~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Sunday, September 28, 2008

Jemputan Berbuka Puasa Di Crumpsall


25th Sept08 yang lepas, kami telah menerima jemputan Iftar dari Penghulu MCCH, Bro Zaini yang juga lecturer UIA, ke rumah beliau di Crumpsall. Bukan kami je, ada 2 lagi family, Kak Lin bertiga & keluarga Kak Julia berlima, semuanya lecturer UIA. Dalam pukul 6.50pm kami dijemput sendiri oleh Bro Zaini ke rumahnya, alhamdulillah.. Almaklumla mana ada kereta nak pergi, jauh gakla dari rumah kitaorg..

Makanan punyala banyak! Ada ayam panggang, ikan bakar, udang bakar, ikan masak lemak cili api, sup sayur, semuanya fresh2 belaka.. Desert pun banyak, bubur kacang, tiramisu, onde2, agar2 jagung, air bandung panas, croissant coklat..memang best!!

Ibrahim pun busy gak, asik nak makan je, ramai betul kawan2 baru dia! Anak bro Zaini je 3 org, anak Kak Lin seorg & anak Kak Julia 3 orang.. Kawan2 lain semua dah abis makan, dia tak abis lagi! Kat rumah ni ada satu bilik semua toys je.. Ibrahim apa lagi, suka betul dia dapat jumpa toys banyak2!! Mana taknya, banyak betul ball! Ibrahim memang suka ball..

Setelah puas makan & bersembang, kami pun dihantar balik ke rumah dalam pukul 11.00p.m.. Ibrahim dah lentok abis dalam kereta lagi.. Terima kasih bebanyak pada keluarga Bro Zaini & Kak Yan atas jemputan ni ye!

2 comments:

DYLA said...

seronok nabilah .. dah pun ada kenalan kat sana...

unique1012 said...

dyla,
alhamdulillah, ramai tolong kami sblm sampai lagi.. lagipun diorang sama uni gak dgn husband..