Alhamdulillah, 5th Sept 08, 1255am bertolakla kami from KLIA International Airport naik Emirates, perjalanan 6 jam ke Dubai untuk transit 4 jam dan kemudian bertolak ke Manchester selama 7 jam.. Memang penat, lagi2 kena jaga Ibrahim.. Nasib baikla tak puasa sbb dalam musafir, kalau tak memang lagi teruk..
Sampai Manchester, alhamdulillah tak delay.. ikut seperti yg dijadualkan 1.30ptg, time org tengah solat Jumaat, nasib baikla committee kat sini dah bookkan limo (Airport Carz), memang besar, boleh muat semua beg.. cuaca plak, hujan renyai, sejuk giler!
Terus ke rumah Hos pertama, Bro Mokhriz & Kak Zai.. Tak sempat rehat, terus pergi tengok rumah sewa, kira okla, cuma kena bersihkan skit2, then terus pergi ASDA beli brg2 keperluan asas yg perlu cam beras, gula, garam, susu Ibrahim, dypers & etc, nasib baikla diorang bagi tunjuk ajar camna nak shopping kat sini, sbb semuanya mahal..
Lepas tu, hantar brg kat rumah sewa balik, pergi balik rumah bro Mokhriz, buka puasa.. pastu pergi rumah Hos ke2, Kak Lin & Bro Fadhil untuk tido.. memang penat tak terkira, pagi plak nak bangun sahur.. pastu start puasa..
Hari ni, 11.09.08 barula siap set up internet + phone kat rumah ni, alhamdulillah.. barula boleh nak update blog ni.. insyaAllah will update more soon tentang minggu terakhir di Malaysia sblm ke Manchester & our journey piccas from KLIA to Dubai & this week in Manchester.. Harap semua doakan kami dipermudahkan segala urusan disini, insyaAllah..
Thursday, September 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
nabilah, brapa lma kat sana ni? maknanya tak raya di sini la yer?
tak sabar nak tgk gmbr2 nabilah kat sana. update cpt yer..
nabilah, tak sempat nak jmp awak sblm pergi ke MU. akak doakan semuanya selamat...
p/s: jeles kat awak sbb boleh jadi fulltime hwife..
dyla,
3-4 tahun kat sini, tak sempat nak beraya kat M'sia, insyaAllah nanti kita upload ye..
Kak Ayu,
tula, sbb saya start cuti awal, tak sempat nak makan skali dgn akak sblm berangkat.. thanks, doa bebanyak ye ;)
nabilah,
jalan2 gi liverpool boleh jumpa jaja. adik jaja si anne pun nak sambung belajar sana gak. bulan 9 ni pegi.
Zeaty,
Tu la, arituh ada gak contact dia, dia suh pergi sana, insyaAllah kalau ada rezeki lebih..
kak..tak balik raye eh?
sy pon maybe tak balik raya..huhu..sama2 lah kite jadi perantau ye..kalau akak dok area middle east bleh gak sy gi jln2.hehe..
sy doakan semuanya slamat..=)
azila,
a'ah tak balik rayer, sama2la kita ye.. hehe.. kalau dekat blehla beraya, tp jauh tu..
thanks, sesama kita doa ye..
Post a Comment