~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label New Boiler. Show all posts
Showing posts with label New Boiler. Show all posts

Tuesday, October 14, 2008

Boiler Heater dah ok, alhamdulillah, tapi.....


12 Oct08 - Tunggu punya tunggu.. tak sampai2la Uncle Khan ni.. Last2 kul 5.00 lebih baru kelihatan, sambung paip yg belum bersambung.. akhirnya kul 9.00 mlm baru settle, alhamdulillah.. tp ada lagi yg belum settle, barang uncle ni tak di pick up lagi sampai la hari ni..

13 Oct08 - semalam kata nak datang lagi, kononnya nak check heater ok ke tak ok, kira cam post moterm la.. Tp malam tadi, mama saja2 belek2 heater boiler baru tuh, macam ada yg tak kena je.. rupa2nya ada satu lagi paip tak bersambung lagi, paip sambung ke luar utk buang air yg berlebihan.. patutla tak berkemas lg barang uncle ni.. tak siap lagi keje rupanya..

Sudahnya berkejar2 la kami semalam, membeli barang2 dapur di Manchester Super Store, sbb dah berjanji dgn uncle ni nak dtg tengok heater kami.. sepatutnya weekend arituh, tp sbb kerja2 ni tak selesai, dah bertangguh.. alih2 jumpa uncle ni kat situ, hehe.. dalam 1/2 jam selepas kami balik ke rumah datang uncle ni tapi tak buat apa2 pun, cuma check air kat sinki panas ke tidak.. pastu tanya lagi bila lagi babah free, nak dtg tengok lagi, maybe nak sambungkan paip yg masih belum bersambung.. tak taula bila bleh settle abis problem ni kan.. sabar jela..

Sunday, October 12, 2008

Bila la nak ok nih??

Semalam bro Khan, merangkap juruteknik tuan rumah kami.. pembaiki serba boleh datang ke rumah kami utk menukar boiler heater yg lama kepada yg baru.. sepatutnya start kul 1.00pm tapi bro Khan sampai lebih kurang 3.00pm.. banyak gak barang2 utilities yg dibawa.. pastu tengok2, check2, dalam 1/2 jam lepas tu, bro Khan kata nak keluar, tak tau gi mana.. rupanya gi makan, balik semula dalam kul 4.00pm & bawa brg2 baru, maybe ada yg tak cukup kot.. and then berjaya membuka boiler yg lama.. Yeyyy!


Beginilah tempat boiler yg telah dibuka.. Agak2 ke mana perginya boiler yg telah dibuka?? Dah dihumban ke belakang rumah bersama barang2 lain yg rosak, hehe..


Lepas tu, dalam kul 4.45pm, keluar balik.. tak taula buat apa plak.. kul 5.30pm tak datang lagi, last2 dekat kul 6.00pm baru datang balik.. punyala kitaorg ni risau bila la nak siap kalau camni?? So agak2 dalam pukul baper siap pasang boiler baru?? Mama pun tak tau, sbbnya kul 7.00pm mama dah bawa Ibrahim naik atas sbb tak tahan asik nak mengacau je Ibrahim ni.. haha.. Ibrahim memang suka tunjuk skills..

Siap dah tdokan Ibrahim, mama terjaga balik kul 12.30pm, tengok babah masih berjaga buat kerja babah, mama tanya dah siap pasang ke? babah cakap belum, sambung balik esok tengahari, maknanya, rumah ni takde heaterla malam ni.. ishh, sabar jela.. terpaksala mama masak air sbb nak air panas.. nak tdo plak, nasib baik ada duvet, takdela sejuk sangat time tdo..

Pagi ni, kena masak air lagi, byk kali gakla, bila turun bawah tengok memang boiler dah pasang.. Cantik lagi! Alhamdulillah..


Tapi tak siap pasang abis.. paip penyambung ke boiler tak pasang lagi.. sbb tu takde air panas.. Sabarjela kan..


Tak taula arinih start bila.. kita tengok jelakan.. alhamdulillah ada heater electric, bolehla pasang nak mengurangkan kesejukan dalam bilik tv ni.. kalau tak, mahu beku dibuatnya, Ibrahim pun tengah lena skrg ni..


Ni la gambar Ibrahim semalam waktu bangun dari tdo.. Baru senang uncle tu nak buat keje time Ibrahim lena, kalau tak lagi la lambat siap, hehe.. tak taula sbb apa Ibrahim nangis, nak susu ke?? Jom mama buat susu kegemaran Ibrahim..


Dah dapat susu, senang hati! Babah plak tgh busy baca buku.. Sepatutnya harinih babah ada discussion kat uni, tp sbb ada problem ni babah settlekan part babah je kat umah dan antar pada group mate, so tak yahla dtg discussion lagi.. alhamdulillah.. Doakan kami supaya semuanya settle hari nih ye..