~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Argos. Show all posts
Showing posts with label Argos. Show all posts

Tuesday, March 30, 2010

Menyambut kedatangan rakan dari Malaysia!~

Dah nak setengah bulan baru sempat update pasal ni! hehe..

17/3/2010 yang lalu, senior mama masa MMU dan juga rakan sekerja dulu di TM sambung ACCA di Manchester, kak Aida, husband, 4 orang anak mereka dan ayah kak Aida selamat sampai disini, alhamdulillah.. sempatla mama masakkan utk mereka sekeluarga.. selain mama, Baiti juga turut sama membantu masa kak Aida sampai.. Baiti ni tengah buat PhD di sini.. kira rakan bloggerla ni, hehe..


Dalam kul 12.00tghr camtu, kami sampai rumah sewa kak Aida di Crumpsall.. Ibrahim pun mmg suka kalau jumpa kawan ramai.. borak2 sakan dan kami decide nak keluar beli barang keperluan yang masih tak mencukupi lepas solat Zohor.. sbb semua letih, hanya husband kak Aida je yang pergi serta kami & Baiti.. kali ni Baiti bawa kami ke Home Bargain, Regent Park, area Eccles, Salford.. first time pergi ni.. mcm2 la beli.. penuh gakla trolley!! hehe..


Lepas tu kami ke ASDA Trafford pula, mencari heater & microwave serta barang2 lain.. tp takde plak heater, so beli microwave + food je.. habis shopping terus bergegas balik ke rumah kak Aida balik, solat Asar.. sempat lagi Ibrahim, anak2 Baiti & anak2 Kak Aida main sama2, hehehe.. lepas tu kami pun beransur pulang..

Keesokannya, 18/3/2010 kami pergi lagi rumah kak Aida, antar lauk skit.. waktu tu, kak Aida takde, gi register kt uni dgn Baiti, so kitaorg pun decide nak carikan heater utk mereka di Argos.. so kami bawa anak kak Aida yang 1st, Amni sekali.. pergi Argos Manchester Fort, tp takde stock juga heater tu, then kami balik rumah kejap.. sbb Ibrahim poo poo plak..


Then lepas Asar keluar balik, pergi Argos kt Central Retail Park, kat city, still takde stock, so call kak Aida balik, then option lain, beli portable fan heater.. so okla.. settle bab heater.. Ibrahim dgn Amni sempat lagi main kejar2 dalam Argos tu, hehehe.. then abis membeli kami terus ke Worldwide plak beli groceries utk kak Aida, ayam halal, buah2an & etc sbb tak sempat nak beli sebelum ni.. abis tu hantar barang semua, singgah jap.. then kami pun balik..

semoga Kak Aida & family dapat menyesuaikan diri disini ye, insyaAllah :)

Friday, February 19, 2010

Hadiah hari jadi!~

Alhamdulillah, memang setiap kali hari jadi kami, Wan Penang akan masukkan duit sbg hadiah.. so mama pun dpt juga!! terima kasih Wan!! maka Khamis baru ni babah bawa mama & ibrahim ke KFC Manchester Fort.. Ye!! KFC yg kt MF tu sekarang ni dah dpt sijil halal HFA (Halal Food Authority License).. kami pun baru je tahu, hehe.. alhamdulillah dapat juga hajat mama nak makan KFC..


Kami keluar rumah 12.30tghr lepas solat Zohor, terus menuju ke KFC.. mmg tengah lapar!! hehe.. ada juga kawan Malaysian sekeluarga yang juga makan KFC masa kami sampai.. so adala geng! hehe..

rasanya memang sama je, cuma meal menu dia tak sama mcm kt Malaysia.. kami makan variety meal (2 ketul original, 2 hot wings (hot & spicy) & 1 boneless fillet, kentang goreng & minuman bergas), kalau kt malaysia sure ada wipped potato, coleslaw & bun.. so macam tak lengkap je kan menu tu, tak seimbang, hehe.. satu lagi kt sini takde sos cili, hanya ada tomato ketchup shj, so kurang ummpphh, kena bawa cili sendiri la nampaknya, hehhee.. Apapun alhamdulillah, yang penting kenyang!! harga pun agak berpatutan..

Model Hot cup hot water dispenser :)

lepas tu kami jalan2 di Asda & Argos.. sampai di Argos, kami membeli hot cup hot water dispenser.. ni kira hadiah hari jadi mamala.. senang & mudah!! hanya dgn tekan button, air akan dimasak & auto keluar ke dalam mug, jimat air & juga electric.. Thanks again Wan for the birthday gift!! :)

Tuesday, June 16, 2009

Ibrahim's new hobby!~

Last week, babah belikan Ibrahim toy baru!! suka betul Ibrahim dapat main toy baru dia ni.. Metro Car Care Center, lebih kurang mcm tempat service kereta je, hehehe.. kitaorg beli kt Argos sbb tengah offer.. toy ni siap ada 10 biji kereta free lg tu..


Memang suka betulla Ibrahim, leka betul bila dah main toy ni.. Then babah tambah lg beli 20 biji kereta utk Ibrahim main puas2!! hehhe.. sampaikan tido, mandi, jalan2 pun bawa kereta sekarang ni.. sabarjela kan..


harga pun murah berbanding kt tempat lain.. setakat ni masih belum jemu lg, kira okla tu kan, berbaloi la kitaorg belikan Ibrahim toy ni.. tp yg tak tahan tu makin byk toy ibrahim dlm bilik tv ni, makin bykla nak kena kemas ye mama, hehehe..

Wednesday, June 3, 2009

Anniversary celebration!~

Semalam pagi2 lg babah dah dpt cheque, so after breakfast kitaorg keluar gi Natwest bank clearkan cheque tu, walaupun tak byk babah suka betul!! hehehe.. mama plak tunggu je dgn Ibrahim dlm kereta..


Lepas tu, kitaorg ke Argos, beli kipas tinggi.. menambah lg satu koleksi kipas yg sama, hehe.. mana taknya skrg ni dah start summer, punyala panas!! rasa berkuap je dlm rumah..dah tak pakai jacket bila keluar.. walaupun temperature dlm range 15-18 darjah celcius, cuaca memang terik!! maybe sbb dah lama terbiasa sejuk, hehehe..


Lepas tu babah ajak kitaorg makan di Kebabish, kira specialla ni sempena 3rd Anniversary mama & babah.. dah 2 bulan gakla kitaorg tak dtg makan kt sini, hehe.. sampai2 je takde org, nampak gayanya memang cepatla sampai makanannya, dah kitaorg je yg ada kt situ.. Kitaorg order, Shanghai Chicken, Cheese Nan & Chicken Briyani, tak teringat nak amik pict dah kena ngap dulu, hehehe..


Ibrahim punyala suka, tak duduk diam, semua dia nak usik, majalah, bunga orkid plastik tu, ke hulu ke hilir, mentang2 takde orang, bermaharajalela sungguh!! hehe.. sampaikan ajak makan pun susah sbb busy main je.. padahal bukan ada mainan pun kt situ, hehehe..


Sempat lagila mama amik gambar restaurant ni sementara tunggu food sampai.. Suasana restaurant ni memang ekslusif & amat selesa skali, siap ada tv flatscreen lg utk tontonan customer yg dtg, harga pun agak berpatutan, so memang best sesekali kalau nak makan kt sini.. so lepas makan kitaorg pun balik!!

Saturday, November 8, 2008

Argos ~ Shopping

Kali ni nak try plak shopping online kat Argos, sbbnya barang yg nak dibeli tu berat gakla.. semenjak 2 menjak ni sejuk bukan main time memalam, nak bukak heater gas, mahalla plak kang, so babah decide nak beli electric heater lagi satu.. Tp kali ni kitaorg beli yg kecik je, nak letak kat bedroom, 500watt je so tak makan byk electric sangat, bleh pakai lama skit..

Delonghi Electric Heater, 500watt

Tp mama plak teringin nak toaster, tgh ada promotion so belila gak, boleh buat roti bakar lepas ni!! Yeyyyyy..

Cookworks 2 slice toaster
Experience dgn Argos shopping online, not so convenience sbbnya dia takde confirmation order kat web dia tu, pastu confirmation dalam email pun cam tak meyakinkan langsung! So kami pun tak berharap sangatla benda ni sampai cepat.. Then Rabu lepas, babah saja call Argos nak tanya sbb memang kitaorg minta hantar hari Rabu, tak sangka plak dia kata on the way, tak lama lepas tu, sampaila barang2 ni.. Tp yg tak puas ati, ada lagi barang tak dapat.. Jam dinding! saja nak menambah jam kat umah ni, sbb jam kat sini semuanya mahal2, kat Argos je yg murah & besar, tp tak sampaila plak. So babah call balik cakap tak dapat, then minta refund balik, takperla takde rezeki!

Wednesday, October 8, 2008

3rd Trip to Cheetham Hill Primary Care Center

Hari ni pagi dalam kul 9.00, kitaorg bertiga pergi ke Cheetham Hill Primary Care Center, tujuannya utk menemani babah yang ada appoinment first check up.. sampai2 je takla ramai sangat, ibrahim macam biasa terus nak main kat meja permainan dia..

Then tak lama lepas tu, dtg 1 family malaysian pun bawa anak gak, tp girl.. borak2, bro Min yg study ACCA kat sini, wifenya Kak Rod just follow dgn anaknya Mia Sofia.. Then, dalam 10 minit, nama babah appear at board kena masuk room 16, pastu babah pun masuk.. mama pun borak2la dgn diorang..


Ibrahim & Mia main kat tempat mainan, pastu memasing busy plak pusing2 kat tempat kitaorg borak, sempat makan crips lg.. sabar jela anak ku ini, suka makan sampai minta makanan orang, haha.. bukan tak makan kat rumah tadi.. dah kenyang sblm keluar lg..

Mia pun sama baya dgn Ibrahim cuma, tua Ibrahim seminggu je..Diorang pun kira baru gak sampai kat Manchester, sebelum puasa arituh, kira awal skit dari kitaorg.. cuma baru pindah rumah kat area opposite Manchester Fort, sblm ni duduk rumah kawan diorang kat sini..

Dalam 15 minit, babah pun keluar.. So kitaorg still borak2 lagi.. Kak Rod ni arkitect waktu kat Malaysia, cadang nak cari kerja kat sini, kebetulan harituh, babah ada berkenalan dgn sorang Malaysian yg also architect kerja kat Manchester ni, so babah bagi no contact En Ghazali tuh pada bro Min.. kami pun bertukar phone number gak..

Then dah lama borak, pastu kami minta diri.. Agak2 kemana lepas ni?? Nak balik ke? alang2 dah sampai sini, apalagi.. gi Manchester Fortla.. dah tak jauh kan, hehe.. Lama mama & Ibrahim tak kuar rumah, sekali keluar nak gak jenjalan kan..

Sampai Manchester Fort kemana agaknya kitaorg? Mula2 pergi Asda Living, window shopping je, pastu kuar balik.. masuk Argos plak, ada je benda nak beli ye tak?? Ni je tempat yg kira boleh afford kalau nak beli barang yg berquality skit, tp reasonable price..


Babah belikan mama deep fat fryer, boleh guna untuk goreng chips & ayam, skrg ni tengah promotion, dapat harga murah.. pastu tgh fikir nak belikan ibrahim apa.. so kami belikan single air bed utk Ibrahim, bleh letak depan tv utk Ibrahim lepak2, hehe.. pastu kami pun balikla.. jam pun dah dekat 12.00pm..

Monday, October 6, 2008

5th Day Raya

Last Saturday, 4th Oct08, hari ni pagi2 lagi babah dah suh mama siap.. kemana kita nak pergi ni?? :) Pergi beli barang kat kedai Pakistan.. mcm2 nak beli sbb arituh kedai banyak tutup, so beli skit je.. bertolakla kami pukul 9.00a.m ke Manchester Super Store.. sejuk betul pagi ni.. sebelum ni kitaorg dah belikan baju hujan utk stroller Ibrahim, sbb takut hujan mcm hari tuh.. so insyaAllah Ibrahim dah tak kena hujan lepas ni..


Sampai kat Manchester Super Store, mama pun pilih sayur, buah, amik fresh milk, ikan & seafood(frozen), roti & mcm2 lg.. Terjumpa hos kami yg first dulu, bro Mokhriz nak beli ayam, ajak kami ke rumah sewa baru beliau di Crumpsall, dah 3 minggu pindah.. Thanks for undangan, memang byk undangan open house hari raya.. minta maafla bebanyak bukan tak mau pergi, nak menapak tu yg berat skit.. hehe.. lagipun tak familiar lg area sini.. jgnla marah ye kengkawan.. insyaAllah ada kesempatan berjumpa gak nanti..

Pastu dah abis membeli, balikla kami ke rumah.. Sampai rumah, babah cakap nak pergi Argos kat Manchester Fort plak.. nak beli apa? so masuk rumah dulu.. makan roti + coklat jem, tukar dypers Ibrahim, siapkan susu Ibrahim.. kemas barang2 yg dah dibeli, keluar balik kul 10.45a.m ke Manchester Fort..

Sampai Manchester Fort, pergi Comet (barang2 electric & electronic) tujuannya nak tengok barang yg kitaorg nak beli.. nak belek2 dulu sbb kat Argos tak leh belek2 dulu, kena terus beli.. So jumpala barang yg diidamkan.. fikir2 okla bolehla nak beli benda ni, compare harga, memang Argos lagi murah.. so kuar balik

On the way to Argus, terjumpa 3 Malaysian.. bro Zamri & wife Kak Hana dgn kawan diorang, bro Jefry, kak Hana & bro Jefri, Master degree student from Salford Uni.. diorang ni keje kat Bank Negara.. borak2.. dekat depan tempat kitaorg borak tu, ada charity sales, macam2 barang2 ada, iron, toaster, bola boling + pin dia skali, mainan, dresses & mcm2 lagi.. sempat tengok je, tak membeli pun, Ibrahim busy betul nak pegang bola boling.. puasla mama bawa Ibrahim pusing2 kat tempat tu, tak nak diam gak.. agaknya kesian tengok Ibrahim yg bising, one of the sales person tu bagi ibrahim belon, yeyyyy! bestla Ibrahim, terus diam.. thanks ya!


Agak2 apa benda yg kitaorg beli tuh.. Portable electric heater.. nak letak kat bilik tv.. sbb skrg ni heater boiler kat rumah kitaorg ni still problem, tak boleh nak set heat paling kuat, setakat medium je, so kesejukanla kitaorg 3 beranak bila time hujan.. minggu ni baru tuan rumah nak fix..


so kira heater ni blehla nak panaskan skit bilik ni sbb most of the time we all duk kat bilik tv ni.. pilih yg reasonable & kira murah gakla.. Then beli indoor airer (penyidai baju dalam rumah) sbb yg sedia ada kat umah ni tenant lama punya, balik dari M'sia nanti diorang nak amik balik, so kena beli sblm diorang balik sini.. 2 barang ni je beratnya kemain, nak balik camna ni? so kitaorg pun panggil taxi untuk balik umah..