~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Piccadilly Garden. Show all posts
Showing posts with label Piccadilly Garden. Show all posts

Friday, November 20, 2009

Kunjungan tetamu dari Cardiff!~

31/10/09 yang lalu, sempena Autumn break, kami terima kunjungan tetamu dari Cardiff, keluarga Bro Azhan & Kak Zubaida, bersama 3 orang anak mereka, Aisyah, Humaira & Ziyad serta adik bro Azhan yg dtg berkunjung ke UK, sampai Jumaat malamnya, tapi Sabtu pagi baru dtg ke rumah kami, alhamdulillah dptla mama masak2 skit untuk menjamu tetamu..


Sampai2 je, isi perut dulu, nasi briyani, ayam masak kurma, bergedil, keropok & buah2an.. lepas tu kami bawa mereka ke Manchester Arndale, kemudian keluar.. sambil2 tu dptla mereka naik The Eye of Manchester.. kami ber3 tunggu je kt bawah, hehe.. mama jaga stroller manakala babah busy melayan Ibrahim tak berhenti naik turun tangga, isk isk.. memang aktif!!


then ke Piccadily Garden.. Tengok air pancut & anak2 busy mengejar burung2! heehe..Lepas tu kami semua makan di Rice Restaurant tak jauh dari situ.. alhamdulillah kenyang! thank bro Azhan sbb belanja! :)


Lepas tu jalan2 semula dlm Arndale, ke T.K.Maxx & Sport Direct.. kemudian balik semula ke rumah kami utk solat & keluar semula.. Ingatkan nak ke Manchester Stadium, tp bila sampai sana, rupa2nya ada game hari tu, punyala ramai orang, nak parking pun susah, last2 tak jadi pergi.. akhirnya ke Manchester Fort sahaja.. best jugala kan.. macam2 ada!! Takper, esok ada lagi! hehe.. memang kena singgah stadium sebelum balik, kalau tak rugila kan dah sampai sini, ehehe..

Kemudian, balik semula ke rumah kami utk Dinner & rehat sebentar sebelum mereka balik semula ke Hotel.. alhamdulillah, semuanya dah keletihan!! tp memang seronok sesekali ada tetamu, terima kasihla kepada keluarga Bro Azhan & Kak Zubaida kerana sudi singgah ke rumah kami yg tak seberapa ni.. InsyaAllah kalau ada rezeki lagi nanti jumpa lagi ye :)

Sunday, August 2, 2009

Jalan2 Carboot & Manchester City Centre!~

Ahad paginya plak, dalam 7.30 kami ber4 dah keluar, cadangnya mama nak bawa nenek & atuk gi carboot sales, mula2 kitaorg pergi ke Bowlee, tp rupa2nya takde org jual hari tuh, hehe.. so kitaorg pun terus ke Salford Carboot yg terletak di kawasan Salford Shopping Centre.. alhamdulillah, kt sini mmg sentiasa ada everyweek..


Dapatla kitaorg shopping skit pakaian, toy Ibrahim & perkakas rumah.. mmg murah!! puas atila kan..


Petangnya, kitaorg pergi jln2 ke city, parking di Arndale, jln2 dlm tu & keluar ke Manchester Wheel, tp tak naik pun, ramai betul org weekend2 ni di city!!


Pastu kitaorg ke Piccadilly garden, ramai betul org melepak!! lagi2 di kawasan air pancut, siap ada yg mandi-manda lagi, hehe.. Ibrahim pun nak mandi bila tengok org main air, sabar jela, hehe.. pastu kitaorg mkn kt Rice restaurant, depan Piccadilly garden tu, lepas makan kitaorg pun balik.. hari Ahad mmg semua tutup cepat kt sini walaupun baru kul 5.00ptg.. itula aktiviti weekend nenek & atuk masa diorg kt sini.. ada lagi tau, harap semua bleh tunggu ye..

Tuesday, May 5, 2009

Jom ke Piccadilly Garden!~

Weekend baru ni, kitaorg jalan2 gi town lg.. sbnrnya tak plan pun, bila dah keluar takde arah.. ke Arndale la, mana lg.. tp memang mudah parking kat sini.. then masuk Arndale, singgah sekejap di Clinton Cards Shop.. ala2 Memory Lane, then keluar ke Market Street, Ibrahim belum apa2 dah dpt bola dgn pemukul yg dijual oleh org2 dijalanan market street tula.. suka betulla dia.. Kami pun terus ke arah Piccadilly Garden.. on the way tu, ada plak org jual2 kat lorong pejalan kaki, so kitaorg pun singgahla kejap tengok2.. kebanyakannya baju & bag..


Then pastu, terus ke Piccadilly Garden, ramai betul org hari ni.. melepak2 di garden tu.. cuaca pun tengah best ni, panas2 sejuk.. pastu babah ckp laparla plak.. kitaorg pun pergi ke Rice Restaurant, babah ckp kat sini halal, mama tengok memang ada tanda halal kat pintu, masuk2 je, jumpa 2 Malaysian, Rahmah & kawannya Azie tengah order & tunggu makanan.. style nya layan diri, order & bayar dikaunter, pastu tunggu makanan siap, kami take away je, pastu makan diluar..


Bleh tahan sedap gak, Nasi goreng Indonesian yg direkomen oleh Cashier tu, isinya ayam & udang serta cili capsicum & rebung, dasyat tak?? siap ada rebung lg tu, hehe.. pastu minum Oasis Orange, memang best, berselera betul kami, Ibrahim pun suka!!hhehee.. lagi2 masih panas2 kan.. lepas makan kami pun terus berjalan balik ke Arndale.. masa utk balik umah :)