~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Cake. Show all posts
Showing posts with label Cake. Show all posts

Tuesday, November 17, 2009

Jom ke Birthday Party !~

Isnin (19/10/09) setelah 5 hari sampai di Manchester, dapat jemputan dari jiran kami, Kak Siti & bro Shahrin ke birthday party anaknya Sarah, 4 tahun & sekali dgn anak Kak Julia, Arif 5 tahun, makanya kenala ada 2 hadiah, satu untuk birthday girl & satu lagi utk birthday boy..


Kami sampai pukul 6.30, lepas solat maghrib.. ramai juga yg hadir, kebanyakannya ada anak2la.. bagi memeriahkan lagi birthday party ni.. Ibrahim plak baru bangun, so memula senyap je, macam tak berminat je tengok orang tiup lilin semua, pastu bleh plak dia mengamuk nak Thomas!!! sbb tak bawa mainan pun, ermm.. last2 babah & ibrahim balik sekejap ambil mainan.. bila dtg balik mengamuk lagi, ishh ishh, nasib baikla kak siti bagi mainan Thomas hadiah birthday Arif, sabar jela, Ibrahim rasmi dulu!! pinjamla kejap ye Abg Arif.. barula dia senyap! Mainla diorg ramai2, hehehe..

Birthday cake ada 2!! satu chocolate cake for Sarah & satu lagi blueberry cake for Arif.. punyala meriah!! tak masuk lagi makanan yg pelbagai.. menu utama laksa johor, pulut kuning, kari ayam, nasi goreng, ayam panggang, & air oren.. alhamdulillah semuanya sedap2 belaka.. Kanak2 dapat goody bag sorang satu, mak2nya plak siap bawa bekal balik lagi! hehehe.. terima kasih banyak2la kak Siti! :)

Thursday, May 14, 2009

Let's try to make Brownie!~

Baru2 ni mama try buat Brownie, dah lama tak buat kek, so teringinla nak buat.. bahan2 pun ada so cari2 resepi kat net, jumpa kat myresepi.com.. alhamdulillah tak susah sgt & menjadi!! babah & Ibrahim pun suka!!


mama guna almond flakes, so tinggal tumbuk skit2 je.. kalau ikut masa utk membakar tu dalam 20 minit, tp mama bakar dekat 40 minit juga, eehehe.. maybe bergantung kepada oven masing ;) so siapa2 yg nak try tu, mama paste kan resepinya skali ok :)

Brownie

oleh: nure Brownie nure@myresipi.com
coklat+nuts dlm bentuk mudah pegang

Bahan-bahan ( 6~7org )
bhn diayak: 100g tepung gandum dan 1/4 sudu teh baking powder
100g gula halus
2 bj telur (suhu bilik)
150g coklat bar
100g butter
70g kacang (boleh campur almond, walnut dan lain2 ikut suka) dan potong kecil2
Cara-cara cairkn coklat dan mentega sekali dlm oven selama lbh krg 2 minit
dlm bekas lain, pukul telur dan gula sampai sebati
masukkn bahan yg diayak dan kacau dgn senduk sampai semua tepung rata.
masukkn coklat+mentega yg dicairkn td dan kacau.
bila coklat sudah rata, masukkan pula kacang dan gaul lagi.
dlm bekas 4 segi yg telah dialas dgn cooking paper, tuangkan adunan tadi dan ratakn.
bakar dlm oven pd suhu 170C selama 20 minit. Bila dh betul2 masak, biarkn sejuk( dlm bilik) baru keluarkn dr bekas. Potong bentuk 4 segi panjang.

Sunday, March 22, 2009

Hadiah for Ibrahim!~

Kita sambung balik cerita pasal birthday boy ya, lepas balik dari city.. kitaorg pun balik makan kek birthday!! Mama buatkan ibrahim Strawberry Cheese Cake, kali ni mama ikut resepi lain plak, mama buat kek ni hari Khamis malam, dah kul 9.30mlm baru mula.. sampaila ke pukul 1.00 barula settle semuanya.. pagi Jumaat barula hias dgn topping chocolate & buah strawberry..


Alhamdulillah menjadi & sedap!! Ibrahim pun memang suka, lagi2 ditopped with chocolate, bertambah lajula dia mamam, hehe.. Nak tau tak hadiah apa lagi yg kami bagi Ibrahim?? Card 2nd birthday, Igglepiggle & Upsy Daisy, siap dgn batch skali.. Ibrahim pun berposingla gak dgn batch & card tu, hehe..


Jom kita lihat "What a noisy Pinky Ponk", buku cerita bunyi2an Ibrahim yg terbaru tula.. cerita ttg pengembaraan character2 in the night garden (igglepiggle, upsy daisy, tumbliboos, makka pakka & pontipines) ni menaiki ballon terbang (pinky ponk) suka betul dia dengar mcm2 bunyi bila picit kat button tepi buku tu, hehe..

Dalam buku ni siap ada games lagi.. games macam snake & ladder tu tp character of in the night gardenla.. mama & babah plak yg mainnya, hehe.. Ok Ibrahim.. hopefully our birthday boy enjoy on his birthday!!

Monday, March 16, 2009

Kek Batik yg yummyyy!~

Khamis lepas, mama teringinla plak nak buat Kek Batik.. so carik2la resepi kat net, memang byk!! dan mcm2 jenis.. so tryla satu.. memang simple & mudah! tp kan mama tak letak milo sbb takde so, gantikan dgn cadbury hot chocolate, biskut marie pun takde, gantikan dgn biskut rich tea mcvities.. kena pandai ubah2 skit, hehe..


okla memang sedap & enak!! rasa coklat yg sedap & tak manis sgt maybe sbb tak letak milo.. Ibrahim & babah pun suka!! bestla sbg desert lepas makan or utk minum petang.. so pada sesiapa yg nak try bolehla ambil resepi ye!

Kek batik biskut marie
Source: mrsdayat@myresipi.com

Bahan-bahan ( loyang 7/8" )
1 bungkus (350g) biskut marie
Setengah buku butter
2 biji telur
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn milo
1 cwn air
3/4 cwn gula
** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..
gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara
patah2kan biskut
dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula.
Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut masukkan butter,kacau sampai butter cair
kecilkan api, masukkan telur.. kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat). padamkan api
masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.
(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

Thursday, February 26, 2009

Jom minum petang!~

Semalam ptg mama try lg new resepi, kali ni mama buat manggo lemon muffin.. mama masukkan jus manggo rubicon & perahan buah lemon.. kebetulan lebihan filling yogurt tart masih ada dalam peti ais, mama campur je skali, hehe.. senang cerita..


Then untuk hiasan, mama letak almond nuts yg telah dihiris & raisin, nuts & choc chip.. tak lama pun buat dia, buat adunan dalam 1/2 jam pastu bakar 15 minit.. dah siap!! dapat 12 biji kesemuanya.. kebetulan babah takde sbb ada discussion kat uni.. so mama & ibrahim makan dulu waktu masih panas!! memang yummieeeee..

Monday, February 23, 2009

Let's try more recipes!~

Semalam mama try buat new resepi lagi, wah! memang bersemangat & rajinla plak.. adala sebabnya.. Kan hari jumaat tu beli barang, adala beli plain yogurt.. pastu Sabtu baru ni sajala tengok2 yogurt tu balik, rupa2nya expired date dia 'use by 22nd Feb09', maksudnya semalamla.. Sabar jela kan, lain kali memang kena check betul2 dulu sblm beli..

Malam Sabtu tu berputarla dalam kepala ni nak buat apa ya dgn yogurt tu, hehe.. So semalam 2 resepi terus try, haha.. nak abiskan yogurt punya pasal.. Yela kan, sayangla kalau buang.. Then Mama try buat Yogurt Tart & Simple Cheese Cake .. Dua2 resepi ni mama tengok kat Myresepi.com..


Alhamdulillah, kedua2nya menjadi.. Yogurt tart tu semalam malam lagi dah tinggal separuh.. dapat dalam 14 biji... 12 kecil, 2 besar.. Rupanya tak cantik sbb kulitnya susah betul nak dibentuk, hehe.. Tp rasanya memang best, crunchy & lembut!! Babah & Ibrahim pun suka!! Tak sempat nak tunggu sejuk, dah kena pow! hehe


Yang cheese cakenya, memang senang betul nak buat!! main blend je semua bahan pastu bakar.. tp mama pandai2 plak tambah basenya dgn biskut coklat digestive & lapis dgn strawberry jem kat atas basenya.. lepas bakar & sejuk, mama simpan dulu semalaman dalam fridge sebelum makan.. tadi malam potongla.. alamak, basenya tak kukuh sgt, berderai gakla skit, hehe.. tp cake nya memang amat sedap!! Lemak, masam & manis, semua cukupla.. rasa puas ati, tp still byk yg perlu diimprove, hehe.. Babah & Ibrahim amatla sukanya pd cake ini!!

Alhamdulillah, rasa lebih bersemangat nak mencuba lagi resepi!! insyaAllah, kalau diberi kekuatan..

Friday, February 13, 2009

Babah blanja makan best2!~

Semalam petang, babah blanja mama makan sempena birthday mama ni la.. mama ok je, kitaorg order delivery from kedai Pakistan kat sini.. banyak gakla menu yg babah order..


Ada Penne Seafood, Hawaiian pizza, ayam goreng & strawberry cheese cake.. semuanya sedap2 belaka.. kitaorg makan berdua je.. Ibrahim mana?? dia baru je tdo!! tak sampai hati plak nak kejutkan.. sian Ibrahim tak dapat nak rasa.. takper next time kita leh order lg ok.. nak tunggu mama buat tak taula bila, hehe..

Hari ni plak, kitaorg keluar beli barang lepas babah balik solat jumaat.. beli barang dapur kat Manchester Superstore.. pastu babah beli briyani ayam, ayam goreng & pizza lagi, hehe.. mewah betul makanan ye.. alhamdulillah.. yang ni Ibrahim dapatla merasa sbb balik2 je kitaorg pun makan..

Thursday, January 29, 2009

Resepi Aneka Muffin

Atas permintaan Lieya, disertakan resepi utk aneka muffin yg mama buat sebelum ni.. Lepas ni blehla cuba ye! Bahan2 pun tak susah nak cari..


MUFFIN STRAWBERY / BLUEBERRY

Bahan2 :

1/4 cawan minyak canola (mama gunakan minyak masak)
1/2 cup milk (mama tambahkan lagi kuantiti susu segar dekat 1 cup)
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 cawan gula
1 3/4 cawan tepung serbaguna
1 cawan strawberry dicincang kasar (mama hanya masukkan jem strawberry/blueberry)

Cara2 :

1. Panaskan ketuhar kepada 180 C. Alaskan tin muffin dengan kertas muffin.
2. Di dalam mangkuk yang kecil, satukan minyak, susu dan telur. Kacau perlahan agar sebati.
3. Di dalam mangkuk yang besar, ayakkan tepung, garam dan serbuk penaik. Masukkan gula dan kacau rata. Masukkan pula buah strawberry.
4. Tuangkan kesemua cecair ke dalam adunan tepung dan kacau rata.
5. Sudukan bancuhan ke dalam muffin cup. Sekiranya menggunakan jem strawberry, sudukan separuh bancuhan, letakkan sesudu kecil jem, dan tutupkan dengan bancuhan.
6. Bakar selama 25 minit. Biarkan selama 10 minit sebelum muffin dikeluarkan dari tin.

Source: Mamafami fotopages

Wednesday, January 28, 2009

Muffinku menjadi! Yeyyy!~

Sebenarnya, lama dah nak buat muffin ni.. tapi takde energy, hehe.. banyak alasan plak!! asik browse je resepi kat internet, tp tak jumpa yg berkenan.. so baru2 ni adala jenguk fotopages mamafami, memang byk resepi muffin.. so mama tryla buat satu..


Resepi muffin strawberry, tp mama buat 2 jenis, strawberry & blueberry.. adunan tu dapatla dalam 10 biji.. Alhamdulillah menjadi, memang sedap & lembut!! abis je bakar, tak sempat sejuk, babah dah rasa! nasib baik sempat amik gambar, hehe.. makan panas2 memang best!! Ibrahim pun suka!!

Friday, January 2, 2009

Buat kek coklat lagi!~

Last Tuesday, mama buat kek coklat Moist lagi sbb baru je abis coklat fudge yg buat arituh.. saja buat lagi sbb Ibrahim suka! Buat cam biasa adunan utk 2 kali masak sbb tempat bakar tak besar.. Tp dapat gak simpan 2 plastic ware.. Tp sekejap je dah abis 1 plastic, hehe..


Ibrahim skrg dah pandai memilih makanan.. biskut pun dah kurang makan, asik nak makan kek coklat je.. suka sgt coklat, sabar jela.. nasi pun ikut mood, kekadang nak, kekadang tak nak.. nasib baikla Ibrahim suka sangat makan sayur.. so bila kitaorg makan, kalau ibrahim tak nak nasi, kitaorg bagi sayur je.. tp kekadang bg je sayur dgn nasi, kira paksala ni, hehe.. kira adala compliment dgn kek coklat tu.. so takdela Ibrahim sembelit, hehehe..

Tuesday, December 23, 2008

Jom kita buat Kek!~

2 Hari lepas, baru ada mood nak buat kek, hehe.. mana taknya, tetiap hari Ibrahim asik nak kek, nak kek, nak kek, hehe.. kali ni dapat cari resepi Mini Chocolate Fudge Cake kat i'net.. So mama tryla buat..


Mama cubala pakai bekas cup utk biskut raya, sbb takde bekas muffin.. Tp baru first round, dah melempah keknya, haha.. nasib baik still ok lg.. Agaknya sebab bekas cup nya yg lembik, pastu letak byk sgt adunan.. last2 nak senang, bakar jela kek cam biasa, ;)..

Dapatla 12 ketul je mini choc fudge cake untuk Ibrahim, hehe.. Yang lain Kek Chocolate Fudge yg besar cam biasa.. Alhamdulillah, menjadi & Ibrahim sangatla suka, satu hari bleh makan sampai 5 cup.. Sekejap je dah abis, kuat betul anak mama ni makan!~

Saturday, December 6, 2008

Jom kita makan!!~~

Dalam minggu ni je, sempat gak mama buat 3 jenis dessert.. Yang first buat pengat pisang, tp takde sagu, so semata2 pisang, gula & santan jela, hehe.. dah lama tak makan pengat, alhamdulillah memang sedap!..


Pastu buat puding lapis jelly plak hari Selasa lepas, ni kira 2nd versionla, arituh tak lapiskan, kali ni buat lapis terus puding, jelly & buahan2 cocktail.. buat 2 jenis, jelly strawberry & mangga.. memang best!! Buat banyak, bleh makan puas2!!



Lastly, Khamis baru ni, buat moist choc cake lebihan adunan yg lepas, alhamdulillah, masih ok lagi.. cuma kali ni tak sebanyak yg harituh.. Ibrahim suka betul dapat makan kek!!


Time sejuk2 ni, memang asik lapar je, walaupun dah makan nasi.. so adanya desert2 ni blehla makan2 waktu tengah lapar, hehe..

Friday, November 28, 2008

Kek Hari Jadi..

Sempena hari jadi babah ni, semalam petang mama buat kek.. Kali ni mama buat Kek Coklat Moist, version bakar plak.. ni kira hadiah hari jadi la ni, hehe..

alhamdulillah, memang menjadi & sangat sedap!! Seperti biasa mencari resepi dari internet, memang byk, tp kalau boleh nak yg mudah & bahan pun ada kan..

Kek yg telah dipotong & 1/3 dah dimakan dgn Ibrahim & babah..
Babah suka, Ibrahim lagi suka!! hehe.. Banyak juga adunannya, sampai tak muatla tempat bakar tu, ada lagi lebih kat dalam fridge tu.. nanti bleh bakar lagi, hehe..

Thursday, October 30, 2008

Let's try new recipes

Semenjak duk Manchester ni, memang byk belajar memasak, segala rempah yg tak pernah masak dulu pun semua dah try kat sini, hehe.. mana taknya kat Malaysia dapur berasap time weekend je, itupun yg simple2 je, hehe.. Kat sini nak tak nak kena masakla, kalau tak mati kelaparanla 3 beranak ni..

Dalam sebulan ni je dah try buat puding karamel, kek coklat, kek pisang & kek pear, semuanya kukus je, sbb tak reti lagi nak bakar dalam oven.. Pengukus plak jenis yg elektrik, beli dgn member kat sini yg nak balik Malaysia, so dapat beli murah...


Oven ni plak, tak tau guna sebenarnya, ada gakla google nak tau camna nak guna, tp kebanyakannya cakap tak bagus guna, sabar jelakan, so satu malam tu teringin gak nak tau camna oven ni operate, apalagi panggil hubby turun tolong teman hehe, nasib baik ibrahim dah tdo.. apa yg kitaorg buat?? main try je cucuh api, alhamdulillah menyala gak apinya.

Pastu tryla buat biskut cornflakes, hehe adala rasa tapi agaknya terlebih butter, jadi kembang cam pie, bedal jela, nasib baik buat sikit je.. Ibrahim suka betul dapat makan kek & biskut ni, tak nak berhenti sampai bekas kosong, sabar jela anakku ini.. Tak sampai seminggu dah abis!! Gemukla dia nanti! hehe

Tadi baru try masak ayam madu, tp tak bakar, goreng je, hehe nasib baik jadi! Sbb apa tak nak bakar, oven ni kalau nak grill kena buka, bahaya plak kalau Ibrahim tengok mesti nak pegang punya..

Resepi semua amik kat internet je, tp yg jenuhnya nak kena tulis sbb takde printerla nak print resepi, hehe.. Memula buat Kek Coklat, jumpa resepi yg agak remeh gakla - bahan2nya pun banyak & nak kena masak kat periuk dulu, pastu jumpa resepi lain utk buat Kek Pisang, amat mudah dan simple, pastu guna resepi ni gak buat kak Pear tu, pasni nak try buat kek lainla plak, hehe..

Banyak gak resepi yg dah diusha di internet tu, insyaAllah ada bahan & kelapangan akan kucuba juga.. tungguuuuu..