~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Aishah. Show all posts
Showing posts with label Aishah. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

Aishah 5 Months Today!~

Alhamdulillah, sekejap je masa berlalu kan! Aishah dah masuk 5 bulan hari ni :) 8hb Feb baru ni kami pergi inject Aishah untuk 5 months kt Poliklinik Annur BTHO.. berat dia dah 6.5kg berbanding sebelum ni 5.25kg.. iskkss makin semangat!!!


Sekarang ni Aishah sangat rajin meniarap! meniarap sambil angkat2 punggung, tapi tak mara lagi, mengundur adala skit2..

Selain tu Aishah cukup suka mencapai barang! kekadang tu mama pegang Aishah masa makan, boleh dia capai pinggan mama sekali, hehehe.. tengok kita makan, mulut dia pun mengunyah gak, hehehe.. belum 6 bulan lagi nak bagi Aishah makan, sabar ye!! semua barang yg dia capai nak masuk mulut.. suka sangat hisap jari.. suka sangat tersenyum bila diagah!! suka bercerita, aaarr aaarr aaarr, hehehe.. Suka sangat main dengan Abanglong Ibrahim..

Alhamdulillah mama sangat syukur adanya Aishah & Ibrahim menceriakan hidup mama & babah, semoga anak2 mama menjadi anak yang soleh & solehah insyaAllah :)

Tuesday, December 21, 2010

Aishah @ 3 months!~


Alhamdulillah, sekejap je kan masa berlalu.. Aishah pun dah 3 bulan lebih.. Antara beberapa aktiviti yang kami lakukan utk Aishah selepas pulang ke Malaysia :-

29/11/2010,

10.00am - Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya - pergi register Mykid Aishah.. sebab Aishah lahir di UK, kami kena pergi ke Kaunter Kewarganegaraan Tingkat 1, bukan di tingkat 3.. punyala penat kami dari Tingkat 2, ke Tingkat 3, last sekali kat tingkat 1 plak.. akhirnya dapatla buat Mykid.. insyaAllah siap sebulan dari tarikh buat, 29/12/2010

6.00pm - Sunatkan Aishah di Azzahra Bangi - alhamdulillah, nangis tak lama, jumpa doktor perempuan kt outpatient klinik je.. terus tanya utk BCG immunization sekali, tp sbb dah tutup, kenala pergi keesokan harinya..

30/11/2010, 10.00am - Immunization - BCG for at birth & HEP B 1st dose - Azzahra Bangi - yang BCG kena naik kt Ward nursery, nurse kt situ yg inject, yang HEP B 1st dose, di Outpatient klinik je, jumpa doktor lelaki plak..

09/12/2010, 11.00am - Immunization for 3 months - Poliklinik Annur BTHO, klinik ni dekat je dgn rumah, doktor lelaki, check perkembangan Aishah sekali, alhamdulillah semuanya ok- waktu ni berat Aishah dah 5.25kg

sekarang ni Aishah dah sibuk mengereng2, cuma tak pass lagi nak meniarap.. kekadang tido pun mengereng, hehehe.. senyum girang bila diagah, hehehe alhamdulillah semoga Aishah membesar dgn sihat sejahtera hendaknya, insyaAllah :)

Monday, November 22, 2010

Marhaban Aishah & Hadi!~

13/11/2010 yang lepas, Alhamdulillah, Helwa Manchester menganjurkan majlis marhaban Aishah & juga baby Hadi, berlangsung dari 2pm hingga 5pm..


Majlis diadakan di rumah Doktor Aini yang juga ibu kepada baby Hadi yang berada di Crumpsall.. Baby2 & ibu masing2.. baby Hadi tua sebulan je dari Aishah :)


Banglong Ibrahim & Aishah :), Aishah dalam Moses basket milik Helwa :)


Para hadirin yang hadir.. termasuk juga staff doktor Aini, orang2 putih semuanya :)


Majlis bermula dengan video & tazkirah : permulaan yang baik (perkembangan bayi dari alam rahim hingga keluar menurut perspektif Islam) & disusuli dgn selawat atas nabi..


Sambil berselawat, sambil bertahnik (memberi tamar & air zam zam kepada baby) & diakhiri dgn bacaan doa selamat, serta penyampaian cenderahati.. Sempat juga bergambar dgn AJK Helwa 2010/2011, gambar ke-4 dibawah :)


Selepas itu acara makan2.. ada nasi ayam panggang madu, kek coklat, tiramisu, puding buah, kuih muih & mcm2 lagi!! meriah!! :)


Sempatla kami bergambar sekeluarga.. alhamdulillah :) Terima kasih kepada Helwa Manchester & juga Doktor Aini diatas majlis yang diadakan!!

Friday, November 12, 2010

Aishah @ 2 months!~

2 hari lepas, 10/11/2010 genap usia Aishah 2 bulan.. dan pada 9/11/2010, mama bawa Aishah pergi first immunisation utk 8 weeks.. 2 cucuk terus.. 1 kt peha kanan & 1 lagi kt peha kiri.. sian anak mama.. tp alhamdulillah, nangis sekejap je masa masuk jarum, pastu relex je & zzZZzz, hehehe..


tp nampakla Aishah letih satu hari tu, tambahan pula kami bagi ubat demam sbb nurse cakap kemungkinan demam.. tp alhamdulillah Aishah tak demam..

Balik tu sempat lagi kami menyinggah Tesco, babah jaga Aishah & Ibrahim dlm kereta sementara mama bershopping.. habis mama shopping, babah plak masuk shopping! hehe.. ikut turnla plak..

Aishah sekarang dah pandai senyum2 & bersuara sesekali, mcm nak ajak borak je hehe.. rambut pun dah byk gak tumbuh cuma tak panjang lagi.. masih suka tido!! susu pun dah berubah ke nombor 2 utk hungrier baby, kuat minum betul!! Suka betul kalau keluar jalan2.. alhamdulillah semoga anak mama akan terus sihat & ceria selalu!! insyaAllah..

Wednesday, October 13, 2010

Aishah dah 1 month!~

10/10/2010 - Ahad baru ni, Aishah dah sebulan, alhamdulillah.. sekejap je kan.. sekarang ni, Ibrahim pun makin sayang dengan adik dia.. bila Aishah nangis je terus bagi tau mama "Baby crying mama!! sambil menjerit kuat2!! hehe" senangla skit kalau mama nak buat keje, dah ada Ibrahim bleh tengokkan Aishah..

latest picture of BangLong Ibrahim & Aishah.. Aishah pun makin bam bam.. tak byk ragam!! alhamdulillah.. tidur je siang malam.. nangis nak susu je.. immunisation pun takde lagi, kt sini start 2 bulan baru dia nak inject, kalau kt Malaysia, lahir2 je dah kena kan.. so nak bawa Aishah keluar pun agak bahaya, so mmg duk je kt rumah.. adala keluar sekali dua..

Tp ada lagi latest cerita tentang Aishah, kami dah botakkan Aishah, hehehe.. Tp sbb pencukurnya tak berapa nak bagus, jadinya takdela licin sgt.. adala lagi rambut Aishah skit2.. kira okla tu kan.. sian dia dah takde rambut!! takperla, insyaAllah nanti tumbuh lebat lagi!! :)

11/10/2010 - Isnin, petang dalam kul 6.00pm, Auntie Aida sefamily dtg berziarah Aishah.. borak sakan sampai lupa nak bergambar.. thanks Auntie for the present!! :)

Wednesday, October 6, 2010

Akikah Aishah @ Majlis Hari Raya MCCH & SKMM!~

25/9/2010 - Sabtu di Abraham Moss High School, Cheetham Hill Manchester telah diadakan majlis hari raya MCCH & SKMM.. kami berpeluang menyumbangkan seekor kambing bagi tujuan Akikah Aishah.. alhamdulillah :)


Tp masa majlis ni, Babah, Wan, Atuk & Ibrahim je yang pergi.. meriah jugala!! dptla mereka merasa kambing tu, hehehe..


Tengahari tu, Auntie Intan sefamily dtg tengok Aishah.. dan petang pula, Auntie Ina sefamily pula dtg tengok Aishah.. thanksla Auntie2 atas hadiah yg diberi!! :)

*Piccas Mama & Aishah from FB Kak Intan, thanks kak!! :)

Sunday, October 3, 2010

Beraya ke London?!~

21/9/2010 - Alhamdulillah, birth cert Aishah settle pagi di register office di Manchester.. petangnya kami bertolak ke London.. tujuannya nak register kelahiran Aishah sbg rakyat Malaysia & buat passport sekali kat High Commission Malaysia London.. Tak rancang pun, sementara ada Wan & Atuk ni, kira senangla skit nak bawa Ibrahim & Aishah sekali..


Kami sewa kereta kawan kami disini, alhamdulillah Wan ada license Uk, so insurances pun tak mahal sgt nak top up.. perjalanan pergi yg agak lama sbb tersalah masuk jalan A, dekat 3 jam juga Mr GPS bawa kami sampai ke Stoke On Trent lagi.. sempat singgah Morisson, hehe.. lepas tu baru dpr keluar highway.. terus ke Travelodge Heathrow Terminal 5.. kami pernah menginap kt sini Summer last yr masa bawa nenek & atuk.. hotel ni pun kami booking 3 days before.. tak dptla murah sgt, 2 family room utk 2 malam kira okla drpd menginap dlm London..


Sempat berhenti sekejap kt service, makan malam & isi minyak.. Sampai hotel pun dah malam, memang tinggal tido je..


Pagi, kul 8 lebih dah bertolak ke High Commssion Malaysia London, pepagi semua org nak gi keje, jam le juga.. sampai dekat kul 10.00.. ramai gak org tengah menunggu.. tp tak ramai nak register baby.. kena amik gambar Aishah dulu, alhamdulillah Aishah jaga time ni, so dpt amik gambar dia buka mata, itu requirement dia.. pastu isi form yg original kt situ walaupun kami dah isi form yg download dari internet.. okla tak lama pun.. yg penting document semua cukup lengkap!! alhamdulillah.. 2 counter kena pergi, birth registration & juga passport..


Lepas tu, kena tunggu nak pick up plak, kul 3.00 hingga 4.00 ptg.. kt situ siap ada gerai mkn lagi, mmg mudah, makanla kt situ je.. pastu sementara nak menghabiskan waktu.. kami pun pergila Hyde park.. tak jauh pun dari situ.. cuma nak kena carila, hehe.. mmg besar park ni.. jenuh gakla berjalan nak sampai ke lake dia tu.. Ibrahim suka betul dpt tengok duck!! Aishah plak, mmg tido je kerjanya, hehe..


Lepas tu, kami dtg semula ke HiComm, sempatla solat qasar Zohor & Asar skali, dont worry ada prayer room kt situ.. then kami menunggu lagi nak pick up birth registration & passport Aishah.. selepas tu kami ke Malaysian Hall London, di Bayswater.. nak jumpa abang Wan yg dah menetap lebih 35 tahun kt London tu.. dptla jumpa Uncle Omar.. alhamdulillah masih sihat lagi!! kami makan2, borak2.. Ibrahim plak dah lena!! dah nak balik baru bangun..


Then, bila dah keluar dari Malaysian Hall, ingatkan nakla pergi ke London Eye, semua pun dah kepenatan.. tengok jela dari dalam kereta.. hehehe.. jalan2 di kota London mencari jalan keluar nak pulang ke hotel!! :)


Alhamdulillah semua settle, so next day dlm kul 11 camtu, baru kami keluar.. menuju pulang ke Manchester.. sempat singgah ke Oxford services, mengalas perut.. sampai rumah kul 4.00ptg jugala..

Wednesday, September 22, 2010

Aishah ketika di SCBU!~

Lepas mama dpt balik rumah 12/9/2010, keesokannya 13/9/2010 - Monday 9.00am, mama ada appointment dgn pakar darah plak, sampaila 11.00 lebih.. then lepas tu baru pergi tengok Aishah kt SCBU.. Tp bila jumpa doktor, doktor kata Aishah dah boleh keluar tp diorang ingatkan yang mama masih di ward, so diorg ingat nak hantar Aishah naik ke ward mama utk observe one more day, tp mama cakap yg mama dah discharged..

So diorang minta mama stay utk jaga Aishah satu malam..okla.. mama pun balik dulu dgn babah berkemas apa yg patut.. pukul 6.00pm mama dtg balik dgn Wan, Atuk & Ibrahim... Dptla Wan & Atuk tengok Aishah plak..


Petang tu, mama mandikan Aishah & tidur di bilik yg disediakan.. Aishah minum susu ready made dari Cow & Gate sepanjang di hospital memandangkan susu mama tak cukup.. Okla, Aishah ni tak byk ragam.. tido je.. malam bangun pun sekali je..


Depan bilik tu, ada visitor room, ada mcm2 toys.. Ibrahim cukup suka.. sampai2 je main sampaila nak balik..

14/9/2010 - pagi.. doktor pakar check Aishah, alhamdulillah, semua ok.. dan dah boleh balik.. tp sebelum tu kena buat hearing test dulu.. so mama pun tunggu jela sampai kul 2.00 baru ada nurse dtg nak buat test tu.. tak lama pun.. dalam 10 minit je dah settle.. kul 3.00 lebih baru kami dpt bawa Aishah balik rumah..

Saturday, September 11, 2010

Welcome Aishah!~


Alhamdulillah, our 2nd baby, Aishah selamat dilahirkan pada 10/09/10 bersamaan 1 Syawal, jam 5.11am di North Manchester General Hospital setelah berhempas pulas selama 13 jam selepas air ketuban mama pecah pada pukul 4ptg hari sebelumnya..

Akhirnya Aishah keluar juga, jam 5.11am secara ceasarean, sbb mama boleh demam plak sbb tak dpt epidural, pakar bius tak bagi sbb mama on medication utk tambah darah, takut nanti vulnerable to spinal infection.. pastu heartbeat baby pun tinggi mencecah 180, takut betul babah tengok time tu.. rasa mcm dah tak nak tunggu utk normal delivery.. Tp akhirnya babah minta juga utk stop oxytocin, then go for ceaserean, at least dpt selamatkan baby..

Masa lepas lahir, Aishah dah biru & terlentang, kata doctor pakar baby yg standby masa tu.. babah pun tak dpt tengok mama operation sbb dah emergency, mama langsung tak sedar masa operation sbb kena amik general anaesthetic..

Begitula cerita mcm mana Aishah lahir.. mama disedarkan pukul 6.00am oleh babah, mama jaga tp masih mamai selama 15 minit camtu.. alhamdulillah, semuanya selamat, tp Aishah sedang di Neonatal Unit, tkt 1.. tak dpt mama tengok, hari ni 2nd day barula mama boleh bangun dan pergi tengok Aishah, babah tolong amikkan wheel chair and push mama turun tkt 1, insyaAllah esok nak tengok Aishah lagi..

InsyaAllah, nanti mama update lagi tentang dari mula masa dimasukkan di Ward sejak Isnin lepas..