~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Saturday, September 27, 2008

3rd Trip to Manchester Fort


25th Sept08 yg lepas, kitaorang pergi lagi Manchester Fort pepagi, alhamdulillah hari ni babah free tak pergi uni. Kali ni ada piccas!! Sebelum pergi sempat lagi bergambar depan rumah :)


Pastu barula bertolak, hehe macamla jauh sangat.. First, dah sampai jalan besar, nila Cheetham Hill Road.. nampak tak masjid yg dalam construction tu, itula Khezra Mosque, tempat babah selalu pergi Jumaat prayer..

Pastu jalan lagi ke depan, nampak tak bus panjang tu, bus 135 bas yg selalu babah naik untuk ke city.. Singgah jap kat bus stop, bukan nak naik bus pun.. terus lagi ke depan, kat sini pun ada bus lane jugak macam kat Malaysia, cuma kat sini memang bus je bleh lalu, kereta dah ada lane dia memasing, sempat lg berhenti kat signboard, so where are we going?? straight lagi ke depan!!

Then kami lalu depan Cheetham Hill Primary Care Center, camnila rupanya.. pastu Pharmacy tu kat sebelah je.. Then terus lagi melintas jalan menuju ke arah city.. Kalau ikutkan Cheetham Hill ni tak jauh dari city, kalau tengok bangunan tinggi2 tu la Manchester City.. cuma kena naik kenderaanla, kalau jalan kaki mau pengsan dibuatnya.. So dah tak jauh! Sekejap lagi sampaila kita ke MF Shopping Park..


Akhirnya sampaila kami di Car Park MF, kali ni kami decide nak pergi the other side plak, boleh dikatakan semua kedai masuk, NEXT, kedai baju, cantik2 baju baby dia, tp mahal gakla, tak macam kat ASDA, then ke Superdrug Store, kira macam BOOTSla, beli vitamin C, pastu masuk Outfits, ni semua pakaian branded, cam Dorothy Perkins, lagi mahal dari NEXT, masuk BORDERS, beli file folder, dalam tu ada Starbuck Coffee, jumpa tenant lama kitaorg kerja kat situ, bro Shahrin..

Pastu masuk kedai Game, H Samuel ni kedai Jam. Kalau nampak Costa tu kedai Coffee, cam Starbuck gakla.. Org kat sini memang suka minum coffee, sejukla katakan.. pastu ke kedai electronics. Then last skali, kitaorg pergi BOOTS lagi, beli susu Ibrahim & perfume babah.. Pastu kami pun berjalan balik, penat gakla.. hehe boleh kurus macam ni, lagi2 tengah puasa!

So agak2 apa Ibrahim buat masa jalan2 ni?? dah puas minum susu, apalagi.. ZZZzzz la dia, sejuk!!


So Enjoy!!!

No comments: