~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Beraya. Show all posts
Showing posts with label Beraya. Show all posts

Friday, December 11, 2009

Open house lagi!~

Weekend baru ni kami dijemput lagi makan2, rajin betul la diorang kan.. mula2 kami ke rumah Kak Siti RedTulip & bro Rofzi, tak jauh pun, kami keluar kul 12.30 tghr lepas solat zohor.. waktu kami sampai ada 2 family yg dah sampai, so berborakla lepas tu sambil makan..

makanan plak ada macam2 seperti nasi warna warni, gulai ayam, acar taugeh, rojak buah, cendol & tepung pelita.. punyala banyak kan! semua mama rasa, hehehe.. memang sedap2 belaka!! tp sayang takde gambarla nak tunjuk..


Lepas tu kami balik rumah dulu solat Asar plak.. then keluar balik ke rumah kawan Babah kt city, family kak Hana.. diorg tinggal kt Manchester university house.. sampai2 je kamila orang pertama! hehehe.. nasib baik husbandnya & anak2 ada kt bawah masa kami sampai, terus je tuju ke rumah, kalau tak kenala mencari sbb diorg rumah jenis apartment..


waktu kt sini barula babah amik gambar, byk juga makanan kt sini.. ada laksa johor, pulut kuning dan rendang ayam, kek coklat, agar2, cocktail & buah limau.. lepas kami sampai barula ramai yang datang.. kebanyakannya semua yg duduk kt city, berborak sakan lagi, hehehe.. sebelum maghrib kami pun balik..

Monday, October 5, 2009

Jalan2 beraya!~

Jumaat, 25 Sept kitaorg balik semula ke Cheras.. masa sampai dirumah, kami disambut oleh Awe, nenek babah.. kira pangkat moyangla bagi Ibrahim yg duduk kt Kuala Pilah..


waktu ni Ibrahim tengah lena diulit mimpi, hehehe...

Sabtunya dapatla beraya ke rumah saudara sebelah babah plak..

Tengahari kami ke Seri Kembangan, rumah ibu saudara babah, dptla Ibrahim jumpa Abg Ashraf, yg lagi 2 org, Abg Syafiq & Hafiz takde keluar.. pastu jumpa Abg Iqbal & bondanya Kak Intan.. kiranya diorg ni cucu2 ibu, panggilan utk ibu saudara babah tu..


Best betul Ibrahim dpt main car, helicopter & mcm2 mainan lg kt sini..


Malamnya kami ke PJ pulak, rumah nenek Hawa.. di sini kami jumpa skali dgn keluarga Auntie Uji, adik Wan..


Bila dah ramai2, memang syokla berborak sakan, hehe.. dekat kul 11 jugala kami bergerak balik.. on the way balik, Ibrahim pun lena.. suka betul tido dlm kereta :)

Monday, September 28, 2009

Jom beraya di TPG!~

Hari raya ke 4, kami balik TPG pula.. sampai2 je rumah nenek & atuk, saudara mara sebelah atuk dah ramai yg tiba.. alhamdulillah dptla jumpa diorg semuanya..Tok Teh sekeluarga, Tok Tam sekeluarga & Nenek Lang sekeluarga..


Hari raya ke 5, pagi2 lagi sebelum keluar posing dulu dgn atuk & nenek, then terus ke rumah Tok Teh kt Shah Alam.. kt sini je yg sempat berposing sakan..


bergambar dgn Nenek Teh, Tok Teh & mama's cousins Auntie Iza & Auntie Lin


seterusnya ke rumah nenek Lang kt PJ, lunch, then jumpa saudara mara yg lain juga di sini.. Lepas tu, kami bertolak ke rumah cousin mama di Pandamaran Jaya, Klang sbb nak jumpa Nenek Long, alhamdulillah masih sihat lg walaupun skrg ni dah tak berapa selera nak makan..

Pastu kami ke rumah Nenek Teh sebelah nenek kt Sijangkang, sedang sakit terlantar tak boleh nak bangun, rasa sedih pula bila tengok keadaannya.. semoga Allah permudahkan segalanya insyaAllah..

Akhir sekali, kami singgah ke rumah cousin mama juga di Sijangkang, Aunty Nor & Uncle Hilal, alhamdulillah dpt gak jumpa cucu sedara mama, Amar, anak Halilah..

Best tak Ibrahim berjalan raya?? mestila best!! waktu ni baru bangun tido.. asal masuk je kereta Ibrahim mesti tido! hehe.. penat ye beraya? :D

Sampai2 je rumah nenek & atuk lepas balik beraya, dpt panggilan yg abang Atuk, Atuk Alias Shah Alam telah kembali ke rahmatullah, Innalillahiwainna ilaihirajiun, semoga rohnya dikalangan orang yg beriman, insyaAllah..

Wednesday, September 23, 2009

Beraya di Penang!~

Tahun ni agak lain skit, sbb kami beraya di Penang! first time merasa perjalanan jauh sewaktu musim perayaan.. bertolak pukul 3pm, pukul 10 malam baru sampai.. 7 jam tu, punyala lama!! ehehe.. hujan!!! boleh dikatakan sepanjang perjalanan.. ditambah dgn berhenti berbuka & etc..

alhamdulillah selamat sampai.. Ibrahim punyala excited, kekdg meragam, tp overall ok!! mama siap bawa bekal chicken ball utk Ibrahim sbb kitaorg semua puasa..


Hari raya pertama, hanya duk kt umah & pergi shopping mall, Gurney Plaza & Queensbay Mall...


hari kedua baru ada open house, staff Wan Penang yg buat, mkn best!!! nasi hujan panas, kari ayam, daging dendeng, roti jala, pulut & serunding, agar2, tak lupa juga bermcm2 kuih raya & maruku..

Hari raya ketiga, bertolak balik ke Cheras, still agak jammed juga sepanjang perjalanan, errmm.. agaknya org2 di Penang ni pun nak balik semula ke KL.. setiap perhentian, penuh je dgn orang!! hehe.. sampai rumah dah kul 11mlm.. punyala penat!! tp enjoy!!! sbb kt Malaysia, hehehe..

Ibrahim plak, tak nak minum susu yg kami beli, memula Fernleaf, sampai 2 bungkus, ingatkan ok sbb sebelum kami ke UK kami bagi Ibrahim minum susu ni, tp K.O.. Ibrahim tak nak langsung, lepas tu try beli Dutchlady 1 2 3 plak, tak nak juga, mama dah buntu.. last2 beli Dumex Dugro 1+, baru la nak, alhamdulillah!!! memilih juga anak mama ni ye :P..


Ibrahim still busy dgn Thomas Engine nya walau dimana jua berada, sabar jela, hehehe..

Sunday, September 13, 2009

Balik raya tak?!~

Ermm.. soalan ni memang selalu diajukan oleh sahabat2ku.. alkisahnya, mula2 memang nak balik, ingatkan nak collect data.. lepas babah discuss dgn supervisor dia, cakap tak yah collect data pulak! makanya plan dah tukar balik, tak jadila balik tahun ni..so dah bagi tau keluarga & kawan2 semua tak balik raya tahun ni :(



Tp last2, babah decide nak balik!! hehehe.. mama tukar muka gembira!!! alhamdulillah, so jawapannya .....




YEEE...KAMI BALIK RAYA KAT MALAYSIA TAHUN NI, YAHHHHOOOOOO!!!!



Tiket baru je beli minggu lepas, express rakyat betul!! nasib baik harga ok.. insyaAllah Isnin ni terbang.. So harap semua dapat doakan kami selamat sampai ke Malaysia Selasa ni ye, insyaAllah :D, so jumpa di Malaysia!!!

**Pada kawan2 yg nak dtg rumah beraya kat Manchester ni, sorry sgt2, maybe ada lepas 14 Oct nanti ye..

Wednesday, December 10, 2008

Rumah Terbuka di Hari Raya!~

Semalam babah ada kelas pagi.. Tak rancang pun, petang babah call bagi tau yg hari ni rumah Kak Sabariah & Bro Arif ada rumah terbuka, so babah suh mama siapkan Ibrahim & terus pergi ke rumah beliau.. Kak Sabariah kan jiran lama kitaorg dah pindah ke Birkdale street, berhadapan dgn rumah Kak Lin..

Mama pun siapkan Ibrahim & brg2 yg perlu dibawa, mcm jauhla plak kan, hehe.. memang camtu, setiap kali nak kuar kemana2 mesti bawa termos air panas, air putih & susu Ibrahim, kira bekal Ibrahim la ni.. pastu kena buat susu Ibrahim dulu, hehe.. senangkan..

Kuar rumah sebelum kul 4.00pm, sbb dah nak masuk maghrib takut gelap plak.. tengah jalan jumpa babah & kak Lin yg tengah tunggu kitaorg, diorg baru balik dari uni.. so terus ke rumah kak Sabariah, ramai gakla kawan2 yg datang.. Keluarga Kak Nurul berempat, Kak Mona bertiga, Kak Mastura berenam, Kak Lin berdua dgn Irfan & adala lagi, tak ingatla nama, hehe..

Mama & Ibrahim bergambar dgn tetamu yg masih ada, ramai yg dah balik..
Rumah kak Sabariah yg baru ni, memang besar & cantik!! Ruang tamu yg luas, bilik air ada 2, 5 bilik (attic, bilik bawah tanah, bilik solat & 2 bilik tdo).. Kami tumpang solat Maghrib disana, dapatla tengok bhgn atas, hehe.. Makan pun sedap! Ada nasi biryani kambing, dalca & acar timun, agar2, biskut raya, buah limau, jus mangga & air teh panas..

Babah & Ibrahim bergambar dgn Hj. Farid & Bro Arif..
Ibrahim punyala active, susah betul nak menjaganya.. ada je activity yg nak dibuat, hehe.. pantang tengok benda bulat, buah limau diingatkannya bola, mulala nak main baling2.. sabar jela anakku ini..


Dalam kul 5 lebih, kami pun mohon mengundur diri.. Kat luar dah gelap walaupun baru pukul 5 lebih, ni la winter, memang malam panjang..

Friday, October 3, 2008

2nd Day Hari Raya

1st Oct 08, hari ni siang memang tak beraya ke mana2.. cuma tghri tu, babah ajak kuar pergi cybercafe, nak copy document & nak pergi beli barang skali, nak dijadikan cerita, semua groceries tutup, nasib baik ada satu je yg buka, tp mahal skitla.. nak buat camna, beli gakla skit.. Terlupa plak, yg orang Pakistan ni raya sehari lewat dari UK, diorang ikut negara diorang.. Yg kitaorg ni ikut je org UK ni.. so sbb tu semuanya tutup.. tp ada gakla yg bukak..

Sementara tunggu babah photostat, kitaorg dudukla kat luar kedai yg tutup.. punyala sejuk sbb tgh hujan renyai, dgn angin yg kuatnya.. sbb nak tunggu ujan berhenti tak taula bila.. redah je..


Ibrahim plak excited tengok burung, sbb ada burung plak seekor berteduh kat tempat kitaorg tunggu tu.. agaknya burung tu pun kesejukan!!! :) So menjerit2la Ibrahim panggil burung tu, nasib baik tak nak kuar stroller, kalau tak payah gak.. Sampaila babah settle pun burung tu still kat situ..

Lepas tu kitaorg lintas jalan nak pergi, singgah plak kedai utilities & barang2 rumah, pastu terus ke groceries, nak beli ayam, jus, sayur & buah.. pastu hujan lebat balik, terpaksala tunggu kejap sampai hujan berhenti.. pastu kami pun balik..


Malamnya lepas Maghrib, penuhi jemputan kak Sabariah kerumah beliau.. kali ni dah 2 kali kami pergi.. hehe.. ramai gak yg datang, kami jumpa keluarga Dr Zuraina yg dah tinggal kat UK ni 12 tahun.. lama tuh!.. banyakla kami tanya tentang pengalaman diorang duduk kat sini.. pastu adala lagi 3 keluarga yg hadir.. Kak Na & anaknya, yang pernah duduk di rumah kitaorg duk skrg ni.. kami pun berborakla sampai kul 9.30pm, then kitaorg pun minta diri nak balik.. Makanan memang best! pulut panggang oven, kari ayam & daging, rendang daging, kek lapis masam manis, kuih2 raya & teh panas.. memang happening!! Tapi tak sehappening macam kat Malaysia!! Kat Malaysia sampai tak larat nak makan.. :)

Wednesday, October 1, 2008

Jom kita beraya!~

Semalam kitaorg hanya beraya 2 rumah.. pepagi biasala kan babah pergi solat sunat Aidilfitri dgn keluarga kak Saba di Cheetham Hill Community School, balik lebih kurang pukul 10.30a.m.. balik2 je makan, mama tak masak pun, makan lauk yg sepatutnya untuk sahur sbb kami memang tak sangka yg UK ni beraya awal sehari dari Malaysia.. dah kenyang! Sebelum kuar, tetiba dgr org bell & ketuk2 pintu, ingatkan siapa, rupanya postman, parcel yang dihantar oleh mama Penang dah sampai! best best! pastu dapat call from bro Fadil pun cakap parcel yang kami hantar bulan 7 dulu pun dah sampai.. betapa lamanya!! Mana taknya, hantar pakai laut.. Alhamdulillah..


Dalam pukul 12pm, ingat nak kuar jalan kaki je ke rumah Kak Lin, tp sbb hujan, terpaksa call bro Fadil untuk jemput kami.. Sementara menunggu bro Fadil, kami pun pergila rumah Kak Saba.. Kak Saba tengah busy nak masak pulut lemang.. kami pun makanla kuih raya, macam2 biskut ada, biskut arab, ais krim coklat, tart nenas, almond london, bukit kacang & etc. Kak Saba ni memang rajin buat kuih, kek & lauk pauk, kami pun dah order tart nenas buatan beliau, memang sedap!

Dalam 12.30pm bro Fadil dtg utk mengambil kami di rumah Kak Saba, meriah sungguh rumah bro Fadil, ramai gak yg dah dtg, sampai2 je jumpa Dr Shida sefamily, bro Anas dgn anak2nya, pastu datang plak Kak Intan sekeluarga, dan dah nak balik datang lagi satu keluarga.. Makanan punyala banyak.. nasi briyani, daging kari, udang, ayam rempah, kek coklat, butter cake, kerepek2 dari Malaysia, puding jagung, air sirap, air kopi, byk betul makanan, semuanya Kak Lin yang buat, rajin betul kan.. kuih raya pun banyak, mazola, butter cookies & mcm2 lagi, tak ingat nama, hehe..

Tengokla babah & Ibrahim tengah makan apa tuh, ni je yg sempat snap..

Sebelum balik sempat kami bergambar dgn Kak Lin & bro Fadil, anaknya Irfan takde plak, busy main dgn kawan2nya kat atas..


Terima kasih bebanyak pada keluarga Kak Lin atas jemputan ni ye.. kenyang betul!! :)

Balik2 je terus bukak parcel yg kami hantar.. terasa meriahla skit, semua rempah2 dari Malaysia & baju mama skit..



Ok semua, selamat beraya sakan!