~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Oxford. Show all posts
Showing posts with label Oxford. Show all posts

Monday, July 6, 2009

Jalan2 Oxford Part 2!~

Lepas sampai hotel, kitaorg pun makan makanan yg dibawa dari rumah, memang dah masak pagi2 sebelum pergi lagi.. Kami menginap di Travelodge Bicester, dalam 30 minit jugala dari Oxford City Centre.. hotel ni mmg area tempat rehat (RnR) di Bicester ni..


Nenek & atuk pun dah penat sbb dah petang kan..So lepas solat, kami bertiga je yg keluar pergi Bicester Village Outlet Shopping center.. semua kedai2 kt sini memang branded2 belaka, baju, kasut, perfume, cosmetics, jam tangan, perkakas rumah, buku & etc.. walaupun ada sales tp masih juga tak mampu kami nak membelinya, hehehe..


Mcm2 kedai yg berjenama terkenal, sempatla kami masuk ke Polo Ralph Lauren, Dior, Timberland, CK, DKNY & kedai2 lain lg.. byk tau, 120 kedai gak semuanya, tak sempatla nak masuk semua.. mana2 yg nampak menarik je, hehehe..


Tp kami sempat apply discount card yg khas utk shopping kt Bicester Village ni, ada lambang Mastercard lg tu, saja nak buat kenangan.. then masuk 10gbp utk shopping kt sini, kira mcm debit cardla gak.. makanya kami pun belila brg2 yg bernilai dlm lingkungan 10gbp tu.. Liptic jenama Clinique utk nenek & buku sticker + mewarna utk Ibrahim..


Dalam kul 7, kami pun bertolak balik sbb dah tutup tempat tu, jadila walaupun hanya sejam je berada di situ tp masih enjoy lg!! Sampai je hotel Ibrahim pun apalagi terus mewarna bukunya dgn 4 btg crayon yg dah includes skali kt buku sticker & mewarna tu, suka betul dia!! hehehe. Lepas ni kemana pulak kita?? Tungggguuuu ye ;)

Friday, July 3, 2009

Jalan2 Oxford part 1!~

Jumaat last week, hari ke2 nenek & atuk sampai di sini, kami dah ajak diorang jalan2, hehe.. kesiankan.. masih jet lag lg, tentu penat kan.. tp nak buat camna kitaorg dah plan lama dah, so takperla, kalau nenek & atuk penat leh tdo je dlm kereta ye tak?? Bertolak dlm kul 8.00pg dari rumah menuju ke Oxford..


Memang jauh gakla dlm 2 jam setengah camtu, on the way tu sempat lagi kami singgah di Warwick service, kira mcm tempat rehatla, minum pagi di Coffee Primo Cafe, mkn sandwiches, hot chocolate & coffee.. Suka betul Ibrahim dpt keluar dr stroller waktu makan tu :)) Perjalanan diteruskan lg ke Oxford city centre..


Sampai2 di Oxford terus kami parking di Westgate Shopping Centre, kt sini memang antara parking yg paling strategic kalau nak jalan di Oxford City Center ni.. lepas tu kitaorg pun berjalan di sekitar Oxford City Centre.. masuk Clarendon Centre, shopping complex juga, pastu keluar balik, pergi lagi ke depan, dapatla tengok sebahagian bangunan University of Oxford yg mmg ada disekitar Oxford city ni.. masuk kedai, keluar kedai.. tengok2 je, semuanya mahal2 belaka..


Then lepas tu, pergi ke 'The Bridge of Sigh' (gambar ke3 bhgn atas ni) lalu jalan belakang plak sampaila ke sini, kiranya attraction yg famous di sini sbb sama mcm kat Venice.. Lepas tu pergi plak Radcliffe Camera (gambar ke4 diatas) dekat je kt situ, bangunan yg bersejarah kt Oxford ni dgn bentuknya yg unik..


Wah, memang penatla berjalan disekitar Oxford ni, sbnarnya boleh kalau nak naik bas, tp susahkan sbb bawak stroller, so kitaorg pun jalanla perlahan2, yg penting enjoyyy kan.. Penat berjalan kitaorg singgah sekejap kt AMT Coffee, pekena chocolate & strawberry milk shake, memang sedap!!!


Lepas tu, kitaorg jalan balik ke Westgate Shopping Centre, barula jalan2 dlm shopping centre ni, dah puas window shopping, kitaorg pun bergerak ke destinasi seterusnya.. kemana?? balik ke hotella, mana lg.. bolehla berehat sebentar sambil makan2 bekalan yg dibawa.. Alhamdulillah dgn bantuan GPS navigation, tak sesat waktu nak sampai di Oxford ni..