~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 30, 2008

Salam Aidilfitri....


Salam Aidilfitri & Maaf Zahir & Batin untuk semua keluarga, saudara-mara, sahabat handai & teman2... Alhamdulillah, kami di Manchester beraya awal sehari dari Malaysia pada Selasa, 30th Sept 08..

Mata kadang tersalah pandang,
Telinga kadang tersalah dengar,
Mulut kadang tersalah ucap,
Hati kadang tersalah duga,
Kaki terkadang tersalah langkah,
Tangan terkadang tersalah cuit,
Minda terkadang tersalah andai,
Tangan ku hulur Di hari Mulia,
Maafkan segala silap yang pasti ada...
Selamat Menyambut Lebaran
Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan dan rahmat InsyaAllah...
Semoga Syawal ini memberi kegembiraan InsyaAllah...
Moga menjadi manusia yang soleh/solehah InsyaAllah...
Hati-hati bila pulang ke kampung... InsyaAllah...
Ingatlah Allah selalu... Jaga diri dan hiasi peribadi InsyaAllah...

Daripada kami sekeluarga,

Izzuddin, Nabilah & Ibrahim
2 Haley St,
Cheetham Hill, Manchester

Monday, September 29, 2008

Jom Car Boot Sales!!

Semalam pagi, alhamdulillah Kak Saba & Bro Arif, ajak kitaorg pergi Car boot sales! So agak2 kemana kita pergi pagi ni??? Holly Land Car Boot.. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1/2 jam je dari rumah.. Kawasannya dekat dgn Manchester Airport.. Masuk je kena bayar 50pence.. Kitaorg sampai dalam pukul 9a.m, dah ramai org.. Mana taknya orang lain kalau pergi kul 7.00 dah bertolak, kitaorg kira lewatla ni, hehe.. Tapi takper, barang masih banyak, jangan risau!! :)


Mula2 tu tengok barang banyak sangat, tak tau nak mula kat mana.. Tp still slow2 jalan..Mula2 jumpa toy Ibrahim dulu!! Agak2 apa dia? Barney! Pastu ternampak orang jual safety gate, memang kitaorg nak cari benda tu.. nak pasang kat bawah plak.. Alhamdulillah, dapat murah gakla, babah hantar ke kereta sbb berat.. Pastu cari baju Ibrahim plak, byk betul dapat yg ok & cantik2.. murah lagi!! T-shirt lengan panjang, jaket, seluar & stoking.. Then terjumpa HP mainan, byk jenis tp still berkenan yg tesco punya, sbb apa?? Teringat HP Ibrahim kat Malaysia, sebijik!.. Untuk mama dan babah, pastila jaket!! Dapatla 2-3 helai.. Sejam gakla round keliling car boot tu mencari barang apa yg berkenan!..Barang punyala banyak! bila sampai ke kereta, turn nak mengemas barang plak, camna nak susun, hehehe.. Ibrahim plak dah meragam! sbb lama sangat agaknya.. so mama teman Ibrahim dalam kereta sementara Kak Saba mengemas barang..

Balik tu sempat lagi singgah ASDA yg berdekatan dgn tempat ni la.. Sampai2 je Ibrahim dah tertdo dalam keta dalam perjalanan, so mama ingat nak teman Ibrahim dalam keta je, tp kak Saba ajak masuk, bro Arif jaga kereta, so kitaorg pun masukla.. mama & babah ingat nak cari susu Ibrahim, tp tak jumpa plak, baru dalam 15 minit, kak Saba call cakap Ibrahim dah jaga, so mama cepat2 kuar sementara babah settle beli barang.. Tak beli apa sangat pun..


Ibrahim nak kuar dari keta, so mama pun bawa Ibrahim kuar. Ibrahim suka betul, nak kejar burung.. Tak lama lepas tu babah kuar, then sambil tunggu kak Saba, kitaorg pun amik piccas.. amik sign board parking, kat sini memang ada khas parking utk keluarga yg bawa anak.. kalau kat Malaysia, rasanya kat Tesco Extra Cheras ada jenis parking yg sama, kat tempat lain cam tak pernah nampak plak.. Ibrahim plak busy asik nak kejar burung, sampaikan tak nak amik gambar, sabar jela! Then bertolak balik.. Terima kasih bebanyak pada Kak Saba & Bro Arif sbb bawa kami ke Car Boot & Asda..


Inila toys yg kami beli untuk Ibrahim masa kat Car Boot, HP, Dragon & Barney.. murah je, 3 tu 2pound only.. Baju yg Ibrahim pakai ni pun dari Car Boot gak, cantik kan?!

Sunday, September 28, 2008

Jemputan Berbuka Puasa Di Crumpsall


25th Sept08 yang lepas, kami telah menerima jemputan Iftar dari Penghulu MCCH, Bro Zaini yang juga lecturer UIA, ke rumah beliau di Crumpsall. Bukan kami je, ada 2 lagi family, Kak Lin bertiga & keluarga Kak Julia berlima, semuanya lecturer UIA. Dalam pukul 6.50pm kami dijemput sendiri oleh Bro Zaini ke rumahnya, alhamdulillah.. Almaklumla mana ada kereta nak pergi, jauh gakla dari rumah kitaorg..

Makanan punyala banyak! Ada ayam panggang, ikan bakar, udang bakar, ikan masak lemak cili api, sup sayur, semuanya fresh2 belaka.. Desert pun banyak, bubur kacang, tiramisu, onde2, agar2 jagung, air bandung panas, croissant coklat..memang best!!

Ibrahim pun busy gak, asik nak makan je, ramai betul kawan2 baru dia! Anak bro Zaini je 3 org, anak Kak Lin seorg & anak Kak Julia 3 orang.. Kawan2 lain semua dah abis makan, dia tak abis lagi! Kat rumah ni ada satu bilik semua toys je.. Ibrahim apa lagi, suka betul dia dapat jumpa toys banyak2!! Mana taknya, banyak betul ball! Ibrahim memang suka ball..

Setelah puas makan & bersembang, kami pun dihantar balik ke rumah dalam pukul 11.00p.m.. Ibrahim dah lentok abis dalam kereta lagi.. Terima kasih bebanyak pada keluarga Bro Zaini & Kak Yan atas jemputan ni ye!

Saturday, September 27, 2008

3rd Trip to Manchester Fort


25th Sept08 yg lepas, kitaorang pergi lagi Manchester Fort pepagi, alhamdulillah hari ni babah free tak pergi uni. Kali ni ada piccas!! Sebelum pergi sempat lagi bergambar depan rumah :)


Pastu barula bertolak, hehe macamla jauh sangat.. First, dah sampai jalan besar, nila Cheetham Hill Road.. nampak tak masjid yg dalam construction tu, itula Khezra Mosque, tempat babah selalu pergi Jumaat prayer..

Pastu jalan lagi ke depan, nampak tak bus panjang tu, bus 135 bas yg selalu babah naik untuk ke city.. Singgah jap kat bus stop, bukan nak naik bus pun.. terus lagi ke depan, kat sini pun ada bus lane jugak macam kat Malaysia, cuma kat sini memang bus je bleh lalu, kereta dah ada lane dia memasing, sempat lg berhenti kat signboard, so where are we going?? straight lagi ke depan!!

Then kami lalu depan Cheetham Hill Primary Care Center, camnila rupanya.. pastu Pharmacy tu kat sebelah je.. Then terus lagi melintas jalan menuju ke arah city.. Kalau ikutkan Cheetham Hill ni tak jauh dari city, kalau tengok bangunan tinggi2 tu la Manchester City.. cuma kena naik kenderaanla, kalau jalan kaki mau pengsan dibuatnya.. So dah tak jauh! Sekejap lagi sampaila kita ke MF Shopping Park..


Akhirnya sampaila kami di Car Park MF, kali ni kami decide nak pergi the other side plak, boleh dikatakan semua kedai masuk, NEXT, kedai baju, cantik2 baju baby dia, tp mahal gakla, tak macam kat ASDA, then ke Superdrug Store, kira macam BOOTSla, beli vitamin C, pastu masuk Outfits, ni semua pakaian branded, cam Dorothy Perkins, lagi mahal dari NEXT, masuk BORDERS, beli file folder, dalam tu ada Starbuck Coffee, jumpa tenant lama kitaorg kerja kat situ, bro Shahrin..

Pastu masuk kedai Game, H Samuel ni kedai Jam. Kalau nampak Costa tu kedai Coffee, cam Starbuck gakla.. Org kat sini memang suka minum coffee, sejukla katakan.. pastu ke kedai electronics. Then last skali, kitaorg pergi BOOTS lagi, beli susu Ibrahim & perfume babah.. Pastu kami pun berjalan balik, penat gakla.. hehe boleh kurus macam ni, lagi2 tengah puasa!

So agak2 apa Ibrahim buat masa jalan2 ni?? dah puas minum susu, apalagi.. ZZZzzz la dia, sejuk!!


So Enjoy!!!

Friday, September 26, 2008

Lagu Raya Favourite!

Menjawab tag Kak Gee Ryder dari blognya, lagu raya favourite mama Ibrahim, actually semua layan je, tapi yg paling favourite kalau nasyid mestila Raihan & NowSeeHeart, Hari Raya Hari Untuk Semua, nak tau camna lagunya? Jom kita karaoke bersama2! :)




Kalau lagu biasa, suka dengar lagu Anuar Zain & Elina, Suasana Hari Raya.. Jom nyanyi!

Suasana Hari Raya - Anuar Zain & Ellina

Anuar Zain:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Elina:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Anuar Zain:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang

Elina:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

Anuar Zain:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman

Elina:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

Rasa sayu plak bila dengar lagu2 Raya ni.. Harap semua menyambut Aidilfitri dgn hati yang gembira.. Doakan kami di sini ye.. Rindu dgn keluarga & sanak saudara di Malaysia!

Thursday, September 25, 2008

Kad Raya Tahun ni!

Alhamdulillah, diam tak diam dah 25 hari kita berpuasa Ramadhan tahun ni, sejak duk sini adala gak dapat kad raya, hehe.. satu2nya kad raya dari teman lama yg memang tak pernah lupa bagi kad raya setiap tahun sejak meninggalkan alam universiti.. tak sangka, dapat gak kad raya walaupun jauh dari Malaysia!

Kad raya ni daripada junior waktu uni dulu, Erin, yg pernah datang umah dulu tuh la.. Erin ni skrg kerja kat KIA, so siapa2 yg teringin nak beli kereta KIA bolehla contact dia, hehe kira promotela ni..

Selain tu, dapat gak kad rayer dari internet, kira bestla gak! hehe walaupun tak dapat pegang ye tak?!
Yang ni daripada Erin gak, maybe dia takut tak sampai agaknya kad yg telah dipos, jangan risau dik, sampai! walauapapun terima kasih banyak2 diatas kad yg diberi, ingat jugak ye kita kat sini..


Satu lagi dari teman lama waktu sekolah dulu, Aziza Hawa, sama kelas dari form 1 sampai form 3, thanks my friend! Lama betul tak jumpa kan??!

Wednesday, September 24, 2008

Lawatan ke Cheetham Hill Primary Care Center

Semalam, 23 Sept08, mama bawa Ibrahim pergi Cheetham Hill Primary Care Center. Tujuannya adalah utk injection immunization for 18 months. Babah plak tak dapat nak teman sbb kena pergi uni, ada briefing.

Bertolak dalam kul 9.30am, tak jauh sangat, dalam 15 minit berjalan. So sampai2 je dah ramai org.. so mama tunjuk card immunization record Ibrahim yg dibawa dari Malaysia, dia tak banyak tanya terus suh masuk dalam tunggu giliran. Alhamdulillah, Ibrahim sangat baik hari ni, duduk je dalam stroller sambil minum susu.


Dalam setengah jam gakla mama & Ibrahim tunggu, pastu sampaila turn Ibrahim dipanggil. Nurse yg panggil tu org kulit hitam, tp ok cuma nampak ganas je, haha.. Mama plak yg risau, Ibrahim biasa je.. Bila nurse tu tengok immunization record Ibrahim, dia kata list immunization yg Malaysia punya ni, different from UK. Ibrahim perlu amik Hib/Menc which is for meningjitis, kalau kat UK, budak 12 months yg amik, sbb Ibrahim belum kena lg, so dia kena bagi injection ni kat Ibrahim. Mama kata ok, then dia kata Ibrahim kena dtg lagi another 4 weeks untuk injection seterusnya, maybe untuk 18 months punyala kot.

Bila nak amik injection tu, kan kalau kat Malaysia kita inject kat punggung kan, tp kat sini diorang inject kat peha. Mula2 masuk jarum, meraung Ibrahim dgn kuatnya, mama pun takut tengok nurse tu selamba je cucuk Ibrahim. Mama baca Bismillah byk kali.. Alhamdulillah, ibrahim nangis tak lama, ok balik cam biasa lepas tuh.

Pastu kitaorg tunggu lagi untuk Health Service plak, ni cam amik berat baby, pastu discuss kalau ada problem kat baby, cam pemakanan ke or any other problems. So tunggula kitaorg setengah jam lagi.. Ibrahim siap tido lagi masa tengah tunggu tu. Penat agaknya lepas kena injection.


Bila dipanggil, nurse tu cakap ada problem ke Ibrahim ni, mama ckp takde problem, just nak amik berat je, hehe.. terpaksa kejutkan Ibrahim utk timbang berat, timbang dia cam best je, jenis duduk punya! Nak tau tak berapa berat Ibrahim?? Dah 10.15kg! Naik gak skit tuh. Pastu dia bagi mama byk gakla brochures & pamplets pasal Children Center kat Cheetham Hill ni. Pastu ada gak list of local Clinics, Doctor & Dentist. Okla nanti balik bolehla baca. Pastu kitaorg pun balik umah..

Tuesday, September 23, 2008

Let's Eat!!!


Nak tau apa yg Ibrahim suka makan bila kat umah?? Ni la makanan kegemaran Ibrahim sejak sampai sini, Susu, Cookies & Cornflakes!! Nasib baik sekarang ni Ramadhan, kalau tak mama & babah pun ikut sama cam Ibrahim gak :) Sejukla katakan, asik nak mengunyah je anak mama ni..

Selain tu, Ibrahim cukup suka makan nasi, tak kisah lauk apa, semua layan gak, kira tak cerewetla.. Senang betul mama kan! Air masak pun suka, alhamdulillah, sbb sesetengah baby tak suka minum air masak..Cuma satu je Ibrahim tak berapa suka, buah-buahan yg fresh, kalau dah dimasak makan plak dia!

Teringat dulu waktu kat Malaysia, atuk selalu beli pisang, kitaorg memang suka makan pisang, tp bila bagi kat Ibrahim mesti dia kuarkan balik dari mulut dia. Pelik tapi benar! Kat sini pun sama, pear & honey dew pun tak suka! Tak taula camna nak buat Ibrahim suka makan buah ye?? Ke memang time skrg ni baby tak suka makan buah yg fresh? Tak tertanya plak kat Doctor..

Monday, September 22, 2008

A Morning at the Park


Last Tuesday, 17th Sept08, Babah ajak mama & Ibrahim pergi post office yang terletak kat Waterloo Road, tak jauh, tp sbb jalan kaki rasa jauh gakla, hehe.. On the way balik dari post office, kitaorg nampak banyak betul burung merpati kat park ni.. Then ada seorg hamba Allah ni tengah bagi makan burung2 tu, bagus betul kan?!.. Ibrahim so excited bila nampak burung!! Kitaorg pun singgahla kejap amik piccas! :)

Then saja jalan2 lagi sepanjang jalan Cheetham Hill Road ke arah Bury Road, banyak kedai2.. sempat gak masuk Charity Shop, beli baju sejuk utk babah & mama, seluar & Ducky utk Ibrahim, masuk kedai utility, dapat beli jam dinding, bola Ibrahim & some utilty cam screw driver.. Then tak lama tuh, hujan rintik2, cepat2 kitaorg balik.. sbb jauh lagi nak sampai umah ni..

Sunday, September 21, 2008

Shopping at Manchester Fort!!


Last Monday - 15th Sep08, Babah bawa mama & Ibrahim ke Manchester Fort Shopping Park, first time pergi sini, so first kitaorg pergi Boots, kira macam guardian or watsonla kalau kat Malaysia..


So dapatla beli cord liver oil & susu utk Ibrahim, utk mama odourless garlic, yg lain semua dah bawa dari Malaysia, still ada lg..

Pastu kitaorg pergi ASDA Living, tengok swearter, dapat beli 1 utk Ibrahim & 2 helai utk mama, semua amik yg murah2 je.. Then kitaorg pergi Argos amik buku Catalog dia..


Buku catalog ni boleh dapat free je kat Argos, tebalnya masyaAllah dalam 1800pages, so dari buku ni kita boleh search macam2 brg, kalau nak beli just tengok kat pc dia ada stock lg tak, pastu tulis catalog number utk barang tu kat kertas, beratur utk bayar & tunggu dalam 2-3 minit utk dpt barang.. memang senang, yg penting fulusnya cukupla kan! Nak kata murah sangat tak gak, tp blehla guna price dia as a base price kalau nak beli barang kat UK ni..

Second time pergi Manchester Fort, hari Khamis 18th Sep08, lepas mama pergi medical check up kat Cheetham Hill Primary Care Center, sbb dah dekat. This time kitaorg pergi B&C, babah cari lampu meja.. dapatla beli satu, pastu gi Sport Direct, babah cari topi & sarung tangan, kedai ni jual semua barang2 sports, cam baju, kasut, macam2 jenama ada Reebok, Fila, Nike & etc..


Then kitaorg gi Argos, beli safety gate untuk Ibrahim nak pasang kat atas.. susah kalau takde, bahaya for Ibrahim..

So far tak sempat lg nak amik gambar time shopping! InsyaAllah nanti2la ye..

Saturday, September 20, 2008

Today I'm 1 Year 6 Months Old


Hari ni genap usia Ibrahim 1 tahun setengah, sekejap je masa berlalu kan?! Happy 1 1/2 years my darling Ibrahim.. We love you so much dear! May Allah always bless you & our family..

Your 18-month-old

How your toddler's growing: You may observe a spurt in physical development this month. Your toddler is surer on her feet, loves to climb all over your furniture, and can connect with a kick ball if she concentrates hard enough. She can also hold in her mind a clear memory of an object well after you remove it from her vision. Take advantage of this new capability by playing hide-and-seek with her favorite toy.

There may be days when all that physical energy is more than you can handle. Rather than fight it — after all, you can't do anything to change it — flip on some music, grab your little one, and invent some new dance steps together.

How your life's changing: As your child's "no's" come more frequently, so will your questions about how to discipline her. Set clear limits by telling her what is and is not acceptable behavior. She won't always remember what you've said, but with repetition she'll start getting the idea. And do your best to set a good example; model the kindness, respect, and good manners you'd like to see her demonstrate.

Source: Babycenter.com

Everyday, I'm Play!!!!


Nak tau tak apa yang Ibrahim buat setiap hari selain watch TV?? Tentulah main!!! Hari tuh, bila dah masuk umah, alhamdulillah Hos kitaorg yg first, bro Mokhriz bagi Ibrahim mainan lego yang banyak!! bolehla Ibrahim main puas2..


Selain tu ada gak kitaorg belikan Ibrahim mainan 1 pound cam bola & tiny tort driver.. dan yg terbaru Ducky..

bolehla menambah koleksi yang ada, Mr Catterpillar & goft stick + 2 goft balls yg dibawa dari Malaysia


Tapi yg lagi tak tahannya Ibrahim ni suka main benda ni.. nak tefon siapala agaknya dia ye? rindu kat Atuk2, Nenek, Wan, Pakteh & Aunty Lang ke?

Thursday, September 18, 2008

First Week In Manchester

6th Sept 08, setelah 1 malam tdo di rumah 2nd Hos, Bro Fadhil & Kak Lin, pagi tuh kitaorg pergi beli barang lagi, langsir, hanger, makanan ringan, cookies & etc.. pergi kedai 1 pound, semua barang dia 1 pound, bolehla cari yg betul2 nak, sbb kira murahla.. pastu balik rumah kak lin balik..

Petang tu hubby pergi pasar ramadhan, diorang first time buat kat Cheetham Hill Community school, pergi takla lewat tp byk mknan dah abis.. adala kuih muih 2 jenis.. Kalau tengok gambar tuh, memang meleleh air liur, hehe.. terasa macam kat Malaysia plak..

Malam tu, berbuka kat rumah Kak Lin, iftar kat sini lewat dalam 7.40mlm, sahur plak 4.45a.m dah abis, tp makin lama makin awal la berbuka & sahur lewat abis.. terasa lama giler berpuasa.. tak cam kat Malaysia, 5.30a.m masih leh makan, rindunya kat Malaysia!

Setelah solat2 semua, dalam 10.30mlm, kami pun berpindahla ke rumah sewa, sampai je rumah sewa, kemas mana yg patut, sbb dah penat giler + ngantuk lg, almaklumla, jet lag sbb baru hari ke-2, Ibrahim memang dah lama tdo sejak dari rumah Kak Lin lagi..

Esoknya, 7th Sept08 pagi2 lagi Bro Mokhriz dtg amik kitaorg dgn keluarga Kak Lin, hajat hari ni nak gi car boot sale yang besar dekat2 sini, tp hari tu semuanya tutup, padang basah, so tak dapatla pergi, last2 kitaorg pergi kat car boot Salford je.. dapatla beli baju & jaket Ibrahim, 1 pound je sehelai, jaket mama & babah, vakuum cleaner.. semua nya ok.. pastu masuk kat supermarket beli lg apa2 yg belum dibeli..

Petang tu, mama dah start masak untuk babah & Ibrahim.. adala bawa rempah2 dari Malaysia, so tak kekok la nak masak.. tp kata babah mama kena biasakan guna apa yg ada kat sini, pelbagaikan ingredients.. Paling tak sangka, petang tu bro Fadhil hantar nasi ayam plak.. rezeki2.. Terima kasihla ye..

8th Sept 08, babah pergi Uni, so mama duk ngan Ibrahim kat umah.. alhamdulillah, rumah ni sebelum ni Malaysian duduk, diorang nak balik Malaysia 3 bulan, so dah tak nak sewa umah ni, balik sini nanti diorang nak cari rumah lain, so punyala baik hati bagi pinjam kitaorg tv, so dapatla Ibrahim tgk tv, rancangan kegemaran CBeebies, memang khas utk baby cam Ibrahim, suka betul dia!

Susah betul nak suruh dia jauh dari tv takut rosak mata.. Sampai letak something kat depan pun tak jalan gak!

9th Sept 08, Babah bawa mama & Ibrahim pergi beli makanan halal di Cheetham Hill Road, okla banyak kedai gak kat sini, semua Pakistanian yg punya.. dapatla beli ayam, sayur2an, buah2an, ikan & macam2 lg.. Petang tu ada jiran Malaysian, Kak Sabariah yg dah 9 bulan duk sini bagi ikan bakar + agar2, murah rezeki betul.. Terima kasih Kak Saba!

10th Sept08, pagi Kak Saba ajak dtg umah dia, saja2 nak borak2 kenal2, pastu dia ajak lagi pegi tengok kedai makanan halal, so bolehla tanya serba skit pasal masakan kat dia, sbbnya dia ni berniaga ayam percik kat sini.. pastu dia ajak berbuka kat umah dia esok.. Petang tu kitaorg pergi Curry & Worldworth kat sebelah Manchester Fort, hajat di hati nak cari microwave yang murah je, alhamdulillah dapatla beli, susah kalau takde microwave nak panaskan lauk, takkan asik nak guna gas je kan.. Petang tu kami ajak tenant lama, Bro Shahrin berbuka di rumah, dia balik Malaysia lewat skit dah nak dekat raya nanti.. Wife & anak2 dah balik dulu.. Mama masak sup ayam & sayur campur..

11th Sept08, tak gi memana duk umah je, kemas2, tak masak pun hr ni, almaklumla kak Saba dah ajak berbuka, kul 7.30p.m pergila kami ke rumah Kak Saba yg terletak hanya selang beberapa buah rumah.. memang sedap! macam2 ada, ayam percik, kari daging, sayur sawi, daging bakar, dasyat sungguh! Kuih seri muka.. Ibrahim plak tengah tido time kitaorg pergi tuh, terpinga2 dibuatnya, mkn pun mcm tak bermaya, hehe.. tp lepas tu dia sedar, asik nak makan je kerjanya! Sabar jela..

12th Sept08, pagi dalam kul 11.00a.m pergi Cheetham Hill Care Center, nak register NHS untuk kitaorg satu family, setiap family yg baru dtg memang kena register & boleh pilih clinic, kira cam panel la, so kena rush sbb hari ni babah nak Solat Jumaat, pastu balik...

13th Sept08, kami dijemput hadir ke Majlis Berbuka Puasa postgrade student MCCH di Cheetham Hill Community School, so dapatla kenal2 dgn akak2 kat sini, ramai yg beranak kecil rupanya.. Ramai betul kawan Ibrahim!, Tengokla aksi dia.. punyala selamba, macam dah selalu pergi je.. Tp kami tak tunggu sampai abis terawih, tak larat! Lagi2 dgn adanya Ibrahim, payah nak jaga.. balik minta tolong orang hantar, almaklumla takde keta.. malam tu mama masak ayam sweet sour utk sahur plak.. Ibrahim? Sekejap je dah lena, penat main tadi!


14th Sept08, tak kemana pun, babah je yg kuar beli barang dapur, hari ni jemput Kak Lin sekeluarga berbuka disini, masakla ayam kurma & sayur campur, Kak Lin plak bawa kupang sambal, keropok & kuih bingka pandan.. Dapatla Ibrahim jumpa Irfan, anak Kak Lin dah 4thn umurnya.. Dah pergi sekolah kat sini, cakap omputih berabuk abis! Main lagi malam ni ye Ibrahim!

Transit at Dubai

5th Sept 08 - around 3.30a.m alhamdulillah, dah sampai Dubai setelah 6 jam perjalanan dari KLIA, sampai2 je, macam pelik mana pergi nye stroller kitaorg, camna nak bawa Ibrahim ni? nampak stroller bebenyak kat tempat keluar tu, tp tak pastila boleh ambil ke tak? rupa2nya memang kena guna stroller diorang sediakan, stroller kitaorg dah antar terus ke Manchester..


Lepas solat subuh, kitaorg pun berjalan2 kat Duty Free Dubai, masyaAllah macam2 kedai ada, pergila tengok kedai perfume, pastu tengok kedai emas plak, bleh tahan mahal gakla.. sempat gak bergambar kat depan kedai2 tuh.. :) Masa kat sini, sempat gakla Ibrahim berkenalan dgn Malaysian yang kebetulan pun naik plane yg sama dgn kitaorg, Musadiq & Aishah, anak Dr Murni yg berkerja di Sheffield.

Sementara nak tunggu masuk tu, sempat lg dgn sukahatinya Ibrahim join budak2 India ni main keta diorang, sabar jela.. Pastu around 7.55a.m beraturla kitaorg balik nak naik plane ke Manchester, masuk2 je terus duduk kat tempat yang telah di booked. Perjalanan 7 jam ke Manchester, kali ni waktu siang, so dapatla tengok luar.. Pemandangan yg sungguh indah, betapa besar kuasa Allah menjadikannya. Ibrahim pun tak banyak ragam, syukur sgt.. time makan, kitaorg pun makanla, nak buat camna kan, dah dalam musafir..


Pastu Pramugara Emirates ni ambil gambar Ibrahim pakai instant camera & bagi kitaorang terus gambar tu dgn cover skali, memang kenangan yang bestla utk kami.. Servis ok, pasni bleh naik lagi Emirates, ye tak? Cewah macam promote la plak.. hehe

So sampaila kami ke Manchester dalam pukul 1.30tghr waktu tempatan, sampai2 je terus pergi tempat immigration, beratur punya la panjang, dengan Ibrahimnya yg asik nak berjalan je, memang menguji betul.. last2 babah je yg beratur, mama jaga Ibrahim, dah sampai turn kitaorg baru mama bawa Ibrahim terus ke counter, punyala kena bersabar! Alhamdulillah, takde problem, terus pergi amik beg2 then, pergi ke rumah Hos dgn limo Airport Carz..

Wednesday, September 17, 2008

Tibala Sangat Tika & Waktunya!

4th Sept 08, pagi2 lagi dah bangun, bersemangat nak settlekan kemas baju & benda2 lain dalam beg yang nak dibawa, bayangkanla, hari dah nak pergi pun beg belum settle2 lagi.. keluar masuk, keluar masuk.. serba tak kena, last2 betul2 settle nak tau bila? pukul 6.00ptg.. sabar jela.. alhamdulillah, kira punya kira tak lebih 60kg..


Pagi tu, sempat lagi pegi Tesco beli barang nak masak, sebab hari ni pasti ramai yang dtg dari kampung hubby.. Sempat lagi Ibrahim main kat Tesco! Balik2 je ramai yg dah tiba, Awe (nenek), Pak Lang, Mak Lang, Mak Long, We Chik (Nenek Saudara), dan ramai lagi tiba sebelum berbuka, anak2 Pak Lang & Mak Lang..

Pukul 9.00mlm bertolakla kami ke KLIA membawa 3 beg besar + 1 kotak, stroller & 2 hand luggage.. kira banyak gakla barang kan.. Sampai2 je terus wrap beg2 yang nak di check in.. takut pecah dicampak2 nanti..

Ramai gak yg ikut hantar, termasukla mama & abahku dari TPG dgn pakcik Alias & anaknya Emilia.. Beratur kat line M untuk Emirates Airline, nasib baikla dah check in online, takla panjang sangat sebab dah ada lane yang khas untuk online check in.. Check in beg & dapat 2 sets boarding pass dari KLIA ke Dubai & Dubai ke Manchester untuk kami bertiga..

Pastu berkumpul beramai2, borak2, sekejap betul masa berlalu dah pkl 11.00 malam.. Maka tibala untuk kami masuk ke dalam untuk terus ke tempat menunggu naik plane.. Sebak betul rasanya tak terkata, mana taknya, lama gak nak tinggalkan family kat Malaysia.. Ibrahim plak excited betul, siap babai2 lagi, macam tau2 je dia nak pergi tinggalkan semua orang..

Pastu terus ke balai berlepas, naik train, Ibrahim still excited, tak nak duduk kat stroller, asik nak jalan je.. penat sungguh! sampaila nak naik plane.. alhamdulillah nasib baik dah booked tempat dalam plane so terus je pergi tempat yg telah tersedia.. Maka berlepasla Emirates plane pukul 12.55a.m 5th Sept08..

Dalam plane, maybe sbb malam, alhamdulillah Ibrahim tak meragam sangat, asik tido je.. tak bangun langsung, mkn pun tak bangun, so mama simpan je mknn dia, nanti bleh bagi bila dia dah bangun.. Tapi Ibrahim bangun pun tak makan, just nak susu je..

Tuesday, September 16, 2008

Farewell High Tea with RPA Staffs

30th Aug 08 - Around 11.30a.m bertolakla kami 3 beranak ke Hilton PJ, untuk memenuhi jemputan pihak unitku RPA, farewell high tea, start dalam 12.30 tghr, alhamdulillah, sampai on time, waktu sampai jumpa kat Yati dgn anaknya Atan, Kak Gayah & Kak Emy satu keta..

Yang lain semua jumpa kat lobby infront the restaurant, En Midi & wife.. Dan ada yang sampai sedikit lewat, kitaorg dah start makan, Maisarah, Mas Alina, Kak Sham & 2 anaknya, En Pakri & Puan Norliza.


Makanan semua sedap2 belaka, Ibrahim pun suka, asyik betul makan dgn babah dia.. Abis makan tuh, kitaorg pun bergambarla beramai2.. Sampaila masa penyampaian hadiah dari seluruh RRM, tak sangka plak dapat hadiah. Agak2 apa hadiahnya? Backpack Timberland pink color lg tuh.. Terima kasih pada seluruh warga RRM.. buat susah2 je..

Seorang lagi yg masih tak sampai2, Fadzil yg masih dalam perjalanan setelah 2 jam kami makan2 tuh.. tak sempat nak jumpa dia waktu kitaorg balik.. Ibrahim dah meragam, biasala kan budak2 mana bleh lama2..

Walau apapun harap perkenalan ini tak abis camni je, insyaAllah ada rezeki kita akan jumpa lagi ye.. All the best for all warga RPA & RRM keseluruhannya! Doakanla kami di sini ye..

Monday, September 15, 2008

Journey to the North!

26 Aug 08 - dah mula cuti hari ni, apalagi, pagi2 lagi dah kuar, tp hari ni still hantar Ibrahim kat Nursery sbb banyak benda nak selesaikan pagi ni.. mula2 sarapan kat CP, pastu terus ke Putrajaya, urusan hubby dgn MOHE, then straight to my office again, amik barang tertinggal semalamnya.. pastu pergi Celcom, terminate line HP office. Then terus balik umah, kemas2 baju, solat Zohor pastu terus amik Ibrahim kat Nursery & mamaku kat TPG.

Bermula perjalanan kami ke Penang, nak pergi melawat rumah my MIL yang sekarang ni tgh keje di Penang. First time bawa Ibrahim jalan jauh2 ni.. MasyaAllah, mula2 je ok, bila dah lama tak boleh duk diam dalam keta, asik nak gi depan, pastu gi belakang balik, sabar jela.. Perjalanan mengambil masa dalam 5 jam campur berhenti makan & solat, sampai je dah kul 9 lebih.. Penat sungguh!! Tp Ibrahim masih boleh main bola lagi tuh! Mana taknya dia dah tido dalam keta..

Second day, pagi2 sebelum kuar, jalan2 tengok sekeliling rumah tu.. luas betul, ni rumah quarters kerajaan dalam Penang Free School, MIL duk rumah ni sementara je dgn adik ipar yang second, Islah tgh amik Medic kat PMC, adala teman MIL.. Rumah yg sepatutnya MIL duk tak siap lagi, tengah dalam binaan..
So agak2 pergi mana kita hari ni?? Jom pergi Penang Butterfly Farm!!! Perjalanan dalam masa 1/2 jam dari rumah ke Teluk Bahang.. Okla, banyak betul butterfly kat sini.. bukan setakat butterfly je, lain2 serangga pun ada.. Untuk yg belum pernah ke Penang, bolehla masukkan dalam senarai tempat yg ingin dilawati di Penang.

Balik dari Penang Butterfly Farm, sampai kat Batu Feringgi, singgahla kitaorg kat gerai Asam Laksa, apalagi, perut tengah lapar.. mkn asam laksa & air kelapa muda.. memang best!! selain tu ada gak makanan bergoreng yg lain.. Pas makan, gi plak tepi pantai, first time Ibrahim dapat gi tepi pantai!! suka betul dia..
Sekejap betul masa berlalu, dah nak balik! 28hb Aug 08, pagi2 lagi kitaorg dah bersiap nak bertolak balik KL, dalam perjalanan singgah Tapah, makan tengahari & solat Asar, sempat gakla beli buah-buahan & yang paling best, Ibrahim dapat makan Baskin Robin!! Best best.. Lepas ni tak taula bila bleh makan kan?! Enjoy the piccas!

Sunday, September 14, 2008

Last Day Work

25th August 2008, tarikh akhir me bekerja di sini, pasni dah start abiskan cuti, sedihnya rasa.. tp nak buat camna kan, takde rezeki lagi kat tempat ni. InsyaAllah, mesti ada hikmahnya.. So sebelum balik, kami 1 unit, walaupun ramai yg takde, either bercuti or training, apalagi bergambar sakan ler kami sebelum balik..
Unitku ini bukannya ramai, 11 org je, tp hari ni, ramai takde kat ofis, cuma 7 org je yg ada termasuk diriku, Kak Sham, Mas Alina, Maisara, Kak Gayah, Kak Yati & En Midi, 4 orang lagi bercuti & training, bos, Puan Liza gi training, Fadzil, En Pakri & Kak Emi bercuti, almaklumla kan ke cuti sekolah.. Diorang ni semuanya baik2 & sangat supportive.. InsyaAllah ada rezeki nanti kita jumpa lagi..

Thursday, September 11, 2008

The Journey Begin!

Alhamdulillah, 5th Sept 08, 1255am bertolakla kami from KLIA International Airport naik Emirates, perjalanan 6 jam ke Dubai untuk transit 4 jam dan kemudian bertolak ke Manchester selama 7 jam.. Memang penat, lagi2 kena jaga Ibrahim.. Nasib baikla tak puasa sbb dalam musafir, kalau tak memang lagi teruk..

Sampai Manchester, alhamdulillah tak delay.. ikut seperti yg dijadualkan 1.30ptg, time org tengah solat Jumaat, nasib baikla committee kat sini dah bookkan limo (Airport Carz), memang besar, boleh muat semua beg.. cuaca plak, hujan renyai, sejuk giler!

Terus ke rumah Hos pertama, Bro Mokhriz & Kak Zai.. Tak sempat rehat, terus pergi tengok rumah sewa, kira okla, cuma kena bersihkan skit2, then terus pergi ASDA beli brg2 keperluan asas yg perlu cam beras, gula, garam, susu Ibrahim, dypers & etc, nasib baikla diorang bagi tunjuk ajar camna nak shopping kat sini, sbb semuanya mahal..

Lepas tu, hantar brg kat rumah sewa balik, pergi balik rumah bro Mokhriz, buka puasa.. pastu pergi rumah Hos ke2, Kak Lin & Bro Fadhil untuk tido.. memang penat tak terkira, pagi plak nak bangun sahur.. pastu start puasa..

Hari ni, 11.09.08 barula siap set up internet + phone kat rumah ni, alhamdulillah.. barula boleh nak update blog ni.. insyaAllah will update more soon tentang minggu terakhir di Malaysia sblm ke Manchester & our journey piccas from KLIA to Dubai & this week in Manchester.. Harap semua doakan kami dipermudahkan segala urusan disini, insyaAllah..

Wednesday, September 3, 2008

Salam Ramadhan AlMubaraq!


Hari ni hari ke-3 umat Islam berpuasa.. Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam diseluruh dunia.. semoga ramadhan kali ini lebih barakah & lebih dimanfaatkan sebaik2nya daripada sebelum ini..

Some updates for Ibrahim: lebih aggressive sejak duduk kat umah ni & lebih manja..

Gambar Ibrahim tengah main bola kat Jusco CS sehari sebelum Merdeka