~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Sunday, October 3, 2010

Beraya ke London?!~

21/9/2010 - Alhamdulillah, birth cert Aishah settle pagi di register office di Manchester.. petangnya kami bertolak ke London.. tujuannya nak register kelahiran Aishah sbg rakyat Malaysia & buat passport sekali kat High Commission Malaysia London.. Tak rancang pun, sementara ada Wan & Atuk ni, kira senangla skit nak bawa Ibrahim & Aishah sekali..


Kami sewa kereta kawan kami disini, alhamdulillah Wan ada license Uk, so insurances pun tak mahal sgt nak top up.. perjalanan pergi yg agak lama sbb tersalah masuk jalan A, dekat 3 jam juga Mr GPS bawa kami sampai ke Stoke On Trent lagi.. sempat singgah Morisson, hehe.. lepas tu baru dpr keluar highway.. terus ke Travelodge Heathrow Terminal 5.. kami pernah menginap kt sini Summer last yr masa bawa nenek & atuk.. hotel ni pun kami booking 3 days before.. tak dptla murah sgt, 2 family room utk 2 malam kira okla drpd menginap dlm London..


Sempat berhenti sekejap kt service, makan malam & isi minyak.. Sampai hotel pun dah malam, memang tinggal tido je..


Pagi, kul 8 lebih dah bertolak ke High Commssion Malaysia London, pepagi semua org nak gi keje, jam le juga.. sampai dekat kul 10.00.. ramai gak org tengah menunggu.. tp tak ramai nak register baby.. kena amik gambar Aishah dulu, alhamdulillah Aishah jaga time ni, so dpt amik gambar dia buka mata, itu requirement dia.. pastu isi form yg original kt situ walaupun kami dah isi form yg download dari internet.. okla tak lama pun.. yg penting document semua cukup lengkap!! alhamdulillah.. 2 counter kena pergi, birth registration & juga passport..


Lepas tu, kena tunggu nak pick up plak, kul 3.00 hingga 4.00 ptg.. kt situ siap ada gerai mkn lagi, mmg mudah, makanla kt situ je.. pastu sementara nak menghabiskan waktu.. kami pun pergila Hyde park.. tak jauh pun dari situ.. cuma nak kena carila, hehe.. mmg besar park ni.. jenuh gakla berjalan nak sampai ke lake dia tu.. Ibrahim suka betul dpt tengok duck!! Aishah plak, mmg tido je kerjanya, hehe..


Lepas tu, kami dtg semula ke HiComm, sempatla solat qasar Zohor & Asar skali, dont worry ada prayer room kt situ.. then kami menunggu lagi nak pick up birth registration & passport Aishah.. selepas tu kami ke Malaysian Hall London, di Bayswater.. nak jumpa abang Wan yg dah menetap lebih 35 tahun kt London tu.. dptla jumpa Uncle Omar.. alhamdulillah masih sihat lagi!! kami makan2, borak2.. Ibrahim plak dah lena!! dah nak balik baru bangun..


Then, bila dah keluar dari Malaysian Hall, ingatkan nakla pergi ke London Eye, semua pun dah kepenatan.. tengok jela dari dalam kereta.. hehehe.. jalan2 di kota London mencari jalan keluar nak pulang ke hotel!! :)


Alhamdulillah semua settle, so next day dlm kul 11 camtu, baru kami keluar.. menuju pulang ke Manchester.. sempat singgah ke Oxford services, mengalas perut.. sampai rumah kul 4.00ptg jugala..

Friday, November 20, 2009

Kunjungan tetamu dari Cardiff!~

31/10/09 yang lalu, sempena Autumn break, kami terima kunjungan tetamu dari Cardiff, keluarga Bro Azhan & Kak Zubaida, bersama 3 orang anak mereka, Aisyah, Humaira & Ziyad serta adik bro Azhan yg dtg berkunjung ke UK, sampai Jumaat malamnya, tapi Sabtu pagi baru dtg ke rumah kami, alhamdulillah dptla mama masak2 skit untuk menjamu tetamu..


Sampai2 je, isi perut dulu, nasi briyani, ayam masak kurma, bergedil, keropok & buah2an.. lepas tu kami bawa mereka ke Manchester Arndale, kemudian keluar.. sambil2 tu dptla mereka naik The Eye of Manchester.. kami ber3 tunggu je kt bawah, hehe.. mama jaga stroller manakala babah busy melayan Ibrahim tak berhenti naik turun tangga, isk isk.. memang aktif!!


then ke Piccadily Garden.. Tengok air pancut & anak2 busy mengejar burung2! heehe..Lepas tu kami semua makan di Rice Restaurant tak jauh dari situ.. alhamdulillah kenyang! thank bro Azhan sbb belanja! :)


Lepas tu jalan2 semula dlm Arndale, ke T.K.Maxx & Sport Direct.. kemudian balik semula ke rumah kami utk solat & keluar semula.. Ingatkan nak ke Manchester Stadium, tp bila sampai sana, rupa2nya ada game hari tu, punyala ramai orang, nak parking pun susah, last2 tak jadi pergi.. akhirnya ke Manchester Fort sahaja.. best jugala kan.. macam2 ada!! Takper, esok ada lagi! hehe.. memang kena singgah stadium sebelum balik, kalau tak rugila kan dah sampai sini, ehehe..

Kemudian, balik semula ke rumah kami utk Dinner & rehat sebentar sebelum mereka balik semula ke Hotel.. alhamdulillah, semuanya dah keletihan!! tp memang seronok sesekali ada tetamu, terima kasihla kepada keluarga Bro Azhan & Kak Zubaida kerana sudi singgah ke rumah kami yg tak seberapa ni.. InsyaAllah kalau ada rezeki lagi nanti jumpa lagi ye :)

Tuesday, October 20, 2009

Jom ke Paradise Sandy Beach Resort! ~

Lepas balik dari Bayu Beach Hotel & Resort, kitaorg terus check in di Paradise Sandy Beach Resort, at Tanjung Bungah, tak jauh dari situ.. kali ni Wan yg belanja..


bilik dia cantik jugala, cuma aircond tak berapa nak sejuk!! tak berapa bernasib baik skit..


permandangan luar pun cantik!!


indah sungguh ciptaan tuhan! :)



sampai2 je Ibrahim memang dah tdo dari dlm kereta lagi sampaila masuk bilik.. penatla tu main air!! hehe.. kami pun berehat sambil tengok tv.. dalam pukul 6pm, barula turun, ingatkan nak bawa Ibrahim mandi pool, tp tetiba sampai kt pool tu, angin punyala kuat dari arah pantai, sampai terbalik semua kerusi & meja di situ.. kami semua dah cuak!! semua bergegas masuk hotel!! tak jadila nak mandi pool.. last2 babah & ibrahim berendam je dlm bath tub kt dlm bilik! hehehe.. jadila kan daripada kempunan.. takper esok masih ada, insyaAllah!


malam lepas maghrib, Pakteh dah sampai dari lepas kerja terus join kami makan kt Delifrance kt hotel tu.. semestinya buffetla juga kan.. malam tu mostly Italian food, pasta, spaghetti, lasagnea, lamb ribs & mcm2 lagi desert yg disediakan..


keesokan paginya, breakfast kt tempat yg sama dlm kul 8.00pagi, then babah, mama & wan bawa Ibrahim mandi kt pool!! hehe.. first time ni Ibrahim masuk pool, suka betul dia!!! ramai juga budak2 yg mandi sekali dlm pool tu.. memula Ibrahim asik berjalan je dlm air tu, almaklumla tak dlm pun, hehe.. lepas tu babah ajar camna nak float, lama2 baru la dia seronok imbang badan guna pelampung, hehe..sampai tak nak naik dia!! menggigil2 pun tak kisah dah, sabar jela..


then lepas tu babah bawa gi pool org dewasa plak, kali ni manala bleh berjalan kan sbb dalam sgt!! asik berpaut jela dgn babah, main lambung2 la pulak, hehe..


pastu gi plak kat tempat air terjun, main air lg kt situ!


sampai masuk air telinga Ibrahim! hehe


then lepas tu, kitaorg bawa Ibrahim mandi kt pantai plak, tp tak lama pun, Ibrahim takut ombak, hehehe.. bagus juga, sbb risaula kan..


Belakang tu bangunan hotel yg kami menginap! tinggi gakla..


siap ada horse lagi kalau nak tunggang..

pastu kami masuk balik kawasan pool, babah & ibrahim bersihkan diri then naik bilik.. mama kemas2 apa yg patut, pastu sedia utk check out.. balik rumah makan tengahari, berehat.. petang lepas Asar kami keluar semula pergi Gurney Plaza, saja jln2 & window shopping.. then kami dinner kat Manhattan Fish Market..


Ibrahim siap makan ice cream McD lagi, suka betul dia dpt mkn ice cream!!


Wan n Pak Teh..


Kami bertiga! :)


lepas tu balik rumah solat Maghrib, pastu gi Tesco plak, hehe.. punyala sakan berjalan..

Esoknya kemana pula? nanti mama sambungla lagi ye :)

**Hari ni hari jadi Nenek TPG! Happy Birthday Nenek! Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki & bahagia selalu disamping Atuk insyaAllah.. Kami disini sentiasa doakan kesejahteraan nenek di Malaysia..

p/s ada problem skit nak upload gambar kt scrapbook sebab tu gambar tunggang langgang, layan je la eh ;P

Sunday, October 18, 2009

Jom ke Penang lagi?!~

2 Oct 09, kami ke Penang lagi! bertolak tengahari dari Cheras, sampai dlm 5 ptg, 2 kali berhenti makan & solat.. Malam tu makan Ala Thai di Jelutung, memangla best!! hehe..tengokla beria2 betul Ibrahim makan, hehehe..


Esoknya 3 Oct 09, ada hari keluarga Seameo Recsam, tempat Wan bekerja, so kami pun joinla skali.. Tak join main pun, join makan2 je, ehehehe.. family day ni diadakan di Bayu Beach Hotel & Resort, Batu Feringgi, Penang.. Best gakla!!


Kami sampai hampir pukul 12 tghr, sessi penyampaian hadiah sedang dijalankan, lama gakla.. sampaikan sempat gak babah bawa Ibrahim jalan2 kt tepi pantai, waktu ni mama tak ikut, agak2 apa yg Ibrahim buat ye?? main pasir? main air? kejar burung? hehe.. mcm2 rupanya yg dia buat.. alhamdulillah cuaca memang cerah & panas! hehe..


Lepas tu makan kt ballroom hotel sambil2 cabutan bertuah.. Makanan dia pun agak menyelerakan!! biasala kan kalau makan kt hotel, mestila buffet.. so mcm2 ada!! nasi goreng, lauk pauk, ayam, udang, daging, ikan, sayur2an.. ada rojak buah, laksa, ice cream, agar2, kek2, buah2an & mcm2 lg..


Dapatla makan puas2 hehe, Ibrahim plak sampai2 je makan laksa, pastu ice cream plak.. ada gakla mama suap nasi goreng, dah kenyang dia busy jalan2 pastu main atas pentas! sabarjela anakku, risau dibuatnya!! naik tangga, turun tangga, takut jatuh je!! mula2 dia sorang2 je, pastu ada plak budak2 lain yg join sama, hehe.. Last2 babah bawa dia kuar kat tepi kolam sbb tak nak ganggu majlis cabutan bertuah..


Suka betul Ibrahim dpt main tepi kolam, adala anak pak Arab ni pun tengah mandi manda kt dlm kolam tu, suka betul dia mengusha Ibrahim, hehehe.. Ibrahim plak busy main air, abis basah!! dahla baju semua dlm kereta.. bila dah main, susah plak nak suruh berhenti, ehehe..

Last2 kami naik semula ke tempat makan, tapi hanya duduk kt luar, sessi cabutan bertuah masih berjalan, mama just ambil barang & stroller tunggu Wan and Atuk kt kereta sbb Ibrahim dah basah kuyup.. sampai di kereta tukar baju and seluar, sbb lepas ni ada nak pergi tempat lain pulak.. kemana tu? insyaAllah mama sambung next time ok! tunggu ye :)

Thursday, July 16, 2009

Apa ada di Birmingham?!~

Hari keesokkannya, pagi lagi kami telah bertolak dari Travelodge Heathrow Terminal 5 London menuju ke Birmingham.. sempatla juga bergambar ber5 di dlm hotel yg best tu, hehehe.. On the way tu, kami singgah di tempat rehat Oxford.. mmg cantik tempat dia!! ada air pancut di bhgn luar..


Yang Ibrahim plak mmg suka dgn Thomas Engine skrg ni, apalagi sukala jumpa Thomas Engine yg besar tu, hehe.. sarapan roti & sup sambil2 rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.. Kat sini juga siap ada playground lg utk kanak2..


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Heathrow ke Birmingham.. sampai di Birmingham, terus kami parking di Bullring Shopping Centre, mmg agak terkenal disini dgn bentuk bangunannya yg unik.. kedai2nya lebih kurang sama je dgn shopping2 centre yg lain.. lepas jln sebentar kt dalam, kitaorg keluar plak.. kt depan Bullring ni, ada St Martin Church..


Selain tu ada 2 Bullring market, diluar bangunan Bulling Shopping Centre ni tp kitaorg tengok mcm tak buka pun market ni maybe sbb Ahad kot.. lepas tu kitaorg jln lg kedepan, tak jauh dari situ, ada China town, nampak bangunan pun dah taukan..


Then kitaorg pusing balik, masuk balik Bullring SC.. bahagian Debenham, kira mcm Parksonla kalau kt Malaysia.. jalan2 lg dlm Bullring sampai bhgn hujung & keluar lg.. kali ni berhadapan dgn Moor Street railway station yg warna merah tu, jalan lagi ke depan ada Pavillion Shopping Centre plak, kitaorg pun masukla kt situ, tengok2 ada food court kt tkt 4, apalagi, alang2 dah sampai terusla lunch ye tak, hehe..


Pavillion ni pun cantik juga cuma tak sebesar Bullring.. kt food court ni kitaorg mkn 2 baked potato with cheese & baked bean dari Fat Jackets, pastu order plak baked mash cheese potato with 3 side dishes (nasi, pasta & coleslaw) dari kedai yg lain, semuanya suitable for vegetarians.. okla kan, alhamdulillah yg penting kenyang!! kt sini juga ada internet lounge, sesuai utk sesiapa yg nak guna internet.. lepas tu kami balik semula ke Bullring SC, ingatkan nak cari tempat solat, tp takde, so kami pun bertolakla balik ke Manchester, semuanya dah kepenatan, alhamdulillah sampai rumah dlm kul 5.00pm..

Sunday, July 12, 2009

Jom ke Windsor Part2!~

Lepas abis naik boat, babah pergi tempat parking nak tambah duit lg utk parking hour.. sementara tu kitaorg pergi ke Royal Windsor Wheel tunggu babah disana, tak jauh pun dari situ.. Ibrahim pun dah lena time ni..


Jadinya mama, nenek & atuk je yg naik wheel tu, babah plak tunggu Ibrahim kt bawah, nasib baik ada pokok besar & rendang, blehla babah & ibrahim berteduh, takla panas sgt.. walaupun panas tp angin dia masih best!! Permandangan sekitar Windsor dari atas wheel memang cantik, nampak River Thames, Windsor Castle & bangunan2 sekitar Windsor tu.. disekitar Windsor wheel tu juga ada funfair & gerai2 utk pengunjung enjoy, tp kitaorg tak tengok pun..


abis je naik wheel, terus kitaorg jalan kaki ke aras Bus Sightseeing yg terletak di luar Windsor Castle.. Time ni blehla rehat, sambil round2 sekitar Windsor.. time panas2 ni memang tak teringin pun nak naik bahagian atas, skali lg kitaorg conquer bhgn bawah bas tu, hehehe.. Bas ni valid 24 jam & berhenti 11 perhentian, dlm masa 45 minit..


Dapatla kami melihat tempat2 menarik disekitar Windsor ni seperti, Eton College, The Home Park, Windsor Castle, River Thames & etc.. Kami tak berhenti mana2 pun, cuma perhentian ke 11 sbb lebih dekat ke parking lot.. dan terusla berjalan ke tempat parking..


Lepas tu, terus drive menuju ke Windsor Legoland, sampai sini hanya mama, nenek & atuk je yg turun.. tak masuk pun hanya nak amik gambar kt depan tu je, hehehe.. alang2 dah sampai, amik gambar je pun jadila kan.. mmg best tempat ni, mcm2 permainan ada, mcm genting highland gitu, tp sbb Ibrahim kecik lg rasanya masuk pun bukannya bleh main kan.. Ticket pun bleh tahan mahal gakla..

Then kitaorg terus bergerak nak cari Travelodge Hotel di Terminal 5 Heathrow.. punyala sesat, tak sampai2 tempat tu, kitaorg duk pusing airport Heathrow tu, last2 terus ke London, hehehe.. sampai London, ingatkan nak cari Malaysian Hall London, tp sbb dah nampak NCP carpark kat Edgware road, terus je kitaorg parking kt situ..


Edgware road ni mmg byk restaurant makanan halal, then kitaorg pun makan di Islamic Halal Restaurant, nenek & atuk makan nasi & kari ayam, kitaorg plak makan nasi ayam panggang.. alhamdulillah kenyang!! pastu kitaorg pun bertolak keluar dari London untuk cari balik Travelodge hotel, on the way tu lalu Chelsea menuju ke Heathrow Airport Terminal 5.. Akhirnya kitaorg jumpa hotel tu!! hehe.. Hotel ni lg best dari yg kt Bicester, ada aircond lg! memang selesala, tdo pun nyenyak!!

Esoknya kemana plak?? Next Entry ye!! :))

Thursday, July 9, 2009

Jom ke Windsor Part1!~

Hari ke3 nenek & atuk berada disini, lepas tdo semalam di Travelodge Bicester, Oxford.. pagi2 lagi kami bertolak ke Windsor, Berkshire.. sampai di Windsor dlm 8.30pagi, sejam juga perjalanan, terus cari parking..


lepas tu kami berjalan ke arah windsor castle, cantik betul tempat ni!! tp kitaorg tak masuk pun castle tu, ambil gambar dari luar je, hehe.. sepanjang jalan ke castle tu, mmg byk kedai, restaurant, cafe, souvenir, baju & etc..


Lepas tu, kami masuk plak Royal Windsor Shopping Center, dalam ni pun byk kedai & restaurant, tempat ni juga terletak skali dgn Windsor railway station, so selain kereta & bas, naik train pun bleh sampai sini juga :))


Lepas tu kami menuju ke tepi River Thames, tengor swan.. byk betul & cantik!! hehe.. Waktu tu ada org bagi mkn swan2 tu semua, dptla tengok skali..


Cadangnya nak naik boat cruise kt sungai tu, tp tak buka lg walaupun dah kul 10pagi.. so sambil tunggu kitaorg makan kt Fish & Chip shop tak jauh dari tepi sungai tu..


Tengah2 makan barula counter boat tu open, so lepas mkn kitaorg pun naikla boat plak pusing River Thames tu.. dlm 40 minit gakla pergi & balik.. so naik boat dptla merehatkan kaki yg agak letih berjalan sambil2 tengok permandangan di sekitar River Thames ni..


Alhamdulillah, tak ramai yg nak duduk bhgn bawah boat ni, sbb diorg lebih suka naik bahagian atas, yg kami ni tak tahan panas, so dptla conquer bhgn bawah, Ibrahimla yg paling suka skali, suka betul main kereta dia dlm boat ni.. tak kisah dah org lain, hehe.. Agak2 lepas tu kemana pula?? insyaAllah nanti mama cerita on next entry ok!!

Monday, July 6, 2009

Jalan2 Oxford Part 2!~

Lepas sampai hotel, kitaorg pun makan makanan yg dibawa dari rumah, memang dah masak pagi2 sebelum pergi lagi.. Kami menginap di Travelodge Bicester, dalam 30 minit jugala dari Oxford City Centre.. hotel ni mmg area tempat rehat (RnR) di Bicester ni..


Nenek & atuk pun dah penat sbb dah petang kan..So lepas solat, kami bertiga je yg keluar pergi Bicester Village Outlet Shopping center.. semua kedai2 kt sini memang branded2 belaka, baju, kasut, perfume, cosmetics, jam tangan, perkakas rumah, buku & etc.. walaupun ada sales tp masih juga tak mampu kami nak membelinya, hehehe..


Mcm2 kedai yg berjenama terkenal, sempatla kami masuk ke Polo Ralph Lauren, Dior, Timberland, CK, DKNY & kedai2 lain lg.. byk tau, 120 kedai gak semuanya, tak sempatla nak masuk semua.. mana2 yg nampak menarik je, hehehe..


Tp kami sempat apply discount card yg khas utk shopping kt Bicester Village ni, ada lambang Mastercard lg tu, saja nak buat kenangan.. then masuk 10gbp utk shopping kt sini, kira mcm debit cardla gak.. makanya kami pun belila brg2 yg bernilai dlm lingkungan 10gbp tu.. Liptic jenama Clinique utk nenek & buku sticker + mewarna utk Ibrahim..


Dalam kul 7, kami pun bertolak balik sbb dah tutup tempat tu, jadila walaupun hanya sejam je berada di situ tp masih enjoy lg!! Sampai je hotel Ibrahim pun apalagi terus mewarna bukunya dgn 4 btg crayon yg dah includes skali kt buku sticker & mewarna tu, suka betul dia!! hehehe. Lepas ni kemana pulak kita?? Tungggguuuu ye ;)