~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Tuesday, September 23, 2008

Let's Eat!!!


Nak tau apa yg Ibrahim suka makan bila kat umah?? Ni la makanan kegemaran Ibrahim sejak sampai sini, Susu, Cookies & Cornflakes!! Nasib baik sekarang ni Ramadhan, kalau tak mama & babah pun ikut sama cam Ibrahim gak :) Sejukla katakan, asik nak mengunyah je anak mama ni..

Selain tu, Ibrahim cukup suka makan nasi, tak kisah lauk apa, semua layan gak, kira tak cerewetla.. Senang betul mama kan! Air masak pun suka, alhamdulillah, sbb sesetengah baby tak suka minum air masak..Cuma satu je Ibrahim tak berapa suka, buah-buahan yg fresh, kalau dah dimasak makan plak dia!

Teringat dulu waktu kat Malaysia, atuk selalu beli pisang, kitaorg memang suka makan pisang, tp bila bagi kat Ibrahim mesti dia kuarkan balik dari mulut dia. Pelik tapi benar! Kat sini pun sama, pear & honey dew pun tak suka! Tak taula camna nak buat Ibrahim suka makan buah ye?? Ke memang time skrg ni baby tak suka makan buah yg fresh? Tak tertanya plak kat Doctor..

2 comments:

tunfrida said...

salaam.

hehe..ibrahim dan MHI sama je...
MHI pun kalau dapat cococrunch and stars tu, asyik! coklat apatah lagi. dan MHI juga memang pemakan nasi. syukur alhamdulillah, MHI pun tidak terlalu memilih macam ibrahim kot..

unique1012 said...

wsalam normi,

alhamdulillah la kan dpt anak yg pemakan.. MHI pun nampak tegap & comel, patutla makan nasi gak ye!