~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kenduri. Show all posts
Showing posts with label Kenduri. Show all posts

Wednesday, October 6, 2010

Akikah Aishah @ Majlis Hari Raya MCCH & SKMM!~

25/9/2010 - Sabtu di Abraham Moss High School, Cheetham Hill Manchester telah diadakan majlis hari raya MCCH & SKMM.. kami berpeluang menyumbangkan seekor kambing bagi tujuan Akikah Aishah.. alhamdulillah :)


Tp masa majlis ni, Babah, Wan, Atuk & Ibrahim je yang pergi.. meriah jugala!! dptla mereka merasa kambing tu, hehehe..


Tengahari tu, Auntie Intan sefamily dtg tengok Aishah.. dan petang pula, Auntie Ina sefamily pula dtg tengok Aishah.. thanksla Auntie2 atas hadiah yg diberi!! :)

*Piccas Mama & Aishah from FB Kak Intan, thanks kak!! :)

Sunday, June 27, 2010

Jemputan kenduri lagi!~

Dah lama dah kenduri ni, awal June arituh.. 6/6/2010.. Kenduri kesyukuran ni diadakan oleh keluarga ex-penghulu MCCH tahun 2008/2009, bro Zaini sempena kejayaan isterinya Kak Nazian meraih PhD bulan May yg lalu.. alhamdulillah, tahniah ye!!!


Majlis bermula jam 2.00ptg, kami sampai dalam 2 lebih camtu.. makanan punyala best, ayam kicap, masak lemak labu, sayur campur & yg paling best ikan bakar cecah air asam.. kaum wanita duduk kt bhgn dalam & kaum lelaki diluar.. gambar ni semua diambil oleh babah, manakala gambar mama, ibrahim & kak intan serta anak bongsunya Hanie diambil dari blog kak intan, thanks kak! :)

Majlis bacaan yassin & doa selamat oleh pihak lelaki diluar, manakala pihak wanita hanya makan2 & bersembang je kt dalam, serta mengaminkan doa! kami balik hampir kul 4.00ptg juga.. terima kasih kepada keluarga bro Zaini & kak Nazian, selamat meneruskan perjuangan di Malaysia nanti, insyaAllah..

Thursday, April 15, 2010

Jemputan ke Kenduri Kesyukuran!~

Isnin 5/4/2010 yang lepas, kami ke kenduri kesyukuran keluarga bro Fadil & Kak Lin tak jauh dari rumah kami ni.. sampai dalam 12.30tghr, masih tak ramai lg warga MCCH yg hadir.. tunggu hingga lebih kurang pukul 1.00, tahlil & doa selamat pun bermula..


Ibrahim plak suka betul bila ada org ambil gambar, dia pun posing sambil senyum, sabar jela anakku itu.. kejap duduk atas sofa, kejap hilang gi naik atas main dgn anak tuan rumah & budak2 lain.. dah pandai nak berkawan.. kalau dulu, kat mana mama kt situla dia..

Habis tahlil dalam 30 minit, pastu time makan.. wah memang sedapla!! ada rendang ayam, gulai kambing, acar timun, teh panas & agar2.. sempat gak mama suap Ibrahim, tau plak dia time makan, dia pun turun.. dah kenyang terus hilang balik naik atas sambung main! isk isk.. sampaikan babah & mama kena naik atas nak ajak Ibrahim balik! hehhe.. kul 2.00 lebih kami pun balik.. terima kasih bebanyak pada keluarga bro Fadil & Kak Lin sebab jemput kami :)

Thursday, November 5, 2009

Jom pergi kenduri!~

Hari Khamis (8/10/09) paginya, nenek & atuk melawat org meninggal (arwah nenek Teh) yg dikebumikan di Sijangkang, mama & ibrahim duduk kt rumah..

Jumaat (9/10/09) pagi, sempatla mama, ibrahim & nenek beraya ke rumah Atuk Hashim & nenek Rugayah di Sri Andalas, Klang.. petangnya, nenek & atuk pergi hantar anak sepupu mama, kak nor nikah anaknya Fahmi & pasangannya di Masjid Lipat Kajang, Klang.. mama & Ibrahim tak pergi..

Sabtu (10/10/09) tengahari pula acara menghantar pengantin lelaki di Taman Kesenian Islam, berhadapan dgn Masjid Negeri Shah Alam.. sebelum ke sana, kami ber4 berkumpul dulu di rumah sepupu mama di Seksyen 7, rumah Auntie Rukiah..


kira berayala jugak ni, walaupun sekejap je :)


Dalam pukul 12.30tghr bertolak ke Taman Kesenian Islam, dalam 4 kereta juga, dan lagi 4 kereta dari Seksyen 4.. ramai juga sebelah lelaki.. sampai2 je terus makan, Ibrahim makan kek coklat yg dibungkus kecil2 sbg tanda mata pihak lelaki, byk jugala, sampaikan nasi pun tak nak dah..


lepas tu busy nak jalan2 kt bahagian bawah, ada air pancut, so atuk tolong bawakan ibrahim sementara mama makan, hehhe.. pengantin pula makan lambat skit sbb ada acara bersanding & bergambar dgn family.. so dptla mama ambil gambar pengantin masa mereka tgh makan.. dalam 2 lebih, kami pun balik..


Petang nya, kawan2 mama pula yg dtg.. memang berborak sakanla, hehe.. auntie Sue, auntie Zura, auntie Erin, auntie Azida & anaknya Adam serta maid mereka.. terima kasihla byk2 sbb sudi jenguk kitaorg ni, hehehe.. insyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi ye..

malamnya, lepas solat maghrib, mama, ibrahim, atuk & nenek pergi kenduri arwah nenek Teh di Sijangkang, ramaila jumpa saudara mara yg dtg.. habis kenduri kami pun balik rumah nenek semula..