~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Baking. Show all posts
Showing posts with label Baking. Show all posts

Thursday, May 14, 2009

Let's try to make Brownie!~

Baru2 ni mama try buat Brownie, dah lama tak buat kek, so teringinla nak buat.. bahan2 pun ada so cari2 resepi kat net, jumpa kat myresepi.com.. alhamdulillah tak susah sgt & menjadi!! babah & Ibrahim pun suka!!


mama guna almond flakes, so tinggal tumbuk skit2 je.. kalau ikut masa utk membakar tu dalam 20 minit, tp mama bakar dekat 40 minit juga, eehehe.. maybe bergantung kepada oven masing ;) so siapa2 yg nak try tu, mama paste kan resepinya skali ok :)

Brownie

oleh: nure Brownie nure@myresipi.com
coklat+nuts dlm bentuk mudah pegang

Bahan-bahan ( 6~7org )
bhn diayak: 100g tepung gandum dan 1/4 sudu teh baking powder
100g gula halus
2 bj telur (suhu bilik)
150g coklat bar
100g butter
70g kacang (boleh campur almond, walnut dan lain2 ikut suka) dan potong kecil2
Cara-cara cairkn coklat dan mentega sekali dlm oven selama lbh krg 2 minit
dlm bekas lain, pukul telur dan gula sampai sebati
masukkn bahan yg diayak dan kacau dgn senduk sampai semua tepung rata.
masukkn coklat+mentega yg dicairkn td dan kacau.
bila coklat sudah rata, masukkan pula kacang dan gaul lagi.
dlm bekas 4 segi yg telah dialas dgn cooking paper, tuangkan adunan tadi dan ratakn.
bakar dlm oven pd suhu 170C selama 20 minit. Bila dh betul2 masak, biarkn sejuk( dlm bilik) baru keluarkn dr bekas. Potong bentuk 4 segi panjang.

Sunday, May 3, 2009

Jom try buat S&B Cheese Tart!~

Jumaat baru ni, mama try buat Strawberry & Blueberry Cheese Tart.. kali ni mama buat dalam muffin tray, dapatla 12 biji, 6 strawberry & 6 blueberry.. penat gak menguli dohnya, alhamdulillah, menjadi & best!! tak sempat tunggu sejuk, dah kena ngap, hehehe..


Babah & Ibrahim pun suka!! resepi dah lama amik kat net, sampaikan tak ingat mama amik kat mana.. so ada ke yg nak try?? blehla copy paste resepi kat bawah ni ye..

STRAWBERRY CHEESE TART

Bahan Pastri
125 gm butter
60 gm gula icing
1/2 biji putih telur
1 biji telur merah
220 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila

Semua bahan di atas diadun hingga menjadi doh. Bentukkan doh dlm acuan, cucuk2 dengan garpu dan bakar selama 8-10 minit atau separuh masak pada suhu 175'C.

Bahan cheese tart
250 grm cheese (mama guna soft cheese)
1 cawan gula ising
sebji telur
1/2 cawan whipping cream (mama guna yogurt)
1 sudu teh esen vanila
strawberry paste (mama guna jem strawberry & blueberry)

pukul cheese + telur larut.
masukkan esen vanila + gula + whipping cream
- pukul hingga sebati gunakan whisker.


Masukkan adunan ini ke dalam tart yang separuh masak tadi
sapukan paste stawberry dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175'C. Sejukkan sebelum dialihkan dari acuan.

Friday, May 1, 2009

Kenyang tak?!~

Inila dinner kami baru2 ni, satu terlebih rajin, satu lagi tak berapa rajin, hehehe..

1st pict adalah lasagne, kali ni mama guna daging ayam cincang, buat pun tak berapa byk, hanya 250gm je, then campur mixed vege & crabstick.. sos spaghetti with mushroom.. sos putih cam biasa & kulit lasagne yg direbus sekejap supaya lembut, pastu bakar 40 minit.. memang terangkat!!.. mcm tak cukup je, hehe..


Yang pict bawah plak, fish fillet with whipped potato, cheese chived & chili source.. pun best jugak!! fish fillet tu beli yg instant frozen, tinggal bakar je.. whipped potato pun yg instant, kena masak air + fresh milk sehingga mendidih sebelum dicampur dgn serbuk whipped potato..then campurla skit butter, garam & lada sulah utk perasa.. dah siap!! dan memang kenyang sbb whipped potato tu masak byk!! hehehe..

Monday, April 13, 2009

Resepi Yorkshire Pudding

Atas permintaan Puan Tulip aka Puan Zeaty, disertakan resepi Yorkshire Pudding kat bawah ni.. blehla kalau nak try ye lepas ni.. nanti mama pun nak kena try gak ni, cuma belum lg sbb yg instant punya ada lagi dlm freezer tuh, hehe..


Sos dia pun nak juga ke?? kalau yang baru2 ni, sos baked bean with mackeral & cheese tu just guna 1 tin mackeral in sunflower oil yg kecil, baked bean in a tin (400gm) & grated cheese (ikut suka), kalau suka cheese letakla byk2, hehehe..

Bahan tumis, bawang merah & putih, cincang halus.. tumis sampai wangi dgn minyak yg dalam mackeral tin tu, amik skit je.. pastu masukkan mackeral, hancurkan sampai agak masak ikan tu, pastu masukkan baked bean, agak2 dah nak mendidih (api kecil je tau), masukkan grated cheese.. kacau2 sedikit dalam 3 minit.. dah boleh dihidangkan dgn Yorkshire Pudding yg telah dimasak.. Ok selamat mencuba!

Yorkshire Pudding

Source: http://www.bbc.co.uk/food/recipes/database/print/yorkshirepudding_67385.shtml

Preparation time less than 30 mins
Cooking time less than 10 mins

Ingredients

vegetable oil
290ml/½ pint milk
4 eggs, beaten
255g/9oz plain flour, sifted
salt and freshly ground black pepper

Method

1. Preheat the oven to 220C/425F/Gas 7.
2. Grease a Yorkshire pudding tin with a little vegetable oil. Place the tin in the oven to preheat.
3. Place the milk, eggs and seasoning in a bowl. Stir well to combine.
4. Whisk in the flour.
5. Remove the tin from the oven. Pour in the batter, filling each case only three quarters full.
6. Place the tin in the oven and bake for 10 minutes, or until puffy and raised.
7. Remove the puddings from the oven and serve.

Monday, March 30, 2009

Jom buat Tart Kastard!~

Khamis lepas, mama buat Tart Kastard.. sebenarnya nak menghabiskan fresh milk yg masih berbaki dalam peti sejuk tu, sayang plak expired walaupun fresh milk kat sini murah je, hehe..


Dapatla 6 ketul tart yg agak besar, sampaikan babah cakap, nak abiskan pun tak larat hehe.. mama hias dgn nenas dlm tin, tu yg rasa masam2 manis.. rasanya memang sedap!! :) makan satu je dah kenyang.. seperti biasa mama skrg suka tengok myresepi.com, so amik resepi kat situla.. ada sesiapa ke nak try?? so mama pastela resepi kat sini ye..

Tart Kastad
Source: liana_pg@myresipi.com

Bahan-bahan ( satu acuan besar(saya guna acuan pai) )

PASTRI RAPUH::
2-3 sdb susu segar
250gm tepung gandum
1 sdb gula castor
1 biji telo
125gm mentega sejuk(potong kecil2)
sedikit garam

KASTAD FILLING::
500ml susu segar
2 biji telor
50gm tepung kastad
100gm gula castor
1/2 sdt esen vanilla
kismis hitam(optional) - mama letak nenas dlm tin

Cara-cara Pastry

satukan tepung n garam...(ayak)
gaul mentega bersama adunan tepung hingga sebati...
masukkan telor,gula,dan susu...adun hingga adunan lembut...
rehatkan adunan selama 30 min..then terapkan mengikut acuan yg dikehendaki...
bakar separuh masak..ketepikan dahulu... (mama bakar 160'c selama 10 -15 minit)

CARA MEMBUAT KASTAD FILLING::

Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga sebati...
masak di atas api yg perlahan hingga agak pekat...
kemudian tuang kedlm pastri tadi...dan taburkan dgn kismis hitam ...
bakar sekali lagi pada suhu 160 'c hingga masak.... (dlm 20-25 minit)

Monday, March 16, 2009

Kek Batik yg yummyyy!~

Khamis lepas, mama teringinla plak nak buat Kek Batik.. so carik2la resepi kat net, memang byk!! dan mcm2 jenis.. so tryla satu.. memang simple & mudah! tp kan mama tak letak milo sbb takde so, gantikan dgn cadbury hot chocolate, biskut marie pun takde, gantikan dgn biskut rich tea mcvities.. kena pandai ubah2 skit, hehe..


okla memang sedap & enak!! rasa coklat yg sedap & tak manis sgt maybe sbb tak letak milo.. Ibrahim & babah pun suka!! bestla sbg desert lepas makan or utk minum petang.. so pada sesiapa yg nak try bolehla ambil resepi ye!

Kek batik biskut marie
Source: mrsdayat@myresipi.com

Bahan-bahan ( loyang 7/8" )
1 bungkus (350g) biskut marie
Setengah buku butter
2 biji telur
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn milo
1 cwn air
3/4 cwn gula
** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..
gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara
patah2kan biskut
dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula.
Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut masukkan butter,kacau sampai butter cair
kecilkan api, masukkan telur.. kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat). padamkan api
masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.
(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

Wednesday, March 4, 2009

Cream puff again!~

2 hari lepas, tetiba je rasa rajin nak buat cream puff.. maka project bermula pukul 7mlm.. memang remehla, haha.. nak makan punya pasal, buatla jugak.. ibrahim waktu ni tgh tdo.. sbb tula mamanya rajin skit.. tp tengah2 masak tu, dia bangunla plak.. hehe apalagi, jadi teman setiala ketika mama masak..


bukan apa, nak test nozzle baru babah belikan sbb tu tetiba rajin.. tp sbb baru nak try so puff mama jadi comel2 gitu, hehe.. maka dptla 2 bekas plastic ware cream puff, bagus jugakkan, senang nak makan.. babah & ibrahim pun suka.. sbb creamnya tak manis sangat.. best sbg desert lepas makan!! Kali ni nak tepek resepi, so pada sesiapa yang nak buat, silakan!!

Cream Puff Jagung
oleh: zaliana@myresipi.com
Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )

125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur

Bahan-bahan untuk inti jagung
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan tepung kastad
5 sudu besar gula

Cara-cara

Cara-cara untuk puff

Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.
Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk. Sejukkan
Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.
Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,
panaskan oven 25 minit sebelum bakar.
suhu 180'c lebih kurang 30 minit
Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung

Cara-cara untuk inti

Kacau tepung kastad dan air.
Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.
Kacau hingga naik wap
Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.
Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff