~~@My LiTtLe WoRLd@~~

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Abraham Moss. Show all posts
Showing posts with label Abraham Moss. Show all posts

Wednesday, October 6, 2010

Akikah Aishah @ Majlis Hari Raya MCCH & SKMM!~

25/9/2010 - Sabtu di Abraham Moss High School, Cheetham Hill Manchester telah diadakan majlis hari raya MCCH & SKMM.. kami berpeluang menyumbangkan seekor kambing bagi tujuan Akikah Aishah.. alhamdulillah :)


Tp masa majlis ni, Babah, Wan, Atuk & Ibrahim je yang pergi.. meriah jugala!! dptla mereka merasa kambing tu, hehehe..


Tengahari tu, Auntie Intan sefamily dtg tengok Aishah.. dan petang pula, Auntie Ina sefamily pula dtg tengok Aishah.. thanksla Auntie2 atas hadiah yg diberi!! :)

*Piccas Mama & Aishah from FB Kak Intan, thanks kak!! :)

Wednesday, July 7, 2010

Aktiviti Hujung Minggu!~

Dah lama gak ni.. 12/6/2010 - Sabtu, sementara mama mengajar kat sekolah, babah bawa Ibrahim pergi service kereta.. Tempat ni agak jauh juga dari rumah kami, sbb tempat biasa tutup.. tp agak bagus sebab ada ruang menunggu, so dptla babah & Ibrahim berehat2 sementara menunggu kereta diservice..


Kemudian sementara menunggu mama habis kelas di Abraham Moss, babah bawa Ibrahim ke Abraham Moss Leisure Centre ada aktivity utk anak2.. so apalagi, Ibrahim pun joinla sekali.. sampaikan mama dah abis kelas pun diorg tak habis lagi.. mama pun pergila juga mencari babah & ibrahim, tp sbb tak tau dimana, mama main redah je sampaila ke swimming pool, hehehe.. tp tak jumpa juga babah & ibrahim.. rupa2nya lain bilik... last2 jumpa ibrahim & babah di car park.. wah exercise betul mama haritu!!




Cerita hujung 2 minggu yg lepas.. 26/6/2010 - Sabtu, mama ada kelas seperti biasa, minggu tu ada ulangkaji utk peperiksaan akhir tahun 3/7/2010.. lepas babah pick up mama, kami bertiga ke Manchester Arndale.. dah lama gakla tak ke Town.. ramai betul manusia, maklumla weekend.. sampai2 je jalan2la kan, masuk kedai keluar kedai..

kemudian ke Arndale Market, mengisi perut!! hehehe.. Kt sini ada byk kedai makan juga.. lebih kurang food court jugala cuma sekali dgn market, jual ikan, buah2an & sebagainya.. Adala beberapa kedai yg halal.. Ibrahim yg beria nak makan ice cream!! kami makan fish n chip & grilled cheese chicken paninis..


Lepas makan sambung lagi jalan2 dalam Arndale.. ingatkan nak keluar ke Market Street, tp tak jadi sbb dah agak lewat, solat Zohor pun belum lg.. kami decide balik rumah jela.. mama rasa dah tak larat!! hehehheh..

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru!~

Selamat hari guru kepada semua pendidik2(lecturer, ustaz & ustazah, cikgu), sama ada kawan2 yg bergelar guru, lecturer2, cikgu2, ustaz2 & ustazah2 yang pernah mengajar mama dahulu, terima kasih yg tak terhingga, termasukla juga babah sebagai lecturer.. semoga mendapat keberkatan hendaknya diatas ilmu yang telah diberi.. tahun ni pun mama dah bergelar guru sejak mengajar di Sekolah Komuniti Melayu Manchester di sini, hehe.. jgn tak percaya, barula mama tau mcm mana perasaan & tanggungjawab sbg seorg guru tu :)

So semalam, pihak sekolah ada buat majlis sempena hari guru.. majlis bermula jam 11 pagi, dihadiri juga oleh ibu bapa.. Cikgu Haslin sebagai pengacara majlis.. dimulai dgn ucapan guru besar, Tuan Haji Farid & disusuli persembahan pelajar.. tahap 3 & 4 ada 2 persembahan, bersajak & berlakon serta menyanyi didalam bahasa melayu..




manakala tahap 1 pula menyanyi nasyid Raihan Cahaya Selawat.. cikgu2 lain termasukla mama, kena arrange pelajar2 yg nak bersedia utk buat persembahan, tau jela.. diorg ni tak reti nak duk diam, heehehehe.. setelah itu acara penyampaian hadiah pula utk guru2 & bergambar beramai2 antara pelajar & guru..


Majlis diakhiri dgn makan2 di kantin Abraham Moss.. setiap pelajar, guru & ajk pentadbiran sekolah dijamu nasi tomato, air bandung cincau serta kuih muih & kek yang disumbang oleh ibu bapa.. alhamdulillah memang meriah!!..




dpt gakla mama hadiah, hadiah dari pihak sekolah, hadiah tukar2 sesama guru & juga hadiah dari murid (Marini & Muaz).. wah penat jugala mama semalam, hehhe.. terima kasih kepada semua pihak yang meraikan hari guru!! :)

Sunday, January 24, 2010

Ibrahim ke sekolah?!~

16/1/2010 - seperti biasa apabila musim persekolahan, maka SKMM pun dibuka juga pada setiap Sabtu.. bila ada aktiviti sekolah, maka adalah aktiviti berjual beli di kantin sekolah Abraham Moss High School ni..

so dikesempatan ni, kami pun joinla sekali, hehe.. Ibrahim suka kalau pergi sini, puas dia tawaf tempat tu, hehehe.. so ni la rupanya dalam Abraham Moss High School ke arah dining hall nya..


sessi kantin & persekolahan bermula pada 10.00pagi hingga 1.00ptg.. alhamdulillah, dapatla masyarakat Malaysia disini berkumpul sambil makan2 pada hari tersebut..

Thursday, July 30, 2009

Makan2 di Abraham Moss & Jalan2 ke Trafford Centre!~

Hari Sabtu pagi 4/7/09, mama, Ibrahim, nenek & atuk gi makan kt Abraham Moss School or kantin Sekolah Malaysia.. mkn nasi lemak & nasi kerabu, ramai juga yg berjual hari tu.. dapatla nenek & atuk merasa masakan org Malaysia di sini, alhamdulillah.. Pastu kitaorg tapau soto ayam & nasi kerabu utk babah dirumah..



Petangnya plak kitaorang ber4 pergi jalan2 ke The Trafford Centre.. Weekend2 ni memang ramai orang, sampai2 je Ibrahim dah siap2 tdo dari dlm kereta lagi, sabar jelakan, hehe.. pusing2 satu Trafford Centre tu, masuk kedai keluar kedai.. tak beli apa2 pun, window shopping je.. pastu rehat sebentar dekat air pancuran, hehe..


Penat jugala berjalan, Ibrahim dah nak balik baru bangun, kira okla tu kan, hehe.. ingatkan nak ke foodcourt tp nenek dah tak larat, so kitaorg pun balik jela..