~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Snow. Show all posts
Showing posts with label Snow. Show all posts

Thursday, January 7, 2010

Snow in new year!~

Baru2 ni, hari Selasa (5/1/2010) & Rabu (6/1/2010) snow turun lagi, kali ni yang paling tebal pernah turun sejak kami di sini.. sampaikan ada kawan kt sini yang dah duduk 7 tahun kat sini pun kata, snow ni la yg paling tebal pernah turun kt Manchester ni.. sekolah & university pun terpaksa tutup, public transport pun stranded..

nak keluar pun, kereta telah ditimbun oleh salji yang tebal!! so duduk jela kt rumah.. babah je yg keluar sbb nak bersihkan kereta & hidupkan enjin.. ibrahim pun apalagi, ikut jugala.. suka sangat main salji! hehehe.. bila tengok dari dalam rumah, memang putih bersih je semua jalan! tapi sejuknya sangatla tak tahan! mama tak keluar pun, tengok dari dlm je.. selsema pun baru je baik..


sampai tenggelam kaki ibrahim.. nak jalan pun susah.. ibrahim siap bergambar lagi dgn jiran pakistan depan rumah kami, hehhe.. diorg pun keluar jugak main snow.. babah siap bawa pembaris lagi, nak ukur berapa tebal snow tu, hehehe.. lebih kurang 15cm, sama panjang dgn pembaris pendek tu! pastu babah dudukkan ibrahim atas kereta, sukala dia dpt duduk atas snow tu..


tapi lepas tu setiap kali masuk lepas main snow mesti nangis kesejukan, minta hot water nak celup tangan dia biar panas, ehehe.. pastu kena tukar seluar & stokin sbb dah basah! siannya anak mama.. suka sgt main snow, nak buat camna! :)

Sunday, December 27, 2009

Jom main snow!~

Selasa (22/12/2009) baru ni, turun lagi snow! lagi tebal lagi dari sebelum ni.. kali ni mmg nak duk dlm rumah je, takde plan pun nak main snow kt luar... tp dlm kul 1.00 tghr camtu, kak siti jiran kami ketuk pintu.. ajak main snow.. kitaorg pun siapla skjp.. ada kawan best skit ye tak, ibrahim pun excited "nak play snow!" heheehe..


bila keluar rumah, mama dan ibrahim pergi depan rumah kak siti, rupa2nya diorang tengah buat snowman, boleh dikatakan hampir siap, cuma tinggal nak hias2 je.. besar jugala! hehe.. babah plak pergi start engine kejap, lepas tu baru dtg bergambar..


dah puas main kt luar, ibrahim, danish & sarah main plak kt dlm pagar rumah kak siti tu, nak buat castle plak.. macam2la budak2 ni, hehehe.. ibrahim punyala susah nak suruh posing, asik ke hulu ke hilir mencedok snow, hehehe.. suka betul dia!! nasib baik ada penyodok, kalau tak mesti kesejukan tgn ibrahim!

tak lama tu, snow turun lagi, isk isk.. kitaorg pun masuk rumah kak siti kejap minum teh panas & kek coklat.. ermmm memang sedap panaskan badan!! hehe.. thanksla kak siti buat susah2 je! kul 3.00pm kitaorg pun balik..

Tuesday, December 22, 2009

Snow datang lagi!~

Ahad (20/12/09) baru ni bangun pagi tengok kat luar, salji dah memutih memenuhi luar rumah! patutla sejuk semacam je! apalagi kitaorg pun keluarla sekejap.. masa keluar tu snow masih turun lagi dengan lebatnya.. makin teballa jadinya!! sampaikan babah kena bersihkan kereta dengan spatula sebelum sembur deicer supaya cermin kereta bersih dari snow..


ibrahim plak sangatla excited!! hehehe.. ke hulu ke hilir main pijak2 snow.. sampai basahla seluar dia.. jom kita tengok betapa excitednya Ibrahim main snow! hehe..



puas jalan2 atas snow tu, dia berhenti plak, ingatkan apala yg Ibrahim buat terbongkok2, rupanya bersihkan kasut.. pastu bersihkan tangan, heehheheh.. tak lama tu, mama dah tak tahan, tangan rasa macam dah beku, terus masuk rumah.. ibrahim plak sibuk tak nak masuk, mama paksa gak masuk, bila dah masuk tu plak ckp sakit2.. dah bekula tu tangannya.. terus rendam tangan dengan hot water, barula ok..

itula pengalaman kami masa winter ni, nampak memang best, tp tak tahanla terlampau sejuk!! cepat2la abis winter!! hehehe..

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431!~

Dikesempatan ini, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Tahun Baru Islam kepada semua umat Islam tak kira juga dimana berada, alhamdulillah masih lagi bernafas untuk meneruskan perjuangan hidup ini..

Sekarang ni dah masuk Winter kat UK ni.. kebetulan hari ni first time snow turun sejak winter, punyala sejuk!! walaupun tak tebal tapi masih dpt merasai kesejukannya kt dlm rumah..


Kami bertiga pun tak berapa nak sihat dua tiga hari ni, batuk & selsema sedang melanda! bermula dari Ibrahim sampaila mama & babah.. dugaan sungguh! semoga Allah sihatkan kami insyaAllah, doakanla kami ye semua..

Monday, February 2, 2009

Jom main snow!~

Dari semalam petang lagi snow dah turun, bleh tahan lebatla gak! Pastu mama tengok sampai malam tadi pun masih turun lagi.. memula mama just amik gambar dari dalam umah je, sbb malam kan, malas nak kuar..

Pagi ni, bila bangun, mama pun intaila keluar tingkap, snow masih turun lagi! dasyat tu.. so babah ajak kuar depan umah.. pakaikan Ibrahim snow cap & glove.. mama pun siap2 apa yg patut.. keluarla kitaorg.. waktu ni memang takde org kat luar, yelakan semua orang ada yg gi sekolah & gi kerja..


Babah & mama pun excited juga! mana taknya kali ni snow memang agak tebal skit dari dulu, dalam 2 inci gakla, sampai tenggelamla kasut kitaorg, hehe..


Best betul!! Tp Ibrahim lagi excited! hehe.. selamba je jalan tengah2 jalan.. aritu tak nak bergerak pun, hehe.. suka betul dia! ke hulu ke hilir tak tau sejuk pun! padahal, punyala sejuk, sampaikan tak nak masuk umah, hehe..


Alhamdulillah, kali ni merasa gakla mama pegang snow, amik kat atas kereta merah tu, hehe.. sejuk betul! babah plak dapat buatkan Ibrahim snowman kecik, hehe.. dah puas bergambar, kitaorg pun masuk.. tak taula bila snow ni nak stop, sbb masih turun lagi sampai ke petang!

Wednesday, January 21, 2009

Salji turun lagi!~

Isnin lepas, bila mama kat dapur, mama perasan yg salji turun, so mama pun bagi tau babah, kitaorg pun bersemangatla buka pintu rumah, nak amik gambar, tp tak nampak sgtla dalam gambar kan.. still punyala sejuk!! jiran2 pun ada yg kuar nak tengok, hehe..


lepas tu kitaorg masukla balik.. dalam 1/2 jam lepas tu, mama intai lagi kat tingkap dapur, makin lebat hujan salji tu, so mama pun naik atas tengok dari bilik study babah.. barula nampak jelas dalam gambar kan.. kali ni memang lebat!! Ibrahim kat mana plak?? hehe.. Ibrahim mama tinggalkan kat bawa kejap, jgn marah!! Tak lama pun, sekejap je, pastu turunla bawah balik..

Thursday, January 1, 2009

Snow datang lagi!~

Semalam waktu lepas makan malam, babah saja jenguk keluar, pastu terus jerit kat mama, ada salji kat luarla! Patutla semalam bukan main sejuk lagi kat rumah ni.. selalunya memang tak sejuk sangat, kira biasa2 je.. Tp semalam, pasang heater pun masih terasa sejuk bukan main lagi..


Mama pun apalagi, excitedla nak tengok snow, tak sempat lagi abis basuh pinggan, tangguh dulu, hehe.. bukak pintu dukung Ibrahim, pastu babah amik gambar.. tp sebab gelap tak nampak sangat saljinya..

Bila dah naik atas, mama sambung lg amik gambar dari dalam bilik.. kali ni blehla nampak salji yg ada dibawah cahaya lampu jalan depan rumah kitaorg ni.. hehe.. Puas hati!

Tuesday, December 2, 2008

Our First Snow in Manchester!~

Pagi ni rasa amatla sejuknya, macam biasa setiap Selasa, Babah ada kelas, so masa babah nak keluar, terus menjerit.. Mama! Ada snow kat luar.. haa!! mama pun apa lagi excited la, hehe.. terus tengok keluar tingkap, a'ah la snow!!

Babah suruh mama pakai jaket & bawa Ibrahim kuar depan rumah! Mana taknya, first experience! Mama pun apalagi, siapla, hehe.. Pastu posing2 skit depan umah, hehe.. Dah puas, babah pun pergi kelas..


Ibrahim plak, bila kitaorg suh jalan2 kat depan tu, tercegat je dia, tengok snow tu, tak bergerak pun kat tempat dia berdiri, hehe.. kalau tak, sampai terjerit2 la mama & babah suruh jgn pergi jauh2.. agaknya pelik kot.. Tapi bila masuk umah, nangis plak nak kuar balik, hehe..