
Malam tu, berbuka kat rumah Kak Lin, iftar kat sini lewat dalam 7.40mlm, sahur plak 4.45a.m dah abis, tp makin lama makin awal la berbuka & sahur lewat abis.. terasa lama giler berpuasa.. tak cam kat Malaysia, 5.30a.m masih leh makan, rindunya kat Malaysia!
Setelah solat2 semua, dalam 10.30mlm, kami pun berpindahla ke rumah sewa, sampai je rumah sewa, kemas mana yg patut, sbb dah penat giler + ngantuk lg, almaklumla, jet lag sbb baru hari ke-2, Ibrahim memang dah lama tdo sejak dari rumah Kak Lin lagi..
Esoknya, 7th Sept08 pagi2 lagi Bro Mokhriz dtg amik kitaorg dgn keluarga Kak Lin, hajat hari ni nak gi car boot sale yang besar dekat2 sini, tp hari tu semuanya tutup, padang basah, so tak dapatla pergi, last2 kitaorg pergi kat car boot Salford je.. dapatla beli baju & jaket Ibrahim, 1 pound je sehelai, jaket mama & babah, vakuum cleaner.. semua nya ok.. pastu masuk kat supermarket beli lg apa2 yg belum dibeli..
Petang tu, mama dah start masak untuk babah & Ibrahim.. adala bawa rempah2 dari Malaysia, so tak kekok la nak masak.. tp kata babah mama kena biasakan guna apa yg ada kat sini, pelbagaikan ingredients.. Paling tak sangka, petang tu bro Fadhil hantar nasi ayam plak.. rezeki2.. Terima kasihla ye..
8th Sept 08, babah pergi Uni, so mama duk ngan Ibrahim kat umah.. alhamdulillah, rumah ni sebelum ni Malaysian duduk, diorang nak balik Malaysia 3 bulan, so dah tak nak sewa umah ni, balik sini nanti diorang nak cari rumah lain, so punyala baik hati bagi pinjam kitaorg tv, so dapatla Ibrahim tgk tv, rancangan kegemaran CBeebies, memang khas utk baby cam Ibrahim, suka betul dia!
9th Sept 08, Babah bawa mama & Ibrahim pergi beli makanan halal di Cheetham Hill Road, okla banyak kedai gak kat sini, semua Pakistanian yg punya.. dapatla beli ayam, sayur2an, buah2an, ikan & macam2 lg.. Petang tu ada jiran Malaysian, Kak Sabariah yg dah 9 bulan duk sini bagi ikan bakar + agar2, murah rezeki betul.. Terima kasih Kak Saba!
10th Sept08, pagi Kak Saba ajak dtg umah dia, saja2 nak borak2 kenal2, pastu dia ajak lagi pegi tengok kedai makanan halal, so bolehla tanya serba skit pasal masakan kat dia, sbbnya dia ni berniaga ayam percik kat sini.. pastu dia ajak berbuka kat umah dia esok.. Petang tu kitaorg pergi Curry & Worldworth kat sebelah Manchester Fort, hajat di hati nak cari microwave yang murah je, alhamdulillah dapatla beli, susah kalau takde microwave nak panaskan lauk, takkan asik nak guna gas je kan.. Petang tu kami ajak tenant lama, Bro Shahrin berbuka di rumah, dia balik Malaysia lewat skit dah nak dekat raya nanti.. Wife & anak2 dah balik dulu.. Mama masak sup ayam & sayur campur..
11th Sept08, tak gi memana duk umah je, kemas2, tak masak pun hr ni, almaklumla kak Saba dah ajak berbuka, kul 7.30p.m pergila kami ke rumah Kak Saba yg terletak hanya selang beberapa buah rumah.. memang sedap! macam2 ada, ayam percik, kari daging, sayur sawi, daging bakar, dasyat sungguh! Kuih seri muka.. Ibrahim plak tengah tido time kitaorg pergi tuh, terpinga2 dibuatnya, mkn pun mcm tak bermaya, hehe.. tp lepas tu dia sedar, asik nak makan je kerjanya! Sabar jela..
12th Sept08, pagi dalam kul 11.00a.m pergi Cheetham Hill Care Center, nak register NHS untuk kitaorg satu family, setiap family yg baru dtg memang kena register & boleh pilih clinic, kira cam panel la, so kena rush sbb hari ni babah nak Solat Jumaat, pastu balik...


14th Sept08, tak kemana pun, babah je yg kuar beli barang dapur, hari ni jemput Kak Lin sekeluarga berbuka disini, masakla ayam kurma & sayur campur, Kak Lin plak bawa kupang sambal, keropok & kuih bingka pandan.. Dapatla Ibrahim jumpa Irfan, anak Kak Lin dah 4thn umurnya.. Dah pergi sekolah kat sini, cakap omputih berabuk abis! Main lagi malam ni ye Ibrahim!
No comments:
Post a Comment