~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Journey. Show all posts
Showing posts with label Journey. Show all posts

Thursday, September 18, 2008

Transit at Dubai

5th Sept 08 - around 3.30a.m alhamdulillah, dah sampai Dubai setelah 6 jam perjalanan dari KLIA, sampai2 je, macam pelik mana pergi nye stroller kitaorg, camna nak bawa Ibrahim ni? nampak stroller bebenyak kat tempat keluar tu, tp tak pastila boleh ambil ke tak? rupa2nya memang kena guna stroller diorang sediakan, stroller kitaorg dah antar terus ke Manchester..


Lepas solat subuh, kitaorg pun berjalan2 kat Duty Free Dubai, masyaAllah macam2 kedai ada, pergila tengok kedai perfume, pastu tengok kedai emas plak, bleh tahan mahal gakla.. sempat gak bergambar kat depan kedai2 tuh.. :) Masa kat sini, sempat gakla Ibrahim berkenalan dgn Malaysian yang kebetulan pun naik plane yg sama dgn kitaorg, Musadiq & Aishah, anak Dr Murni yg berkerja di Sheffield.

Sementara nak tunggu masuk tu, sempat lg dgn sukahatinya Ibrahim join budak2 India ni main keta diorang, sabar jela.. Pastu around 7.55a.m beraturla kitaorg balik nak naik plane ke Manchester, masuk2 je terus duduk kat tempat yang telah di booked. Perjalanan 7 jam ke Manchester, kali ni waktu siang, so dapatla tengok luar.. Pemandangan yg sungguh indah, betapa besar kuasa Allah menjadikannya. Ibrahim pun tak banyak ragam, syukur sgt.. time makan, kitaorg pun makanla, nak buat camna kan, dah dalam musafir..


Pastu Pramugara Emirates ni ambil gambar Ibrahim pakai instant camera & bagi kitaorang terus gambar tu dgn cover skali, memang kenangan yang bestla utk kami.. Servis ok, pasni bleh naik lagi Emirates, ye tak? Cewah macam promote la plak.. hehe

So sampaila kami ke Manchester dalam pukul 1.30tghr waktu tempatan, sampai2 je terus pergi tempat immigration, beratur punya la panjang, dengan Ibrahimnya yg asik nak berjalan je, memang menguji betul.. last2 babah je yg beratur, mama jaga Ibrahim, dah sampai turn kitaorg baru mama bawa Ibrahim terus ke counter, punyala kena bersabar! Alhamdulillah, takde problem, terus pergi amik beg2 then, pergi ke rumah Hos dgn limo Airport Carz..

Wednesday, September 17, 2008

Tibala Sangat Tika & Waktunya!

4th Sept 08, pagi2 lagi dah bangun, bersemangat nak settlekan kemas baju & benda2 lain dalam beg yang nak dibawa, bayangkanla, hari dah nak pergi pun beg belum settle2 lagi.. keluar masuk, keluar masuk.. serba tak kena, last2 betul2 settle nak tau bila? pukul 6.00ptg.. sabar jela.. alhamdulillah, kira punya kira tak lebih 60kg..


Pagi tu, sempat lagi pegi Tesco beli barang nak masak, sebab hari ni pasti ramai yang dtg dari kampung hubby.. Sempat lagi Ibrahim main kat Tesco! Balik2 je ramai yg dah tiba, Awe (nenek), Pak Lang, Mak Lang, Mak Long, We Chik (Nenek Saudara), dan ramai lagi tiba sebelum berbuka, anak2 Pak Lang & Mak Lang..

Pukul 9.00mlm bertolakla kami ke KLIA membawa 3 beg besar + 1 kotak, stroller & 2 hand luggage.. kira banyak gakla barang kan.. Sampai2 je terus wrap beg2 yang nak di check in.. takut pecah dicampak2 nanti..

Ramai gak yg ikut hantar, termasukla mama & abahku dari TPG dgn pakcik Alias & anaknya Emilia.. Beratur kat line M untuk Emirates Airline, nasib baikla dah check in online, takla panjang sangat sebab dah ada lane yang khas untuk online check in.. Check in beg & dapat 2 sets boarding pass dari KLIA ke Dubai & Dubai ke Manchester untuk kami bertiga..

Pastu berkumpul beramai2, borak2, sekejap betul masa berlalu dah pkl 11.00 malam.. Maka tibala untuk kami masuk ke dalam untuk terus ke tempat menunggu naik plane.. Sebak betul rasanya tak terkata, mana taknya, lama gak nak tinggalkan family kat Malaysia.. Ibrahim plak excited betul, siap babai2 lagi, macam tau2 je dia nak pergi tinggalkan semua orang..

Pastu terus ke balai berlepas, naik train, Ibrahim still excited, tak nak duduk kat stroller, asik nak jalan je.. penat sungguh! sampaila nak naik plane.. alhamdulillah nasib baik dah booked tempat dalam plane so terus je pergi tempat yg telah tersedia.. Maka berlepasla Emirates plane pukul 12.55a.m 5th Sept08..

Dalam plane, maybe sbb malam, alhamdulillah Ibrahim tak meragam sangat, asik tido je.. tak bangun langsung, mkn pun tak bangun, so mama simpan je mknn dia, nanti bleh bagi bila dia dah bangun.. Tapi Ibrahim bangun pun tak makan, just nak susu je..

Monday, September 15, 2008

Journey to the North!

26 Aug 08 - dah mula cuti hari ni, apalagi, pagi2 lagi dah kuar, tp hari ni still hantar Ibrahim kat Nursery sbb banyak benda nak selesaikan pagi ni.. mula2 sarapan kat CP, pastu terus ke Putrajaya, urusan hubby dgn MOHE, then straight to my office again, amik barang tertinggal semalamnya.. pastu pergi Celcom, terminate line HP office. Then terus balik umah, kemas2 baju, solat Zohor pastu terus amik Ibrahim kat Nursery & mamaku kat TPG.

Bermula perjalanan kami ke Penang, nak pergi melawat rumah my MIL yang sekarang ni tgh keje di Penang. First time bawa Ibrahim jalan jauh2 ni.. MasyaAllah, mula2 je ok, bila dah lama tak boleh duk diam dalam keta, asik nak gi depan, pastu gi belakang balik, sabar jela.. Perjalanan mengambil masa dalam 5 jam campur berhenti makan & solat, sampai je dah kul 9 lebih.. Penat sungguh!! Tp Ibrahim masih boleh main bola lagi tuh! Mana taknya dia dah tido dalam keta..

Second day, pagi2 sebelum kuar, jalan2 tengok sekeliling rumah tu.. luas betul, ni rumah quarters kerajaan dalam Penang Free School, MIL duk rumah ni sementara je dgn adik ipar yang second, Islah tgh amik Medic kat PMC, adala teman MIL.. Rumah yg sepatutnya MIL duk tak siap lagi, tengah dalam binaan..
So agak2 pergi mana kita hari ni?? Jom pergi Penang Butterfly Farm!!! Perjalanan dalam masa 1/2 jam dari rumah ke Teluk Bahang.. Okla, banyak betul butterfly kat sini.. bukan setakat butterfly je, lain2 serangga pun ada.. Untuk yg belum pernah ke Penang, bolehla masukkan dalam senarai tempat yg ingin dilawati di Penang.

Balik dari Penang Butterfly Farm, sampai kat Batu Feringgi, singgahla kitaorg kat gerai Asam Laksa, apalagi, perut tengah lapar.. mkn asam laksa & air kelapa muda.. memang best!! selain tu ada gak makanan bergoreng yg lain.. Pas makan, gi plak tepi pantai, first time Ibrahim dapat gi tepi pantai!! suka betul dia..
Sekejap betul masa berlalu, dah nak balik! 28hb Aug 08, pagi2 lagi kitaorg dah bersiap nak bertolak balik KL, dalam perjalanan singgah Tapah, makan tengahari & solat Asar, sempat gakla beli buah-buahan & yang paling best, Ibrahim dapat makan Baskin Robin!! Best best.. Lepas ni tak taula bila bleh makan kan?! Enjoy the piccas!

Thursday, September 11, 2008

The Journey Begin!

Alhamdulillah, 5th Sept 08, 1255am bertolakla kami from KLIA International Airport naik Emirates, perjalanan 6 jam ke Dubai untuk transit 4 jam dan kemudian bertolak ke Manchester selama 7 jam.. Memang penat, lagi2 kena jaga Ibrahim.. Nasib baikla tak puasa sbb dalam musafir, kalau tak memang lagi teruk..

Sampai Manchester, alhamdulillah tak delay.. ikut seperti yg dijadualkan 1.30ptg, time org tengah solat Jumaat, nasib baikla committee kat sini dah bookkan limo (Airport Carz), memang besar, boleh muat semua beg.. cuaca plak, hujan renyai, sejuk giler!

Terus ke rumah Hos pertama, Bro Mokhriz & Kak Zai.. Tak sempat rehat, terus pergi tengok rumah sewa, kira okla, cuma kena bersihkan skit2, then terus pergi ASDA beli brg2 keperluan asas yg perlu cam beras, gula, garam, susu Ibrahim, dypers & etc, nasib baikla diorang bagi tunjuk ajar camna nak shopping kat sini, sbb semuanya mahal..

Lepas tu, hantar brg kat rumah sewa balik, pergi balik rumah bro Mokhriz, buka puasa.. pastu pergi rumah Hos ke2, Kak Lin & Bro Fadhil untuk tido.. memang penat tak terkira, pagi plak nak bangun sahur.. pastu start puasa..

Hari ni, 11.09.08 barula siap set up internet + phone kat rumah ni, alhamdulillah.. barula boleh nak update blog ni.. insyaAllah will update more soon tentang minggu terakhir di Malaysia sblm ke Manchester & our journey piccas from KLIA to Dubai & this week in Manchester.. Harap semua doakan kami dipermudahkan segala urusan disini, insyaAllah..