~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Klinik. Show all posts
Showing posts with label Klinik. Show all posts

Wednesday, October 22, 2008

Al-kisahnya Ibrahim..

21 Oct08, Semalam pagi, memang cukup 4 minggu lepas first injection harituh disini.. so mama pergi bawa Ibrahim ke Cheetham Hill Primary Care Center.. Babah plak ada class full day hari ni.. Kami keluar pagi dalam kul 10.00 selepas sarapan, bila buka pintu, hujan lebat! Kitaorg redah je.. haha kesian Ibrahim basah seluar skit walaupun ada baju hujan utk strollernya.. sampai tengah jalan, hujan dah mula reda.. alhamdulillah..

Sampai lebih kurang 10.20a.m.. register terus masuk ruang menunggu.. Tunggu tak lama, dalam 20 minit.. pastu Ibrahim dah kena panggil.. kali ni kena inject Pneumococcal ~"This vaccine, also called Prevnar, protects against pneumococcal (pronounced new-m'COCKL) infections, which mostly strike children under age 5 and can lead to some of the worst childhood diseases. Kids under 2 years old are most at risk."Source:www.babycenter.com

Kali ni kena inject kat lengan plak, barula mama faham nurse tu terangkan, kalau 18 months n below, diorang inject kat peha, more than 18 months dah start kat lengan, mcm kita kena inject bcg tuh.. Alhamdulillah, Ibrahim nangis sekejap je, maybe sbb jarumnya pendek.. Pastu nurse tu suruh rehat jap 10 minit kat luar sblm balik..

Ibrahim pic selepas kena injection, itula ruang menunggu yg disediakan di sini, selain tu ada tempat duduk yg tengah mama duduk ni, muatla 4 orang..
Kitaorg pun balikla lepas 10 minit, alhamdulillah kat luar tak hujan, tp dah dekat sampai rumah hujan mula nak turun balik! Cepat2 mama tolak Ibrahim supaya sampai rumah cepat! Sampai2 je biasala Ibrahim tengok tvla dia.. Pastu nak dijadikan cerita Ibrahim sibuk nak amik barang atas meja tepi sofa dalam bilik tv ni, dia pun berdirila atas sofa, pastu tetiba je terjatuh meniarap, mama ingat takde apala.. rupa2nya bila Ibrahim bangun, banyak betul darah kat kening dia!

Mama pun panic, memula amik wipe byk2 pastu tekap kening Ibrahim.. Tak mau berhenti gak darah! pastu mama teringat kitaorg ada bawa kain kasa & plaster waktu fly arituh, mama pun pegila amik kat atas.. Ibrahim dah menangis kuat2 tak berhenti, sakitla tuh, pastu asik nak lap muka je, sbb byk darah keluar! Sabar jela anakku ini.. Mama pun lekap kain kasa dgn plaster kat kening Ibrahim, luka tak dalam cuma agak lebar dalam 1cm.. Alhamdulillah darah dah tak keluar banyak tp still ada skit2.. Mama pun sms babah kat uni, nak bawa gi klinik ke? babah call suruh gi klinik.. So siap2 nak bawa Ibrahim gi klinik balik.. alhamdulillah kat luar dah tak hujan.. On the way to klinik, Ibrahim dah terlelap, mana taknya mama bagi paracetemol lepas balik inject tadi sbb takut Ibrahim demam..

Masih tido ketika sampai di Klinik sambil menunggu uncle Fadil, kesian dia
Sampai2 klinik, mama gi terus kat receptionist cakap yg Ibrahim punya kening berdarah! tp dia boleh cakap klinik dah tutup, suruh pergi hospital.. sabar jela.. nak menangis je rasa.. mana taknya, dok fikir camna nak gi hospital ni.. pastu mama call babah, cakap klinik dah tutup, then babah try minta tolong hos kami yg ke-2, bro Fadil.. alhamdulillah bro fadil tak busy, so bleh hantar Ibrahim gi Booth Children Hospital.. sblm bro Fadil sampai, receptionist tu tengok gak luka Ibrahim, dia kata tak teruk, pastu minta mama try tanya Pharmacist kat building sebelah.. Bila mama tanya Pharmacist plak, diorang suh bawa Ibrahim pergi hospital gak.. ermm so mama pun masuk balik Primary Care Center, tunggu bro Fadil datang..

Dalam kul 1.15pm, bro Fadil sampai.. Ibrahim still tdo lg.. tp bila mama angkat nak masuk kereta dah terjaga.. so pergila kitaorg ke Booth Children Hospital untuk dapatkan rawatan kecemasan.. sampai2 je mama terus register Ibrahim, walaupun tak bawa card NHS, alhamdulillah dia still bleh traced nama Ibrahim.. pastu masuk ke ruang menunggu, dalam 5 minit masuk jumpa nurse, timbang berat, pastu nurse tukar plaster kat kening Ibrahim dgn kain kasa & plaster yg lebih besar & tanya apa yg berlaku, mama pun terangkanla.. Selain Ibrahim, ramai gak budak2 lain yg datang untuk rawatan..

Ibrahim yg still active nak main kat hospital ni walaupun tengah sakit2..
Pastu tunggu doktor plak.. lama gakla dalam 1 jam.. nasib baik ada ruang tempat bermain untuk kanak2.. Ibrahim seronok betul dapat main! Sakit2 pun masih active.. Sampaikan, doktor panggil masuk pun tak nak, mama tarik je dukung dia masuk dalam.. nasib baik dalam bilik doktor ada mainan lagi.. Main lagi.. Pastu doktor just tanya mama berkenaan incident tersebut.. Doctor check mata Ibrahim & minta kitaorg duduk kejap.. Then tunggu lagi utk diglu oleh attendant hospital.. Menangis Ibrahim masa tgh diglu, pedih agaknya.. Attendant hospital tu nasihat supaya tak kena air selama 5 hari kat tempat luka tu.. Pastu settle, kitaorg pun bertolak balik..

Nampak tak kat kening kiri Ibrahim tu bertanda 1 cm? Itula tempat luka yg telah diglu
Penat sungguh mama hari ni, mana taknya ulang alik gi klinik, pastu gi hospital plak, alhamdulillah semuanya ok.. terima kasih bebanyak pada bro Fadil sbb tolong bawa Ibrahim pergi hospital.. Harap semua dapat doakan Ibrahim cepat sembuh ye, insyaAllah..

Wednesday, October 8, 2008

3rd Trip to Cheetham Hill Primary Care Center

Hari ni pagi dalam kul 9.00, kitaorg bertiga pergi ke Cheetham Hill Primary Care Center, tujuannya utk menemani babah yang ada appoinment first check up.. sampai2 je takla ramai sangat, ibrahim macam biasa terus nak main kat meja permainan dia..

Then tak lama lepas tu, dtg 1 family malaysian pun bawa anak gak, tp girl.. borak2, bro Min yg study ACCA kat sini, wifenya Kak Rod just follow dgn anaknya Mia Sofia.. Then, dalam 10 minit, nama babah appear at board kena masuk room 16, pastu babah pun masuk.. mama pun borak2la dgn diorang..


Ibrahim & Mia main kat tempat mainan, pastu memasing busy plak pusing2 kat tempat kitaorg borak, sempat makan crips lg.. sabar jela anak ku ini, suka makan sampai minta makanan orang, haha.. bukan tak makan kat rumah tadi.. dah kenyang sblm keluar lg..

Mia pun sama baya dgn Ibrahim cuma, tua Ibrahim seminggu je..Diorang pun kira baru gak sampai kat Manchester, sebelum puasa arituh, kira awal skit dari kitaorg.. cuma baru pindah rumah kat area opposite Manchester Fort, sblm ni duduk rumah kawan diorang kat sini..

Dalam 15 minit, babah pun keluar.. So kitaorg still borak2 lagi.. Kak Rod ni arkitect waktu kat Malaysia, cadang nak cari kerja kat sini, kebetulan harituh, babah ada berkenalan dgn sorang Malaysian yg also architect kerja kat Manchester ni, so babah bagi no contact En Ghazali tuh pada bro Min.. kami pun bertukar phone number gak..

Then dah lama borak, pastu kami minta diri.. Agak2 kemana lepas ni?? Nak balik ke? alang2 dah sampai sini, apalagi.. gi Manchester Fortla.. dah tak jauh kan, hehe.. Lama mama & Ibrahim tak kuar rumah, sekali keluar nak gak jenjalan kan..

Sampai Manchester Fort kemana agaknya kitaorg? Mula2 pergi Asda Living, window shopping je, pastu kuar balik.. masuk Argos plak, ada je benda nak beli ye tak?? Ni je tempat yg kira boleh afford kalau nak beli barang yg berquality skit, tp reasonable price..


Babah belikan mama deep fat fryer, boleh guna untuk goreng chips & ayam, skrg ni tengah promotion, dapat harga murah.. pastu tgh fikir nak belikan ibrahim apa.. so kami belikan single air bed utk Ibrahim, bleh letak depan tv utk Ibrahim lepak2, hehe.. pastu kami pun balikla.. jam pun dah dekat 12.00pm..

Wednesday, September 24, 2008

Lawatan ke Cheetham Hill Primary Care Center

Semalam, 23 Sept08, mama bawa Ibrahim pergi Cheetham Hill Primary Care Center. Tujuannya adalah utk injection immunization for 18 months. Babah plak tak dapat nak teman sbb kena pergi uni, ada briefing.

Bertolak dalam kul 9.30am, tak jauh sangat, dalam 15 minit berjalan. So sampai2 je dah ramai org.. so mama tunjuk card immunization record Ibrahim yg dibawa dari Malaysia, dia tak banyak tanya terus suh masuk dalam tunggu giliran. Alhamdulillah, Ibrahim sangat baik hari ni, duduk je dalam stroller sambil minum susu.


Dalam setengah jam gakla mama & Ibrahim tunggu, pastu sampaila turn Ibrahim dipanggil. Nurse yg panggil tu org kulit hitam, tp ok cuma nampak ganas je, haha.. Mama plak yg risau, Ibrahim biasa je.. Bila nurse tu tengok immunization record Ibrahim, dia kata list immunization yg Malaysia punya ni, different from UK. Ibrahim perlu amik Hib/Menc which is for meningjitis, kalau kat UK, budak 12 months yg amik, sbb Ibrahim belum kena lg, so dia kena bagi injection ni kat Ibrahim. Mama kata ok, then dia kata Ibrahim kena dtg lagi another 4 weeks untuk injection seterusnya, maybe untuk 18 months punyala kot.

Bila nak amik injection tu, kan kalau kat Malaysia kita inject kat punggung kan, tp kat sini diorang inject kat peha. Mula2 masuk jarum, meraung Ibrahim dgn kuatnya, mama pun takut tengok nurse tu selamba je cucuk Ibrahim. Mama baca Bismillah byk kali.. Alhamdulillah, ibrahim nangis tak lama, ok balik cam biasa lepas tuh.

Pastu kitaorg tunggu lagi untuk Health Service plak, ni cam amik berat baby, pastu discuss kalau ada problem kat baby, cam pemakanan ke or any other problems. So tunggula kitaorg setengah jam lagi.. Ibrahim siap tido lagi masa tengah tunggu tu. Penat agaknya lepas kena injection.


Bila dipanggil, nurse tu cakap ada problem ke Ibrahim ni, mama ckp takde problem, just nak amik berat je, hehe.. terpaksa kejutkan Ibrahim utk timbang berat, timbang dia cam best je, jenis duduk punya! Nak tau tak berapa berat Ibrahim?? Dah 10.15kg! Naik gak skit tuh. Pastu dia bagi mama byk gakla brochures & pamplets pasal Children Center kat Cheetham Hill ni. Pastu ada gak list of local Clinics, Doctor & Dentist. Okla nanti balik bolehla baca. Pastu kitaorg pun balik umah..

Thursday, September 18, 2008

First Week In Manchester

6th Sept 08, setelah 1 malam tdo di rumah 2nd Hos, Bro Fadhil & Kak Lin, pagi tuh kitaorg pergi beli barang lagi, langsir, hanger, makanan ringan, cookies & etc.. pergi kedai 1 pound, semua barang dia 1 pound, bolehla cari yg betul2 nak, sbb kira murahla.. pastu balik rumah kak lin balik..

Petang tu hubby pergi pasar ramadhan, diorang first time buat kat Cheetham Hill Community school, pergi takla lewat tp byk mknan dah abis.. adala kuih muih 2 jenis.. Kalau tengok gambar tuh, memang meleleh air liur, hehe.. terasa macam kat Malaysia plak..

Malam tu, berbuka kat rumah Kak Lin, iftar kat sini lewat dalam 7.40mlm, sahur plak 4.45a.m dah abis, tp makin lama makin awal la berbuka & sahur lewat abis.. terasa lama giler berpuasa.. tak cam kat Malaysia, 5.30a.m masih leh makan, rindunya kat Malaysia!

Setelah solat2 semua, dalam 10.30mlm, kami pun berpindahla ke rumah sewa, sampai je rumah sewa, kemas mana yg patut, sbb dah penat giler + ngantuk lg, almaklumla, jet lag sbb baru hari ke-2, Ibrahim memang dah lama tdo sejak dari rumah Kak Lin lagi..

Esoknya, 7th Sept08 pagi2 lagi Bro Mokhriz dtg amik kitaorg dgn keluarga Kak Lin, hajat hari ni nak gi car boot sale yang besar dekat2 sini, tp hari tu semuanya tutup, padang basah, so tak dapatla pergi, last2 kitaorg pergi kat car boot Salford je.. dapatla beli baju & jaket Ibrahim, 1 pound je sehelai, jaket mama & babah, vakuum cleaner.. semua nya ok.. pastu masuk kat supermarket beli lg apa2 yg belum dibeli..

Petang tu, mama dah start masak untuk babah & Ibrahim.. adala bawa rempah2 dari Malaysia, so tak kekok la nak masak.. tp kata babah mama kena biasakan guna apa yg ada kat sini, pelbagaikan ingredients.. Paling tak sangka, petang tu bro Fadhil hantar nasi ayam plak.. rezeki2.. Terima kasihla ye..

8th Sept 08, babah pergi Uni, so mama duk ngan Ibrahim kat umah.. alhamdulillah, rumah ni sebelum ni Malaysian duduk, diorang nak balik Malaysia 3 bulan, so dah tak nak sewa umah ni, balik sini nanti diorang nak cari rumah lain, so punyala baik hati bagi pinjam kitaorg tv, so dapatla Ibrahim tgk tv, rancangan kegemaran CBeebies, memang khas utk baby cam Ibrahim, suka betul dia!

Susah betul nak suruh dia jauh dari tv takut rosak mata.. Sampai letak something kat depan pun tak jalan gak!

9th Sept 08, Babah bawa mama & Ibrahim pergi beli makanan halal di Cheetham Hill Road, okla banyak kedai gak kat sini, semua Pakistanian yg punya.. dapatla beli ayam, sayur2an, buah2an, ikan & macam2 lg.. Petang tu ada jiran Malaysian, Kak Sabariah yg dah 9 bulan duk sini bagi ikan bakar + agar2, murah rezeki betul.. Terima kasih Kak Saba!

10th Sept08, pagi Kak Saba ajak dtg umah dia, saja2 nak borak2 kenal2, pastu dia ajak lagi pegi tengok kedai makanan halal, so bolehla tanya serba skit pasal masakan kat dia, sbbnya dia ni berniaga ayam percik kat sini.. pastu dia ajak berbuka kat umah dia esok.. Petang tu kitaorg pergi Curry & Worldworth kat sebelah Manchester Fort, hajat di hati nak cari microwave yang murah je, alhamdulillah dapatla beli, susah kalau takde microwave nak panaskan lauk, takkan asik nak guna gas je kan.. Petang tu kami ajak tenant lama, Bro Shahrin berbuka di rumah, dia balik Malaysia lewat skit dah nak dekat raya nanti.. Wife & anak2 dah balik dulu.. Mama masak sup ayam & sayur campur..

11th Sept08, tak gi memana duk umah je, kemas2, tak masak pun hr ni, almaklumla kak Saba dah ajak berbuka, kul 7.30p.m pergila kami ke rumah Kak Saba yg terletak hanya selang beberapa buah rumah.. memang sedap! macam2 ada, ayam percik, kari daging, sayur sawi, daging bakar, dasyat sungguh! Kuih seri muka.. Ibrahim plak tengah tido time kitaorg pergi tuh, terpinga2 dibuatnya, mkn pun mcm tak bermaya, hehe.. tp lepas tu dia sedar, asik nak makan je kerjanya! Sabar jela..

12th Sept08, pagi dalam kul 11.00a.m pergi Cheetham Hill Care Center, nak register NHS untuk kitaorg satu family, setiap family yg baru dtg memang kena register & boleh pilih clinic, kira cam panel la, so kena rush sbb hari ni babah nak Solat Jumaat, pastu balik...

13th Sept08, kami dijemput hadir ke Majlis Berbuka Puasa postgrade student MCCH di Cheetham Hill Community School, so dapatla kenal2 dgn akak2 kat sini, ramai yg beranak kecil rupanya.. Ramai betul kawan Ibrahim!, Tengokla aksi dia.. punyala selamba, macam dah selalu pergi je.. Tp kami tak tunggu sampai abis terawih, tak larat! Lagi2 dgn adanya Ibrahim, payah nak jaga.. balik minta tolong orang hantar, almaklumla takde keta.. malam tu mama masak ayam sweet sour utk sahur plak.. Ibrahim? Sekejap je dah lena, penat main tadi!


14th Sept08, tak kemana pun, babah je yg kuar beli barang dapur, hari ni jemput Kak Lin sekeluarga berbuka disini, masakla ayam kurma & sayur campur, Kak Lin plak bawa kupang sambal, keropok & kuih bingka pandan.. Dapatla Ibrahim jumpa Irfan, anak Kak Lin dah 4thn umurnya.. Dah pergi sekolah kat sini, cakap omputih berabuk abis! Main lagi malam ni ye Ibrahim!

Friday, August 22, 2008

Lawatan ke Klinik Kita, CP

Semalam petang, lepas amik Ibrahim kitaorang pergi Klinik Kita at CP, masuk kali ni dah 3 kali pergi, sebabnya Ibrahim asik demam je sepanjang 2 minggu ni. 2nd time pergi, just amik ubat je, kali ni gi jumpa Doc Salmi lagi untuk consultation.

Rupa2nya Ibrahim kena Tonsils tekak, doktor kata ni penyakit keturunan, agak2 dapat dari gene siapa eh? :), patutla tak baik2 demam anak mama ni.. Tapi active dia bukan main lagi.. best betul Ibrahim dapat main gelongsor.. Semoga Ibrahim cepat2 sembuh ye, insyaAllah.. Enjoy the piccas!


Some info about Tonsils

The tonsils are areas of lymphoid tissue on either side of the throat. An infection of the tonsils is called tonsillitis. Most commonly, the term "tonsils" refers to the palatine tonsils that can be seen in the back of the throat.

Like other organs of the lymphatic system, the tonsils act as part of the immune system to help protect against infection. In particular, they are believed to be involved in helping fight off pharyngeal and upper respiratory tract infections.