~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 27, 2010

Jemputan kenduri lagi!~

Dah lama dah kenduri ni, awal June arituh.. 6/6/2010.. Kenduri kesyukuran ni diadakan oleh keluarga ex-penghulu MCCH tahun 2008/2009, bro Zaini sempena kejayaan isterinya Kak Nazian meraih PhD bulan May yg lalu.. alhamdulillah, tahniah ye!!!


Majlis bermula jam 2.00ptg, kami sampai dalam 2 lebih camtu.. makanan punyala best, ayam kicap, masak lemak labu, sayur campur & yg paling best ikan bakar cecah air asam.. kaum wanita duduk kt bhgn dalam & kaum lelaki diluar.. gambar ni semua diambil oleh babah, manakala gambar mama, ibrahim & kak intan serta anak bongsunya Hanie diambil dari blog kak intan, thanks kak! :)

Majlis bacaan yassin & doa selamat oleh pihak lelaki diluar, manakala pihak wanita hanya makan2 & bersembang je kt dalam, serta mengaminkan doa! kami balik hampir kul 4.00ptg juga.. terima kasih kepada keluarga bro Zaini & kak Nazian, selamat meneruskan perjuangan di Malaysia nanti, insyaAllah..

Thursday, June 24, 2010

Ice cream time!~

Panas2 ni mmg best makan ice cream!! sekarang ni, bolehla dikatakan panas!! ibrahim hari2 makan ice cream.. suka betul dia!! time ni masa kami ke Manchester Fort.. kami tryla beli ice cream ni kat Thorntons, kedai coklat.. ni pun rekomen dari jiran, so kitaorg pun try.. mcm2 flavor ada & suitable for vegetarians..


memang sedap!!! bolehla setanding dgn baskin robin.. harga pun sedap!! hehehe.. 2 scoop ice cream strawberry & coklat dalam con besar bersalut coklat harganya gbp2.50.. puas makan!! sbb banyak.. tp berebutla gak dgn ibrahim, hehehehe..

Sunday, June 20, 2010

Happy Father's Day & Family Day MCCH!~

Happy father's day to all father in this world!! especially to my hubby, atuk2.. semoga sentiasa dirahmati Allah selalu!!

Hari ni, kami rehat2 je kt rumah, sbb semalam dah enjoy sakan ke Family day anjuran MCCH utk semua Malaysian komuniti kt sini.. tempat pun tak jauh dari rumah kami, kt Padang Cardinal je.. so mmg jalan kaki jela dari rumah..


Pepagi, mama & ibrahim pergi dulu ke padang.. start kul 9.00 pagi, tp kami pergi lewat 1/2 jam.. sampai2 je, tak ramai lagi.. siap dapat lagi early bird prize untuk 20 keluarga terawal, alhamdulillah.. then 2 botol mineral & sebungkus biskut rich tea as breakfast.. nasib baik mama bawa bekal makanan gak utk ibrahim, so takla kelaparan sgt..


Lepas tu terusla mama pergi berborak2 sakan dgn rakan2 disini yg dah sampai sementara menunggu lagi mereka yg lain..cuaca plak, agak mendung & sejuk!! nasib baik, pakai jacket.. acara start pun agak lewat, dalam 10.00 lebih.. Baru nak tengok acara pertama, Ibrahim sibuk nak gi playground, so mama bawala dia.. main slide, swing & jongkang-jongket, ramai gak anak2 family yg lain pun main kt situ..


tengah main, babah sampai.. dah puas ibrahim main, kami bertiga duk plak under khemah MCCH, tengok diorg main dari jauh.. borak2 dgn budak2 lain yg tengah mewarna, ibrahim pun busy gak nak mewarna.. so bagila dia mewarna pinjam budak2 tu punya warna..


sepanjang acara berjalan mmg mama, babah & ibrahim duk kt khemah tu dgn budak2 lain, tak lama tu babah balik rumah kejap & dtg balik masa lunch.. mama plak duk kt atas alas yg mama bawa dari rumah dgn ibrahim, sbb AJK nak prepare food under khemah tu.. borak2 lagi dgn makcik kawan kt sini sementara tunggu lunch.. lunch start waktu acara dah nak abis, mama amik awal gak sbb tak nak beratur, hehehe.. terus makan dgn ibrahim, lauknya ayam goreng, gulai kambing masak hitam & acar timun, buah pisang & jus mango.. makanan punyala byk, sampaikan boleh tambah banyak kali, hehhe..


sambil makan, ada cabutan bertuah & penyampaian hadiah.. alhamdulillah, nombor kami terpilih antara 30 cabutan bertuah yg disebut.. walaupun tak dpt hadiah utama, jadila kan :) sebelum balik, budak2 dpt goodie bag, ibrahim pun dptla skali.. then akhir sekali bergambar beramai2 sebelum beransur pulang!! sungguh penat walaupun tak join pun acara2 tu, hehehe..

Antara family yg hadir memeriahkan Family day tahun 2010..

Wednesday, June 16, 2010

Let's go play!!~

3.6.2010 - Khamis, 2 minggu yg lepas.. cuaca agak panas!! tp still udaranya sejuk.. summer pun mcm tak summer, hehehe.. kejap panas, kejap sejuk!! so petang dalam 5.30 tu, babah ajak gi playground dekat ngan rumah kami ni.. apa lagi, gembirala Ibrahim!! hehehe..


mainan yg paling digemari.. slide!! hehe.. ada 2 slide kt sini, tp yg ni je ada jaring2 tu, so paling senang ibrahim nak naik sendiri!! selain tu ada jongkang-jengket & swing.. mmg ramai budak2 main kt sini.. dalam 1 jam gakla ibrahim main, lepas tu kami menyinggah plak ke rumah jiran sebelum balik rumah..

Saturday, June 12, 2010

Check up update part 8!~

1.6.2010 - Selasa, 9.30am, mama ada pregnancy check up dengan gyneacologist di North Manchester General Hospital.. pagi lagi dah keluar rumah, bawa breakfast nasi goreng.. sampai2 je kami parking, register kt receiptionist & makan sebelum dipanggil utk urine test & menunggu jumpa doktor..

alhamdulillah tak ramai patient.. tp still kena tunggu gakla dalam 1/2 jam camtu..
Ibrahim mcm biasa, sentiasa aktif, tak reti nak duk diam, hehehe.. ada je yg dia nak buat.. almaklumla dah banyak kali datangkan.. bila mama dipanggil, tak dpt jumpa gyneacologist sbb busy, so dpt jumpa registrar je.. registrar ni kira doktor yang tengah buat specialist..

Mula2 kena jumpa registrar lelaki, so kami mintala nak jumpa woman registrar, then kena tunggu balik, tak lama lepas tu baru dpt jumpa woman registrar, semua ok, alhamdulillah, tak yah nak request, mama dapat scan baby skali lagi next week.. yayyyy!! then lepas tu doktor check heartbeat baby, pastu settle..


bila keluar kena buat appointment baru utk scan & follow up kt receiptionist.. gambar ni masa tengah tunggu surat utk next scan appointment, ibrahim dpt crips babah belikan, sukala dia!! hehehe.. dan seperti biasa balik mesti gi tesco dulu beli barang.. sekarang ni kan musim 2010 FIFA world cup, sampai kt tesco pun ada hias gelanggang bola!! tu yg amik gambar tu, walaupun kami bukanla peminat bola :)

Monday, June 7, 2010

Conference at St Andrews!~

26 May 2010(Rabu) yang lepas, babah bertolak ke St Andrews, Scotland menaiki train dari Manchester.. mama dan ibrahim tak ikut.. conference ni bermula the next day, 27 & 28 May.. perjalanan hampir 5 jam juga dari Manchester, transit di Edinburgh & terus ke Leuchars station.. so ni antara gambar2 yang sempat babah ambil masa di sana..

Pemandangan dari dalam train on the way ke St Andrews, mmg cantik kan!!

Yang ni gambar sekitar St Andrews masa hari pertama babah kat sana, golf coast ni, memang cantik!! tempatnya pun tak besar, semua area walking distance je.. so sbb babah sorang je, semuanya gambar tempat jela, hehhee..


Tempat2 menarik, St Andrew Aquarium, British Golf museum, Golf coast bagi penggemar golf..




Selain itu, ada gak, St Andrews Cathedaral, St Andrews Castle, Museum of the University of St Andrews.


Second day, babah dah start conference presentation, malam ada dinner kat St Andrews Link Club House, babah kata makanan dia best gakla, siap boleh request food for muslim.. so insyaAllah bolehla makan kan.. barula ada gambar babah dgn kawan2 yg sertai conference ni..



Third day, sepatutnya ada conference lagi, tp sbb session babah dah tamat hari sebelumnya, maka babah dapat balik awal.. nak tukar ticket train terus ke Manchester punyala mahal, last2 babah beli ticket ke Edinburgh & tunggu dalam 4 jam jugala sebelum balik ke Manchester.. so dapatla babah jalan2 di sekitar Edinburgh pula..


Antara gambar2 di Edinburgh..





Akhirnya babah sampai rumah dalam kul 7.30mlm, alhamdulillah.. Ibrahim asik tanya je mama, mana babah, hehe.. mama cakap babah gi Scotland.. last2 dia plak yang cakap balik kt kita "babah go to Scotland riding Gordon", hehe.. Babah belikan Ibrahim topi Scotland tu & beberapa fridge magnet sbg kenangan..

Wednesday, June 2, 2010

Thursday, May 27, 2010

Ibrahim & Ipod touch!~

Wah wah kemain lagi ibrahim ni.. baru 3 thn dah pandai!! tengok chuggington dgn ipod touch! sabar jela! hehehe.. sebenarnya ipod touch ni paktehnya yg beli & hantar ke sini!! so kami rasmi dulu sebelum hantar ke Malaysia, hehhee..


Senang gakla guna, sambung je ke internet guna wireless!! pastu bolehla start tengok movie ke, nak cari music ke, mcm2 ada.. nak transfer ke atau dari laptop pun mudah je, pakai cable yg tersedia & guna itune software.. zaman dah canggih ni mmg semua mudah kan!! so waktu ni, ipod ni dah selamat sampai kat pakteh!! thanks pakteh bagi ibrahim pinjam!! hehehe..

Sunday, May 23, 2010

Ibrahim's first pet!~

13/5/2010 - Khamis minggu lepas, babah ajak gi town, memula ingat nak try gi Ning Restaurant, kira masakan Malaysiala, tp bila sampai depan kedai, mcm tutup je, heheee.. last2 jalan2 je kt Swan street tu, nampak kedai pet.. apalagi, masukla kami..

Ada mcm2 binatang kat kedai ni, tp yang paling ibrahim excited mestilah fish! hehehe.. mulut riuh je, sambil cakap "look! its fish!" sambil tuding jari kt aquarium yang byk2 tu.. hehe.. so kami survey2 tengok harga tank & gold fish sambil2 tanya pada pekerja kedai tu peralatan yg perlu..

akhirnya babah decide nak belikan ibrahim gold fish!! senang jaga, tak payah nak ada bubble2 segala.. suka betul ibrahim!!... tp sbb tank tu tak berapa besar, pekerja tu hanya rekomen seekor je.. errmm so kami beli seekor je gold fish kt kedai tu & makanannya sekali, flakes..


Lepas tu, babah singgah tapau kebab kt kedai paki & balik rumah.. sampai rumah.. masukkan ikan tu dalam tank.. alahai kesian je sbb seekor je, takde kawan.. last2 kami masukkan "monty & max", 2 tractor Ibrahim dalam tu, hehehe.. at least bolehla ikan tu main2 kt situ, hehehe..


Esoknya, kami survey kt net kedai pet yg ada dekat2 rumah ni kalau ada.. mmg ada kt Cheetham hill road.. so lepas solat Jumaat babah ajak gi kedai pet lagi, hehhee.. nasib baik ada.. beli lagi 2 ekor gold fish kt situ.. wah suka betul ibrahim, makin banyak fish dia, hehehe.. so 3 dah gold fish skrg ni, 2 ekor warna stripe oren & putih & seekor warna gold..

ibrahim suka tolong babah bersihkan tank ni, selamba je dia alihkan ikan tu dgn tangan masa nak transfer ikan tu, ehehe.. pastu rajin nak bagi ikan makan.. okla dah boleh diharap anak mama & babah ni :)

Thursday, May 20, 2010

Jalan2 ke town lagi!~

Dah lama gak ni, 1/5/2010 yang lalu.. lepas lunch hari Sabtu tu, babah ajak keluar gi town.. naik tram lagi! hehe.. wah! dah sedap naik train la katakan.. mama & ibrahim ikut je :)


sampai town, kami stop kt market street & terus ke Arndale.. jalan2 dalam tu & keluar kt the wheel of manchester.. duduk menghadap the triangle ada tv besar.. time tu busy nak pilihanraya UK, so siarannya pun berkisar dgn kempen2 yg dijalankan kt UK ni la.. orang pun ramai juga!! cuaca pun agak panas! mmg best berjemur, hehehe..


Dah puas duduk tengok gelagat manusia.. kami pun beransurla balik naik bas.. sbb bus stop pun tak jauh dari situ.. kira okla.. sesekali berjalan time weekend! :)

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru!~

Selamat hari guru kepada semua pendidik2(lecturer, ustaz & ustazah, cikgu), sama ada kawan2 yg bergelar guru, lecturer2, cikgu2, ustaz2 & ustazah2 yang pernah mengajar mama dahulu, terima kasih yg tak terhingga, termasukla juga babah sebagai lecturer.. semoga mendapat keberkatan hendaknya diatas ilmu yang telah diberi.. tahun ni pun mama dah bergelar guru sejak mengajar di Sekolah Komuniti Melayu Manchester di sini, hehe.. jgn tak percaya, barula mama tau mcm mana perasaan & tanggungjawab sbg seorg guru tu :)

So semalam, pihak sekolah ada buat majlis sempena hari guru.. majlis bermula jam 11 pagi, dihadiri juga oleh ibu bapa.. Cikgu Haslin sebagai pengacara majlis.. dimulai dgn ucapan guru besar, Tuan Haji Farid & disusuli persembahan pelajar.. tahap 3 & 4 ada 2 persembahan, bersajak & berlakon serta menyanyi didalam bahasa melayu..




manakala tahap 1 pula menyanyi nasyid Raihan Cahaya Selawat.. cikgu2 lain termasukla mama, kena arrange pelajar2 yg nak bersedia utk buat persembahan, tau jela.. diorg ni tak reti nak duk diam, heehehehe.. setelah itu acara penyampaian hadiah pula utk guru2 & bergambar beramai2 antara pelajar & guru..


Majlis diakhiri dgn makan2 di kantin Abraham Moss.. setiap pelajar, guru & ajk pentadbiran sekolah dijamu nasi tomato, air bandung cincau serta kuih muih & kek yang disumbang oleh ibu bapa.. alhamdulillah memang meriah!!..




dpt gakla mama hadiah, hadiah dari pihak sekolah, hadiah tukar2 sesama guru & juga hadiah dari murid (Marini & Muaz).. wah penat jugala mama semalam, hehhe.. terima kasih kepada semua pihak yang meraikan hari guru!! :)

Thursday, May 13, 2010

Check up update part 7!~

4/5/2010 (Selasa) yang lepas - ada appointment lagi di North Manchester General Hospital (NMGH).. kali ni 2 appointment tu! pagi kena jumpa pakar darah Dr Greenfield di area Outpatient A & petang pula ultra sound scan di Antenatal Clinic..

Pagi kul 9 lebih dah bertolak dari rumah sbb appointment kul 10.05pagi.. sampai2 je babah drop mama, mama pun terus register kt kaunter, tp sebab mama lupa nak bagi duit parking kt babah, mama keluar balik, mencari babah kt luar.. alhamdulillah nampak babah & ibrahim so mama bagi duit & amik ibrahim masuk dalam balik tunggu nama dipanggil..


Bila nama dipanggil terus ikut staff hospital masuk dalam dgn babah & ibrahim.. kena ambil darah lagi sebelum menunggu jumpa doktor.. lama jugala dalam 1jam 1/2 baru dapat jumpa, ramai orang!! sementara tunggu, ibrahim busy main brochure yang ada kt situ.. sbb takde budak2 langsung, so ibrahim main sorang2 je, hehehe..

Alhamdulillah, darah makin ok, dan doktor check badan mama juga, takut ada bengkak dimana2, tp alhamdulillah takde!! :) so insyaAllah jumpa lagi nanti bulan Jun utk check seterusnya.. habis jumpa dalam kul 12.00, kami balik rumah lunch..


Petang - lepas solat Zohor, keluar lagi ke NMGH, tempat hari tu Antenatal Clinic utk 2nd scan.. appointment kul 1.50ptg, sampai2 je babah drop mama & Ibrahim.. babah tak dapat nak teman sbb ada appointment dgn Supervisor.. so mama tengok baby dgn Ibrahim je.. alhamdulillah tak ramai orang & ibrahim pun behave je, seperti biasa suka sgt tengok brochure, hehee..


Sebelum kena panggil mama minum 2 gelas air supaya tak jadi cam aritu, tak nampak.. dalam 10 minit lepas tu kena panggil dgn scan officer.. alhamdulillah, masa scan, officer tu terangkan balik tentang keadaan baby, tangan, kaki, kepala, tulang belakang, dapatla mama & ibrahim tengok baby tu.. mulut ibrahim riuh!! asik cakap its a baby!! hehehe..

tp lepas tu officer dah tak tunjuk, sibuk check perut mama, dalam 10 minit, settle, memula mama tanya juga, apa jantina baby, tp officer tu senyap je.. bila dah abis scan, mama tanya lagi.. last2 dia cakap juga.. its baby girl! wah terperanjat mama bila dia bagi tau, hehehe.. tp dia tak tunjuk bukti pun.. dia cakap masa dah settle, tak taula betul ke tak.. takperla, tunggula sampai bersalin nanti baru tau.. insyaAllah semoga dipermudahkan!! :)

lepas ni dah takde scan, tp kalau boleh mama nak scan lagi sekali..maybe kena tanya midwife.. sbb at least babah bleh tengok pula.. dalam kul 2.10 dah settle.. mama inform babah, tp sebab babah lambat lagi, so mama minta tolong jiran kami, kak siti ambil.. alhamdulillah kak siti ditemani kak julia & anaknya dtg ambil mama & ibrahim kt NMGH, thanks bebanyak ye!!