~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Wednesday, September 24, 2008

Lawatan ke Cheetham Hill Primary Care Center

Semalam, 23 Sept08, mama bawa Ibrahim pergi Cheetham Hill Primary Care Center. Tujuannya adalah utk injection immunization for 18 months. Babah plak tak dapat nak teman sbb kena pergi uni, ada briefing.

Bertolak dalam kul 9.30am, tak jauh sangat, dalam 15 minit berjalan. So sampai2 je dah ramai org.. so mama tunjuk card immunization record Ibrahim yg dibawa dari Malaysia, dia tak banyak tanya terus suh masuk dalam tunggu giliran. Alhamdulillah, Ibrahim sangat baik hari ni, duduk je dalam stroller sambil minum susu.


Dalam setengah jam gakla mama & Ibrahim tunggu, pastu sampaila turn Ibrahim dipanggil. Nurse yg panggil tu org kulit hitam, tp ok cuma nampak ganas je, haha.. Mama plak yg risau, Ibrahim biasa je.. Bila nurse tu tengok immunization record Ibrahim, dia kata list immunization yg Malaysia punya ni, different from UK. Ibrahim perlu amik Hib/Menc which is for meningjitis, kalau kat UK, budak 12 months yg amik, sbb Ibrahim belum kena lg, so dia kena bagi injection ni kat Ibrahim. Mama kata ok, then dia kata Ibrahim kena dtg lagi another 4 weeks untuk injection seterusnya, maybe untuk 18 months punyala kot.

Bila nak amik injection tu, kan kalau kat Malaysia kita inject kat punggung kan, tp kat sini diorang inject kat peha. Mula2 masuk jarum, meraung Ibrahim dgn kuatnya, mama pun takut tengok nurse tu selamba je cucuk Ibrahim. Mama baca Bismillah byk kali.. Alhamdulillah, ibrahim nangis tak lama, ok balik cam biasa lepas tuh.

Pastu kitaorg tunggu lagi untuk Health Service plak, ni cam amik berat baby, pastu discuss kalau ada problem kat baby, cam pemakanan ke or any other problems. So tunggula kitaorg setengah jam lagi.. Ibrahim siap tido lagi masa tengah tunggu tu. Penat agaknya lepas kena injection.


Bila dipanggil, nurse tu cakap ada problem ke Ibrahim ni, mama ckp takde problem, just nak amik berat je, hehe.. terpaksa kejutkan Ibrahim utk timbang berat, timbang dia cam best je, jenis duduk punya! Nak tau tak berapa berat Ibrahim?? Dah 10.15kg! Naik gak skit tuh. Pastu dia bagi mama byk gakla brochures & pamplets pasal Children Center kat Cheetham Hill ni. Pastu ada gak list of local Clinics, Doctor & Dentist. Okla nanti balik bolehla baca. Pastu kitaorg pun balik umah..

5 comments:

DYLA said...

nabilah nmpak dah selesa kat sana....

seronok baca citer nabilah. update slalu k

unique1012 said...

dyla,
insyaAllah, tengah sesuaikan & survivekan diri ni, hehe

seronok gak baca citer dyla!

-ummu amin- said...

nabilah.. amin arituh pun amik injection 18mths tuh. tapi pergi masa amin 19mths. dia dah 10.3kg.

gee ryder said...

bestla dpt pnglmn cam awk ni..erm bdw, ank sya dlu mmg injek kt peha, xpenah pn kt pungng..
anak sya bru je injek setahun, 6hb lps..n tmbg sekali..dh 10kg..

unique1012 said...

kak ayu,
oo lebih kurang je berat amin dgn ibrahim ye.. tu la pernah tanya doktor kat malaysia, lewat pun takper pergi injection, tp rasa tak puas atila kan kalau gi lewat2 :)..

gee ryder,
alhamdulillah, semua Allah yg tentukan ye tak.. setahun dah 10kg?? semangatnya! :)
oo adala inject kat peha ye? hehe sbb tak pernah, ingatkan kat Malaysia semua inject kat punggung..