26 Aug 08 - dah mula cuti hari ni, apalagi, pagi2 lagi dah kuar, tp hari ni still hantar Ibrahim kat Nursery sbb banyak benda nak selesaikan pagi ni.. mula2 sarapan kat CP, pastu terus ke Putrajaya, urusan hubby dgn MOHE, then straight to my office again, amik barang tertinggal semalamnya.. pastu pergi Celcom, terminate line HP office. Then terus balik umah, kemas2 baju, solat Zohor pastu terus amik Ibrahim kat Nursery & mamaku kat TPG.
Bermula perjalanan kami ke Penang, nak pergi melawat rumah my MIL yang sekarang ni tgh keje di Penang. First time bawa Ibrahim jalan jauh2 ni.. MasyaAllah, mula2 je ok, bila dah lama tak boleh duk diam dalam keta, asik nak gi depan, pastu gi belakang balik, sabar jela.. Perjalanan mengambil masa dalam 5 jam campur berhenti makan & solat, sampai je dah kul 9 lebih.. Penat sungguh!! Tp Ibrahim masih boleh main bola lagi tuh! Mana taknya dia dah tido dalam keta..
Second day, pagi2 sebelum kuar, jalan2 tengok sekeliling rumah tu.. luas betul, ni rumah quarters kerajaan dalam Penang Free School, MIL duk rumah ni sementara je dgn adik ipar yang second, Islah tgh amik Medic kat PMC, adala teman MIL.. Rumah yg sepatutnya MIL duk tak siap lagi, tengah dalam binaan..
So agak2 pergi mana kita hari ni?? Jom pergi Penang Butterfly Farm!!! Perjalanan dalam masa 1/2 jam dari rumah ke Teluk Bahang.. Okla, banyak betul butterfly kat sini.. bukan setakat butterfly je, lain2 serangga pun ada.. Untuk yg belum pernah ke Penang, bolehla masukkan dalam senarai tempat yg ingin dilawati di Penang.
Balik dari Penang Butterfly Farm, sampai kat Batu Feringgi, singgahla kitaorg kat gerai Asam Laksa, apalagi, perut tengah lapar.. mkn asam laksa & air kelapa muda.. memang best!! selain tu ada gak makanan bergoreng yg lain.. Pas makan, gi plak tepi pantai, first time Ibrahim dapat gi tepi pantai!! suka betul dia..
Sekejap betul masa berlalu, dah nak balik! 28hb Aug 08, pagi2 lagi kitaorg dah bersiap nak bertolak balik KL, dalam perjalanan singgah Tapah, makan tengahari & solat Asar, sempat gakla beli buah-buahan & yang paling best, Ibrahim dapat makan Baskin Robin!! Best best.. Lepas ni tak taula bila bleh makan kan?! Enjoy the piccas!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment