~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Wednesday, October 6, 2010

Akikah Aishah @ Majlis Hari Raya MCCH & SKMM!~

25/9/2010 - Sabtu di Abraham Moss High School, Cheetham Hill Manchester telah diadakan majlis hari raya MCCH & SKMM.. kami berpeluang menyumbangkan seekor kambing bagi tujuan Akikah Aishah.. alhamdulillah :)


Tp masa majlis ni, Babah, Wan, Atuk & Ibrahim je yang pergi.. meriah jugala!! dptla mereka merasa kambing tu, hehehe..


Tengahari tu, Auntie Intan sefamily dtg tengok Aishah.. dan petang pula, Auntie Ina sefamily pula dtg tengok Aishah.. thanksla Auntie2 atas hadiah yg diberi!! :)

*Piccas Mama & Aishah from FB Kak Intan, thanks kak!! :)

Tuesday, December 1, 2009

Ke Majlis Hari Raya Aidiladha & open house!~

Sabtu (28/11/09) baru ni, kami dijemput ke Majlis Hari Raya Aidiladha yang diadakan di Waterloo Center, Cheetham Hill.. memang meriah!! majlis bermula dlm pukul 10.30 sampai 1.30 tghr.. kami sampai dalam 12 lebih, memang tengah ramai! nasib baik ada gak tempat nak duduk makan..


alhamdulilah, makanan punyala sedap!! ada gulai daging, sambal udang, ayam goreng ala 'kfc', salad, nasi impit & kuah kacang, siap ada birthday cake lg! hehehe.. sambil makan tengok upin & ipin d'movie! pasang dgn projector lagi, heehee.. Ibrahim plak, very behave! sepanjang masa duduk je berpangku makan dgn babah, tak nak plak dia join main2 dgn budak2 kt situ! hehehe.. dia leka tengok upin & ipin :) terima kasih kepada semua kakak2 & abang2 yg mensponsor majlis ni.. memang best!!

petang plak dalam 3 lebih kami ke rumah kak Sabariah & bro Arif, buat rumah terbuka juga sempena Aidiladha ni.. makan kambing plak!! huhuhu.. alhamdulillah, sedap!! thanks ye!! akhir kata, meriah gakla raya kurban tahun ni :)

Monday, December 8, 2008

Salam Aidiladha!~

Dikesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada our family, sanak saudara yg berada di Malaysia, tak lupa juga kawan2 & seluruh umat Islam tak kira dimana jua berada..


Pagi ni, kami agak terlewat nak hadiri solat hari raya bersama rakyat Malaysia di Cheetham Hill Comunity School, hehe.. tp kami tetap keluar juga dgn hari yg hujan agak lebat, kami menuju ke Khezra Mosque yg tak jauh dari rumah.. namun sampai2 memang semua org dah abis solat.. takperla, amik gambar jela.. di sini takde upacara qurban macam kat Malaysia.. tp still ada kutipan oleh committee MCCH utk mereka yg ingin buat Qurban untuk rakyat miskin di Malaysia & Indonesia..


Setelah itu, kami terus menuju ke Crispy Fried Chicken, hehe.. hanya restaurant ni sahaja yg buka pada hari ni.. sempatla amik pic babah & Ibrahim ketika di sini sblm makanan siap..

Setelah itu kami menuju ke rumah Kak Lin & Bro Fadhil yg tak berapa jauh dari situ, namun tiada siapa di rumah, mungkin kami agak terlepas pandang yg hari ni ada jamuan hari raya di Waterloo Center sbb tak baca email malam semalam, :(.. takde rezeki kami utk jumpa sahabat2 di sini.. Kami pun terus ke Manchester Super Store utk beli barang dapur & pulang ke rumah.. Agak keletihan kerana meredah hujan, kesian Ibrahim, moga tak demam ye anakku!

Friday, October 3, 2008

2nd Day Hari Raya

1st Oct 08, hari ni siang memang tak beraya ke mana2.. cuma tghri tu, babah ajak kuar pergi cybercafe, nak copy document & nak pergi beli barang skali, nak dijadikan cerita, semua groceries tutup, nasib baik ada satu je yg buka, tp mahal skitla.. nak buat camna, beli gakla skit.. Terlupa plak, yg orang Pakistan ni raya sehari lewat dari UK, diorang ikut negara diorang.. Yg kitaorg ni ikut je org UK ni.. so sbb tu semuanya tutup.. tp ada gakla yg bukak..

Sementara tunggu babah photostat, kitaorg dudukla kat luar kedai yg tutup.. punyala sejuk sbb tgh hujan renyai, dgn angin yg kuatnya.. sbb nak tunggu ujan berhenti tak taula bila.. redah je..


Ibrahim plak excited tengok burung, sbb ada burung plak seekor berteduh kat tempat kitaorg tunggu tu.. agaknya burung tu pun kesejukan!!! :) So menjerit2la Ibrahim panggil burung tu, nasib baik tak nak kuar stroller, kalau tak payah gak.. Sampaila babah settle pun burung tu still kat situ..

Lepas tu kitaorg lintas jalan nak pergi, singgah plak kedai utilities & barang2 rumah, pastu terus ke groceries, nak beli ayam, jus, sayur & buah.. pastu hujan lebat balik, terpaksala tunggu kejap sampai hujan berhenti.. pastu kami pun balik..


Malamnya lepas Maghrib, penuhi jemputan kak Sabariah kerumah beliau.. kali ni dah 2 kali kami pergi.. hehe.. ramai gak yg datang, kami jumpa keluarga Dr Zuraina yg dah tinggal kat UK ni 12 tahun.. lama tuh!.. banyakla kami tanya tentang pengalaman diorang duduk kat sini.. pastu adala lagi 3 keluarga yg hadir.. Kak Na & anaknya, yang pernah duduk di rumah kitaorg duk skrg ni.. kami pun berborakla sampai kul 9.30pm, then kitaorg pun minta diri nak balik.. Makanan memang best! pulut panggang oven, kari ayam & daging, rendang daging, kek lapis masam manis, kuih2 raya & teh panas.. memang happening!! Tapi tak sehappening macam kat Malaysia!! Kat Malaysia sampai tak larat nak makan.. :)

Thursday, October 2, 2008

Gaya Ibrahim di Hari Raya

Tahun ni, second time Ibrahim beraya, macam2 gaya Ibrahim di hari raya.. baju raya tahun lepas pun dah muat2 je.. nampak sangat Ibrahim dah besar, tahun depan ntah muat lagi ke tak?? takperla, tak muat tak yah pakai ye tak..


Yg 1st tu, Ibrahim baru je lepas mandi, rambut pun tak sempat sikat lg, pakai baju raya melayu kuning emas.. Yg 2nd tu, rambut dah sikat, baru la hensem, hehe :) Senyum lebar, nampak semua gigi.. Ibrahim setakat ni dah ada 14 batang gigi.. 3rd pic, Ibrahim tengah busy nak main goft stick & bola.. time ni baru nak posing ber3 di pagi raya.. yg 4th ni, mama baru nak buat susu utk Ibrahim, biasala Ibrahim pun busy gak nak tengok mama bancuh susu.. Yg 5th ni, Ibrahim tgh posing, pandai skrg! Tau je kalau mama or babah nak amik gambar dia.. Pic last tu.. Ibrahim baru bangun tdo & tgh makan.. tengokla pipi dia, merah! sejuk ke sayang?! Enjoy the piccas!