~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Sunday, October 3, 2010

Beraya ke London?!~

21/9/2010 - Alhamdulillah, birth cert Aishah settle pagi di register office di Manchester.. petangnya kami bertolak ke London.. tujuannya nak register kelahiran Aishah sbg rakyat Malaysia & buat passport sekali kat High Commission Malaysia London.. Tak rancang pun, sementara ada Wan & Atuk ni, kira senangla skit nak bawa Ibrahim & Aishah sekali..


Kami sewa kereta kawan kami disini, alhamdulillah Wan ada license Uk, so insurances pun tak mahal sgt nak top up.. perjalanan pergi yg agak lama sbb tersalah masuk jalan A, dekat 3 jam juga Mr GPS bawa kami sampai ke Stoke On Trent lagi.. sempat singgah Morisson, hehe.. lepas tu baru dpr keluar highway.. terus ke Travelodge Heathrow Terminal 5.. kami pernah menginap kt sini Summer last yr masa bawa nenek & atuk.. hotel ni pun kami booking 3 days before.. tak dptla murah sgt, 2 family room utk 2 malam kira okla drpd menginap dlm London..


Sempat berhenti sekejap kt service, makan malam & isi minyak.. Sampai hotel pun dah malam, memang tinggal tido je..


Pagi, kul 8 lebih dah bertolak ke High Commssion Malaysia London, pepagi semua org nak gi keje, jam le juga.. sampai dekat kul 10.00.. ramai gak org tengah menunggu.. tp tak ramai nak register baby.. kena amik gambar Aishah dulu, alhamdulillah Aishah jaga time ni, so dpt amik gambar dia buka mata, itu requirement dia.. pastu isi form yg original kt situ walaupun kami dah isi form yg download dari internet.. okla tak lama pun.. yg penting document semua cukup lengkap!! alhamdulillah.. 2 counter kena pergi, birth registration & juga passport..


Lepas tu, kena tunggu nak pick up plak, kul 3.00 hingga 4.00 ptg.. kt situ siap ada gerai mkn lagi, mmg mudah, makanla kt situ je.. pastu sementara nak menghabiskan waktu.. kami pun pergila Hyde park.. tak jauh pun dari situ.. cuma nak kena carila, hehe.. mmg besar park ni.. jenuh gakla berjalan nak sampai ke lake dia tu.. Ibrahim suka betul dpt tengok duck!! Aishah plak, mmg tido je kerjanya, hehe..


Lepas tu, kami dtg semula ke HiComm, sempatla solat qasar Zohor & Asar skali, dont worry ada prayer room kt situ.. then kami menunggu lagi nak pick up birth registration & passport Aishah.. selepas tu kami ke Malaysian Hall London, di Bayswater.. nak jumpa abang Wan yg dah menetap lebih 35 tahun kt London tu.. dptla jumpa Uncle Omar.. alhamdulillah masih sihat lagi!! kami makan2, borak2.. Ibrahim plak dah lena!! dah nak balik baru bangun..


Then, bila dah keluar dari Malaysian Hall, ingatkan nakla pergi ke London Eye, semua pun dah kepenatan.. tengok jela dari dalam kereta.. hehehe.. jalan2 di kota London mencari jalan keluar nak pulang ke hotel!! :)


Alhamdulillah semua settle, so next day dlm kul 11 camtu, baru kami keluar.. menuju pulang ke Manchester.. sempat singgah ke Oxford services, mengalas perut.. sampai rumah kul 4.00ptg jugala..

Thursday, September 30, 2010

Gambar Raya!~

Alhamdulillah, walaupun raya ni agak kecoh skit.. hehe.. tapi masih sempat kami sekeluarga bergambar berbaju raya!!.. waktu ni dah 21/9/2010 - 12 hari Syawal, Aishah pun 12 harila juga.. sbbnya menunggu Pakteh & Auntie Lang balik dari London, barula semua orang ada..


Sekarang ni, Wan, Atuk, Pak Teh & Auntie Lang semua dah balik Malaysia.. Tinggalla mama, babah, Ibrahim & Aishah.. terasa lain dah suasana kt rumah ni.. mana taknya, hampir sebulan Wan & Atuk melayan kerenah Ibrahim!! nasib baik Ibrahim dah start school.. kira okla tu.. takdela dia terasa sgt!! :) Ada Aishah ni bisingla juga rumah ni dengan tangisannya!! hehehe..

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431!~

Dikesempatan ini, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Tahun Baru Islam kepada semua umat Islam tak kira juga dimana berada, alhamdulillah masih lagi bernafas untuk meneruskan perjuangan hidup ini..

Sekarang ni dah masuk Winter kat UK ni.. kebetulan hari ni first time snow turun sejak winter, punyala sejuk!! walaupun tak tebal tapi masih dpt merasai kesejukannya kt dlm rumah..


Kami bertiga pun tak berapa nak sihat dua tiga hari ni, batuk & selsema sedang melanda! bermula dari Ibrahim sampaila mama & babah.. dugaan sungguh! semoga Allah sihatkan kami insyaAllah, doakanla kami ye semua..

Sunday, November 8, 2009

Ke KLIA & Seri Kembangan!~

Hari Ahad (11.10.09) pagi, babah & auntie Lang ambil mama & ibrahim dari rumah nenek & atuk.. sarapan dulu sebelum bertolak.. Ibrahim menangis sbb ingat nenek & atuk pun pergi sama, rupanya tak pergi.. takperla insyaAllah nanti boleh jumpa lagi..


so kami pun bertolak ke KLIA sbb nak jumpa Wan dari Penang yang akan terbang ke Terengganu sbb ada meeting.. kiranya lepas ni tak dpt nak jumpa dah sehinggala kami berangkat ke Manchester..

Sampai2 je di KLIA, kami tunggu Wan di Foodcourt untuk makan tengahari.. Ibrahim biasala tak tinggal Thomasnya, mesti ada sama! hehe.. kami makan nasi goreng USA, nasi goreng Pattaya, kuew teow ladna & minum jus buah.. alhamdulillah, kenyang! :)


Selepas tu kami hantar Wan ke balai berlepas penerbangan dalam negeri, Ibrahim punyala excited sbb dia ingat dia pun pergi, punyala susah nak amik dia dari Wan dia, pun nangis jugak!! iskk.. sabar sabar.. lepas je Wan masuk kitaorg pun terus balik!

Petangnya kami ber3 ke rumah Ibu(ibu saudara babah) di Seri Kembangan, then kami bawa ibu, Syafiq & Ashraf pergi rumah baru Kak Intan (anak ibu) tak jauh dari rumah Ibu.. cantik juga rumahnya, belum ada sofa lagi, so nampak luas! apalagi, Ibrahim, Syafiq & Ashraf main baling2 bola dalam rumah tu, hehehe.. anak kak Intan, Iqbal takde keluar dgn ayahnya, so tak dptla main sama..


Siap ada ikan lagi dalam balang, nasib baik Ibrahim tak celup lagi tangan nak amik ikan, hehehe.. nampak tak mcm geram je rupanya tengok ikan tu! kami dijamu dinner spaghetti goreng oleh Kak Intan, terima kasihla byk2 ye.. tak lama lepas makan, Iqbal pun balik, dptla jumpa juga walaupun sekejap.. dekat pukul 11.00mlm kami pun mengundur diri, hantar ibu, ashraf & syafiq sebelum balik rumah..

Monday, October 5, 2009

Jalan2 beraya!~

Jumaat, 25 Sept kitaorg balik semula ke Cheras.. masa sampai dirumah, kami disambut oleh Awe, nenek babah.. kira pangkat moyangla bagi Ibrahim yg duduk kt Kuala Pilah..


waktu ni Ibrahim tengah lena diulit mimpi, hehehe...

Sabtunya dapatla beraya ke rumah saudara sebelah babah plak..

Tengahari kami ke Seri Kembangan, rumah ibu saudara babah, dptla Ibrahim jumpa Abg Ashraf, yg lagi 2 org, Abg Syafiq & Hafiz takde keluar.. pastu jumpa Abg Iqbal & bondanya Kak Intan.. kiranya diorg ni cucu2 ibu, panggilan utk ibu saudara babah tu..


Best betul Ibrahim dpt main car, helicopter & mcm2 mainan lg kt sini..


Malamnya kami ke PJ pulak, rumah nenek Hawa.. di sini kami jumpa skali dgn keluarga Auntie Uji, adik Wan..


Bila dah ramai2, memang syokla berborak sakan, hehe.. dekat kul 11 jugala kami bergerak balik.. on the way balik, Ibrahim pun lena.. suka betul tido dlm kereta :)

Monday, September 28, 2009

Jom beraya di TPG!~

Hari raya ke 4, kami balik TPG pula.. sampai2 je rumah nenek & atuk, saudara mara sebelah atuk dah ramai yg tiba.. alhamdulillah dptla jumpa diorg semuanya..Tok Teh sekeluarga, Tok Tam sekeluarga & Nenek Lang sekeluarga..


Hari raya ke 5, pagi2 lagi sebelum keluar posing dulu dgn atuk & nenek, then terus ke rumah Tok Teh kt Shah Alam.. kt sini je yg sempat berposing sakan..


bergambar dgn Nenek Teh, Tok Teh & mama's cousins Auntie Iza & Auntie Lin


seterusnya ke rumah nenek Lang kt PJ, lunch, then jumpa saudara mara yg lain juga di sini.. Lepas tu, kami bertolak ke rumah cousin mama di Pandamaran Jaya, Klang sbb nak jumpa Nenek Long, alhamdulillah masih sihat lg walaupun skrg ni dah tak berapa selera nak makan..

Pastu kami ke rumah Nenek Teh sebelah nenek kt Sijangkang, sedang sakit terlantar tak boleh nak bangun, rasa sedih pula bila tengok keadaannya.. semoga Allah permudahkan segalanya insyaAllah..

Akhir sekali, kami singgah ke rumah cousin mama juga di Sijangkang, Aunty Nor & Uncle Hilal, alhamdulillah dpt gak jumpa cucu sedara mama, Amar, anak Halilah..

Best tak Ibrahim berjalan raya?? mestila best!! waktu ni baru bangun tido.. asal masuk je kereta Ibrahim mesti tido! hehe.. penat ye beraya? :D

Sampai2 je rumah nenek & atuk lepas balik beraya, dpt panggilan yg abang Atuk, Atuk Alias Shah Alam telah kembali ke rahmatullah, Innalillahiwainna ilaihirajiun, semoga rohnya dikalangan orang yg beriman, insyaAllah..

Wednesday, September 23, 2009

Beraya di Penang!~

Tahun ni agak lain skit, sbb kami beraya di Penang! first time merasa perjalanan jauh sewaktu musim perayaan.. bertolak pukul 3pm, pukul 10 malam baru sampai.. 7 jam tu, punyala lama!! ehehe.. hujan!!! boleh dikatakan sepanjang perjalanan.. ditambah dgn berhenti berbuka & etc..

alhamdulillah selamat sampai.. Ibrahim punyala excited, kekdg meragam, tp overall ok!! mama siap bawa bekal chicken ball utk Ibrahim sbb kitaorg semua puasa..


Hari raya pertama, hanya duk kt umah & pergi shopping mall, Gurney Plaza & Queensbay Mall...


hari kedua baru ada open house, staff Wan Penang yg buat, mkn best!!! nasi hujan panas, kari ayam, daging dendeng, roti jala, pulut & serunding, agar2, tak lupa juga bermcm2 kuih raya & maruku..

Hari raya ketiga, bertolak balik ke Cheras, still agak jammed juga sepanjang perjalanan, errmm.. agaknya org2 di Penang ni pun nak balik semula ke KL.. setiap perhentian, penuh je dgn orang!! hehe.. sampai rumah dah kul 11mlm.. punyala penat!! tp enjoy!!! sbb kt Malaysia, hehehe..

Ibrahim plak, tak nak minum susu yg kami beli, memula Fernleaf, sampai 2 bungkus, ingatkan ok sbb sebelum kami ke UK kami bagi Ibrahim minum susu ni, tp K.O.. Ibrahim tak nak langsung, lepas tu try beli Dutchlady 1 2 3 plak, tak nak juga, mama dah buntu.. last2 beli Dumex Dugro 1+, baru la nak, alhamdulillah!!! memilih juga anak mama ni ye :P..


Ibrahim still busy dgn Thomas Engine nya walau dimana jua berada, sabar jela, hehehe..

Friday, July 24, 2009

Jalan2 ke MU Stadium & Salford Quay!~

Jom kita sambung lagi cerita tentang vacation nenek & atuk disini, hehe.. Hari berikutnya 30/6/09.. kami bawa nenek & atuk ke Manchester United Stadium.. dah sampai sini rugila kan kalau tak pergi walaupun tak minat sangat, hehe..


Adala beli souvenir skit2, bolehla buat kenangan ye tak.. Ibrahim mcm biasa, kalau dah nampak bola, mesti nak punya, so kitaorg pun pinjamla bola sekejap, hehe.. tak beli pun sbb arituh kan dah beli.. so satu cukupla ye tak.. sampai kaunter bayar baru perasan yg ibrahim masih pegang bola tu, sampaikan cashier tu tanya bola tu tak nak bayar ke? hehe.. kenala babah letak balik, nasib baik Ibrahim tak mengamuk!! good boy!!..


Lepas tu, kitaorg terus ke Salford Quay plak, Lowry Outlet Mall.. sampai2 je kita isi perut dulu, almaklumla dah lunch time.. makan Chicken Cottage, halal fastfood kt food court Lowry tu.. lepas makan kitaorg keluar pegi Lowry theatre & jalan2 tepi sungai, bergambar di bridge & masuk balik dalam Lowry Outlet Mall, singgah jap ke Cadbury Outlet, atuk gi beli coklat, pastu Ibrahim nampak belon, nak belon plak, hehe.. nasib baik bleh dpt free sbb dah beli coklat, minta kt cashier tu, hehe.. suka betulla Ibrahim!! lepas tu kitaorg pun balik..

Thursday, July 9, 2009

Jom ke Windsor Part1!~

Hari ke3 nenek & atuk berada disini, lepas tdo semalam di Travelodge Bicester, Oxford.. pagi2 lagi kami bertolak ke Windsor, Berkshire.. sampai di Windsor dlm 8.30pagi, sejam juga perjalanan, terus cari parking..


lepas tu kami berjalan ke arah windsor castle, cantik betul tempat ni!! tp kitaorg tak masuk pun castle tu, ambil gambar dari luar je, hehe.. sepanjang jalan ke castle tu, mmg byk kedai, restaurant, cafe, souvenir, baju & etc..


Lepas tu, kami masuk plak Royal Windsor Shopping Center, dalam ni pun byk kedai & restaurant, tempat ni juga terletak skali dgn Windsor railway station, so selain kereta & bas, naik train pun bleh sampai sini juga :))


Lepas tu kami menuju ke tepi River Thames, tengor swan.. byk betul & cantik!! hehe.. Waktu tu ada org bagi mkn swan2 tu semua, dptla tengok skali..


Cadangnya nak naik boat cruise kt sungai tu, tp tak buka lg walaupun dah kul 10pagi.. so sambil tunggu kitaorg makan kt Fish & Chip shop tak jauh dari tepi sungai tu..


Tengah2 makan barula counter boat tu open, so lepas mkn kitaorg pun naikla boat plak pusing River Thames tu.. dlm 40 minit gakla pergi & balik.. so naik boat dptla merehatkan kaki yg agak letih berjalan sambil2 tengok permandangan di sekitar River Thames ni..


Alhamdulillah, tak ramai yg nak duduk bhgn bawah boat ni, sbb diorg lebih suka naik bahagian atas, yg kami ni tak tahan panas, so dptla conquer bhgn bawah, Ibrahimla yg paling suka skali, suka betul main kereta dia dlm boat ni.. tak kisah dah org lain, hehe.. Agak2 lepas tu kemana pula?? insyaAllah nanti mama cerita on next entry ok!!

Friday, July 3, 2009

Jalan2 Oxford part 1!~

Jumaat last week, hari ke2 nenek & atuk sampai di sini, kami dah ajak diorang jalan2, hehe.. kesiankan.. masih jet lag lg, tentu penat kan.. tp nak buat camna kitaorg dah plan lama dah, so takperla, kalau nenek & atuk penat leh tdo je dlm kereta ye tak?? Bertolak dlm kul 8.00pg dari rumah menuju ke Oxford..


Memang jauh gakla dlm 2 jam setengah camtu, on the way tu sempat lagi kami singgah di Warwick service, kira mcm tempat rehatla, minum pagi di Coffee Primo Cafe, mkn sandwiches, hot chocolate & coffee.. Suka betul Ibrahim dpt keluar dr stroller waktu makan tu :)) Perjalanan diteruskan lg ke Oxford city centre..


Sampai2 di Oxford terus kami parking di Westgate Shopping Centre, kt sini memang antara parking yg paling strategic kalau nak jalan di Oxford City Center ni.. lepas tu kitaorg pun berjalan di sekitar Oxford City Centre.. masuk Clarendon Centre, shopping complex juga, pastu keluar balik, pergi lagi ke depan, dapatla tengok sebahagian bangunan University of Oxford yg mmg ada disekitar Oxford city ni.. masuk kedai, keluar kedai.. tengok2 je, semuanya mahal2 belaka..


Then lepas tu, pergi ke 'The Bridge of Sigh' (gambar ke3 bhgn atas ni) lalu jalan belakang plak sampaila ke sini, kiranya attraction yg famous di sini sbb sama mcm kat Venice.. Lepas tu pergi plak Radcliffe Camera (gambar ke4 diatas) dekat je kt situ, bangunan yg bersejarah kt Oxford ni dgn bentuknya yg unik..


Wah, memang penatla berjalan disekitar Oxford ni, sbnarnya boleh kalau nak naik bas, tp susahkan sbb bawak stroller, so kitaorg pun jalanla perlahan2, yg penting enjoyyy kan.. Penat berjalan kitaorg singgah sekejap kt AMT Coffee, pekena chocolate & strawberry milk shake, memang sedap!!!


Lepas tu, kitaorg jalan balik ke Westgate Shopping Centre, barula jalan2 dlm shopping centre ni, dah puas window shopping, kitaorg pun bergerak ke destinasi seterusnya.. kemana?? balik ke hotella, mana lg.. bolehla berehat sebentar sambil makan2 bekalan yg dibawa.. Alhamdulillah dgn bantuan GPS navigation, tak sesat waktu nak sampai di Oxford ni..

Sunday, March 1, 2009

Makan best lagi!~

2 hari lepas, kitaorg order delivery from Kebabish.. ingat tak yg first time kitaorg makan kat luar tu.. kat restaurant nila.. tp kali ni just delivery je.. Kali ni babah order Roti Naan Cheese, Shanghai Chicken Wings & Fish Tikka.. Utk desert, American Choc Fudge Cake..


Alhamdulillah.. memang sedap!! roti naan cheese nya amat lembut & gebu, Shanghai chicken wings ni, rupanya ayam panggang biasa je, tp memang sedap!! Fish Tikka pun ok gak, terasala rempahnya.. Ibrahim pun suka!! lagi2 cake chocolate tula.. kan ke favourite dia, hehehe..

Monday, December 22, 2008

Pagi yang Indah!~

Semalam pagi, pepagi lagi mama dah sedia sarapan sebelum pergi.. Dah kenyang barula kuar.. Kami bertiga pergi ke Manchester Fort, alhamdulillah cuaca pun cerah walaupun ramalan cuaca cakap akan hujan, :) Sampai2 je biasala masuk Comet, hehe.. pastu kuar balik masuk Sport Direct, tengah ada sales!~ sampai 70% off..


Okla dapatla shopping skit ~ sepasang sweater, 1 set glove, topi & scarf untuk Ibrahim, Mama & babah plak beli sweater.. Lama gak kat situ, hehe.. rambang mata betul..


Pastu masuk Asda plak, tengah offer gak tp biasa2 je, sempatla bergambar dgn Wall E & Kungfu Panda kat tingkat 1, hehe.. first time bawa Ibrahim naik atas.. pastu pegi Boots plak, beli vitamin C then kuar balik.. semua kedaila kami masuk, window shopping je, sbb takde sales sgt.. pastu ternampakla ada rumah salji kat luar bahagian car park.. sajala amik gambar Ibrahim dgn atuk Santa, hehe..


Pastu kitaorg sambung balik window shopping, hehe.. pastu babah ajak kitaorg gi Subway, tak jauh dari situ, makan Tuna Sandwich, itu je yg boleh makan, hehe.. alas perut setelah lama berjalan.. Lepas makan, kitaorg pun balik rumah..

Sunday, October 5, 2008

Genap sebulan di bumi Manchester

Hari ni 5th Oct 08, genapla sebulan kami di sini.. Banyak benda yg berlaku dalam masa sebulan ni.. semoga Allah memberi kemudahan kepada kami disini.. Doakan kami ye semua..

Perkembangan Ibrahim setakat hari ni..


1) Makan makin kuat - tak kisah makan apa pun kecuali buah
2) Minum susu pun kuat gak.. kadang2 sampai 2 round sekali
3) Pandai bercerita, tp bahasa diala.. yang kita paham pun byk gak
4) Suka tengok Cbeebies channel, tak pernah jemu..
5) Pandai bergurau.. Main cak2, suka kalau org geletek dia..
6) Pandai nak basuh tangan & mulut bila lepas makan
7) Suka gosok gigi..
8) Suka kalau kita bawa dia keluar, naik stroller..
9) Suka tak nak pakai baju & seluar, kena paksa baru nak pakai..
10) Suka main air dalam bath tub bila mandi..
11) Tido tak nak pakai selimut, maybe dah terbiasa dari Malaysia lagi..
12) Suka buang barang ke bawah dari tingkat atas - tak kisahla apa2 je yg dia nampak, kononnya berkemas la tuh..
13) Suka tido, time sejuk2 ni..
14) Suka tengok majalah argos, pastu koyakkan..
15) Paling suka main bola & goft stick
16) Kalau cakap nak makan je, dah tau terus gi bilik makan tunggu sampai semua ready..
17) Tak sabar kalau nak apa2.. :)
18) Suka panggil babah kuat2, hehe.. babah selalu dok kat atas..
19) Suka menyendel kat mama bila tengok tv..
20) Suka amik mana2 kertas or plastic yg tak pakai pastu gi dapur buang dalam tong sampah..

Alhamdulillah, Ibrahim la penyeri mama & babah di sini, kalau takde mesti mama dah boring!

Wednesday, October 1, 2008

Jom kita beraya!~

Semalam kitaorg hanya beraya 2 rumah.. pepagi biasala kan babah pergi solat sunat Aidilfitri dgn keluarga kak Saba di Cheetham Hill Community School, balik lebih kurang pukul 10.30a.m.. balik2 je makan, mama tak masak pun, makan lauk yg sepatutnya untuk sahur sbb kami memang tak sangka yg UK ni beraya awal sehari dari Malaysia.. dah kenyang! Sebelum kuar, tetiba dgr org bell & ketuk2 pintu, ingatkan siapa, rupanya postman, parcel yang dihantar oleh mama Penang dah sampai! best best! pastu dapat call from bro Fadil pun cakap parcel yang kami hantar bulan 7 dulu pun dah sampai.. betapa lamanya!! Mana taknya, hantar pakai laut.. Alhamdulillah..


Dalam pukul 12pm, ingat nak kuar jalan kaki je ke rumah Kak Lin, tp sbb hujan, terpaksa call bro Fadil untuk jemput kami.. Sementara menunggu bro Fadil, kami pun pergila rumah Kak Saba.. Kak Saba tengah busy nak masak pulut lemang.. kami pun makanla kuih raya, macam2 biskut ada, biskut arab, ais krim coklat, tart nenas, almond london, bukit kacang & etc. Kak Saba ni memang rajin buat kuih, kek & lauk pauk, kami pun dah order tart nenas buatan beliau, memang sedap!

Dalam 12.30pm bro Fadil dtg utk mengambil kami di rumah Kak Saba, meriah sungguh rumah bro Fadil, ramai gak yg dah dtg, sampai2 je jumpa Dr Shida sefamily, bro Anas dgn anak2nya, pastu datang plak Kak Intan sekeluarga, dan dah nak balik datang lagi satu keluarga.. Makanan punyala banyak.. nasi briyani, daging kari, udang, ayam rempah, kek coklat, butter cake, kerepek2 dari Malaysia, puding jagung, air sirap, air kopi, byk betul makanan, semuanya Kak Lin yang buat, rajin betul kan.. kuih raya pun banyak, mazola, butter cookies & mcm2 lagi, tak ingat nama, hehe..

Tengokla babah & Ibrahim tengah makan apa tuh, ni je yg sempat snap..

Sebelum balik sempat kami bergambar dgn Kak Lin & bro Fadil, anaknya Irfan takde plak, busy main dgn kawan2nya kat atas..


Terima kasih bebanyak pada keluarga Kak Lin atas jemputan ni ye.. kenyang betul!! :)

Balik2 je terus bukak parcel yg kami hantar.. terasa meriahla skit, semua rempah2 dari Malaysia & baju mama skit..



Ok semua, selamat beraya sakan!

Tuesday, September 30, 2008

Salam Aidilfitri....


Salam Aidilfitri & Maaf Zahir & Batin untuk semua keluarga, saudara-mara, sahabat handai & teman2... Alhamdulillah, kami di Manchester beraya awal sehari dari Malaysia pada Selasa, 30th Sept 08..

Mata kadang tersalah pandang,
Telinga kadang tersalah dengar,
Mulut kadang tersalah ucap,
Hati kadang tersalah duga,
Kaki terkadang tersalah langkah,
Tangan terkadang tersalah cuit,
Minda terkadang tersalah andai,
Tangan ku hulur Di hari Mulia,
Maafkan segala silap yang pasti ada...
Selamat Menyambut Lebaran
Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan dan rahmat InsyaAllah...
Semoga Syawal ini memberi kegembiraan InsyaAllah...
Moga menjadi manusia yang soleh/solehah InsyaAllah...
Hati-hati bila pulang ke kampung... InsyaAllah...
Ingatlah Allah selalu... Jaga diri dan hiasi peribadi InsyaAllah...

Daripada kami sekeluarga,

Izzuddin, Nabilah & Ibrahim
2 Haley St,
Cheetham Hill, Manchester

Monday, September 29, 2008

Jom Car Boot Sales!!

Semalam pagi, alhamdulillah Kak Saba & Bro Arif, ajak kitaorg pergi Car boot sales! So agak2 kemana kita pergi pagi ni??? Holly Land Car Boot.. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1/2 jam je dari rumah.. Kawasannya dekat dgn Manchester Airport.. Masuk je kena bayar 50pence.. Kitaorg sampai dalam pukul 9a.m, dah ramai org.. Mana taknya orang lain kalau pergi kul 7.00 dah bertolak, kitaorg kira lewatla ni, hehe.. Tapi takper, barang masih banyak, jangan risau!! :)


Mula2 tu tengok barang banyak sangat, tak tau nak mula kat mana.. Tp still slow2 jalan..Mula2 jumpa toy Ibrahim dulu!! Agak2 apa dia? Barney! Pastu ternampak orang jual safety gate, memang kitaorg nak cari benda tu.. nak pasang kat bawah plak.. Alhamdulillah, dapat murah gakla, babah hantar ke kereta sbb berat.. Pastu cari baju Ibrahim plak, byk betul dapat yg ok & cantik2.. murah lagi!! T-shirt lengan panjang, jaket, seluar & stoking.. Then terjumpa HP mainan, byk jenis tp still berkenan yg tesco punya, sbb apa?? Teringat HP Ibrahim kat Malaysia, sebijik!.. Untuk mama dan babah, pastila jaket!! Dapatla 2-3 helai.. Sejam gakla round keliling car boot tu mencari barang apa yg berkenan!..Barang punyala banyak! bila sampai ke kereta, turn nak mengemas barang plak, camna nak susun, hehehe.. Ibrahim plak dah meragam! sbb lama sangat agaknya.. so mama teman Ibrahim dalam kereta sementara Kak Saba mengemas barang..

Balik tu sempat lagi singgah ASDA yg berdekatan dgn tempat ni la.. Sampai2 je Ibrahim dah tertdo dalam keta dalam perjalanan, so mama ingat nak teman Ibrahim dalam keta je, tp kak Saba ajak masuk, bro Arif jaga kereta, so kitaorg pun masukla.. mama & babah ingat nak cari susu Ibrahim, tp tak jumpa plak, baru dalam 15 minit, kak Saba call cakap Ibrahim dah jaga, so mama cepat2 kuar sementara babah settle beli barang.. Tak beli apa sangat pun..


Ibrahim nak kuar dari keta, so mama pun bawa Ibrahim kuar. Ibrahim suka betul, nak kejar burung.. Tak lama lepas tu babah kuar, then sambil tunggu kak Saba, kitaorg pun amik piccas.. amik sign board parking, kat sini memang ada khas parking utk keluarga yg bawa anak.. kalau kat Malaysia, rasanya kat Tesco Extra Cheras ada jenis parking yg sama, kat tempat lain cam tak pernah nampak plak.. Ibrahim plak busy asik nak kejar burung, sampaikan tak nak amik gambar, sabar jela! Then bertolak balik.. Terima kasih bebanyak pada Kak Saba & Bro Arif sbb bawa kami ke Car Boot & Asda..


Inila toys yg kami beli untuk Ibrahim masa kat Car Boot, HP, Dragon & Barney.. murah je, 3 tu 2pound only.. Baju yg Ibrahim pakai ni pun dari Car Boot gak, cantik kan?!