik sini.. 2 barang ni je beratnya kemain, nak balik camna ni? so kitaorg pun panggil taxi untuk balik umah..

2 comments:

Unknown said...

salaam Nabila,
selamat berjuang! beruntung sebab dapat menikmati kelebihan hidup di negara orang. aku pun baru pindah rumah,...ada aje mende baru yang nak ditambah dalam rumah ni... hehhe

unique1012 said...

salam normi,
thanks ye, insyaAllah, selagi terdaya, pasti kami akan tabah..doakanla kami ye..
hehe.. biasala tu, adat org berumah baru.. mesti ada nak beli ye tak?!