~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Asda. Show all posts
Showing posts with label Asda. Show all posts

Tuesday, November 9, 2010

Jom jalan2!~

Jom gi Asda Manchester Fort!! hehe.. mana lagi nak pergi.. tempat ni je yg paling dekat ngan rumah.. dah lama gak ni 28/10/2010 aritu.. pergi Asda mencari baby carrier.. alhamdulillah dptla apa yg dihajati..



Then, 30/10/2010, kami pergi Arndale plak.. yg ni pun mmg tempat favourite bila ke bandar sbb senang nak parking.. pergi sini tak sah kalau tak singgah foodcourt.. Ibrahim yg beria nak makan ice cream.. tapi takdela plak.. takperla, makan je apa yg ada ye..



Pastu balik singgah plak Toy'sRus.. tempat ni pun favourite gak.. Ibrahim suka betul bila dtg sini.. tak lain tak bukan membelek Thomas n Friends trains toys!! peminat setiala katakan, hehehe..


Tp kali ni, suka plak dia naik kereta ni haa.. pusing2 kt dalam tu, sampai tak nak balik!! isk isk.. last2 nak juga balik.. tp nak naik Thomas dulu! hehehe..


Aishah mcm biasa, tido!! hehe.. dia jaga bila lapar je.. sejuk2 ni mmg best tido!! hehe..

Tuesday, March 30, 2010

Menyambut kedatangan rakan dari Malaysia!~

Dah nak setengah bulan baru sempat update pasal ni! hehe..

17/3/2010 yang lalu, senior mama masa MMU dan juga rakan sekerja dulu di TM sambung ACCA di Manchester, kak Aida, husband, 4 orang anak mereka dan ayah kak Aida selamat sampai disini, alhamdulillah.. sempatla mama masakkan utk mereka sekeluarga.. selain mama, Baiti juga turut sama membantu masa kak Aida sampai.. Baiti ni tengah buat PhD di sini.. kira rakan bloggerla ni, hehe..


Dalam kul 12.00tghr camtu, kami sampai rumah sewa kak Aida di Crumpsall.. Ibrahim pun mmg suka kalau jumpa kawan ramai.. borak2 sakan dan kami decide nak keluar beli barang keperluan yang masih tak mencukupi lepas solat Zohor.. sbb semua letih, hanya husband kak Aida je yang pergi serta kami & Baiti.. kali ni Baiti bawa kami ke Home Bargain, Regent Park, area Eccles, Salford.. first time pergi ni.. mcm2 la beli.. penuh gakla trolley!! hehe..


Lepas tu kami ke ASDA Trafford pula, mencari heater & microwave serta barang2 lain.. tp takde plak heater, so beli microwave + food je.. habis shopping terus bergegas balik ke rumah kak Aida balik, solat Asar.. sempat lagi Ibrahim, anak2 Baiti & anak2 Kak Aida main sama2, hehehe.. lepas tu kami pun beransur pulang..

Keesokannya, 18/3/2010 kami pergi lagi rumah kak Aida, antar lauk skit.. waktu tu, kak Aida takde, gi register kt uni dgn Baiti, so kitaorg pun decide nak carikan heater utk mereka di Argos.. so kami bawa anak kak Aida yang 1st, Amni sekali.. pergi Argos Manchester Fort, tp takde stock juga heater tu, then kami balik rumah kejap.. sbb Ibrahim poo poo plak..


Then lepas Asar keluar balik, pergi Argos kt Central Retail Park, kat city, still takde stock, so call kak Aida balik, then option lain, beli portable fan heater.. so okla.. settle bab heater.. Ibrahim dgn Amni sempat lagi main kejar2 dalam Argos tu, hehehe.. then abis membeli kami terus ke Worldwide plak beli groceries utk kak Aida, ayam halal, buah2an & etc sbb tak sempat nak beli sebelum ni.. abis tu hantar barang semua, singgah jap.. then kami pun balik..

semoga Kak Aida & family dapat menyesuaikan diri disini ye, insyaAllah :)

Friday, February 19, 2010

Hadiah hari jadi!~

Alhamdulillah, memang setiap kali hari jadi kami, Wan Penang akan masukkan duit sbg hadiah.. so mama pun dpt juga!! terima kasih Wan!! maka Khamis baru ni babah bawa mama & ibrahim ke KFC Manchester Fort.. Ye!! KFC yg kt MF tu sekarang ni dah dpt sijil halal HFA (Halal Food Authority License).. kami pun baru je tahu, hehe.. alhamdulillah dapat juga hajat mama nak makan KFC..


Kami keluar rumah 12.30tghr lepas solat Zohor, terus menuju ke KFC.. mmg tengah lapar!! hehe.. ada juga kawan Malaysian sekeluarga yang juga makan KFC masa kami sampai.. so adala geng! hehe..

rasanya memang sama je, cuma meal menu dia tak sama mcm kt Malaysia.. kami makan variety meal (2 ketul original, 2 hot wings (hot & spicy) & 1 boneless fillet, kentang goreng & minuman bergas), kalau kt malaysia sure ada wipped potato, coleslaw & bun.. so macam tak lengkap je kan menu tu, tak seimbang, hehe.. satu lagi kt sini takde sos cili, hanya ada tomato ketchup shj, so kurang ummpphh, kena bawa cili sendiri la nampaknya, hehhee.. Apapun alhamdulillah, yang penting kenyang!! harga pun agak berpatutan..

Model Hot cup hot water dispenser :)

lepas tu kami jalan2 di Asda & Argos.. sampai di Argos, kami membeli hot cup hot water dispenser.. ni kira hadiah hari jadi mamala.. senang & mudah!! hanya dgn tekan button, air akan dimasak & auto keluar ke dalam mug, jimat air & juga electric.. Thanks again Wan for the birthday gift!! :)

Saturday, September 12, 2009

Jom ke Asda Harpurhey!~

Sabtu lepas pergi Asda Harpurhey, saja nak gi jauh skit.. dah bosan gi Tesco, hehe.. lagipun hari Sabtu ada market kat sini so, bestla skit.. Dapatla membeli stokin Thomas utk Ibrahim, Thomas lagi!! then kitaorg beli carpet, wah wah mcm nak beraya sakan je.. takdela.. carpet kecik je letak kt bilik tv ni..


Pastu masuk Asda, beli barang dapur, then keluar balik duduk kat luar sementara tunggu babah gi beli cat kat Morrisson, sbb kat Asda takde.. Beli Cat??? ye, wallpaper dah terbukak kt bhgn atas, senang cerita kitaorg nak cat je, hehe sorryla tuan rumah! buat mcm rumah sendiri la plak, hehhe..

Kat luar Asda tu ada Cawan berpusing, Ibrahim biasala, kalau stop mesti nak keluar dari stroller, nasib baik ada cawan tu, lekala skit dia.. lepas tu kitaorg pun balik!

Monday, August 10, 2009

Nenek & Atuk dah balik!~

Sebenarnya nenek & atuk dah lama balik, tp entry ni mama lambat update sbb byk sangat!! hehe.. Mereka balik 9/7/09, 2 minggu je kt sini.. Sehari sebelum nenek & atuk balik kitaorg bawa diorang gi Asda Hulme, beli barang dapur & barang2 yg nenek & atuk nak beli utk bawa balik Malaysia..


Rasa sedih plak, tak puas rasanya Ibrahim jumpa nenek & atuk.. waktu di Manchester Airport Ibrahim, nangis lagi sbb nak ikut nenek & atuk masuk kt balai berlepas, sabar jela kan.. berhari2 gakla tanya mana nenek? mana atuk?? hehe.. biasanya pagi2 ada.. lepas dah bagi tau Ibrahim yg nenek & atuk dah balik Malaysia barula dia faham.. bila tanya balik mana nenek?? dia plak yg jawab balik Mesia, hehe..

Okla itu jela kisahnya aktiviti nenek & atuk disini.. Alhamdulillah, nenek & atuk selamat sampai di Malaysia 10/7/09, 2.30ptg waktu Malaysia..